Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia


Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia | Assalamualaikum semua.. Kalau cerita bab makan, mesti korang akan nampak sis kongsikan makanan-makanan yang enak yang dijual di restoran-restoran kan. Jarang sekali sis kongsikan resepi kan. Ha, itu bukan bermakna sis tak memasak tau kat rumah. Masak juga cuma jarang-jarang sebab sis ni duduk sorang so agak tak berbaloi nak masak. Kalau masak pun mesti menu yang simple dan mudah dimasak. 

Tapi bila dah tua-tua ni (eh tua ke?? haha) pastinya kena jaga pemakanan kan. Kalau masak pun kena la makanan yang berkhasiat. Jadi bila sis dapat jemputan untuk menghadiri Bengkel Memasak bersama Beko Malaysia, terus sis setuju. Program yang diberi nama 'Eating Healthy With Beko Malaysia' ni sangat menarik kerana kami akan belajar memasak menu yang sihat tetapi sedap dan mudah disediakan dengan menggunakan produk Beko Malaysia


Bila sebut pasal produk Beko, ramai yang masih belum mengetahui mengenai jenama Beko ni. Betul tak? Ok, bagi yang belum tahu Beko adalah jenama nombor kedua terbesar di Eropah untuk kelengkapan peralatan rumah dan mula bertapak di Malaysia lebih kurang 3 tahun lepas. Ha, sis pun baru je tahu sejak guna Beko 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner tempoh hari. Sejak dari tu sis dah mula jatuh cinta dengan produk Beko ni. 

Sebagai permulaan, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan bagi menyediakan menu yang diberikan.  Ada kumpulan yang akan memasak appetizer, kumpulan yang memasak Main Dish dan Kumpulan untuk memasak Dessert. Sis dapat satu kumpulan dengan Kelly Chin bagi menyediakan dessert iaitu Frozen Yogurt Bites. Selama ni fikir macam susah je nak buat resepi ni tapi rupanya senang je malahan cepat aje penyediaannya bila menggunakan produk Beko. Ha, meh sis kongsikan resepi menu setiap kumpulan dan peralatan Beko yang mereka gunakan.



Menu Appetizer - Mushroom Soup & Garlic Bread
Untuk appetizer, kumpulan Mahamahu, Kak Lily dan Kak Ayu akan menyediakan Garlic Bread dan Mushroom Soup. Wah, menarik menunya. Selalu order je kan tapi ni first time sis tengok cara membuatnya. Bagus juga ni, dapat juga sis belajar kan. Next time boleh buat sendiri.



 
Bagi penyediaan Mushroom Soup, sis tengok kumpulan ini menggunakan Beko Induction Cooker yang mempunyai 4 induction zone. Apa yang sis suka pasal Beko Induction Cooker ni adalah bentuknya yang rata dan mudah untuk dikendalikan. Arahan pada panel pun mudah, siap ada timer dan buzzer lagi tau. Maknanya, kita boleh set bila nak masak dan buzzer akan berbunyi bila makanan dah masak. Wow, canggih kan. Tahap kepanasan pun boleh dilaras mengikut jenis masakan yang kita masak. 


Bagi penyediaan Garlic Bread pula mereka membakar roti yang telah disapu dengan mentega dan bawang putih ke dalam Beko Built In Oven. Macam yang kita tahu roti ni tak perlu dibakar lama sebab kalau terlalu garing roti akan jadi keras, silap-silap boleh hangus pula. Tapi jangan risau, Beko Built In Oven ni mempunyai pelarasan tahap pemanasan jadi kita dapat setkan masak memasak dengan mudah. Lagipun pintunya mempunyai kaca jadi mudah untuk kita lihat masakan kita dah bertukar warna ke belum




Menu Main Dish - Lemon & Thyme Roasted Chicken
Untuk Main Dish pula, kumpulan yang diberikan tugas iaitu Jessie dan Josephine akan menyediakan ayam bakar yang diberi nama Lemon & Thyme Roasted Chicken. Perghh, dengar nama pun dah sedap kan. Rupanya cara penyediaan dia pun senang je. Just guna ayam seekor (tak perlu potong) pastu lumurkan dengan segala bahan then masuk je dalam Beko Built In Oven. Allahu, mudah yakmat rupanya. Tapi kalau nak lagi sedap, perap lama sikit baru bakar



Memandangkan kami ramai maka team main dish ni membakar 2 ekor ayam. Tapi tak ada masalah tau sebab kapasiti Beko Built In Oven ni besar iaitu 71L. Walaupun besar, nak cuci senang tau sebab setiap compartment dia boleh ditanggalkan dan dibersihkan. Jadi takde masalah kalau nak bakar ayam setiap hari.. ehh.. hehe.




Menu Dessert - Frozen Yogurt Bites
Ok, yang ni team sis bersama Kelly Chin punya tugasan iaitu menyediakan Frozen Yogurt Bites. Ia adalah sejenis aiskrim tetapi menggunakan buah-buahan segar yang dicampur dengan yogurt dan madu. Semua buah dibersihkan dan dipotong dadu. Kami menggunakan buah mangga, strawberi dan juga kiwi. Rasa asli dari buah ini dimaniskan sedikit dengan madu supaya rasanya lebih enak. 


Bagi menghancurkan buah yang dipotong dadu, kami menggunakan Beko Hand Blender. Pada mulanya kami risau juga takut terpercik kan sebab hand blender ni tak ada penutup. Tapi rupanya tak ye, memang bagus Beko Hand Blender ni sebab pukulannya rata dan tak menghasilkan gegaran yang kuat. Jadi takde la terpercik kan. Kelajuannya juga boleh laras, jadi memandangkan kami tak mahu buah terlalu hancur jadi kami blend sekejap sahaja. 


Selepas dikisar, kami masukkan ke dalam acuan dan disimpan di dalam peti ais jenama Beko juga untuk disejukkan. Ya, jangan tak tahu ye Beko ni ada juga mengeluarkan peti ais, mesin basuh, vacuum cleaner dan macam-macam lagi keperluan rumah. Lepas ni kalau nak survey barangan rumah boleh pilih jenama Beko ye. 

Bila dah selesai tugasan kami, sekali lagi kami rasa bertuah apabila diberi tunjuk ajar cara membuat smoothies dan juga juice menggunakan Beko Vacuum Blender. Rupa nampak macam sama je kan dengan blender biasa tapi sebenarnya ada beza tau. Bila guna Beko Vacuum Blender ni juice yang dihasilkan akan lebih halus. Ha, tengok perbezaan antara 2 gelas juice tomato ni, ada beza kan. Fungsi vacuum tu adalah untuk kedap oksigen dan mengelakkan pengasingan semasa proses pengisaran.




Bila dah selesai masak, of course la semua dah tak sabar nak makan kan. Tambahan pula bau ayam yang dibakar dah menyusuk ke hidung. Terus terasa lapar. Maka kami semua dijemput untuk ke meja makan untuk menikmati makan tengah hari bersama-sama. 

Ha, ni la semua menu yang kami masak tadi. Menarik tak?? tu baru rupa je tau. Bila dah rasa, perghhh dah macam makan kat restoran. Tapi hidangan yang ini of course la lebih menyihatkan kerana kita sendiri yang masak dan kita tahu apa bahan yang digunakan. So, apa lagi. Jemput makannnnn... 

Ternyata untuk menghasilkan makanan yang enak dan menyihatkan ni mudah sahaja. Terima kasih kepada Beko Malaysia yang banyak memberi tunjuk ajar. Lepas ni tak payah la nak berbelanja besar kat luar semata-mata untuk nak makan sedap kan. Semoga perkongsian ini juga dapat membantu korang semua untuk amalkan pemakanan yang sihat. Oh ya, bagi sesiapa yang nak survey barangan keperluan rumah, meh la layari website Beko Malaysia. Mana tau ada yang berkenan di hati kan. 
http://www.beko.my/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/08/masak-makanan-sihat-bersama-beko.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sessi Masak Masak Dengan Beko Malaysia Secara Sihat

Sessi Masak Masak Dengan Beko Malaysia Secara Sihat

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 335 hits
Hi Korang Ye semua orang boleh memasak tapi memasak secara sihat memang kena ada idea dan skill jugak ek hehehe Bagi kak lily idea dan kenal pasti bahan bahan yang di gunakan baru kita masak dan makan secara sihat Kebetulan jugak kak lily d...
Khatulistiwah The Curve Mutiara Damansara Terkenal Dengan Kopi Dan Makanan Malaysia

Khatulistiwah The Curve Mutiara Damansara Terkenal Dengan Kopi Dan Makanan Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 1033 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Hari ni kita ke sebuah kafe tak silap Maha yang mana konsep lebih moden dan juga berada dikeliling kemajuah dan kepesatan bangunan Ini lah kafe yan...
Tak Perlu Ke Eropah Cari Makanan Itali Di Malaysia Pun Ada

Tak Perlu Ke Eropah Cari Makanan Itali Di Malaysia Pun Ada

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 1122 hits
Itali adalah salah satu negara hebat dalam bidang masakan diiktiraf oleh dunia dan sering dikaitkan dengan makanan bermutu tinggi Ofkos laa harga nya juga mencengkam kalbu bersesuaian dengan kualiti Belum termasuk kos melancong ke Itali dem...
Senarai Khidmat Delivery Makanan Di Malaysia

Senarai Khidmat Delivery Makanan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 788 hits
Delivery Makanan Di Malaysia Bukan sahaja maklumat dan sosial secepat sentuhan jari pesanan makanan juga boleh dipesan dihujung jari Senarai Servis Food Delivery Di MalaysiaSetakat ini masih belum ada servis menyuap makanan ke mulut bagi ya...
4 Cara Masak Daging Bbq Yang Sihat Dan Selamat

4 Cara Masak Daging Bbq Yang Sihat Dan Selamat

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 691 hits
4 Cara masak daging BBQ yang sihat dan selamat Daging korban kan banyak lagi Jom masak daging dengan resepi yang sihat Antaranya buat panggang BBQ atau buat sate Sekiranya merancang untuk buat BBQ atau bakar sate boleh gunakan tips ini untu...
Badak Sumatera Terakhir Malaysia Sihat Boleh Jalani Proses Ivf Untuk Pembiakan

Badak Sumatera Terakhir Malaysia Sihat Boleh Jalani Proses Ivf Untuk Pembiakan

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 452 hits
KOTA KINABALU Badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia yang ditempatkan di Sanktuari Badak Borneo di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu kini dalam keadaan sihat selepas menjalani rawatan akibat ketumbuhan dalam rahim pada tahun ...
Beko Membantu Kerja Memasak Lebih Mudah Dan Sihat

Beko Membantu Kerja Memasak Lebih Mudah Dan Sihat

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 627 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Maha ni walaupun duduk bujang tetap memasak juga kat rumah walaupun tak selalu Ye lah kadang kadang korang nampak Maha makan sedap sedap kat restor...
Kaji Betul Betul Sebelum Laksana Gojek Di Malaysia

Kaji Betul Betul Sebelum Laksana Gojek Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 334 hits
Oleh Muzaffar Syah Mallow Sebarang cadangan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek di negara kita memerlukan satu kajian yang mendalam sebelum ia dilaksanakan Walaupun ia dilihat dapat menjadi sa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025