Tidak Terima Muafakat Nasional Punca Ahli Pas Masuk Amanah



Pas perlu menelan jadam pahit politik apabila ahli akar umbi parti itu mula menolak Muafakat Nasional dengan menyertai Amanah.
Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, parti itu kini menerima masuk banyak ahli baru bekas Pas di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
“Ahli yang paling ramai di Pasir Mas, kami pun berasa terkejut,” katanya dipetik pada sidang media selepas berakhirnya Konvensyen Amanah Nasional di Pusat Konvesyen Ideal (IDCC) petang tadi.
Kata Mohamad, ahli PAS sudah dididik untuk membenci Umno sejak sekian lama maka apabila tercetusnya Muafakat Nasional maka mereka bertindak meninggalkan parti.
Sebelum itu, dalam ucapan penggulungannya pada konvesyen tersebut, Mohamad mengingatkan pimpinan dan perwakilan parti itu agar sentiasa menyantuni rakan-rakan lama daripada PAS.
“Kita tinggalkan PAS, tapi jangan tinggalkan ahli-ahli PAS.
“Kalau sempat, kita pergi ziarah.”
Beliau menarik perhatian hadirin dengan menceritakan pengalaman menziarahi seorang bekas ahli Majlis Syura PAS yang pernah bersama-samanya ketika dalam parti tersebut.
Kata Mohamad, individu itu memegang erat tangannya dan menyebut, “menteri kau sekarang, ya?”
Tambahnya, beliau dapat merasai kasih dan sayang yang terpancar dari pandangan dan sentuhan bekas rakan seperjuangannya itu.
“Saya yakin bekas presiden lama saya pun masih sayang kat saya.
“Sebenarnya, saya pun masih sayang kat dia, tapi tak tahu dia tahu ke tidak saya sayang kat dia,” katanya, merujuk kepada presiden PAS Abdul Hadi Awang, disambut gelak tawa hadirin.
Sementara itu, Mohamad turut memberitahu, beliau tidak dapat berinteraksi dengan lebih kerap bersama ahli dan pimpinan sejak diangkat menjadi menteri pertahanan.
Katanya, sebagai seorang menteri beliau dikelilingi dengan tentera dan pengawal peribadi.
“Saya bergerak banyak guna helikopter dan jet tentera. Bila saya mendarat satu tempat, jadi kuranglah berinteraksi dengan ahli dan penyokong.
“Program dengan tentera pula tertutup maklumlah kem tentera tak boleh masuk mudah berbanding tempat lain,” katanya.
Semalam, ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah sebulat suara mengekalkan Mohamad sebagai presiden parti itu bagi penggal 2019-2022.
Selain Mohamad, parti itu juga mengekalkan Salahuddin Ayub sebagai timbalan presiden.
Selepas 4 tahun ditubuhkan ini merupakan kali pertama Amanah mengadakan pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Nasionalnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/25724

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Pas Umno Mesti Beri Penjelasan Tentang Muafakat Nasional

Pemimpin Pas Umno Mesti Beri Penjelasan Tentang Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 453 hits
Oleh Adli Mohamad KUALA TERENGGANU Tugas pemimpin sama ada PAS atau Umno secara sedikit demi sedikit mestilah memberikan penjelasan tentang agenda besar Muafakat Nasional kepada rakyat dan penyokong masing masing Sementara itu Naib Presiden...
How To Strengthen Muafakat Nasional Marry Pas Girls Ahmad Maslan Tells Umno Youth Reps

How To Strengthen Muafakat Nasional Marry Pas Girls Ahmad Maslan Tells Umno Youth Reps

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 546 hits
Provided by Malay Mail In his adjournment speech during the Umno Youth assembly Datuk Seri Ahmad Maslan made the recommendation in a bid to strengthen the unity between Malaysia s two largest Malay based parties Picture by Mukhriz HazimKUAL...
Pas Tak Akan Keluar Bn Muafakat Nasional Kata Abdul Hadi

Pas Tak Akan Keluar Bn Muafakat Nasional Kata Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 318 hits
Kita tak akan keluar BN dan Muafakat Nasional Itu reaksi Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulas berhubung masa depan Pas bersama Barisan Nasional dan Muafakat Nasional pada sesi Pidato Bicara Ini Demi Perpaduan di Dewan Karangkra...
Bagaimana Amanah Yang Lemah Mampu Mengalahkan Pas

Bagaimana Amanah Yang Lemah Mampu Mengalahkan Pas

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 499 hits
BAGAIMANA AMANAH YANG LEMAH MAMPU MENGALAHKAN PAS8 DISEMBER 2019Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairudin dalam satu tulisan bertajuk Pan Amat Lemah Tak Boleh Diharap yang diterbitkan Harakahdaily menyentuh soal keahlian AMANAH yang menurutn...
Annuar Muafakat Nasional Sedia Hadapi Kejutan Politik

Annuar Muafakat Nasional Sedia Hadapi Kejutan Politik

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 354 hits
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa memberi gambaran bahawa suasana politik negara akan mempunyai banyak kejutan dalam masa terdekat ini Tanpa memperincikan kejutan yang dimaksudkannya Annuar berkata Umno serta rakan Muafakat Nasional berada ...
Annuar Pertikai Otai Reformis Bayangkan Azmin Sertai Muafakat Nasional

Annuar Pertikai Otai Reformis Bayangkan Azmin Sertai Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 396 hits
Annuar Musa KUALA LUMPUR Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan kewajaran di sebalik desakan Otai Reformasi 1998 yang mendesak kerajaan dan PKR memecat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin Setiausaha Agung UMNO itu berkata alasan ...
Amanah Akui Sukar Tembusi Gabungan Bn Pas

Amanah Akui Sukar Tembusi Gabungan Bn Pas

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 235 hits
dan Astro Awani Mohamad Sabu berkata walau bagaimanapun pihaknya tidak gentar untuk merobohkan pengaruh yang dimiliki gabungan parti itu khususnya di Pantai Timur Foto Astro AWANISHAH ALAM Parti Amanah Negara mengakui berdepan kesukaran unt...
Mana Ahli Parlimen Umno Dan Pas Berani Istihar Harta

Mana Ahli Parlimen Umno Dan Pas Berani Istihar Harta

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 1201 hits
Semua wakil rakyat Pakatan Harapan termasuk dua wakil rakyat UMNO MCA GPS PSB PBRS dan PBS telah berani isytiharkan harta Tarikh berakhirnya adalah semalam 5Dia 2019 Berbanding MP dari UMNO dan kesemua MP PAS masih takut nak isytihar harta ...
Lirik Lagu Dalam Diam Mojack Hafiz

Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Sambal Tumis Ikan Masin Lauk Mudah Cepat Siap Confirm Tambah Nasi

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Weekend That Brought Us Back To Simple Joy

Tax Responsibilities For Startups

Tauhu Bergedil

Presbyond Laser Explained The Science Behind Age Related Vision Correction

Bahagia Lepas Kahwin Sufian Suhaimi Akui Rezeki Makin Murah Jiwa Pun Makin Tenang

Pemilik Akhirnya Tinggalkan Rumah Di Tengah Lebuh Raya Tidak Tahan Bunyi Bising Utusan Malaysia