Apa Sebenarnya Motif Tersirat Disebalik Polemik Kalimah Allah


Kebiasaanya, sesuatu perkara yang hendak dilakukan tanpa bermotifkan sesuatu, itu namanya sia-sia atau bodoh. Adakah sia-sia puak Kristian ingin menggunakan kalimah Allah dalam Bible di setiap gereja mereka? Sudah pasti jawapannya TIDAK.


Mereka sudah lama merancang secara terperinci mengenai perkara ini dengan begitu halus sehinggakan tidak dapat terbayang dalam benak kepala kita bagi mereka yang tidak suka berfikir.

Kalaulah ada orang mengatakan ;”ah! biarlah, dia..dia. aku..aku. Yang penting sekarang Malaysia aman.”

Memang benar sekarang mungkin negara kita AMAN kerana kita masih dipimpin oleh orang Islam, TIDAK MUSTAHIL pada 25 tahun, 50 tahun, 75 tahun atau 100 tahun akan datang, Malaysia sudah dirampas oleh golongan ANTI-ISLAM.

Siapa yang akan merasai BAHANA dan BENCANA ini, kalau bukan anak-anak dan keturunan kita sekarang? Oleh itu, fikir-fikirlah tindakan yang perlu diambil demi masa hadapan generasi akan datang.

Sehubungan itu, kalimah Allah bolehlah dikategorikan sebagai kalimah suci yang melambangkan Islam itu sendiri.

Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar ianya tidak tersasar dari maksud sebenar. Ia adalah kewajipan bagi umat Islam dalam mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.

Asas Polemik Kalimah Allah

Semuanya bermula sejak tahun 2007 di mana akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007 telah menyiarkan sebuah laporan oleh wartawan Joseph Masilamany yang bertajuk ‘Church leaders explain use of Allah”.

Berdasarkan kepada petikan laporan tersebut, beliau mengemukakan pendapat bahawa “penggunaan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan di kalangan penganut agama Kristian telah diamalkan dengan meluas untuk beberapa generasi di banyak negara dan bukan bertujuan menyinggung perasaan atau mengelirukan masyarakat Islam”, ini tentunya menurut para pemimpin Kristian.

Wartawan tersebut menemu ramah penyunting akhbar mingguan Katolik tempatan, Paderi Lawrence Andrews, dan agaknya turut berbicara dengan Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Rev. Herman Shastri.

Paderi Lawrence dilaporkan mendakwa, “istilah ‘Allah’ yang digunakan oleh orang Kristian atau dalam tulisan mereka tidak bermaksud menggusarkan masyarakat Islam atau mencetuskan kekeliruan.

Kami mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’ sebagai terjemahan untuk istilah Lord.”

Terdapat lima alasan utama yang dikemukakan oleh laporan tersebut mengapa Gereja Katolik ingin meneruskan penggunaan kalimah ‘Allah’ di dalam akhbar terbitan mereka. Alasan yang dikemukakan ialah seperti berikut:
Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’ sebagai terjemahan untuk Lord. Mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan kalimah ‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para penganut Katolik Malta juga menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat. Mendakwa ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah. Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut Katolik di Malaysia. Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A Perlembagaan Persekutuan.
Hujah-Hujah Politikus Terhadap Kalimah Allah

Sepatutnya isu ini perlulah diperbincangkan secara ilmiah di kalangan para Ulamak, Ketua Agama dan wakil Kerajaan (JAKIM) bagi mencari titik pertemuan berkaitan isu penggunaan kalimah ALLAH. Tetapi sayang, ianya hanyalah ILUSI di siang hari.

Apa tidaknya, para Politikus yang tidak berkelayakan atau tahu berkaitan agama tetapi memanipulasi isu ini demi kelangsungan politik mereka.

Di bawah ini adalah petikan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang merasakan ia lebih tahu dan arif tentang isu ini. Tetapi apabila dikaji semua adalah HYPOCRISY.

Hadi Awang - Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Anwar Ibrahim - Saya alu-alukan pendirian Pas itu sebagai pendirian bersama Pakatan Rakyat. Beliau (Hadi Awang) mahu ia jelas bahasa semua pihak termasuk pihak gereja dan bukan Islam hendaklah menghormati isu itu dan bagaimana umat Islam mulikan nama Allah.

Nik Aziz Nik Mat - Saya bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah ‘Allah’ walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.

Mohamad Sabu - Orang bukan Islam boleh guna kalimah ‘Allah’.

Tuan Ibrahim Tuan Man - Pas berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan tuhan, bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

Dr Abdul Rani Osman - Mencemuh Lim Guan Eng membangkitkan penggunaan kalimah ‘Allah’. Ia tidak boleh dijadikan polemik kerana sangat sensitif melibatkan umat Islam dan boleh menimbulkan ketegangan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

Harun Din – Sesiapa yang bersetuju kalimah ‘Allah’ boleh digunakan oleh orang kafir dan bersengkokol dengannya, maka ia akan jatuh kufur.

Kesimpulan

Jika kita melihat kepada scenario terkini, umat Islam didapati kurang peka dan pekak kepada isu ini. Masing-masing mengambil jalan mudah iaitu “WAIT and SEE” tanpa mengambil tindakan sewajarnya.

Sekurang-kurangnya, kita boleh menyatakan sokongan di dalam semua petisyen yang diusahakan oleh NGO Islam atau menyebarkan artikal-artikal berkaitan isu kalimah Allah.

Namum begitu, pihak politikus beragama Islam sepatutnya berganding bahu tanpa menjadikan ideologi parti sebagai batasan dalam menyuarakan pandangan umat Islam tentang isu ini.

Bersatu Islam teguh, Bercerai Islam runtuh.

Benarlah sabda Rasullulah S.A.W tentang akan tiba pada suatu zaman, Islam akan diserang dan dipermainkan oleh musuh Allah S.W.T samada dari dalaman atau luaran seperti yang disabdakannya untuk renungan kita semua;
Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.” – Riwayat Baihaqi
Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/08/apa-sebenarnya-motif-tersirat-disebalik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lim Guan Eng Nekad Pertahan Kalimah Allah

Lim Guan Eng Nekad Pertahan Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 75 hits
DAP tetap bertegas dengan pendiriannya berhubung penggunaan kalimah ALLAH Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu tetap mempertahankan dan tidak akan berganjak daripada pendirian mereka sebelum ini Walaupun Mahkamah Rayuan memut...
Isu Kalimah Allah Penganut Kristian Digesa Kembali Kepada Kepercayaan Asal

Isu Kalimah Allah Penganut Kristian Digesa Kembali Kepada Kepercayaan Asal

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 169 hits
Persatuan Pengguna Islam Sedunia menggesa agar penganut Kristian patuh semula kepada kepercayaan asal mereka tanpa mengubah suai istilah istilah dan konsep yang sedap didengar orang bukan Kristian Setiausaha Agung IMCA Sheikh Abd Kareem S K...
Pas Keliru Pilih Antara Politik Dan Agama Isu Kalimah Allah

Pas Keliru Pilih Antara Politik Dan Agama Isu Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 84 hits
Pening Itulah kata kata seorang kawan dalam Pas apabila ditanya pandangannya berhubung isu kalimah Allah yang melibatkan parti itu Kawan penulis ini mengakui ahli ahli Pas di peringkat umbi kecewa dengan apa yang berlaku Keputusan Pas untuk...
Kalimah Allah Digunakan Untuk Pengaruhi Melayu Masuk Kristian

Kalimah Allah Digunakan Untuk Pengaruhi Melayu Masuk Kristian

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 84 hits
Perdebatan mengenai isu kalimah Allah berterusan hari ini apabila pertubuhan bukan kerajaan Islam Ikatan Muslimin Malaysia mendakwa kalimah Allah digunakan untuk pendakwah Kristian mengembangkan agama mereka kepada umat Islam Menurut Isma i...
Isu Kalimah Allah Paderi Andrew Hanya Perlu Patuhi Keputusan Mahkamah

Isu Kalimah Allah Paderi Andrew Hanya Perlu Patuhi Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 108 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengarang majalah mingguan Katolik The Herald Paderi Lawrence Andrew supaya menghormati keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu ...
Kalah Siapa Suruh Bawa Kalimah Allah Ke Mahkamah

Kalah Siapa Suruh Bawa Kalimah Allah Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 113 hits
Mahkamah Persekutuan Isnin menolak kebenaran bagi Gereja Katolik merayu kepada mahkamah itu untuk menarik balik larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah yang dirujuk sebagai Tuhan dalam penerbitan mingguan The Herald versi Bahasa...
Kenapa Kalimah Allah Hanya Layak Untuk Umat Islam

Kenapa Kalimah Allah Hanya Layak Untuk Umat Islam

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 92 hits
Kalimah suci ALLAH layak digunakan oleh umat Islam sahaja berikutan ia sememangnya berasal dari kitab al Quran dan tidak pernah disebut dalam Bible asli kata ahli akademik Filologi Islam dan Pengajian Semitik Universiti Airlangga Surabaya J...
Pope Benedict Xvi Bantah Guna Kalimah Allah

Pope Benedict Xvi Bantah Guna Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 79 hits
Pope Benedict XVI iaitu ketua tertinggi penganut Kristian Katolik di seluruh dunia pada ucapannya kepada orang berbangsa Arab tidak pun menggunakan kalimah Allah untuk menggambarkan Tuhan Pada awalnya sebuah laman berita antarabangsa dikena...
Tahukah Anda Maksud Sebenar Kalimah Allah

Tahukah Anda Maksud Sebenar Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 92 hits
Masing masing pihak mahu menyebut Tuhan dengan nama Allah Taala Ini sebuah petanda yang sungguh indah sekiranya Allah mengikut kamus Dewan Bahasa yang membawa makna Tuhan Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi Nya disembah secara mutlak Tetapi...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi