Suami Isteri Penghidap Hiv Aids Cari Sisa Makanan Dalam Tong Sampah




MELAKA 28 Ogos – Sepasang suami isteri yang disahkan menghidap HIV/AIDS tampil untuk menyedarkan masyarakat bahawa
betapa sukarnya menghilangkan ketagihan najis dadah sehingga pernah menyelongkar tong sampah bagi mencari sisa
makanan.
Rosli Ismail, 52, yang disahkan menghidap penyakit itu pada tahun 1995 berkata, dia pernah mengutip sisa makanan
dalam tong sampah untuk mengalas perut kerana semua wangnya habis digunakan untuk membeli dadah.
“Semua jenis dadah – ganja, candu mentah, heroin, ekstasi semua saya pernah cuba selepas habis sekolah pada tahun
1986 semata-mata kerana ingin mencuba menyebabkan saya ketagih.
“Saya juga pernah masuk penjara 11 kali, pernah dua jam selepas keluar penjara saya ditangkap semula, dirawat di
pusat serenti empat kali dan melakukan jenayah termasuk mencuri selipar di masjid bagi mencari wang untuk membeli
dadah,” katanya yang bebas daripada dadah sejak lapan tahun lalu, ketika ditemui di Seri Negeri di sini semalam.
Sidang akhbar bagi mewujudkan kesedaran kepada penagih dadah itu diatur oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan
Anti Dadah negeri, Low Chee Leong dan turut dihadiri Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka, Nazir
Mohamad dan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Tiang Dua, Zulkifli Mohd. Dom.
Rosli anak kelahiran Jasin, Melaka dan mendapat pendidikan di Singapura reda apabila disahkan menghidap HIV/AIDS
akibat sejarah silamnya itu namun bertekad untuk berubah selepas kematian bapanya pada tahun 1997.
“Saya bergiat dalam kempen pencegahan dadah dengan mengadakan ceramah kesedaran bahaya najis dadah di Johor Bahru,
Johor sebelum bertemu dengan isteri saya, Rahayu Rahmat yang juga menghidap HIV/AIDS dan kami berkahwin pada Ogos
2010,” katanya yang menubuhkan Persatuan Kebajikan Sinar Sofia (Sinar Sofia) bersama isterinya pada 2011 untuk
membantu penghidap penyakit itu dalam kalangan penagih dadah dan pekerja seks.
Hasil perkahwinannya dengan bekas isteri terdahulu, Rosli dikurniakan empat orang anak berusia antara 17 hingga 25
tahun manakala Rahayu juga pernah berkahwin dan mempunyai empat orang anak berusia antara 17 hingga 26 tahun.
Kesemua lapan anak mereka bebas daripada HIV/AIDS.
Menceritakan pengalamannya pula, Rahayu, 49, memberitahu, dia hidup menderita selama enam tahun apabila terpaksa
menjadi pekerja seks akibat `dijual’ oleh bekas suaminya kepada sindiket pelacuran di Johor.
Disisihkan daripada keluarga, wanita kelahiran Johor Bahru dan menerima pendidikan di Singapura itu mengaku
disahkan menghidap HIV/AIDS pada tahun 2004 akibat dijangkiti oleh bekas suaminya yang merupakan penagih dadah
tegar.
“Saya berkahwin dengan bekas suami pada tahun 1991 namun tidak tahu dia adalah penagih dadah. Disebabkan hutang
keliling pinggang, dia `menjual’ saya kepada ibu ayam untuk melunaskan hutang.
“Sepanjang enam tahun saya menderita, terpaksa melayan lelaki yang saya tidak kenal dan ketika itu saya dan empat
anak saya hidup susah sehingga terpaksa mencuri roti dari kedai untuk dimakan bersama,” katanya yang kecewa apabila
segelintir masyarakat menuduh pesakit HIV/AIDS wanita layak menderita akibat perbuatan mereka sedangkan ada dalam
kalangan mereka yang teraniaya.
Rahayu bersyukur kerana dia dipertemukan dengan suaminya kini dan mereka berdua insaf serta bebas daripada najis
dadah dan cuba menyedarkan orang ramai agar tidak sesekali terjerat dengan penagihan dadah yang boleh membawa maut.
Pesanan Rahayu kepada masyarakat agar terhindar daripada najis dadah dan HIV/AIDS adalah kenali pasangan anda
sebelum mendirikan rumah tangga dan masyarakat perlu memberi ruang kepada pesakit seperti mereka untuk kembali
menjadi insan berguna. – UTUSAN ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/28/suami-isteri-penghidap-hiv-aids-cari-sisa-makanan-dalam-tong-sampah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Cari Madu Untuk Suami Berpoligami

Isteri Cari Madu Untuk Suami Berpoligami

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 347 hits
Ku sunting maduku buat suamiku PERKENALANNYA bermula melalui laman sosial namun dengan izin Allah SWT membuatkan hati seorang isteri terbuka untuk melamar kenalan terbabit yang juga ibu tunggal menjadi madunya Khuzatul Atiqah Abu Seman 31 m...
This Is Small Warning Next Time I Ll Burn Ur House Pasangan Suami Isteri Diugut Ah Long Angkara Bekas Pemilik Rumah

This Is Small Warning Next Time I Ll Burn Ur House Pasangan Suami Isteri Diugut Ah Long Angkara Bekas Pemilik Rumah

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 445 hits
The ReporterPasangan suami isteri yang baru saja menimang cahaya mata berdepan dengan situasi cemas apabila pagar kediaman mereka disimbah dengan cat merah Perbuatan itu dilakukan oleh Ah Long yang mahu menagih hutangnya yang masih belum di...
Isteri Malu Keluar Angin Dari Faraj Suami Jangan Fikir Perkara Ini Lucu

Isteri Malu Keluar Angin Dari Faraj Suami Jangan Fikir Perkara Ini Lucu

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 604 hits
Tanda tanda rahim tidak sihat perlu diambil perhatian kalau anda tidak mahu ia jatuh Anda perlu sentiasa peka dengan perubahan diri Wanita terutamanya yang telah melahirkan anak jangan sesekali pandang remeh dengan petunjuk rahim tidak siha...
Suami Terpaksa Tanggung Kos Ubatan Rm 6 000 Sebulan Isteri Hidap Penyakit Rare Di Malaysia

Suami Terpaksa Tanggung Kos Ubatan Rm 6 000 Sebulan Isteri Hidap Penyakit Rare Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 340 hits
Bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga adalah satu keputusan paling besar yang korang perlu lakukan seumur hidup Ia merangkumi cara hidup anda buat selamanya Semua orang tahu perkahwinan bukanlah satu perkara yang remah Setiap pasangan h...
Tutup Muka Kekasih Sebab Kami Belum Sah Suami Isteri

Tutup Muka Kekasih Sebab Kami Belum Sah Suami Isteri

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 340 hits
Berang apabila wajah kekasihnya dikenali sebagai Mr E tersebar minggu lalu Ruhainies menegaskan dia mempunyai sebab tersendiri tidak mendedahkan wajah kekasihnya kepada umum The post appeared first on
Kemalangan Melibatkan Suami Isteri Di Lorong Motorsikal

Kemalangan Melibatkan Suami Isteri Di Lorong Motorsikal

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 315 hits
Anak Mangsa Maut Kemalangan Motosikal Yatim Piatu Sekelip MataSelasa lalu satu Lebuhraya Persekutuan menghala ke arah ibu negara mengundang kesedihan orang ramai Lebih menyedihkan pasangan itu turut meninggalkan dua anak perempuan yang masi...
Suami Meninggal Isteri Siram Dengan Air Panas

Suami Meninggal Isteri Siram Dengan Air Panas

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 391 hits
Isteri siram suami dengan air panas sehingga mati kerana berang dimadukan senyap senyapBerang dimadukan seorang wanita bertindak menyiram suaminya dengan air panas sehingga maut Dalam kejadian yang berlaku di Makassar Indonesia suspek Amina...
Dari 2010 Hingga 2019 Ini Journey Pasangan Suami Isteri Miliki 8 Buah Rumah Dengan Gaji Rm 2 800

Dari 2010 Hingga 2019 Ini Journey Pasangan Suami Isteri Miliki 8 Buah Rumah Dengan Gaji Rm 2 800

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 395 hits
Benarlah kata orang tiada apa yang mustahil jika kita berusaha keras bagi mencapai impian Anything dreamable is realizable Apa yang penting ialah sejauh mana kita sanggup bertahan setelah jatuh berkali kali demi mencapai cita cita Tanpa ket...
Isteri Menangis Biasa Suami Yang Pandai Memujuk Tu Yang Luar Biasa

Isteri Menangis Biasa Suami Yang Pandai Memujuk Tu Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 483 hits
Kalau isteri cepat sentap bila suami cakap terkuat sikit tu bersyukur lah Ya la suami pun manusia biasa Manusia biasa emosi senang senang je nak turun naik sekelip mata Kadang kadang tak perasan pun volume suara tu ternaik Tahu tahu dah ter...
Hati Saya Hancur Sedih Lihat Suami Disepak Heret Dan Curah Mi Goreng Di Kepala Isteri Oku Dipukul

Why Malaysians Are Stuck With Religious And Racial Syndrome And How To Overcome This Conundrum

Misi Jiwa Prihatin Mcm Ke Syria Bermula Harian Metro 19 01 2025

Perak Mca Alcohol Sale Already Banned In Manjoi Beware Of Expansion

Bonding Time Dengan Anak Anak Masa Cuti Sekolah

Bystander Apathy And What It Says About Us

Apa Nak Buat Kalau Geran Tanah Hilang

Nippon Paint Lancar Buku Cerita Superguardian Who Inspirasi Kediaman Lebih Sihat Dan Selamat


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Port Ambil Gambar Di Telaga Harbour Marina Langkawi

4 68 Top 35 By Lesley Jinda55 Wiki

5 Strategi Penting Untuk Menetapkan Sasaran Keusahawanan Yang Berkesan

Selamat Bersara Kak N

Kari Ayam

Not Just A Bed How The Right Mattress Changes Your Entire Day