Tak Mahu Anak Batuk Asyik Bergantung Pada Ubat Ibu Ini Buat Sendiri Cough Syrup Untuknya


Anak kecil di bawah usia lima tahun jika selalu diserang batuk adalah perkara normal kerana sistem imunisasi tubuhnya masih belum kuat. Tapi, takkanlah kita mahu anak asyik bergantung kepada ubat saja kan? Biasanya apabila anak batuk diselangi dengan demam, mulai tidak aktif dan dadanya berombak kuat serta mempunyai lekukan di dada harus segera dibawa ke hopsital untuk buat xray pada dadanya. Seorang ibu di Facebook, Yatie Emra telah berkongsi kisah anaknya yang selalu diserang batuk.
Ketika dibawa anaknya ke klinik dan dapat ubat, apabila balik tu Yatie mendapati anaknya semakin kerap batuk, nafasnya menjadi laju dan berbunyi wheezing. Juga ada lekukan pada tengah dada dan kakinya mulai sejuk. Menghabiskan lebih kurang satu jam untuk membuat tepuk percussion bagi mencairkan kahak serta buat urutan reflek point sinus bagi mengurangkan masalah hidung tersumbat. Keadaan anaknya bertambah baik dan boleh tidur.
Tidak mahu anaknya terlalu bergantung kepada ubat, ibu ini membuat ubat batuk homemade yang lebih natural untuk anaknya itu. Ikuti cerita Yatie dan resipi ubat batuk homemade, jika anda berniat mahu mencubanya.
UBAT BATUK HOMEMADE
Rabu lepas Fydh dijangkiti selesema teruk & hidung tersumbat. Petang Khamis, start batuk jenis chesty cough lak. Mulanya saya berikan ubat batuk yang dibeli kat farmasi sebelum ni. Tapi Fydh tak serasi & masih batuk non stop. Menjelang malam, dah start demam lak. Pagi² Jumaat tu, bawa Fydh ke klinik sebab dia dah makin kerap terbatuk². Walaupun ada kahak dalam dada, doktor cakap keadaan Fydh tak teruk sangat & tak perlu ambil nab..
Balik je dari klinik, batuk Fydh makin kerap dalam 5 minit sekali. Makan ubat batuk dari klinik pun masih tak nampak perubahan. Nafas Fydh makin laju & bunyi wheezing pulak. Nampak dia tarik nafas dalam (bila bernafas ada lekukan dalam kat tengah² pertemuan tulang selangka) sebab susah nak nafas. Kaki dia pun mula terasa sejuk je sebab tak cukup oksigen dalam badan. Dekat sejam saya ulang tepuk percussion untuk cairkan kahak & urut refleks point untuk paru² pada belakang, dada, tapak tangan & tapak kaki.. Urut refleks point sinus & sinus drainage untuk kurangkan hidung tersumbat. Alhamdulillah, bila dah lega sikit Fydh tertidur gak..
Masa tu la saya terfikir, sampai bila nak bergantung pada ubat batuk semata².. Masa gi klinik tu, saya ada tanya doktor dah 3 bulan++ Fydh asyik batuk on-off. Walaupun dah habis ubat batuk, sesekali anak akan terbatuk & bunyi kahak dalam dada. Lepas 2-3 minggu, mesti batuk berulang lagi. Doc cakap batuk berulang dikalangan kanak² ni perkara biasa. Terutamanya kanak² usia 5 tahun ke bawah ni, memang selalu jer kena batuk berulang sebab imun badan tak kuat. Tapi kalau batuk disertai tanda² badan lemah, demam, nafas jadi laju serta ada lekukan dalam bawah rusuk bila bernafas, kena gi hospital lak, buat chest xray untuk check jangkitan paru².
So kalau batuk on-off lagi lepas ni, takkan Fydh nak bergantung sepenuhnya pada ubat batuk & berlarutan lak sampai imun badan dia kuat..? Mungkin akan batuk lagi beberapa bulan, mungkin setahun-2..?? Apa yang buatkan saya bertambah risau.. Risiko Fydh ni kena asthma tinggi sangat sebab keluarga kedua² belah saya serta suami ada masalah asthma & resdung, nak² Fydh sendiri pun ada mild eczema. Tu belum lagi risau kalau kena jangkitan paru² lak sebabkan masalah berkaitan batuk ni.. Huhu..
Fydh ni kalau batuk biasa, kurang gak bila minum madu. Tapi batuk kali ni, kurang berkesan kalau minum madu semata².. Tak lama dulu, saya pernah buat resipi campuran madu+lemon+minyak zaitun (dari artikel livestrong). Masa tu saya sendiri yang alami batuk berpanjangan. Walaupun ia berkesan pada saya tapi campuran tu terlalu masam (trigger gastrik) & kurang berkesan untuk Fydh. Dalam bulan Mac lepas lak, saya pernah cuba resipi ubat batuk (madu+bawang) dari perkongsian Dr. Rizal, tapi Fydh tak gemar lak rasa bawang yang terlalu kuat. So kali ni saya gabungkan semua info yang saya dapat dari perkongsian Dr. Rizal, Dr. Suri Roowi & beberapa sumber lain untuk hasilkan resipi ubat batuk homemade yang hanya gunakan bahan² alami dari dapur.. Sementara Fydh tidur tu cepat² lah saya masuk dapur & siapkan ubat batuk homemade ni..
Saya sempat rendam sejam je dulu sebab Fydh dah terjaga & batuk non stop balik. Badan dia mula nampak lemah sebab dia langsung tak nak makan sebabkan asyik batuk je. Lepas berikan rendaman madu tadi, sekali lagi saya buat tepuk percussion untuk cairkan kahak & buat urutan refleksologi untuk redakan batuk.. Mujur gak setiap kali saya buat tepuk percussion & urut refleks point ni, batuk Fydh akan lega sikit..
Dalam 20min++ lepas beri rendaman madu tu, batuk Fydh beransur kurang & badan dia mula berpeluh.. Sebelum ni badan dia langsung tak berpeluh (padahal dia memang jenis kuat berpeluh). Walaupun masih ada bunyi wheezing, tapi kekerapan batuk dah kurang dalam 30 minit sekali. Sampai malam, sempat 2x gak Fydh minum. Batuk pun dah kurang sejam sekali.. Bila tidur malam pun tak kerap sangat batuk macam waktu siangnya.
Pagi Sabtu, Fydh dah mula aktif & berselera bila makan. Dia masih terbatuk² dalam sejam-2 sekali, tapi kahak pun dah makin cair. Takdelah susah & sakit sangat dada masa anak terbatuk² tu.. Bunyi wheezing pun dah takde. Fydh pun dah mula boleh main macam biasa. Sebenarnya Sabtu tu saya sendiri pun dah jangkit selesema & batuk. Tekak mula rasa bengkak & perit disertai batuk dengan kahak yang pekat dalam dada. Lepas ambil rendaman madu ni, memang terasa perbezaannya & tekak pun dah tak rasa membengkak.
Malam tadi pun Fydh boleh tidur lena & sekali jer terbatuk tengah malam. Hari ni, masuk hari ke-4 saya berikan Fydh rendaman madu (ubat batuk homemade) ni. Syukur alhamdulillah, batuk Fydh dah makin kurang dengan izinNya..
⋆⋆⋆⋆♡♡♡⋆⋆⋆⋆
Resipi Ubat Batuk Homemade
=========================
½ biji bawang holland/merah
150-200gm madu
3-5 ulas bawang putih
2 sudu makan minyak zaitun
1 biji lemon – diambil jus (anggaran 50ml)
11-15 biji bunga cengkih
Cara²:
1)Potong ½ biji bawang merah & bekukan selama 5-10 minit
2)Ketuk bawang putih, biarkan selama 10 minit.
3) Sementara menunggu tu, perah jus dari sebiji lemon. Ketepikan.
4) Tumbuk kasar cengkih & campurkan ke dalam jus lemon. Biarkan sebati seketika.
5) Bawang merah tadi boleh dileraikan atau dipotong kasar. Campurkan ke dalam madu.
6) Masukkan jus lemon & kacau.
7) Bawang putih yang telah diketuk, dicampur ke dalam minyak zaitun & dipanaskan dengan api paling kecil selama 2-3 minit sahaja. Biarkan suam sedikit sebelum dicampurkan ke dalam madu tadi.
Rendam sekurang²nya sejam-2 pada suhu bilik supaya jus bawang keluar. Setelah 2 jam, barulah boleh disimpan dalam peti sejuk.
Campuran madu & bawang ni lebih berkesan selepas dibiarkan terendam semalaman.
Sebaik²nya kacau/goncang sebelum guna
Boleh minum airnya sahaja atau makan bersama bawang (untuk Fydh, saya berikan air sahaja, tapi saya suka makan bersama bawang sebab rasa crunchy)
Bagi kanak² ambil 1 sudu teh, 2-3 kali sehari/bila perlu
Orang dewasa 1 sudu makan, 2-3 kali sehari/bila perlu
Orang yang alami masalah gastrik sebaik²nya ambil 1 sudu teh je dulu & jangan ambil sewaktu perut kosong (pastikan alas perut sikit, bukannya makan sampai kenyang). Jika tiada masalah, barulah boleh ambil 1 sudu makan.
Pastikan simpan dalam bekas bertutup
Anak setahun ke bawah tak boleh minum madu yer.
Sebaik²nya buat dalam kuantiti yang sikit (atau sukatan 2x ganda) & buat baru setiap kali habis sebab kandungan allicin & khasiat akan berkurangan jika disimpan lebih lama.

Saya share cara saya buat ubat batuk homemade ni bukan nak galakkan orang ramai supaya tak perlu ke klinik & dapatkan rawatan perubatan jika sakit ye. Tapi bila makan ubat batuk pun dah tak menjadi, atau batuk berpanjangan bolehlah cuba cara alternatif lak.. Lagipun ubat batuk homemade ni gunakan bahan² alami dari dapur je.. 1 lagi kelebihannnya, banyak bahan dalam ni berfungsi untuk tingkatkan imun badan. So kalau tak batuk pun, sebenarnya boleh je ambil rendaman madu ni..
Sekarang jom saya terangkan khasiat setiap bahan² dalam ubat batuk homemade ni lak..
BAWANG
Boleh gunakan bawang holland atau bawang merah. Tapi menurut Dr. Suri Roowi, bawang holland ni tinggi mineral manakala bawang merah lebih tinggi kadar antioksidan & tinggi vitamin C.
Bawang merah bila dibekukan seketika, khasiatnya akan bertambah menjadi 200 kali ganda (info dari Dr. Suri, boleh baca post tentang sayuran antikanser)

MADU (pastikan yang asli)
Tinggi antioksidan, tingkatkan imun badan
Mengandungi pelargonium, guaifenesin dan dextromethorphan. Bahan² ni terbukti secara saintifik dapat melawan dan menghilangkan simptom batuk dan kahak. (theAsianparent Malaysia)
Madu lebih baik dalam melegakan dan mengurangkan kesan batuk daripada diphenhydramine iaitu bahan dalam ubat batuk. (medic.usm)
Madu kelulut merupakan madu yang terbaik, hanya amik masa 5-30 minit untuk diserap ke dalam darah. (Dr. Suri Roowi)
Orang yang ada masalah gastrik, lebih baik gunakan madu tualang sebab madu kelulut lebih masam (Dr. Suri Roowi)
BAWANG PUTIH
Bawang putih perlu diketuk/dihancurkan & dibiarkan selama 10 minit supaya Allicin terbentuk. Allicin berfungsi sebagai antikanser, membantu masalah radang, bertindak sebagai antikulat dan menghalang jangkitan bakteria. (Dr. Suri Roowi)
Jika bawang putih yang telah diketuk & dibiarkan selama 10 minit ditambahkan minyak zaitun, akan menghasilkan Ajoene. Ia merencatkan pertumbuhan sel kanser (Dr. Suri Roowi)
Gabungan bawang putih & minyak zaitun juga merupakan salah satu petua tradisional untuk batuk, asthma & masalah berkaitan pernafasan.
Jika bawang putih dipanaskan dengan suhu yang rendah (35°C), akan tingkatkan lagi aktiviti enzim & menggalakkan penghasilan Allicin. Tapi ia akan termusnah pada suhu lebih tinggi dari 40°C (sebab tu panaskan bawang putih dengan api perlahan & kejap je)
Boleh tambah bilangan bawang putih ikut selera, tapi orang yang alami masalah darah cair, perlu kurangkan/kawal pengambilan bawang putih

MINYAK ZAITUN
Berfungsi sebagai antioksidan, tinggi
hidroksityrosol & memainkan peranan dalam kesihatan jantung, paru-paru serta meningkatkan sistem imun
Berfungsi melincirkan kerongkong & mengurangkan pedih akibat batuk. Ia mengandungi agen oleocanthal yang bertindak mengurangkan radang pada kerongkong sama seperti ibuprofen berfungsi

LEMON
Tinggi vitamin C (diperlukan oleh badan untuk mempercepatkan proses penyembuhan), antibakteria, tingkatkan imun, kurangkan penghasilan mukus, mengurangkan selesema & batuk.

CENGKIH
Berfungsi melegakan kerongkong akibat batuk serta mengurangkan sakit tekak, batuk & asthma. Juga berfungsi sebagai antioksidan & antibakteria.

Nota Kaki:
Jika anak terbatuk² tanpa henti, selain buat tepuk percussion, pastikan
minum air kosong secukupnya
boleh juga berikan anak minum air rendaman cengkih+madu untuk berikan kelegaan pada tekak (ketuk sedikit cengkih supaya minyak patinya keluar, rendam dalam air panas & setelah suam tambah madu)
berikan air rebusan halia untuk kurangkan batuk (tambah madu bila dah suam).
Banyakkan juga penggunaan cengkih/halia dalam masakan (boleh masukkan 2-3 biji cengkih ketika masak nasi, lebihkan halia jika masak bubur nasi, lebihkan cengkih & halia dalam sup, dll)
Apape jenis herba & rempah ni memang kena basuh dulu sebelum guna. Saya basuh cengkih & keringkan guna kitchen towel dulu sebelum tumbuk.
Semoga dengan perkongsian dari ibu ini dapat membantu anda yang mahu mencuba alternatif semula jadi bagi membantu mengurangkan masalah batuk berkahak pada anak. Selamat mencuba!
Sumber: Yatie Emra
The post Tak Mahu Anak Batuk Asyik Bergantung Pada Ubat, Ibu Ini Buat Sendiri Cough Syrup Untuknya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-mahu-anak-batuk-asyik-bergantung-pada-ubat-ibu-ini-buat-sendiri-cough-syrup-untuknya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Beri Ubat Dekat Anak Guna Sudu Ini Alasan Setiap Ibu Bapa Perlu Tahu

Jangan Beri Ubat Dekat Anak Guna Sudu Ini Alasan Setiap Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 290 hits
Pengambilan ubat secara berlebihan akan memberikan kesan kepada tindak balas tubuh badan manusia Ubat biasanya digunakan untuk menyembuhkan penyakit ataupun mengurangkan rasa sakit yang ditanggung oleh seseorang Namun penggunaan ubat tidak ...
Anak Hampir Maut Ibu Sangka Diserang Sawan Rupanya Tercekik Getah Rambut Sendiri Mama Papa Kena Selalu Alert

Anak Hampir Maut Ibu Sangka Diserang Sawan Rupanya Tercekik Getah Rambut Sendiri Mama Papa Kena Selalu Alert

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 464 hits
Bayi yang dah pandai merangkak menyulur dan yang berumur bawah satu tahun memang cenderung untuk masukkan segala benda dalam mulut mereka Ya lah dalam proses nak membesar memang anak anak seusia mereka tu memang suka explore Sebab itu perlu...
4 Anak Ini Harus Hidup Tanpa Orang Tua Ibu Meninggal Diduga Digigit Ular Ayah Wafat Karena Sakit

4 Anak Ini Harus Hidup Tanpa Orang Tua Ibu Meninggal Diduga Digigit Ular Ayah Wafat Karena Sakit

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 331 hits
Empat anak yakni Heri Misbahudin Cacah Rani dan Ramdan harus hidup tanpa orangtua setelah ditinggal mati sang ibu Nuryani yang meninggal diduga karena digigit ular di rumahnya pada Jumat Sementara sang ayah telah lama meninggal karena sakit...
Durhaka Anak Jual Ibu Yang Sakit Seharga Rp10 Ribu Di Facebook

Durhaka Anak Jual Ibu Yang Sakit Seharga Rp10 Ribu Di Facebook

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 364 hits
Menjaga dan merawat orang tua ketika sakit merupakan kewajiban seorang anak Tetapi kondisi itu tidak berlaku bagi pemilik akun Facebook Friska Meila Anatasya Dia merasa terbebani dengan sakit yang diderita ibunya Bahkan Friska berkeinginan ...
Ibu Ambil Skrol Anak Di Atas Pentas Konvokesyen

Ibu Ambil Skrol Anak Di Atas Pentas Konvokesyen

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 734 hits
Terasa sebak bila tengok video konvokesyen Universiti Kuala Lumpur baru baru ini apabila ada seorang ibu tunggal naik ke atas pentas untuk mengambil skrol anaknya yang bernama Farah Hani binti Zaidi yang telah pun menamatkan pengajian dalam...
Damailah Anak Syurga Ibu Babah Lebih 3 Hari Suhu Badan Turun Naik Bayi Meninggal Dunia Kuman Dah Merebak Dalam Darah

Damailah Anak Syurga Ibu Babah Lebih 3 Hari Suhu Badan Turun Naik Bayi Meninggal Dunia Kuman Dah Merebak Dalam Darah

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 544 hits
Tular ni laman media sosial malam tadi satu hantaran yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook Dalila Yusof Dalila berkongsi tragedi duka kehilangan anak sulungnya yang baru mencapai usia 4 bulan Siapa sangka permata hati yang dinanti ...
Viral Video Ibu Diusir Dari Pernikahan Anaknya Sendiri Jangan Emosi Dulu Mari Lihat Dari Dua Sisi

Viral Video Ibu Diusir Dari Pernikahan Anaknya Sendiri Jangan Emosi Dulu Mari Lihat Dari Dua Sisi

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 661 hits
Banyak media yang memberitakan prahara ini cuma dari satu sisi Kayaknya kita perlu simak klarifikasi sang anak ya
Banyakkan Susu Ibu Lepas Bersalin Terus Biar Anak Mengempeng Meriah Terus

Banyakkan Susu Ibu Lepas Bersalin Terus Biar Anak Mengempeng Meriah Terus

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 457 hits
Setiap ibu pasti menyimpan hasrat untuk menyusukan anak sendiri selepas melahirkan Ia bergantung kepada rezeki masing masing tetapi tidak salah berusaha untuk memperbanyakkan susu badan selagi tidak membahayakan kesihatan si ibu atau bayi U...
Hanya Minum Susu Coklat Ibu Risau Kandungan Gula Tinggi Kalau Beri Pada Anak

Hanya Minum Susu Coklat Ibu Risau Kandungan Gula Tinggi Kalau Beri Pada Anak

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 531 hits
Ibu mana yang tidak risau jika anak menolak untuk minum susu Seperti yang diketahui susu merupakan sumber kalsium terbaik buat si kecil Sesetengah anak selepas bercerai susu dari ibu atau apabila sudah menginjak ke usia dua tahun sudah mula...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids