Senarai Khidmat Delivery Makanan Di Malaysia
"Delivery Makanan Di Malaysia"
Bukan sahaja maklumat dan sosial secepat sentuhan jari, pesanan makanan juga boleh dipesan dihujung jari.
Senarai Servis Food Delivery Di MalaysiaSetakat ini masih belum ada servis menyuap makanan ke mulut bagi yang berupaya, sekadar bergurau.
Zup, zap, zup zap kelihatan kelibat pekerja mencilok untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.
Delivery Makanan Segera Sahaja
Jika sebelum ini cukup popular untuk mereka yang inginkan makanan segera seperti KFC atau McDonalds untuk 'delivery' ke depan rumah.
Kini, nasi goreng USA, spagetti bolognese, western food dan pelbagai lagi makanan selain 'fast food' boleh ditempah.
Janji, sanggup membayar. Akan sampai terus kepada anda tanpa sebarang kegusaran, dengan pertanyaan retorik yang boleh buat setengah-setengah pasangan bergaduh dengan pertanyaan, ' Nak makan mana ? '
Jawab sahaja 'makan kat sini'
Senarai Servis Penghantaran Makanan Di Malaysia
Jom lihat senarai syarikat 'food delivery' di Malaysia.
1. Food Panda
Food PandaPengenalan:
Dikenali dengan tema warna merah jambu dengan menjadikan beruang panda sebagai ikon.
Dengan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan dari lebih 700 buah kedai makan dan restoran, Food Panda boleh memberikan makanan kegemaran anda seperti nasi lemak, kopi, makanan segera seperti McDonalds, KFC atau Domino Pizza dan pelbagai hidangan harian tanpa perlu ke restoran berkenaan.
Cara Pesanan :
Website dan aplikasi telefon pintar
Minimum Order :
Tiada
Cara Bayaran:
Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card
Waktu Operasi Penghantaran :
10.00 a.m sehingga 11.00 p.m, Setiap hari
2. Grab Food
Grab FoodPengenalan:
Grab biasa terkenal dalam penghantaran benda bernyawa iaitu manusia. Alternatif kepada teksi dan bas. Namun, dengan tema hijau bukan sahaja manusia boleh dibawa ke mari, makanan dan minuman juga boleh.
Cara Pesanan :
Website dan aplikasi telefon pintar
Minimum Order :
Tiada
Cara Bayaran:
Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card
Waktu Operasi Penghantaran :
9.00 a.m sehingga 12.00 a.m, Setiap Hari
3. Honest Bee
HonestbeePengenalan:
Dari namanya, mungkin aplikasi ini mementingkan kejujuran seumpama seekor lebah. Apa yang unik akan honestbee berbanding khidmat penghantaran makanan lain adalah, aplikasi ini turut menyediakan penghantaran barangan dapur, menarik bukan.
Dengan tema lebah yang kiut dan bewarna kuning mengingatkan pada satu gedung pakaian TeezBee yang juga kiut untuk dimiliki barangannya.
Cara Pesanan :
Website dan aplikasi telefon pintar
Minimum Order :
Tiada
Cara Bayaran:
Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card
Waktu Operasi Penghantaran :
10.00 a.m sehingga 10.00 p.m, Setiap Hari
4. Dah Makan
Dah MakanPengenalan:
Cukup senang diingati, dahmakan, sememangnya penghantaran makanan yang menjadi alternatif kepada khidmat penghantaran makanan lain.
Hijau merupakan tema warna untuk aplikasi ini. Terdapat 'rating' untuk setiap pesanan, pengguna boleh menjadikannya sebagai panduan.
Cara Pesanan :
Website dan aplikasi telefon pintar
Minimum Order :
Tiada
Cara Bayaran:
Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card
Waktu Operasi Penghantaran :
9.00 a.m sehingga 10.20 p.m, Setiap Hari
Download Apps: DahMakan Apps
5. Deliver Eat
Deliver EatPengenalan:
Dengan tema merah aplikasi ini masih dalam berjinak-jinak, sudah berkolaborasi dengan 200 buah kedai makan dan restoran termasuk Subway, Kenny Rogers Roasters dan Chicken Rice Shop.
Cara Pesanan :
Website dan aplikasi telefon pintar
Minimum Order :
RM 25.00
Cara Bayaran:
Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card
Waktu Operasi Penghantaran :
10:30 a.m sehingga 9.00 p.m, Setiap Hari
6. Running Man Delivery
Running Man DeliveryPengenalan:
Terkejut dengan namanya ? Jangan. Memang namanya running man. Dengan bermula harga makanan serendah RM1, mereka boleh hantarkan kepada anda.
Dengan simbol 'R' dan kilat, mesti penghantaran ini sepantas kilat apalagi dengan latar merah pada aplikasi. 'R' pada logonya boleh juga dikatakan 'rare' kerana rokok pun boleh dibeli melalui aplikasi ini.
Cara Pesanan :
Website dan aplikasi telefon pintar
Minimum Order :
Tiada
Cara Bayaran:
Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card
Waktu Operasi Penghantaran :
11.00 a.m sehingga 9.00 p.m, Setiap Hari
7. Food Time
Food TimePengenalan:
Dengan tema warna oren dengan logo lokasi dan sudu serta garfu sudah boleh dibayangkan apa perkhidmatan yang dilakukan oleh Food Time.
Aplikasi ini sebenarnya lebih tertumpu kepada pengusaha makanan biasa yang ditemui seperti gerai, kedai makan dan mereka yang memasak sendiri, menjadi orang tengah untuk dipasarkan.
Cara Pesanan :
Website dan aplikasi telefon pintar
Minimum Order :
Tiada
Cara Bayaran:
Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card
Waktu Operasi Penghantaran :
9.00 a.m sehingga 6.00 p.m, Setiap Hari
8. Mammam Delivery
Mammam DeliveryPengenalan:
Nama pun sudah 'kiut', jum mamam. Masuk sahaja aplikasinya sudah terpampang logo halal. Jadi usah risau serta khuatir untuk menggunakan perkhidmatan yang agak popular sekitar lembah klang ini.
Cara Pesanan :
Website dan aplikasi telefon pintar
Minimum Order :
Tiada
Cara Bayaran:
Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card
Waktu Operasi Penghantaran :
9.00 a.m sehingga 7.00 p.m, Setiap Hari
9. Shogun2U
Shogun2uPengenalan:
Agak berlain sedikit namanya dengan nama untuk perkhidmatan penghantaran makanan. Mungkin kelainan ini menjadikannya unik. Sebenarnya ia bermula dari sebuah restoran dan sudah menjadi sebuah aplikasi servis hantar makanan.
Cara Pesanan :
Website dan aplikasi telefon pintar
Minimum Order :
Tiada
Cara Bayaran:
Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card
Waktu Operasi Penghantaran :
10.00 a.m sehingga 8.30 p.m, Setiap Hari
Download Apps, Pesan, Bayar dan Makan
Pelbagai khidmat dan servis penghantaran makanan sekarang. Cukup memudahkan kita hanya perlu download aplikasi atau terus ke laman sesawang dengan memilih pesanan makanan yang diinginkan terus membuat bayaran secara online atau bayaran tunai kepada pesanan makanan sampai.
Langkah Membuat Pesanan Delivery Makanan
Pastikan kawasan anda dalam lingkungan (coverage) servis penghantaran bimbang makanan anda tidak sampai.
Penghantaran Makanan Segera
Kini, restoran makanan segera turut menjadikan laman sesawang mereka sebagai kemudahan seumpama aplikasi penghantaran makanan sebagaimana senarai di atas, contohnya:
KFC Malaysia
McDonalds
Pizza Hut
Turut menggunakan tiga langkah penghantaran mudah sebagaimana di atas.
Bagi mereka yang gemarkan voucher makanan ataupun redeem makanan percuma boleh dapatkan khidmat TableApp sebagai platform mencuba makanan istimewa dari restoran restoran terbaik terpilih.
Anda fikir anda tahu Senarai Khidmat Delivery Makanan Di Malaysia ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2019/08/senarai-khidmat-delivery-makanan-di.html