Tahukah Kita Bhpetrol Memberi Minyak Lebihan Kepada Pemegang Kad Ahli
Merujuk pengalaman penulis ketika mengisi petrol di BHP yang station minyak berwarna Oren tu, terkejut apabila melihat meter liter melebihi dari apa yang kita bayar di kaunter.
Info ini pernah penulis dengar sekitar tahun 2016 tetapi ketika itu sedang sibuk dengar cakap orang yang mengatakan petrol jenama sekian sangat baik dan jimat tidaklah penulis meletakkan jenama itu didalam posting ini bagi memberi ruang kepada BHPetrol.
Baru ini nak dijadikan cerita kenderaan tersadai betul didalam petrol oren ini kerana hampir kehabisan minyak. Dalam kepala asik memikirkan berbaloi ke isi di BHPetrol ni sebab selalu isi di station petrol jenama sekian.
Belek dompet tengok2 ada kad ahli BHPetrol, aku memang suka daftar dan kumpul apa-apa kad ahli terutama yang percuma dan tahan lama seperti syarikat petrol pump.
Apa lagi teruslah masuk kotak parkir untuk mengisi petrol di BHPetrol, setelah siap mengisi demi memastikan berapa liter yang telah di isi dan pelik kenapa ada lebihan liter pula di meter ni.
Tanpa membuang masa lalu abaikan terus meneruskan perjalanan, tibanya di lokasi yang dituju berfikir sebentar sambil melihat resit pembelian dan mulai dari saat itu mendapati petrol pump oren ini memberi minyak lebihan kepada pemegang kad ahli yang berdaftar.
Bagi yang tidak tahu, tabung angkatan tentera memiliki beberapa peratus kepentingan didalam BHPetrol dan mampu memberi petrol lebihan tanpa memotong mata ganjaran ahli pemegang kad.
Untuk pendaftaran pula sangatlah teliti kerana perlu memohon melalui atas talian atau mengisi borang di cawangan berdekatan dan kad akan dihantar terus ke alamat yang ditetapkan.
BHPetrol juga tidak ketinggalan menyediakan kemudahan App yang boleh didapati di Playstore dan AppStore.
Jadi tunggu apa lagi pergilah daftar sekarang benda percuma je pun, pautan pendaftaran akan disediakan dibahagian bawah ini haa rajinlah scroll kebawah dan cari ya.
http://www.bhpetrol.com.my/
Follow FB
https://www.facebook.com/BHPetrol.OrangeMania/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sekejung.com/2019/12/tahukah-kita-bhpetrol-memberi-minyak.html