1mdb Bayar Bloomberg Untuk Senaraikan Salah Satu Dana Pelaburannya Kata Saksi


 BERNAMA
Bekas CEO 1MDB berkata ia dilakukan bagi menambah baik persepsi orang ramai terhadap portfolio pelaburan tersebut.

Syarikat dana negara 1MDB menjadi tajuk utama berita dunia selepas terlibat skandal kewangan terbesar melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak. Gambar: AFP Bekas ketua pengarah operasi (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Hazem Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini syarikat tersebut membayar agensi berita antarabangsa Bloomberg untuk menyenaraikan salah satu dananya bagi menambah baik persepsi orang ramai terhadap portfolio pelaburan tersebut.
Hazem, 49, berkata demikian dalam pemeriksaaan balas oleh peguam bekas perdana menteri Najib Razak, Tania Scivetti dalam perbicaraan salah guna RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.
Saksi pendakwaan ke-10 itu bersetuju dengan cadangan peguam penyenaraian Bridge Global Absolute Return Fund (BGARF) di Bloomberg akan menambah baik isu-isu keabasahan berhubung portfolionya.
Pada 2016, 1MDB dilaporkan memilih Bridge Partners Investment Management (Cayman) Ltd untuk menguruskan AS$2.3 bilion (RM7.67 bilion) dana tunainya.
Wang tersebut dilaburkan dalam BGARF, sebuah syarikat yang didaftarkan di Pulau Cayman dengan status SPC.
Dalam keterangannya, beliau memaklumkan kepada pengerusi 1MDB persepsi Bridge Global Absolute Return Fund (BGARF) akan bertambah baik sekiranya ia disenaraikan dalam Bloomberg.
Saksi ke-10 pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram Najib.
Menjawab soalan peguam Tania Scivetti yang mewakili Najib bahawa adalah penting untuk BGARF disenaraikan di dalam Bloomberg kerana ia adalah nama yang besar, Mohd Hazem menjawab: “Ya”.
Scivetti: Bloomberg tidak buat pengesahan mengenai maklumat yang disenaraikan oleh syarikat. Syarikat hanya perlu membayar untuk disenaraikan?
Hazem: Saya tidak tahu, saya tidak boleh menjawab untuk Bloomberg.
Terdahulu, sebaik prosiding bermula pada jam 9.30 pagi, Najib dilihat tidak hadir pada prosiding perbicaraan itu kerana dipanggil ke Istana Negara.
Mendengar perkara itu, hakim Collin Lawrence Sequerah berkata Najib seharusnya menghadirkan diri ke mahkamah terlebih dahulu.
“Yang di-Pertuan Agong memanggil semua ahli Parlimen untuk menghadap dan beliau sememangnya perlu berada di sana, namun, laporan media menyatakan ia akan dilakukan secara berperingkat.
“Anak guam anda perlu memaklumkan kepada mahkamah jam berapa beliau perlu berada di istana kerana kes ini akan diteruskan,” katanya.
Selepas sepuluh minit mahkamah ditangguhkan, Sequerah berkata, perbicaraan itu akan diteruskan dan meminta peguam untuk memaklumkan mengenai pertemuan Najib dengan Agong.
“Kita semua mempunyai tugas yang perlu dijalankan. Sekiranya dipanggil menghadap Agong, beliau harus menghadirkan diri, namun, beliau tidak perlu berada di sana seharian,” katanya.
Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB selain 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/1mdb-bayar-bloomberg-untuk-senaraikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabinet Najib Setuju Ketua Audit Negara Semak Laporan Audit 1mdb Kata Saksi

Kabinet Najib Setuju Ketua Audit Negara Semak Laporan Audit 1mdb Kata Saksi

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 202 hits
Najib berkata pembentangan laporan kepada PAC perlu dipertimbangkan dan dirancang dengan berhati hati bagi mengelakkan fakta atau isu isu syarikat tersebut diputarbelitkan misalnya melalui pembocoran maklumat kepada pihak ketiga dan dijadik...
Tindakan Tegas Individu Terbukti Salah Kata Hamzah Berhubung Dakwaan Beli Pemimpin Dap

Tindakan Tegas Individu Terbukti Salah Kata Hamzah Berhubung Dakwaan Beli Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 204 hits
August 9 2021 Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii dan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong mendakwa ditawarkan ganjaran dan kedudukan oleh pihak tidak dikenali PETALING JAYA Menteri Dalam Neg...
Saya Boleh Menang Jika Jadi Satu Satunya Calon Kata Shafie

Saya Boleh Menang Jika Jadi Satu Satunya Calon Kata Shafie

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 229 hits
Datuk Seri Shafie Apdal mengatakan bahawa tidak mudah baginya untuk meyakinkan beberapa anggota Gabungan Parti Sarawak kerana dia tidak mendapat sokongan dari blok Pakatan Harapan KOTA KINABALU Presiden Warisan Shafie Apdal percaya beliau b...
Jho Low Adalah Bos Sebenar Najib Berlakon Kata Bekas Ceo 1mdb

Jho Low Adalah Bos Sebenar Najib Berlakon Kata Bekas Ceo 1mdb

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 232 hits
Perbicaraan 1MDB melibatkan Najib Razak semalam diberitahu usahawan dalam buruan Low Taek Jho mengambil alih peranan ketua pegawai eksekutif dalam kawalan syarikat dana negara tersebut selain menambah bekas perdana menteri itu terpaksa berd...
Blog Menjadi Salah Satu Sumber Rezeki

Blog Menjadi Salah Satu Sumber Rezeki

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 230 hits
BLOG MENJADI SALAH SATU SUMBER REZEKI Assalammualaikum wbt Setiap orang telah Allah SWT tetapkan rezekinya masing masing Memang sudah ada sedari alam kandungan ibunya lagi Asasnya Tapaknya Janjinya itu sudah ada dan sudah tertulis Lebih rez...
Tak Pasti 1mdb Dapat Kebenaran Bnm Pindah Jumlah Besar Wang Kata Bekas Ceo

Tak Pasti 1mdb Dapat Kebenaran Bnm Pindah Jumlah Besar Wang Kata Bekas Ceo

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 311 hits
Najib Razak berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM2 3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Dev...
Kemelut Politik Perjanjian Csa Satu Unsur Salah Guna Kuasa Usahawira

Kemelut Politik Perjanjian Csa Satu Unsur Salah Guna Kuasa Usahawira

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 358 hits
Presiden Parti Pejuang Tanah Air Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan parti itu tidak bersetuju Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan seperti yang hangat diperkatakan sesetengah pihak Jelasnya perjanjian itu merupakan salah satu unsur s
Abah Rebah Di Pintu Istana Kita Mp Perlu Cari Pengganti Kata Mujahid

Abah Rebah Di Pintu Istana Kita Mp Perlu Cari Pengganti Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 194 hits
August 16 2021 1 Mesej dalam artikel ini ditujukan kepada rakan rakan MP saya dari semua blok di atas keperluan bahawa semua kami perlu membuat keputusan kritikal menyokong calon PM di kalangan 220 MP yang akan menentukan untung nasib rakya...
Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Rekod Pn Ketika Covid 19 Adalah Ulangan Mimpi Gagal

Hati Hati Inilah Dosa Besar Takhbib Merusak Hubungan Suami Istri Yang Wajib Anda Tahu

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Get Started With Unit Trust Investment In Malaysia

Spaghetti Aglio Olio Dan Bab B40 Di London

Tengah Diuji Tapi Rasa Tuhan Diam Mungkin Ini Sebabnya

Resepi Ikan Bakar Sambal

Biodata Muaz Zabir Pelakon Dan Jurulatih Kecergasan Dari Negeri Sembilan

Documented Cases Compromised Nonprofits In Abuse Scandals