Isu Kalimah Allah Paderi Andrew Hanya Perlu Patuhi Keputusan Mahkamah


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengarang majalah mingguan Katolik ‘The Herald’, Paderi Lawrence Andrew supaya menghormati keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu.


Beliau menegaskan paderi itu perlu menghormati sensitiviti masyarakat Islam di negara ini sebagaimana umat Islam menghormati agama lain.

“Yang rujuk kes ini ke mahkamah adalah mereka tapi bila mahkamah buat keputusan mereka tak peduli. Apa jadi kalau masyarakat tak hormat keputusan mahkamah?

“Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak telah lama, tak apalah, tapi di sini apa sebab tiba-tiba nak gunakan?” soal Dr Mahathir ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada seminar Pengarah-pengarah Korporat Tabung Haji (TH) di Kelana Jaya di sini.

Beliau mengulas kenyataan Andrew 27 Dis lepas bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya dalam bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Kenyataan beliau telah menimbulkan bantahan pelbagai pihak dan umat Islam terutama di Selangor dan semalam Andrew menegaskan tidak akan memohon maaf seperti yang didesak oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno Selangor dan Perkasa atas pendiriannya itu.

(Baca: Realiti Nama Tuhan Dalam Agama Kristian)

Dr Mahathir mengingatkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun mempunyai rakyat pelbagai agama serta kaum, dan ini perlu dikekalkan dengan mengelak melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama lain.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai bantahan pengwujudan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya, bekas perdana menteri itu berkata timbul sebarang masalah jika premis hiburan diwujudkan di Putrajaya kerana ia bukan bandar keagamaan tetapi sebuah bandar pentadbiran.

“Manusia ini berkehendakkan hiburan. Kalau kata tak boleh minum arak dalam Putrajaya saya pun tak ada apa-apa, tapi sampai tak ada hiburan ini susahlah,” katanya.

Media melaporkan kemungkinan cawangan Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya, bandar pentadbiran cetusan ilham Dr Mahathir, susulan perbincangan mengenainya antara Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan ahli perniagaan Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir.

Ditanya sama ada beliau bersetuju jika Hard Rock Cafe diwujudkan di Putrajaya, Dr Mahathir menjawab: “Bukan bersetuju Hard Rock Cafe tu. Saya bersetuju supaya ada hiburan di situ. Tapi kalau kita nak larang jual arak itu terpulang kepada mereka (pihak berkenaan).”

Aseh bagaimanapun dilaporkan sebagai menjelaskan tiada permintaan rasmi dikemukakan mengenai cadangan pembukaan pusat hiburan itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata TH adalah sebuah entiti unik yang tiada tandingan di dunia dalam soal mengumpul wang rakyat untuk membolehkan mereka menunaikan ibadat haji.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/01/isu-kalimah-allah-paderi-andrew-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Keliru Pilih Antara Politik Dan Agama Isu Kalimah Allah

Pas Keliru Pilih Antara Politik Dan Agama Isu Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 69 hits
Pening Itulah kata kata seorang kawan dalam Pas apabila ditanya pandangannya berhubung isu kalimah Allah yang melibatkan parti itu Kawan penulis ini mengakui ahli ahli Pas di peringkat umbi kecewa dengan apa yang berlaku Keputusan Pas untuk...
Isu Kalimah Allah Penganut Kristian Digesa Kembali Kepada Kepercayaan Asal

Isu Kalimah Allah Penganut Kristian Digesa Kembali Kepada Kepercayaan Asal

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 134 hits
Persatuan Pengguna Islam Sedunia menggesa agar penganut Kristian patuh semula kepada kepercayaan asal mereka tanpa mengubah suai istilah istilah dan konsep yang sedap didengar orang bukan Kristian Setiausaha Agung IMCA Sheikh Abd Kareem S K...
Kalah Siapa Suruh Bawa Kalimah Allah Ke Mahkamah

Kalah Siapa Suruh Bawa Kalimah Allah Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 95 hits
Mahkamah Persekutuan Isnin menolak kebenaran bagi Gereja Katolik merayu kepada mahkamah itu untuk menarik balik larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah yang dirujuk sebagai Tuhan dalam penerbitan mingguan The Herald versi Bahasa...
Kenapa Kalimah Allah Hanya Layak Untuk Umat Islam

Kenapa Kalimah Allah Hanya Layak Untuk Umat Islam

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 69 hits
Kalimah suci ALLAH layak digunakan oleh umat Islam sahaja berikutan ia sememangnya berasal dari kitab al Quran dan tidak pernah disebut dalam Bible asli kata ahli akademik Filologi Islam dan Pengajian Semitik Universiti Airlangga Surabaya J...
Pope Benedict Xvi Bantah Guna Kalimah Allah

Pope Benedict Xvi Bantah Guna Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 67 hits
Pope Benedict XVI iaitu ketua tertinggi penganut Kristian Katolik di seluruh dunia pada ucapannya kepada orang berbangsa Arab tidak pun menggunakan kalimah Allah untuk menggambarkan Tuhan Pada awalnya sebuah laman berita antarabangsa dikena...
Kalimah Allah Digunakan Untuk Pengaruhi Melayu Masuk Kristian

Kalimah Allah Digunakan Untuk Pengaruhi Melayu Masuk Kristian

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 71 hits
Perdebatan mengenai isu kalimah Allah berterusan hari ini apabila pertubuhan bukan kerajaan Islam Ikatan Muslimin Malaysia mendakwa kalimah Allah digunakan untuk pendakwah Kristian mengembangkan agama mereka kepada umat Islam Menurut Isma i...
Hujah Dan Fakta Penolakan Penggunaan Kalimah Allah Oleh Umat Kristian

Hujah Dan Fakta Penolakan Penggunaan Kalimah Allah Oleh Umat Kristian

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 72 hits
Tujuan artikel ini diterbitkan ialah sebagai pemangkin kepada usaha umat Islam di dalam mempertahankan kalimah ALLAH dari dipermainkan oleh golongan yang TIDAK LAYAK untuk memanggil nama tuhan mereka seperti di dalam ajaran Islam Kita janga...
Tahukah Anda Maksud Sebenar Kalimah Allah

Tahukah Anda Maksud Sebenar Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 74 hits
Masing masing pihak mahu menyebut Tuhan dengan nama Allah Taala Ini sebuah petanda yang sungguh indah sekiranya Allah mengikut kamus Dewan Bahasa yang membawa makna Tuhan Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi Nya disembah secara mutlak Tetapi...
Komik Hew Akmal Bidas Teresa Kerana Dakwa Tak Hormat Keputusan Mahkamah

Komik Hew Akmal Bidas Teresa Kerana Dakwa Tak Hormat Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 118 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 15 2024 Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh membidas Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berhubung isu mengenai buku komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama Pengharaman buku oleh bekas ahli DAP ...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Self Love Learning To Value And Appreciate Yourself

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

What To Come Of Malaysia S Semiconductor Industry


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Pattani Sea The Sun Cafe

Isu Mb Perlis Ahli Dan Pemimpin Bawahan Mula Bersuara

Zus Coffee With Ceo Latte

Mou Baru Terima Draf Dah Diriuhkan Di Luar Kata Saifuddin

Sijil Halal Dasar Sedia Ada Kekal Permohonan Bersifat Sukarela Zahid

Claim Mou Violated Constitution Untrue Insincere Says Umno Leader