Speaker Parlimen Mesti Bertindak Tegas Terhadap Ahli Ahli Parlimen Yang Bermasaalah



By Aliran admin
 - Dec 2019023


Photograph: Wikimedia CommonsAliran teramat bimbang terhadap kurangnya rasa hormat dan kesopanan yang dipaparkan oleh beberapa ahli Parlimen dalam dewan yang mulia.
Menyifatkan ahli-ahli Parlimen ini sebagai penggubal undang-undang adalah satu kesilapan: mereka lebih baik digambarkan sebagai si pembuat masalah.Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman telah mencetuskan kekecohan baru-baru ini di Parlimen dengan bertanyakan ahli Parlimen Pakatan Harapan Jelutong RSN Rayer jika abu suci pada dahinya adalah abu mayat pemimpin komunis Chin Peng.Tujuan Tajuddin jelas untuk mengusik dan mengejek Rayer. Setelah Rayer dan beberapa ahli parlimen yang lain membuat bantahan, barulah Tajuddin menarik balik kenyataannya.Perbalahan tersebut tidak berakhir di situ. Ahli Parlimen PH yang lain seperti Ramkarpal Singh dari Bukit Gelugor dan Sivakumar Naidu dari Batu Gajah menggesa speaker untuk mengambil tindakan terhadap Tajuddin. Sementara itu, Ahli Parlimen Barisan termasuk Shaidan Kassim dari Arau membela Tajuddin.Selepas hampir 10 minit keadaan huru-hara dan kekeliruan timbul di dalam dewan, Tajuddin digantung tugas selama dua hari oleh speaker Parlimen. Tajuddin mengambil sikap endah tak endah hukuman yang diberi dan secara menyindir mengucapkan terima kasih kepada speaker, lalu berkata bahawa dia boleh meluangkan masa yang disediakan untuk menghadiri perhimpunan Umno.Ahli Parlimen PH dari Kota Melaka juga digantung tugas oleh speaker selama dua hari kerana enggan mematuhi permintaan untuk tidak membangkitkan isu tersebut lagi.Ini bukan kali pertama Parlimen mengalami kejadian seperti itu dengan ahli Parlimen dari kedua-dua pihak menjerit antara satu sama lain. Dalam situasi ini, tiada siapa yang boleh mendengar pihak lain yang sedang berbahas. Sebaliknya, kita hanya dapat mendengar bunyi bising dan kata-kata kesat dan ejekan seperti “bodoh”, “podah” (pergi berambus) dan “samseng”. Kelakuan tidak sopan ini mempersendakan Parlimen. Perbahasan menjadi satu pertandingan jeritan kuat yang tidak ada bahannya.Ini bukan cara kelakuan ahli-ahli Parlimen. Bayangkan jikalau kanak-kanak sekolah dan warga asing yang sedang melawat dewan telahpun menyaksikan pertempuran tersebut. Apakah jenis gambaran yang akan ada pada mereka?Wakil rakyat sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik kepada rakyat. Tetapi dengan timbulnya masalah sebegini dalam Parlimen, kenyataan tersebut adalah tidak benar.Satu sebab mungkin kenapa tingkah laku kurang ajar dan tidak sopan yang ditonjolkan oleh ahli Parlimen tertentu adalah kerana hukuman yang diberi tidak setimpal dengan salah laku mereka.Kekurangan kawalan yang dipamerkan oleh speaker parlimen dan timbalannya boleh menjadi faktor penyumbang.Aliran menggesa speaker parlimen dan timbalan beliau untuk bersikap tegas dan memastikan dewan dalam keadaan yang teratur. Jangan bertolak ansur dengan perangai karut dan tidak sopan. Speaker dan timbalannya perlu memahami kuasa yang ada pada mereka dan gunakan kuasa tersebut untuk memupuk sikap disiplin dan peraturan dalam dewan.Sebagai contoh, jika ahli Parlimen berkelakuan buruk, bolehkah gaji mereka digantung? Apakah hukuman yang sedia ada yang boleh dijatuhkan kepada ahli Parlimen yang berkelakuan buruk? Speaker dan timbalannya tidak perlu ada perasaan takut untuk menama dan memalukan pihak yang mengacau.Ahli Parlimen yang berjumlah 222 orang telah dipilih untuk mewakili 32 juta orang rakyat yang ada di negara ini. Tugas mereka adalah untuk berbahas dan mencadangkan undang-undang untuk kesejahteraan rakyat. Jika kami mahu badut untuk menghiburkan kami, elok saja kami melawat sarkas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/speaker-parlimen-mesti-bertindak-tegas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Speaker Boleh Bertindak Ke Atas Ahli Parlimen Enggan Isytihar Harta Kata Latheefa

Speaker Boleh Bertindak Ke Atas Ahli Parlimen Enggan Isytihar Harta Kata Latheefa

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 377 hits
Speaker boleh bertindak ke atas ahli Parlimen enggan isytihar harta kata Latheefa nbsp
Geng Azmin Makin Melampau Anwar Mesti Segera Bertindak Tegas

Geng Azmin Makin Melampau Anwar Mesti Segera Bertindak Tegas

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 375 hits
Pemulauan dan sabotaj Geng Azmin terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR nampaknya semakin parah serta melampau Bermula dengan memulaukan mesyuarat MPP dan Biro Politik sejak setahun yang lalu dan ia masih berterusan sampai se...
Rupanya Ahli Parlimen Kita Sangat Menderita Duduk Dalam Parlimen

Rupanya Ahli Parlimen Kita Sangat Menderita Duduk Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 426 hits
Jika Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menjadikan keletihan sebagai alasan kenapa kekurangan kehadiran Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Dewan Rakyat Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin pula menjadikan kesejukan dewan menjadi penyebab...
Anwar Kait Tuduhan Perbuatan Keji Terhadap Ahli Politik Dengan Peralihan Kuasa

Anwar Kait Tuduhan Perbuatan Keji Terhadap Ahli Politik Dengan Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 483 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim mengaitkan kenyataan seorang lelaki yang mencadangkan seorang ahli politik kanan melakukan jenayah yang digambarkan sebagai perbuatan keji dan tidak bermoral dengan peralihan kuasa perdana menteri Beliau percaya i...
Ahli Parlimen Perlu Berdisiplin Kata Presiden Bn

Ahli Parlimen Perlu Berdisiplin Kata Presiden Bn

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 353 hits
Ahli Parlimen perlu berdisiplin kata presiden BN Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Dec 2019 1 40PM
Mana Ahli Parlimen Umno Dan Pas Berani Istihar Harta

Mana Ahli Parlimen Umno Dan Pas Berani Istihar Harta

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 1214 hits
Semua wakil rakyat Pakatan Harapan termasuk dua wakil rakyat UMNO MCA GPS PSB PBRS dan PBS telah berani isytiharkan harta Tarikh berakhirnya adalah semalam 5Dia 2019 Berbanding MP dari UMNO dan kesemua MP PAS masih takut nak isytihar harta ...
Zakir Naik Ancam Saman Ahli Parlimen Dap Kerana Kaitkan Dengan Tangkapan Ltte

Zakir Naik Ancam Saman Ahli Parlimen Dap Kerana Kaitkan Dengan Tangkapan Ltte

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 297 hits
Penceramah kontroversi Dr Zakir Naik mengancam akan mengambil tindakan undang undang terhadap Charles Santiago kerana memfitnah mendakwa ahli Parlimen itu mengaitkannya dengan penangkapan 2 ahli DAP atas dakwaan terlibat dengan militan Hari...
Kehadiran Kurang Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Letih Johari

Kehadiran Kurang Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Letih Johari

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 403 hits
Kekurangan kehadiran Ahli Parlimen kerajaan akibat keletihan hampir menggagalkan kelulusan Rang Undang Undang Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pada Selasa Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menegask...
Ahli Parlimen Boleh Didenda Digantung Jika Gagal Isytihar Harta

Ahli Parlimen Boleh Didenda Digantung Jika Gagal Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 375 hits
Putrajaya Ahli Parlimen yang masih enggan mengikan harta mereka pada 5 Dis ini boleh dianggap menghina Dewan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk liew Vui Keong Liew yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang undang berkata di ba...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord