Tak Pasti 1mdb Dapat Kebenaran Bnm Pindah Jumlah Besar Wang Kata Bekas Ceo


 
Najib Razak berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pasti sama ada syarikat itu telah mendapatkan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memindahkan sejumlah besar wang kepada pelbagai entiti.
Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama pembelaan Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Muhammad Shafee menyoal saksi pendakwaan ke-10 itu mengenai pinjaman USD975 juta oleh 1MDB dari Deutsche Bank untuk tujuan membeli semula saham syarikat itu daripada seorang rakan pelaburannya.
Peguam itu berkata, sebahagian daripada pinjaman itu tidak digunakan untuk tujuan sebenar tetapi telah dipindahkan dalam dua bahagian (USD223 juta dan USD475 juta) iaitu dari 1MDB Energy Holdings Limited kepada syarikat Aabar Investment PJS Ltd (Seychelles) pada September 2014 dan kemudian kepada pelbagai entiti.
Muhammad Shafee: Adakah anda tahu bahawa kebenaran diperlukan untuk pemindahan sejumlah besar wang dari Malaysia?
Mohd Hazem: Saya setuju dari segi teknikal.
Muhammad Shafee: Adakah anda mendapat kebenaran BNM apabila memindah berjuta-juta wang daripada 1MDB kepada pelbagai entiti?
Mohd Hazem: Saya tidak pasti.
Muhammed Shafee: Adakah anda tahu bahawa adalah satu kesalahan jika anda tidak mendapat kebenaran BNM?
Mohd Hazem: Saya tidak tahu tetapi kemungkinan, ya.
Muhammad Shafee: Adakah pinjaman daripada Deutsche Bank untuk tujuan tertentu dan apabila tujuan itu tidak dipenuhi, adakah anda sedar bahawa anda telah melakukan pecah amanah (CBT) terhadap dana syarikat?
Mohd Hazem: Ya dari segi teknikal.
Muhammad Shafee: Secara teknikalnya ia adalah CBT dan juga pengubahan wang haram.
Mohd Hazem: Ya.
Muhammad Shafee kemudian bertanya sama ada sesiapa telah menyiasat beliau di bawah CBT atau kesalahan pengubahan wang haram dan Mohd Hazem menjawab: Tidak.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sangat baik dengan anda,” kata peguam itu sambil menambah saksi itu patut dipenjarakan atas kesalahan CBT dan pengubahan wang haram dana tersebut.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 13 Sept ini. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/tak-pasti-1mdb-dapat-kebenaran-bnm.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jho Low Adalah Bos Sebenar Najib Berlakon Kata Bekas Ceo 1mdb

Jho Low Adalah Bos Sebenar Najib Berlakon Kata Bekas Ceo 1mdb

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 233 hits
Perbicaraan 1MDB melibatkan Najib Razak semalam diberitahu usahawan dalam buruan Low Taek Jho mengambil alih peranan ketua pegawai eksekutif dalam kawalan syarikat dana negara tersebut selain menambah bekas perdana menteri itu terpaksa berd...
Kisah Bekas Ceo 1mdb Alih Wang Tidak Ikut Sop Najib Yang Kena Dakwa

Kisah Bekas Ceo 1mdb Alih Wang Tidak Ikut Sop Najib Yang Kena Dakwa

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 374 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Gajinya puluhan ribu sebulan namun peraturan mudah berkenaan wang keluar dan masuk negara perlukan kelulusan badan autoriti seperti Bank Negara pun bekas CEO 1MDB tidak tahu Sama ada pihak syarikat 1MDB yang diurus ole...
1mdb Bayar Bloomberg Untuk Senaraikan Salah Satu Dana Pelaburannya Kata Saksi

1mdb Bayar Bloomberg Untuk Senaraikan Salah Satu Dana Pelaburannya Kata Saksi

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 186 hits
BERNAMA Bekas CEO 1MDB berkata ia dilakukan bagi menambah baik persepsi orang ramai terhadap portfolio pelaburan tersebut Syarikat dana negara 1MDB menjadi tajuk utama berita dunia selepas terlibat skandal kewangan terbesar melibatkan bekas...
Sebahagian Besar Nama Pegawai Atasan 1mdb Digugurkan

Sebahagian Besar Nama Pegawai Atasan 1mdb Digugurkan

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu sebilangan besar nama pegawai atasan 1Malaysia Development Berhad telah digugurkan daripada writ saman yang difailkan syarikat itu selepas menjadi saksi pendakwaan dalam perbicaraan l...
Kabinet Najib Setuju Ketua Audit Negara Semak Laporan Audit 1mdb Kata Saksi

Kabinet Najib Setuju Ketua Audit Negara Semak Laporan Audit 1mdb Kata Saksi

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 202 hits
Najib berkata pembentangan laporan kepada PAC perlu dipertimbangkan dan dirancang dengan berhati hati bagi mengelakkan fakta atau isu isu syarikat tersebut diputarbelitkan misalnya melalui pembocoran maklumat kepada pihak ketiga dan dijadik...
Bila Dan Bagaimana Parlimen Bersidang Di Luar Bidang Kuasa Agong Kata Bekas Hakim Kanan

Bila Dan Bagaimana Parlimen Bersidang Di Luar Bidang Kuasa Agong Kata Bekas Hakim Kanan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 261 hits
Gopal Sri Ram turut berkata kuasa Agong untuk melantik perdana menteri tidak bersama peruntukan untuk memecat beliau Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah Photo Istana Negara Facebook Perlembagaan tidak memberikan sebarang...
Ph Belum Boleh Pasang Khemah Besar Kata Penganalisis

Ph Belum Boleh Pasang Khemah Besar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 235 hits
Dua penganalisis politik melihat idea Pakatan Harapan menyatukan semua parti pembangkang tidak akan berjaya sehinggalah mereka boleh bersetuju dengan seorang calon yang akan diangkat sebagai perdana menteri Pesaing utama adalah Presiden PKR...
Ada Pemimpin Politik Malaysia Dapat Bantuan Luar Kata Bekas Kp Perisikan

Ada Pemimpin Politik Malaysia Dapat Bantuan Luar Kata Bekas Kp Perisikan

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 234 hits
Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Leftenan Jeneral Datuk Mohd Salleh Ismail mendedahkan ada pemimpin politik Malaysia yang menerima bantuan dan sokongan moral individu dan pertubuhan di luar negara terutama Amerika Syarikat dalam me...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Buat Sarapan Pagi Kenyang Sampai Petang

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1

Affordable Cars Dominate Market As Consumers Downtrade Amid Economic Pressures

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Hipodontia Kehilangan Gigi Secara Genetik Yang Tidak Disedari

Psychology Of Brand Names

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Exciting Ios 26 Beta Revelation Surprising New Name Emerges For Apple S Homepad

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia