Tak Stres Berpantang Lebih Bertenaga Ibu Lepas Bersalin Patut Buat Tip Ini


Bersalin normal atau secara czer, semua ibu wajib berpantang. Ini kerana dalam tempoh berpantanglah, tubuh ibu dalam proses nak pulih untuk sihat semula setelah 9 bulan hamil dan melalui fasa kelahiran.
Bila sebut soal berpantang ini, ada sesetengah ibu selesa ikut cara orang lama dan ada juga yang mahu ikut cara perubatan sekarang. Apa sekalipun pilihan ibu, Dr Muhammad Izzat berkongsi 15 amalan pantang ini sebaiknya dilakukan. Ini untuk pastikan kesihatan ibu dan bayi berada dalam keadaan baik dan sentiasa bertenaga!
Amalan berpantang yang betul selepas bersalin :
1. PANTANG MEROKOK
Berhenti merokok. Suami berhenti merokok. Semua yang merokok dalam umah tu suruh berhenti rokok
2. PANTANG MAKANAN
Kalau tak ada allergik, makan macam biasa. Makan secara sihat dan pilih makanan berkhasiat.

3. PANTANG LIMIT AIR
Minum air mencukupi, air panas air sejuk air suam. Minum je, tkde masalah. Segala air yang masuk dalam dan ibu akan bertukar ikut suhu badan ibu. Ibu minum air sejuk, tak tukar susu badan jadi ice blended pun. Jangan risau.
4. PANTANG MAKAN BERLEBIHAN
Pantang makan terlalu banyak garam, Pantang makan atau minum manis-manis, Pantang makan makanan berproses, Pantang makan junk food. Untuk seumur hidup, Bukan 44 hari, 100 hari atau 1000 hari.
5. PANTANG MAKAN UBAT/PRODUK KURUS
Pantang makan ubat/produk kurus. Nak kurus cepat – Susu badan!
6. PANTANG BERSAMA DENGAN SUAMI
Tunggu darah nifas kering dulu. Harap bersabar.

7. PANTANG MENYENTUH LUKA TANPA CUCI TANGAN
Nak luka cepat sembuh, ikut cakap doktor dan cakap misi. Makcik bawang suruh sapu manjakani, kunyit, serbuk cili ke apa, abaikan.
8. PANTANG TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
Dah kenapa tak mandi masa berpantang? Hobi eh?
9. PANTANG PAKAI BENGKUNG KETAT-KETAT
Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. Nak pakai kain atau seluar ke tak ada masalah. Memana ibu suka dan selesa. Nak pakai seluar pun dipandang semacam berdosa besar.
10. PANTANG MERAWAT DIRI SENDIRI
Darah nifas banyak, sakit perut yang teruk, demam, buah dada bengkak, nifas berbau busuk, rasa nak pitam semua jumpa doktor. Jangan tanya dekat facebook atau twitter nak buat apa. Yang acah-acah jadi doktor pun kena jauhi.
11. PANTANG TAK BERJALAN & BARING SAHAJA
Pantang tidak berjalan dan baring memanjang. Lagi banyak berjalan, lagi aktif, lagi cepat ibu pulih. Risiko darah beku (thrombosis) pun kurang.
12. PANTANG DARI BIARKAN ORANG RAMAI DATANG RUMAH
Pantang dari biarkan orang ramai sepupu sepapat datang umah. Bagi peluang ibu nak berehat. Nak susukan baby pun susah orang tak putus-putus datang.
13. PANTANG BELI PRODUK SALAH
Pantang beli produk-produk yang anda tidak mengetahui bahan kandungannya atau kesan sampingannya. Tak perlu makan jamu.
14. PANTANG BAGI BABY MAKANAN ATAU MINUMAN
Pantang bagi baby makanan atau minuman melainkan susu ibu atau susu formula khas untuk baby atau ubat yang dinasihatkan oleh doktor. Susu ibu makanan terbaik untuk baby. Lepas 6 bulan dah boleh start makanan pejal.

15. PANTANG MEMBERIKAN TEKANAN PERASAAN PADA IBU
Pantang memberikan tekanan perasaan pada ibu dengan memaksa ibu berpantang dan elakkan makanan-makanan berkhasiat seperti pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang baik untuk kesihatan.
Paling penting, pantang dari menyakitkan perasaan ibu dengan mengecam segala perbuatan dan kehendak ibu. Apa dia nak buat, kita support. Apa dia nak makan, biarkan dia makan.
Ibu perlu happy ketika berpantang. Jangan takutkan ibu dengan segala macam benda yang tak berasas. Berpantang bukan tempoh seksaan untuk ibu.
Kredit: Twitter Dr Muhammad Izzat

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
 
The post Tak Stres Berpantang & Lebih Bertenaga, Ibu Lepas Bersalin Patut Buat Tip Ini! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-stres-berpantang-lebih-bertenaga-ibu-lepas-bersalin-patut-buat-tip-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Bahaya Selepas Bersalin Ibu Berpantang Kena Jaga Jaga

Tanda Bahaya Selepas Bersalin Ibu Berpantang Kena Jaga Jaga

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 261 hits
Tanda bahaya selepas bersalin yang mungkin terkena pada ibu berpantang boleh mengancam kesihatan dan nyawa Jadi ibu selepas bersalin kena tahu apa antara masalah bahaya tersebut supaya dapat mengawasi diri sendiri Selain gembira menyambut k...
Ibu Ada Gdm Tolong Jangan Culas Check Semula Lepas 6 Minggu Berpantang Ada Risiko Untuk Kehamilan Seterusnya

Ibu Ada Gdm Tolong Jangan Culas Check Semula Lepas 6 Minggu Berpantang Ada Risiko Untuk Kehamilan Seterusnya

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 176 hits
Komplikasi ketika kehamilan seperti diabetes gestasi atau kencing manis bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah oleh wanita Sebab itu penting untuk ibu yang ada sejarah GDM untuk membuat pemeriksaan semula selepas 6 minggu tempoh berpanta...
Ibu Lepas Bersalin Standby Keperluan Ni Untuk Luka Jahit Czer Cepat Baik

Ibu Lepas Bersalin Standby Keperluan Ni Untuk Luka Jahit Czer Cepat Baik

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 210 hits
Ibu yang sedang menunggu hari nak bersalin pasti dah buat persediaan untuk menyambut orang baru dalam ahli keluarga Selain menyediakan kelengkapan bayi barangan ibu juga penting terutama bab penjagaan luka Dalam tempoh berpantang ini ibu ha...
Checklist Keperluan Bersalin Dan Berpantang Buat Ibu Dan Bayi

Checklist Keperluan Bersalin Dan Berpantang Buat Ibu Dan Bayi

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 269 hits
Buntu memikirkan mana nak cari senarai barang keperluan bersalin dan berpantang keperluan bersalin dan berpantangDi sini Mamy Syu ada sediakan checklist keperluan bersalin dan berpantang buat ibu dan bayi Bila nak dekat dekat bersalin ni mu...
Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 246 hits
Benar kita tidak cukup ilmu mengenai kehamilan yang kita lalui Namun bila mana setiap pemeriksaan bulanan atau apa jua rutin kehamilan yang diminta doktor jangan sekali kita abaikan Setiap temujanji amatlah penting lebih lebih lagi bagi ibu...
Ibu Ini Kongsi Cara Rangsang Deria Bayi Lebih Cepat Dengan Lihat 3 Warna Ini

Ibu Ini Kongsi Cara Rangsang Deria Bayi Lebih Cepat Dengan Lihat 3 Warna Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 233 hits
Mengajar anak kecil bukan perlumbaan tapi satu peluang yang harus dilakukan dengan baik kerana waktu kecil hanya sekali sahaja Dalam tempoh ini otak bayi mudah belajar walaupun kita nampak dia hanya merenung Salah satu teknik yang boleh mem...
Lebih Setengah Juta Jawatan Kosong Diiklankan Tahun Lepas

Lebih Setengah Juta Jawatan Kosong Diiklankan Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 223 hits
SHAH ALAM Jabatan Perangkaan Malaysia memberitahu bahawa kekosongan jawatan yang diiklankan dalam talian meningkat lebih daripada dua kali ganda pada suku keempat tahun 2021 iaitu sebanyak 190 436 berbanding suku sama tahun sebelumnya Penin...
Hiburan Rezeki Dia Lebih Melimpah Di Sana Ibu Reda Anak Lari Ke Australia Tak Pernah Pujuk Sajat Balik Malaysia

Hiburan Rezeki Dia Lebih Melimpah Di Sana Ibu Reda Anak Lari Ke Australia Tak Pernah Pujuk Sajat Balik Malaysia

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 259 hits
Ibu kepada usahawan kosmetik terkenal yang kini menetap di Australia Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai memaklumkan bahawa dia tidak akan sesekali memujuk anak lelakinya itu untuk pulan ke Malaysia Ujar Maimon Omar 66...
Mengandung Bersalin Berpantang Bukan Isteri Je Tanggung Semua Suami Kena Hadap Sama

Mengandung Bersalin Berpantang Bukan Isteri Je Tanggung Semua Suami Kena Hadap Sama

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 217 hits
Bila mengandung selalunya isteri yang akan tanggung semua dari awal kehamilan sampailah ketika bersalin dan berpantang tambah pula bila anak ramai dan masih lagi kecil orang kata kalau tak kuat mental boleh koyak Ada ramai anak memang seron...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul