Tak Perlu Ke Eropah Cari Makanan Itali Di Malaysia Pun Ada
Itali adalah salah satu negara hebat dalam bidang masakan, diiktiraf oleh dunia dan sering dikaitkan dengan makanan bermutu tinggi
Ofkos laa harga nya juga 'mencengkam kalbu' bersesuaian dengan kualiti. Belum termasuk kos melancong ke Itali demi mendapatkan makanan mewah tersebut
Namun kini, korangg takyah ke Eropah mencari makanan Itali, kat Malaysia pun ada. Salah satu kiosk di Mainroad Jalan Ampang iaitu Naughty Italian, mendapat pujian ramai termasuklah dari pelancong asing. Kata mereka, rasanya setanding makanan dari negara asal! Fuhh.
Terus terang bagitahu, ema bukan peminat tegar pasta. Biashe biashe ajerr. Tapi, makan kat sini sampai tak perasan "ehh banyaknya kau makan". Makanya, di bawah ini, ema kongsikan beberapa menu yang ema dah makan. Disebabkan puas hati sangadd, ema sertakan sekali rujukan harga.
Naughty’s Cabonara, RM 19.50
Trio Mushroom Brushchetta, RM 14.50
Mac and Blue Cheese, RM 16.50
Sicillian Aglio-Olio, RM 16.50
Arrabiata Meatballs, RM 19.50
Virgin Lamb Brasato, RM 24.50
Shroom and Beef Lasagne, RM 19.50
Italian Nachos, RM 14.50
Besar ni portion makan italian nanchos, dah la banyak giler cheese. Kau tengok muka Nuh tu tak penyabar betul laaa
Tentang Naughty Italian
Naughty Italian baru je start pada 1hb April 2019. Walaupun baru kurang dari 6 bulan beroperasi, Naughty Italian sudah mempunyai ramai ‘regular customer’ dari kalangan penduduk tempatan dan antarabangsa.
Dalam dapur, benda yang paling menjadi keutamaan adalah rasa dan ‘presentation’. Sesuai dgn slogan tempat makan ni iaitu “Eat with your eyes, taste with your tongue”. Perkataan ‘wow’ adalah perkara biasa bila pelanggan mula mendapat makanan yg mereka pesan.
Naughty Italian bukan kedai masakan Italy yang biasa makan. Kebanyakkan sos dan perasa tambahan adalah 100% buatan sendiri. Paling berbaloi cuba adalah disebabkan harganya yang mampu rasa walaupun bahan masakan kesemuannya tinggi kualiti dan terjamin.
Dengan pemilihan bahan camni, uols berpeluang merasa makanan mewah seperti yang dihidangkan dalam hotel dan restoran terkemuka. Disinilahh peluang dibuka kepada ramai orang untuk merasai makanan Italy yang dimasak secara professional.
Di Mainroad Jalan Ampang, tiada masalah untuk Naughty Italian menyediakan makanan untuk jumlah pelanggan yang besar, samada untuk sambutan hari jadi dan sebagainya.
Papehal selfie jap kat area parking depan Mainroad Jalan Ampang
Kotak besar tu sebenarnya kiosk beli minuman. Macam menghalang pemandangan pulakk nak tengok kemeriahan tempat ni. Hehehee
Disebalik kotak besar, terselit beratus kerusi, bakal meriah menjelang jam 8.30 malam dan keatas
Makan sini dah la sedap, pastu ada pulak busker, fuhh memang melayan la wei
Kawasan dalam surau ruang solat wanita, sangat dekat dengan Mainroad Jalan Ampang. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Jadi tiada masalah untuk menjaga solat walaupun tengah food hunting.
Info Ringkas Naughty Italian
Alamat: Mainroad Jalan Ampang, 50450 Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia. Waktu operasi: 5.00pm - 3.00am (buka setiap hari)
Special promo: 15% diskaun setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 5.00pm hingga 7.00pm
Buskers: Setiap Rabu hingga Ahad
Lain lain: big screen (untuk bola)
Info lain tentang kiosk makan ni, boleh rojer link di bawah:FACEBOOK: Naughty Italian
INSTAGRAM: @my_naughtyitalian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ematunz.blogspot.com/2019/08/makanan-itali.html