Kerajaan Tawar Diskaun Kompaun Bagi Kesalahan Bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988


 
Kabinet hari ini bersetuju menetapkan Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun Di Bawah Akta 342 Dan Peraturan-peraturan Di Bawahnya yang berkuatkuasa hari ini, yang antaranya menawarkan diskaun 50 peratus atau 25 peratus kepada individu atau syarikat, sekiranya menjelaskan bayaran dalam tempoh ditetapkan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, individu atau syarikat dikenakan kompaun tertentu di bawah Akta 342 dan sekiranya membayar dalam tempoh seminggu atau dari hari pertama hingga hari ketujuh dari tarikh kompaun dikeluarkan, secara automatik mendapat diskaun 50 peratus.




"Sebagai contoh, bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka yang dikenakan kompaun RM1,500, sekiranya membayar dalam tempoh tujuh hari, hanya perlu bayar RM750," katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, di sini, hari ini.


Takiyuddin berkata, sekiranya kompaun dibayar antara hari kelapan hingga hari ke-14, individu atau syarikat layak mendapat diskaun 25 peratus namun jika sudah melebihi 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan, tiada diskaun akan ditawarkan.


Beliau berkata, kerajaan pada masa sama turut mempertimbangkan rayuan untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), B40, pelajar dan berpenyakit kronik, untuk mendapat pengurangan kompaun melebihi nilai diskaun ditawarkan.


"Dengan keluarnya Garis Panduan ini yang bermula hari ini, seumpamanya mereka disaman hari ini, mereka ada satu minggu kalau nak (diskaun) 50 peratus.


"Mulai hari ini, mereka yang dah kena saman sebelum ini boleh bayar dalam masa seminggu (untuk dapat diskaun 50 peratus)," katanya.


Takiyuddin berkata, di bawah Garis Panduan itu kesalahan ditetapkan dengan tiga kategori iaitu tinggi, sederhana dan normal, nilai kompaun sewajarnya dikenakan adalah mengikut kategori.


Kategori tinggi ialah kesalahan yang menyebabkan penularan tinggi atau impak jangkitan kepada komuniti dalam skala besar; sederhana adalah kesalahan menyebabkan penularan tinggi tetapi tidak memberi impak besar jangkitan kepada komuniti; manakala normal adalah kesalahan yang boleh menyebabkan risiko rendah dan tiada kesan kepada komuniti.


"Contoh di bawah kesalahan kategori satu atau tinggi, pengamal perubatan tidak memberikan notis dalam borang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tentang wujudnya penyakit berjangkit.


"Contohnya doktor swasta tidak memaklumkan kepada KKM (Kementerian Kesihatan) ada pesakit yang positif Covid-19 mendapatkan rawatan di fasilitinya, kita cadangkan dikompaun RM5,000," katanya.


Bagi kesalahan kerana mengunjungi kelab malam termasuklah perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam, individu boleh dikompaun RM10,000 manakala pemegang lesen atau pemilik premis pula dikenakan kompaun RM50,000.


Beliau berkata, contoh kesalahan di bawah kategori sederhana pula adalah, apabila seseorang memasuki tempat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, yang boleh dikenakan kompaun RM3,000.


"Kesalahan kerana enggan mematuhi apa-apa perintah pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 15 pula dikompaun RM4,000," katanya.


Bagi kesalahan di bawah kategori normal, Takiyuddin berkata adalah seperti pekerja, pelanggan atau pembekal, yang tidak memakai pelitup muka, di mana kompaun ditetapkan ialah RM1,500.


Takiyuddin berkata, kesalahan seperti gagal mendaftar masuk premis sama ada menggunakan MySejahtera atau buku pendaftaran dan gagal pastikan penjarakan fizikal, juga boleh dikompaun RM1,500.


Beliau berkata, bagi contoh kesalahan membabitkan syarikat pula, kegagalan pemegang lesen atau pemilik premis mematuhi waktu operasi, kompaun yang ditetapkan ialah RM10,000.


"Dalam suasana negara mengalami pandemik Covid-19, kita perlu undang-undang untuk mengawal, bukan untuk menghukum.


"KKM dah arah pegawai mereka, pihak polis pun dah arah pegawai mereka, supaya tindakan saman dan kompaun diambil sebagai langkah terakhir, selepas teguran dan nasihat dibuat," katanya.


Dalam pada itu, Takiyuddin berkata Pasukan Penguatkuasaan Pelaksanaan SOP yang dianggotai polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), akan bermula selewatnya 1 April ini, bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat.


"Pasukan ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan SOP dalam kalangan rakyat, dan memberi nasihat dan teguran sebelum mengeluarkan kompaun kepada yang ingkar," katanya.


Kerajaan tawar diskaun kompaun di bawah kesalahan Akta 342
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/685114/kerajaan-tawar-diskaun-kompaun-di-bawah-kesalahan-akta-342


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/03/kerajaan-tawar-diskaun-kompaun-bagi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Dos Kedua Vaksin Diberi Rabu Ini 59 Majikan Bakal Didakwa Di Bawah Akta 446

Awani Ringkas Dos Kedua Vaksin Diberi Rabu Ini 59 Majikan Bakal Didakwa Di Bawah Akta 446

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 333 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Rekod Kesalahan Lampau Penentu Kompaun Rm 10 000

Rekod Kesalahan Lampau Penentu Kompaun Rm 10 000

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 291 hits
Rekod Kesalahan Lampau Penentu Kompaun RM 10 000 ini merujuk kepada keperluan pihak berkuasa dalam meneliti rekod kesalahan terdahulu mengenai individu yang ingkar mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan yang perlu di...
Tanda Rawatan Dan Pencegahan Penyakit Tibi

Tanda Rawatan Dan Pencegahan Penyakit Tibi

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 1004 hits
Assalamualaikum wbt Tanda Rawatan dan Pencegahan Penyakit Tibi Kebelakangan ini ramai betul yang batuk batuk Kadang kadang ada yang sampai berminggu minggu tak baik baik lagi Mungkin kah batuk biasa atau telah dijangkiti penyakit batuk keri...
Perincian Kesalahan Berhubung Kompaun Rm10 000 Ingkar Sop Akan Dimaklumkan Kelak

Perincian Kesalahan Berhubung Kompaun Rm10 000 Ingkar Sop Akan Dimaklumkan Kelak

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 225 hits
Penelitian berkenaan pengenaan kompaun ke atas individu yang ingkar pematuhan SOP sehingga RM10 000 itu akan dilakukan Penyataan ini dimaklumkan pada sidang Majlis Keselamatan Negara semalam Menurut Dato Sri Ismail Sabri Menteri Kanan perte...
Kerajaan Ph Umno Akan Luluskan Akta Lompat Parti

Kerajaan Ph Umno Akan Luluskan Akta Lompat Parti

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 365 hits
Spekulasi Pakatan Harapan dan Umno akan bergabung membentuk Kerajaan Persekutuan pasti menggusarkan Perikatan Nasional Namun bagi rakyat senario itu merupakan satu rahmat kepada demokrasi Malaysia kerana tidak akan berlaku lagi lompat parti...
Fahmi Reza Disiasat Di Bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia

Fahmi Reza Disiasat Di Bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 474 hits
MALAYSIAKINI Artis grafik Fahmi Reza diarahkan ke balai polis Putrajaya jam sebelas pagi esok berkaitan dua siaran media sosialnya Dalam catatan di Facebook Fahmi memaklumkan yang dia tidak diberitahu mengenai hantaran Facebook mana yang me...
Pkr Terengganu Jauhkan Diri Dari Wanita Itu Polis Siasat Di Bawah Akta Hasutan

Pkr Terengganu Jauhkan Diri Dari Wanita Itu Polis Siasat Di Bawah Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 323 hits
MALAYSIA DATELINEPKR Terengganu menjauhkan diri mereka dari seorang wanita dengan menafikan beliau adalah Ketua Srikandi Negeri dan Ketua Biro Wanita Muda AMK Negeri Terengganu sebagaimana yang didakwanya sebelum ini Ketua Penerangan Majlis...
Tiada Isu Polis Kompaun Rm10 000

Tiada Isu Polis Kompaun Rm10 000

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 264 hits
Oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Majlis Pecah Tanah bagi Pembangunan Projek Satu Anggota Satu Rumah di Kem Transmitter Sungai Besi Foto FATHIL ASRI KUALA LUMPUR Tiada sebarang isu jika anggota polis mengenak...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever