Damailah Anak Syurga Ibu Babah Lebih 3 Hari Suhu Badan Turun Naik Bayi Meninggal Dunia Kuman Dah Merebak Dalam Darah


Tular ni laman media sosial malam tadi satu hantaran yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, Dalila Yusof. Dalila berkongsi tragedi duka kehilangan anak sulungnya yang baru mencapai usia 4 bulan.
Siapa sangka permata hati yang dinanti-nantikan selama ini akhirnya ‘pergi’ sekelip mata. Hantaran tersebut dengan pantas memperolehi lebih dari 6.8k perkongisan dan pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata mendoakan ketabahan wanita itu.
18 September 2019 (Rabu) Pagi tu anak ibu bangun senyum gelak-gelak macam biasa, makan minum pon macam biasa. Tapi tengahari dalam pukul 12, tiba-tiba ibu rasa macam badan adik panas. So ibu check suhu adik 38.3. Mmg adik dah demam time tu.
So ibu wassap babah cakap adik demam nak bawak pergi klinik atau hospital. Since babah tengah further study hari-hari ada kelas isnin hingga jumaat. So babah minta excuse untuk balik halfday. Ibu try call klinik pakar kanak-kanak tapi tak angkat.
Then ibu try call Hospital swasta bahagian Pakar Kanak-kanak dan Dr. yang biasa Anaqi Tsaqeef jumpa tu ada. Dalam pukul 2.30 petang macam tu ibu babah bawak adik pergi hospital. Sampai sana check suhu adik 39.8 sangat tinggi untuk baby 4 bulan (Bukan demam panas).
Tapi masih tak admit. Dr sumbat ubat punggung untuk kurangkan suhu. Dr. pakar kanak-kanak tu check dia kata just demam virus. Biasala baby-baby kan dia kata. Ibu babah dengar rasa lega. Dr. just bagi ubat demam then kami balik.
Bila balik tu anak ibu mcm aktif masih gelak-gelak makan pun banyak. Ibu babah still monitor suhu dia tapi suhu naik turun. Bila bagi makan ubat suhu turun bila ubat habis suhu naik. Turun pon dlm range 37.5-39. So adik still demam.
Tapi anaqi tsaqeef anak yang sangat baik sepanjang dia demam, takda setitik air mata yang keluar just merengek perlahan ja. Maybe adik tak nak bagi ibu babah risau. Start adik demam Ibu babah tiap masa jelum badan kepala adik utk sejukkan badan(org petua) sampai ke pagi.
19 Sept 2019 (Khamis) Sepanjang malam suhu adik still tinggi juga then adik ada cirit-birit. Ibu ingatkan badan adik panas tak pon tindak balas ubat yang menyebabkan adik cirit birit rupanya tak. Badan adik dah start dihydrated.
Pagi khamis ibu cuba petua orang cakap mandi dengan lemon, cool fever letak dekat bawah ketiak, belakang leher. Semua ibu cuba. Lepas mandi adik ok tapi bila sejam mcmtu panas balik. So adik minum susu mcm biasa tapi kurang sikit, cirit birit still ada.
Ibu cuba nak bagi adik full breast feed sepanjang adik demam tapi adik tak mau sangat sedangkan adik lapar. Tapi bila ibu bagi direct breast feed adik still hisap cumanya kejap hisap kejap lepas. Macam dia ada something tak kena.
Ibu anggap adik tak mau kot. Ibu berjaga sepanjang malam monitor suhu adik dengan jelum badan kepala adik sampaikan kain tak sempat kering ibu jelum adik sebab kesian adik tak larat. Ibu nak bagi adik segar aktif macam biasa. Ubat still ibu bagi macam biasa 4 hingga 6 jam sekali.
20 Sept 2019 (Jumaat) Pagi jumaat adik still lemah suhu pon macam tu juga 37.5-39 then ibu bagi ubat suhu turun kejap lepas habis ubat suhu naik semula. Tengahari macam tu babah ambik halfday lagi sebab rasa kena bawak adik pergi hospital ni sebab demam  tak mau kebah.
Lepas jumaat ibu babah bawak pula adik pergi bahagian kecemasan. Time tu suhu adik agak tinggi dalam 38 keatas. Adik lemah juga time tu. Tapi bila pergi bahagian kecemasan, ibu ingatkan adik akan dapat priority sebab dia baby dan keadaan dia yang macam tu.
Tapi malangnya still kena tunggu turn yang maybe dalam 4 hingga 5 jam lagi. Bila babah tanya pon still jawab tak boleh kena ikut turn juga. Sangat-sangat kecewa time ni dengan bahagian kecemasan. Ibu babah kesian sgt dkt adik sebab adik tak larat sangat time tu.
Dengan persekitaran yang macam-macam penyakit dekat situ. So babah decide tak bole tunggu ni kena pergi swasta juga ni, so bawak adik pergi klinikd di Tikam Batu. Dr. situ check mcm takda apa, still kata demam biasa dan dr. bagi ubat demam juga.
Bila diingatkan balik dia sebagai Dr takkan mcmtu ja buat kerja. Check pon biasa ja sedangkan baby dah demam 3 hari kot suhu turun naik tak kebah. So balik tu ibu try bagi ubat yg klinik pula. Bila ibu bagi ubat klinik tu suhu adik turun sampai ke 35 macamtu. Mmg sangat rendah dah dan tak demam.
Time tu syukur sangat dekat Allah sebab suhu adik turun. Rupanya tak dia nak bagi ibu babah lega kejap ja. Bila ubat habis suhu adik naik balik. Kesian sgt time tu adik dah tak sembang tak senyum apa dah dkt ibu. Nak tidoq ja.

Sepanjang mlm adik still mcmtu. Dalam kepala ibu ni tak senang rasa setiap masa pikir nak buat mcm mana lagi.
21 September 2019 (Sabtu) Adik masih lagi mcmtu cumanya suhu dia rendah sikit dalam 37 hingga 38. Kadang turun 36. Kadang demam kadang dak macam tu. So ibu babah ikhtiar untuk bawak adik jumpa ustaz pula kalau-kalau adik ada gangguan.
Orang suruh cuba so ibu babah buat. Time tu adik lemah maybe adik sakit dah ibu babah tak tau. Ustaz cakap biasala maybe gangguan ni. So ustaz buat air penawar suruh balik bagi mandi semua la. Takpa ibu babah ikhtiar.
Balik mcm biasa adik tidur je sebab tak larat tapi susu adik still minum banyak. Babah perasan ubun-ubun adik dah tenggelam tak macam biasa. Ingatkan berat adik turun so ubun-ubun pun jadi tenggelam. Rupanya apa yang Dr. bagitau sebab adik dihydrated. Allahu ibu babah tak tahu adik.
22 September 2019 (Ahad) Anaqi tsaqeef bangun pagi tu ibu gerak sebab nak bagi adik mandi awai, ibu cuba lagi bagi adik mandi ayaq daun bunga raya putih sebab org petua macam tu kalau demam. So ibu babah buat, adik suka sangat mybe sebab sejuk kot.
Lepastu bagi makan ubat dan adik tidur. Suhu adik tak tinggi sangat dalam 37 lebih macam tu. Tapi bila mai petang tu adik mcm mengerang maybe adik sakit sangat dah. Suhu adik pon tak tinggi time petang tu.
Tak demam dah. Sampaikan ke tengah malam adik tak bole nak tidur mata pon dah taknak tengok orang. Asyik mengerang gelenggeleng nafas pon laju sangat. Adik macam nak bagitau something dekat ibu babah tapi adik tak reti nak habaq lagi. Allahu.
23 Sept 2019 (Isnin) Tengah malam disebabkan adik tak boleh nak tidur sebab adik macam mengerang sakit so ibu babah decide bawak adik pergi hospital dalam pukul 12.30 pagi macam tu. Ibu babah bawak adik pergi kecemasan hospital biasa.
Time tu adik dalam keadaan sangat tenat sebab nafas terlalu laju malangnya bila sampai di kecemasan hospital tu staff disitu cakap kena tunggu turn sebab ramai. Ya Allah bertapa kecewanya ibu babah bila diingatkan balik.
Sampaikan anak ibu babah setenat tu masih lagi suruh ikut turn. Kali kedua ibu babah kecewa. So keadaan adik yang macam tu memang tak boleh dah ibu babah nak tunggu turn so bawak adik terus ke bahagian kecemasan dan bila dekat situ Dr. cakap adik dah sangat teruk keadaan dia so pihak hospital takda peralatan nak support adik punya sakit tu.
So Dr. pantai buat surat terus refer ke kecemasan. Bila sampai di kecemasan adik terus masuk zone kuning. Ibu dukung adik sampai kali terakhir adik masuk zone merah. Time tu ibu rasa luluhnya hati ibu sebab adik terus kena tolak ke zone merah sebab keadaan adik sangat tenat dah.
Tak sempat ibu nak cium adik buat kali terakhir sebab Dr. dkt situ dah nak buat procedure dekat adik. Lemahnya ibu dgn babah time tu. Tapi ibu babah cuba kuatkan semangat sebab ibu babah percaya adik akan kuat.
Sampaikan Dr dah minta izin dekat ibu babah nak masuk wayar dkt mulut adik dan nafas melalui mesin. Time tu ibu mampu cakap dkt dr, dr buatlah yang terbaik utk anak ibu. Tak sanggup ibu babah nak tengok adik kena masuk wayar sana sini. Allah.
Bila dah siap dekat zone merah Dr. tolak adik masuk ke NICU. Dekat situ ibu tak pernah langsung terpikir yg adik akan p tinggal ibu. Yg ibu pikir adik akan sembuh adik kuat semangat. Tak henti doa ibu babah dekat adik.
Dr. mai tanya ibu babah tentang adik. Dari A hingga Z ibu cerita. Bila Dr. kata keadaan adik sangat kritikal dan bila-bila masa baby akan meninggal. Time tu Allah saja yang tahu apa yang ibu babah rasa. Anak ibu Allahuakbar.

Dr. kata dari pukul 2 hingga 6 pagi respon adik sangatlah sikit. Dr masih cuba yang terbaik untuk adik. Ibu nak sangat bagi adik menyusu time tu sebab last adik minum pukul 11 semalam saja sebelum bwk adik pergi hospital.
Tapi adik kena puasa. Dalam pukul 8 pagi mcmtu ibu babah tengok Dr. dah kalut-kalut pergi dekat adik rupanya time tu jantung adik dah stop sekejap then Dr. buat CPR.  Allah kesian anak ibu time tu dok tahan sakit.
Then bila kali kedua pukul 9 pagi jantung adik stop lagi DR. cuba lagi yang terbaik untuk adik. Tapi adik dah tak mampu adik dah tak larat. Pukul 10 pagi adik pergi menghadap pencipta adik. Ibu babah minta maaf sebab takda dekat sisi adik time adik menghembuskan nafas adik sebab Dr. tengah buat procedure.
Adik pergi dengan tenang tanpa sekelumit pon menyusahkan ibu dgn babah. Time tu ibu tak mampu nak berkata apa. Kosong jiwa ibu Allahu. Bertapa hebatnya kuasa DIA. Ibu babah terlalu sayang anak ibu babah tetapi Pencipta adik lebih sayang adik melebihi segalanya.
Dr cakap badan adik dihyrated masa demam dan menyebabkan kuman merebak dlm darah adik. Keseluruhan badan adik dah dijangkiti kuman. Terlalu cepat benda ni jadi. Sekelip mata Allah ambik anak ibu babah. Allahu.
Ibu babah redha dengan ikhlas Allah ambik Anaqi Tsaqeef. Adik doakan ibu dgn babah kuat ya sayang. Ibu babah dah jaga adik yg terbaik bagai menatang minyak yg penuh tapi ibu yakin Allah akan jaga adik lagi terbaik. InshaAllah anak syurga ibu, tunggu ibu dgn babah dekat sana naa.
Anaqi Tsaqeef penghuni pertama rahim ibu zuriat pertama ibu dgn babah. Tetap dalam hati ibu babah sampai akhir hayat ibu babah. Sedaya upaya ibu babah dah cuba utk adik tapi mmg dah tertulis setakat tu saja adik dok dgn ibu babah. Mungkin apa yg terjadi dgn sekelip mata ni ASBAB saja sebelum Allah nak ambil adik.
Anaqi Tsaqeef anak yang sangat baik. Paling sempurna. Hensem, comel, putih, baik. Sepanjang menjaga adik dari dalam pantang sampai ke akhir hayat adik sangat mudah. Rindu ibu babah dkt adik takkan hilang. Moga Allah beri kekuatan luar biasa utk ibu dgn babah tempuh ujian ni. InshaAllah.
Damailah anak syurga ibu babah disana.
Sumber: Dalila Yusof


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/01/damailah-anak-syurga-ibu-babah-5-6-hari-suhu-badan-turun-naik-bayi-meninggal-dunia-kuman-dah-merebak-dalam-darah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Ramai Atau Pernah Bersalin Bayi Lebih 4kg Boleh Jadi Sebab Ibu Alami Tumpah Darah

Anak Ramai Atau Pernah Bersalin Bayi Lebih 4kg Boleh Jadi Sebab Ibu Alami Tumpah Darah

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 584 hits
Pendarahan selepas bersalin adalah punca utama kematian ibu di kebanyakan negara di seluruh dunia Pendaftaran Obstetrik Kebangsaan telah melaporkan pada tahun 2012 kadar pendarahan serius selepas bersalin adalah 0 09 iaitu masih di bawah pa...
Ibu Fobia Ulat Gonggok Serang Anak Sampai Badan Naik Tompok Merah

Ibu Fobia Ulat Gonggok Serang Anak Sampai Badan Naik Tompok Merah

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 1202 hits
Gonggok atau ada yang mengenali binatang ini dengan ulat geluntur sepah bulang atau mentibang memiliki bentuk berbentuk silinder dengan rangka luar dan terbahagi kepada antara 20 hingga 100 segmen yang bersambung sambung Sering dilihat di s...
Hanya Sebab Demam Bayi 4 Bulan Ini Dijemput Ilahi Ibu Kongsi 6 Hari Terakhir Bersama Anak Syurganya

Hanya Sebab Demam Bayi 4 Bulan Ini Dijemput Ilahi Ibu Kongsi 6 Hari Terakhir Bersama Anak Syurganya

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 517 hits
Ajal maut sememangnya ketentuan Ilahi tapi untuk hadap sebuah kehilangan itu tentunya bukan mudah Tambah pula ia berlaku kepada anak pertama yang masih lagi bayi Penyebabnya hanyalah demam yang berlanjutan sehingga ada jangkitan kuman dalam...
Sayu Hajat Jemput Anak Sekolah Tak Kesampaian Ibu Meninggal Dunia Dalam Kereta

Sayu Hajat Jemput Anak Sekolah Tak Kesampaian Ibu Meninggal Dunia Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 471 hits
Tular sebentar tadi mengenai kisah sayu seorang wanita yang meninggal dunia sewaktu sementara menanti anaknya pulang dari sekolah Wanita terbabit ditemukan maut dalam keretanya selepas mengadu sesak nafas semasa hendak menjemput anaknya pul...
Baik Baik Bawak Jenazah Anak Saya Lelaki Dakwa Terkejut Ditegur Ibu Arwah Yang Dah 2 Tahun Meninggal Dunia

Baik Baik Bawak Jenazah Anak Saya Lelaki Dakwa Terkejut Ditegur Ibu Arwah Yang Dah 2 Tahun Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 385 hits
Dia menceritakan pngalaman seorang rakannya iaitu bekerja sebagai pemandu van jenazah Satu hari dapat panggilan untuk membawa jenazah wanita masih muda meninggal tiba tiba bila sampainya di rumah waktu itu jam 7 45 malam ketika jenazah mahu...
Bayi 4 Bulan Meninggal Selepas 5 Hari Demam Tak Dirawat Awal

Bayi 4 Bulan Meninggal Selepas 5 Hari Demam Tak Dirawat Awal

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 408 hits
Mari kita baca perkongsian dari fb ibu arwah adik Anaqi Tsaqeef Bin Muhammad IkhwanANAQI TSAQEEF ANAK SYURGA IBU BABAH 18 Sept 2019 Pagi tu anak ibu bangun senyum gelak2 mcm biasa makan minum pon mcm biasa Tapi tengahari dlm pukul 12 tiba2 ...
Hari Khamis Lahir Hari Khamis Juga Pergi Bayi 3 Bulan Meninggal Selepas Di Hantar Pengasuh

Hari Khamis Lahir Hari Khamis Juga Pergi Bayi 3 Bulan Meninggal Selepas Di Hantar Pengasuh

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 334 hits
Terasa masih baru lagi lahir tapi janji Allah itu pasti Itu yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila bayi lelakinya berusia tiga bulan telah dijemput oleh Allah selepas tidak sedarkan diri ketika di rumah pengasuh Perkongsian dar...
Anak Melampiaskan Nafsu Syahwat Pada Ibu Kandung Berhubungan Badan Di Depan Mayat Yang Mereka Bunuh

Anak Melampiaskan Nafsu Syahwat Pada Ibu Kandung Berhubungan Badan Di Depan Mayat Yang Mereka Bunuh

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 719 hits
Kapolres Sukabumi AKBP Nasriadi mengatakan pihaknya berhasil mengungkap penyebab kematian NP gadis cilik yang ditemukan tewas di Sungai Cimandiri Desa Wangunreja Kecamatan Nyalindung Kabupaten Sukabumi Nasriadi mengatakan korban dibunuh ole...
Petani Meninggal Dunia 13 Hari Jalan Kaki Nak Jumpa Jokowi

Petani Meninggal Dunia 13 Hari Jalan Kaki Nak Jumpa Jokowi

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 357 hits
Jakarta Seorang petani perempuan meninggal dunia ketika menyertai demonstrasi jalan kaki Suku Anak Dalam akibat kepenatan ketika menuju ke Istana Negara bagi bertemu Presiden Jokowi Demonstrasi tersebut merupakan protes terhadap konflik kaw...
Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Lady Renounces Malaysian Citizenship In Video Gets Bashed By Nationalist Netizens

Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free