Tahukah Anda Maksud Sebenar Kalimah Allah


Masing-masing pihak mahu menyebut Tuhan dengan nama Allah Taala. Ini sebuah petanda yang sungguh indah sekiranya Allah, mengikut kamus Dewan Bahasa yang membawa makna Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, disembah secara mutlak. Tetapi jika Allah diibadahi bersama dengan tuhan yang lain, maka ia telah menyalahi makna Kamus Dewan yang menjadi tunggak Bahasa Kebangsaan.


Allah, sebuah nama khusus untuk Tuhan yang disadur dari bahasa Arab. Ibn Qayyim berkata bahawa kalimah Allah mempunyai makna asal, di mana kata asalnya adalah al Ilah.

Ini sebagaimana pendapat ahli bahasa terkenal Sibawaih dan majoriti sahabatnya kecuali beberapa orang yang berpendirian sebaliknya (tanpa sebarang hujah). Lafaz Allah mencakup seluruh makna Al asma' Al Husna dan sifat-sifat-Nya yang maha tinggi.

Permulaan kepada perbincangan ini adalah apabila wujudnya tafsiran firman Allah SWT di dalam Surah az-Zumar, ayat 38 maksudnya, "Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?, nescaya mereka menjawab: Allah."

Menunjukkan orang Arab jahiliyah telah mensyirikkan Allah, mereka memang mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan yang menciptakan dan mematikan, Tuhan yang memberi rezeki dan mentadbir alam ini.

Di samping mereka mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan yang sebenar, mereka juga memuja tuhan yang lain. Sama seperti kaum Nasrani, yang memiliki keyakinan triniti; Tuhan Bapa iaitu Allah, Anak Tuhan iaitu Jesus dan Roh Kudus.

Budaya adalah amalan yang diterima bersama. Sudah menjadi budaya orang Arab sejak zaman berzaman memanggil Tuhan sebagai Allah tanpa mengira agama. Maka orang Arab Kristian pun menamakan Tuhan Bapa sebagai Allah, sama seperti orang Arab Islam dan orang Yahudi.

Dalam prinsip Islam ada kaedah yang disebut al 'adah muhakkamah iaitu budaya yang tidak bersalahan dengan syarak boleh menjadi hukum. Merujuk Arab Kristian sebagai alasan adalah tidak tepat sebab berbeza kebudayaan.

Orang Kristian Arab memanggil Isa sebagai Yasu' sementara orang Kristian di Malaysia memanggil Jesus. Hakikatnya di Malaysia hanya orang Islam selama ini menggunakan kalimah Allah dan umat Kristian menggunakan kalimah Tuhan.

Terdapat kaedah lain yang dijelaskan oleh Imam As Syatibi iaitu "Melihat kepada kesan aplikasi".

Diambil berdasarkan beberapa dalil antaranya adalah hadis Nabi ini: "Jika tidak kerana kaum kau masih baru meninggalkan kepercayaan jahiliyah, nescaya aku akan bangunkan Kaabah di atas binaan Ibrahim". (Riwayat Bukhari & Muslim).

Hadis ini menunjukkan Nabi membiarkan binaan Kaabah yang dibina tidak mengikut struktur yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim selepas roboh akibat banjir kerana memikirkan implikasinya. Walhal membina kembali Kaabah mengikut struktur asal merupakan sesuatu yang harus.

Kerana implikasi merobohkan Kaabah pada masa itu akan membawa 'kerosakan' yang lebih besar berbanding kesalahan struktur Kaabah tersebut.

Hadis ini membawa dua pengajaran iaitu melihat kesan akhir daripada sebuah tindakan, serta terkadang peraturan yang tidak harus dilakukan akan menghasilkan impak yang membawa kebaikan.

Ada juga orang yang berdalil dengan lagu negeri yang mengandungi perkataan Allah. Ini satu hujah yang sangat ajaib.

Pertamanya, bilakah lagu negeri tersebut menjadi lagu Gospel yang dinyanyikan didalam gereja?

Keduanya jika orang Kristian melihat papan tanda yang tertera perkataan Allah, lalu menyebutnya, apakah papan tanda itu telah menjadi bahan selebaran agama Kristian?

Kita bukan mahu menutup mulut umat Kristian daripada menyebut nama Allah atau melarang mereka membaca perkataan Allah. Tetapi kita sedang bahaskan penggunaan kalimah Allah dalam bahan dakwah Kristian seperti Bible dan makalah-makalah yang mereka terbitkan.

Alasan tidak keruan seperti ini adalah tindakan apologetik. Kesimpulannya, pengharaman kalimah Allah dalam Bible dan selebaran dakwah Kristian memiliki dalil agama selaras dengan perlembagaan negara malah didokong oleh sosiobudaya.

Tuhan Bapa dalam pelbagai bahasa

Budaya Islam dalam mewacanakan ilmu menggunakan Bahasa Arab maka seluruh umat Islam tanpa mengira ras dan geografi - dari Timur hingga Barat - berkongsi pengetahuan dan kebudayaan yang sama.

Orang Jepun yang menduduki Gunung Fuji tetap memanggil masjid sama seperti orang Eskimo yang memakai baju bulu dan hidup di belantara salji.

Begitu juga Tuhan Yang Esa dipanggil Allah oleh seluruh umat Islam sejak Islam didakwahkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Ketika bangsa Melayu memeluk Islam, nenek moyang kita memanggil Tuhan tersebut dengan nama Allah sedangkan sebelum itu mereka memanggil Brahman. Kosa kata Brahman dihapuskan sementara kata Tuhan dikekalkan sampai hari ini.

Ini sangat berbeza dengan nama Tuhan bagi agama Kristian, yang setiap bangsa menyebutnya sesuai dengan bahasa ibunda mereka.

Umat Kristian Cina menulis perkataan shên atau shang-ti, sementara orang Kristian Korea menulis cheon-ju atau haneunim untuk Tuhan.

Sedangkan orang Greek memanggil ho-theos atau ho-kurios. Sebaliknya orang Islam di China, atau di Korea atau di Greek senada seirama memanggil Allah sebagai nama Tuhan.

Kita perlu tahu bahawa masyarakat Sabah dan Sarawak menerima budaya masyarakat Indonesia, malah jika kita ke Kota Kinabalu, dengan mudah boleh menjumpai Al kitab terjemahan Indonesia.

Jadi, dalam Al kitab tersebut memang tertulis perkataan Allah ketika merujuk kepada Tuhan Bapa, namun hakikatnya bukanlah budaya masyarakat Kristian di sana memanggil Allah.

Contoh mudah adalah ketika umat Islam membaca Al kitab terjemahan Indonesia, terjumpa perkataan Yesus, kita tetap akan memanggil Nabi Isa.

Begitu juga ketika kita membaca karya sasterawan Indonesia yang dicalonkan Hadiah Nobel, Bapak Pram: ketika beliau menulis perkataan 'kebutuhan', apakah kita juga akan menggunakan perkataan yang sama dalam perbualan kita? Pasti tidak! Kita tetap menggunakan perkataan yang diterima oleh budaya kita iaitu 'keperluan'.

Jangan jadikan modal politik

Maka, isu kalimah Allah ini lebih dilihat sebagai modal politik pembangkang. Mereka telah terdesak sehingga menjadikan agama sebagai bahan mainan. Sedangkan isu agama merupakan perkara sensitif.

Dalam sejarah dunia telah tercatit peperangan disebabkan agama. Kita tidak mahu negara kita bergolak kerana sentimen yang dibangkitkan oleh DAP.

Cukuplah Syria berperang disebabkan Bashar al-Assad yang menganut agama Syiah cuba menghapuskan kaum Sunni.

Umat Islam Malaysia mengisi komposisi 60 peratus sedangkan umat Kristian berjumlah sembilan peratus. Kita hairan ketika Lim Guan Eng mendesak kerajaan sedangkan majoriti bersama kerajaan.

Bagaimana DAP mengatakan bahawa mereka adalah pejuang demokrasi sedangkan dalam isu ini majoriti menolaknya.

Nampaknya DAP sudah tidak demokratik, yang tinggal hanyalah nama parti seperti pepatah Cina menyebut "menggantung kepala kambing, menjual daging anjing".

Bayangkan jika mereka menguasai negara, apa yang akan berlaku kepada kaum Cina yang menganut Buddha, Teoisme, Confucius dan agama dan budaya lain. Bagaimana pula dengan nasib Islam sendiri? Ini persoalan yang sangat serius.

Kita ini adalah bangsa Melayu yang masih memiliki sultan dan raja. Telah menjadi rukun kehidupan kita untuk mentaati raja dan pantang untuk menderhaka.

Oleh sebab itu kita wajar menghormati keputusan raja dalam isu kalimah Allah kerana institusi raja yang bertanggungjawab dalam masalah agama Islam.

Bagaimana kita ingin dihormati seandainya kita tidak pernah menghormati orang lain? Bagaimana kita ingin menegakkan nasib Melayu kalau sultan sebagai lambang bangsa kita diabaikan? Sultan dan Melayu tidak dapat dipisahkan.

Agenda pluralisme dan Kristianisasi

Kita tidak tahu apakah Lim Guan Eng berdoa kepada Tuhan Bapa dengan memanggil Allah dan memanggil Bonda Maria dengan nama Ibu Maryam.

Malah kita juga tidak tahu apakah penganut Kristian di Malaysia sama ada di Semenanjung atau di Borneo memanggil Gabriel dengan nama Jibril, Gog dan Magog dengan Yakjuj dan Makjud, Mesiah dengan perkataan Al Masih. Malah, kita sendiri tidak tahu apakah umat Kristian memanggil Haliluyah dengan sebutan Alhamdulillah. Jika tetap mahu guna kalimah Allah maka guna juga kata Alhamdulillah.

Jika DAP mahu menukar perkataan Tuhan kepada Allah maka perlu tukar semua nama dan perkataan lain yang semakna, seperti yang disebutkan tadi.

Implikasinya lebih daripada itu: Gereja Jesus Benar wajar di tukar kepada Gereja Isa Benar. Gereja True God wajar ditukar kepada Gereja Allah Yang Sebenar. Gereja Immanuel perlu di tukar kepada Gereja Allah Menyertai Kita. Church of God kepada Gereja Allah.

Isu kalimah Allah ini dilihat sebagai agenda pluralisme dan taqrib (pendekatan) antara agama. Umat Islam wajar meninjau gerakan Kristianisasi di Indonesia yang sangat marak.

Sekjen Kementerian Agama, Bahrul Hayat menjelaskan pertumbuhan gereja di sana adalah yang tercepat di dunia, mencapai 190 peratus setiap tahun. Gerakan Kristianisasi bermula dengan menterjemah Bible ke dalam bahasa Indonesia termasuk menggunakan nama Allah.

Ini bertepatan dengan teori psikologi yang disebut sebagai Homophily iaitu 'sama wajah'. Apabila pendakwah memiliki persamaan dengan orang yang didakwah maka proses mempengaruhi lebih mudah dilakukan.

Apabila Bible telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu termasuk perkataan tuhan ditukar kepada Allah, maka darjah 'sama wajah' semakin besar. Umat Islam semakin terdedah kepada masalah murtad dan jumlah mereka akan bertambah.

Dahulu PAS menyalahkan kerajaan sebab isu murtad. Apa yang kerajaan sedang lakukan adalah untuk menangani masalah ini. PAS membuka pintu untuk orang Melayu murtad secara senyap. Nampaknya perjuangan akidah bukan lagi menjadi keutamaan mereka.

Selama ini rakyat Malaysia hidup dalam keadaan harmoni dan saling menghormati. Sebagai contoh di Sabah dan Sarawak, jika ada sekolah ganti pada hari Sabtu, guru-guru dari Gereja SDA tidak datang ke sekolah sebab hari Sabtu tidak boleh bekerja, dikhususkan untuk beribadah.

Guru-guru Islam memahami dan menghormati hukum dan peraturan Gereja SDA. Apakah kita ingin memaksa penganut Gereja SDA wajib datang ke sekolah juga?

Ini sungguh tidak wajar. Begitulah sebaliknya, umat Kristian wajar memikirkan sensitiviti umat Islam.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Kenapa Kalimah ALLAH Hanya Layak Untuk Umat Islam?

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/01/tahukah-anda-maksud-sebenar-kalimah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hujah Dan Fakta Penolakan Penggunaan Kalimah Allah Oleh Umat Kristian

Hujah Dan Fakta Penolakan Penggunaan Kalimah Allah Oleh Umat Kristian

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 103 hits
Tujuan artikel ini diterbitkan ialah sebagai pemangkin kepada usaha umat Islam di dalam mempertahankan kalimah ALLAH dari dipermainkan oleh golongan yang TIDAK LAYAK untuk memanggil nama tuhan mereka seperti di dalam ajaran Islam Kita janga...
Isu Kalimah Allah Penganut Kristian Digesa Kembali Kepada Kepercayaan Asal

Isu Kalimah Allah Penganut Kristian Digesa Kembali Kepada Kepercayaan Asal

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 187 hits
Persatuan Pengguna Islam Sedunia menggesa agar penganut Kristian patuh semula kepada kepercayaan asal mereka tanpa mengubah suai istilah istilah dan konsep yang sedap didengar orang bukan Kristian Setiausaha Agung IMCA Sheikh Abd Kareem S K...
Apa Sebenarnya Motif Tersirat Disebalik Polemik Kalimah Allah

Apa Sebenarnya Motif Tersirat Disebalik Polemik Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 88 hits
Kebiasaanya sesuatu perkara yang hendak dilakukan tanpa bermotifkan sesuatu itu namanya sia sia atau bodoh Adakah sia sia puak Kristian ingin menggunakan kalimah Allah dalam Bible di setiap gereja mereka Sudah pasti jawapannya TIDAK Mereka ...
Kalimah Allah Digunakan Untuk Pengaruhi Melayu Masuk Kristian

Kalimah Allah Digunakan Untuk Pengaruhi Melayu Masuk Kristian

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 89 hits
Perdebatan mengenai isu kalimah Allah berterusan hari ini apabila pertubuhan bukan kerajaan Islam Ikatan Muslimin Malaysia mendakwa kalimah Allah digunakan untuk pendakwah Kristian mengembangkan agama mereka kepada umat Islam Menurut Isma i...
Isu Kalimah Allah Paderi Andrew Hanya Perlu Patuhi Keputusan Mahkamah

Isu Kalimah Allah Paderi Andrew Hanya Perlu Patuhi Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 116 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengarang majalah mingguan Katolik The Herald Paderi Lawrence Andrew supaya menghormati keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu ...
Kalah Siapa Suruh Bawa Kalimah Allah Ke Mahkamah

Kalah Siapa Suruh Bawa Kalimah Allah Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 118 hits
Mahkamah Persekutuan Isnin menolak kebenaran bagi Gereja Katolik merayu kepada mahkamah itu untuk menarik balik larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah yang dirujuk sebagai Tuhan dalam penerbitan mingguan The Herald versi Bahasa...
Kenapa Kalimah Allah Hanya Layak Untuk Umat Islam

Kenapa Kalimah Allah Hanya Layak Untuk Umat Islam

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 97 hits
Kalimah suci ALLAH layak digunakan oleh umat Islam sahaja berikutan ia sememangnya berasal dari kitab al Quran dan tidak pernah disebut dalam Bible asli kata ahli akademik Filologi Islam dan Pengajian Semitik Universiti Airlangga Surabaya J...
Pope Benedict Xvi Bantah Guna Kalimah Allah

Pope Benedict Xvi Bantah Guna Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 85 hits
Pope Benedict XVI iaitu ketua tertinggi penganut Kristian Katolik di seluruh dunia pada ucapannya kepada orang berbangsa Arab tidak pun menggunakan kalimah Allah untuk menggambarkan Tuhan Pada awalnya sebuah laman berita antarabangsa dikena...
Pas Keliru Pilih Antara Politik Dan Agama Isu Kalimah Allah

Pas Keliru Pilih Antara Politik Dan Agama Isu Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 88 hits
Pening Itulah kata kata seorang kawan dalam Pas apabila ditanya pandangannya berhubung isu kalimah Allah yang melibatkan parti itu Kawan penulis ini mengakui ahli ahli Pas di peringkat umbi kecewa dengan apa yang berlaku Keputusan Pas untuk...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner