Syukur Sabah Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025


Program Sentuhan Kasih Rakyat (SUKUR) Inisiatif Bantuan Kewangan Rakyat Sabah
Sabah adalah salah satu dari empat buah negeri yang mempunyai peratusan kemiskinan tegar yang tinggi melebihi paras nasional.
Bilangan isi rumah di bawah miskin tegar di Sabah meliputi 38 peratus atau 6,937 daripada jumlah keseluruhan 18,445 isi rumah di Malaysia. Bahkan menurut Menteri Ekonomi, Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sebanyak tujuh daripada 10 daerah termiskin di seluruh negara juga direkodkan di Sabah.
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menunjukkan jurang yang ketara jika dibandingkan dengan kadar di peringkat nasional, iaitu hanya 0.2 peratus. Daerah Tongod mencatatkan kadar kemiskinan tegar tertinggi di Sabah dengan 5.9 peratus, diikuti oleh Beluran sebanyak 5.0 peratus, Pitas (4.8 peratus), dan Kinabatangan (4.6 peratus).
Selain itu, beberapa daerah lain seperti Kota Marudu mencatatkan kadar 4.0 peratus, Tuaran (2.6 peratus), Ranau (2.4 peratus), dan Lahad Datu juga pada kadar 2.4 peratus. Kadar ini menunjukkan konsentrasi kemiskinan tegar yang tinggi di beberapa kawasan tertentu di Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman.
Justeru itu, pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan untuk membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar khususnya semasa perayaan utama di negeri ini.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 yang juga merupakan inisiatif bantuan untuk golongan miskin di Sabah.
Baca juga: Bantuan Tunai Rahmah (STR Fasa 1) Kategori Bujang & Keluarga
Pengenalan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 Program Sentuhan Kasih Rakyat ialah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini.
Program ini akan diselaras pada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dilaksanakan secara berperingkat. Pada peringkat awal, ia mensasarkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang penerima. Bantuan ini juga diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan sasar, khususnya semasa musim perayaan utama.
Selain membantu dari segi kewangan, program ini juga merupakan salah satu langkah kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat di Sabah lebih inklusif, dengan menumpukan perhatian kepada mereka yang paling memerlukan.
Siapa Yang Layak Terima Bantuan? Golongan yang layak menerima Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 adalah seperti yang berikut;
1. Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024
Warganegara Malaysia; dan Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’. 2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan
3. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK)*.
4. Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau
5. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau
6. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.
*Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Isi Rumah miskin bagi Negeri Sabah ialah isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM 2,742 dengan nilai per kapita RM 671 setiap individu. Manakala miskin tegar pula didefinisikan sebagai isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1,218.00 dengan nilai per kapita RM288 setiap individu.
Sumber: Youtube Sabah Governement Official Jumlah Bantuan SYUKUR Sabah Kadar bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 adalah sama bagi setiap penerima iaitu RM300 sebulan atau RM3600 setahun.
Amaun bantuan ini akan diagihkan dalam 4 fasa.
Jumlah bayaran bantuan Sentuhan Kasih Rakyat bagi setiap fasa adalah seperti berikut:
Fasa 1 (Januari – Mac) RM 900 Fasa 2 (April – Jun) RM900 Fasa 3 (Julai – September) RM900 Fasa 4 (Oktober – Disember) RM900 Tarikh Bayaran Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan akan dilaksanakan secara berfasa dan dalam bentuk pakej bermula 19 Februari 2025.
Tarikh bayaran Sentuhan Kasih Rakyat adalah seperti berikut:
Fasa 1 : Bermula 19 Februari 2025 Fasa 2 : Bermula April 2025 Fasa 3 : Bermula Ogos 2025 Fasa 4 : Bermula Oktober 2025 *Penerima tiada akaun bank yang menerima bayaran secara tunai akan menerima bayaran pengagihan sedikit lewat, sila rujuk jadual di bawah:
Baca juga: Kedai MyKasih Setiap Negeri 2025 (Senarai Lengkap)
Kaedah Pemberian Bantuan SYUKUR Sabah 2025 Bantuan akan disalurkan melalui kaedah seperti berikut:
Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau Bayaran akan diberikan secara tunai; atau Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Semakan Status / Kelayakan [PENGUMUMAN PENGEMASKINIAN SISTEM SEMAKAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (SYUKUR)]
Pautan untuk semakan bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Negeri Sabah Tahun 2025 telah dikemas kini!
Pautan lama: sukur.sabah.gov.my Pautan baru: syukur.sabah.gov.my Sila gunakan pautan baharu untuk membuat semakan terkini. Terima kasih!
Sila masukkan nombor MyKad untuk membuat semakan.
Anda akan menerima paparan seperti berikut sekiranya layak :
Semakan juga boleh dibuat melalui YONO Superapp, iaitu merupakan aplikasi kewangan yang dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah untuk memudahkan urusan kewangan.
Muat turun aplikasi YONO :
Iphone : https://apps.apple.com/…/yono-financial…/id6469605201 Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.yono.app Permohonan SYUKUR 2025 Permohonan melalui Pejabat Daerah/ UPPM telah ditutup pada 31 Januari 2025.
Bagi permohonan yang telah dibuat melalui Pejabat Daerah/UPPM, pemohon boleh mengemas kini maklumat di dalam Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) melalui pautan https://padans.sabah.gov.my/.
Bagi penerima dari senarai tercicir (bukan eKasih) dan disahkan lulus, pembayaran akan bermula pada Fasa 2 (Mei 2025).
Penerima akan menerima bayaran pada Fasa 2 sebanyak RM900 diikuti dengan bayaran RM900 bagi Fasa
3 dan RM900 bagi Fasa 4. Ini bermaksud tiada tunggakan agihan dibuat untuk Fasa 1.
Panduan Pengguna Sistem SYUKUR Berikut dikongsikan manual pengguna bagi sistem permohonan SYUKUR dalam bentuk gambar bagi memudahkan anda.
A. SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SYUKUR 2025 B. PERMOHONAN SYUKUR 2025
















FAQ Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR Sabah) Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Sentuhan kasih Rakyat 2025 ini, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) melalui laman web rasmi PADANS.
Maklumat Lanjut SYUKUR Sabah 2025 Jika terdapat sebarang soalan atau anda ingin mendapatkan info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini anda boleh rujuk pada :
Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: [ Talian Telefon: 088 338 338 atau Talian Whatsapp : 010 – 5828207 ]; Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/syukur-sabah-sentuhan-kasih-rakyat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=syukur-sabah-sentuhan-kasih-rakyat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 187 hits
Sumber AATV Berita Rakyat HAK PENGGUNA PERTAHAN RAKYAT TERUS SENGSARA MATI TANPA PEMBELAAN
Sabah Named Most Outstanding State N Sembilan Recognised As Most Progressive At Ibr Asean Awards 2025

Sabah Named Most Outstanding State N Sembilan Recognised As Most Progressive At Ibr Asean Awards 2025

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 132 hits
SABAH and Negeri Sembilan have emerged as top performers in governance and development earning national recognition for their strategic planning economic progress and public service delivery Their achievements will be formally recognised at...
Program Ibadah Korban 1446h 2025

Program Ibadah Korban 1446h 2025

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 155 hits
Assalamualaikum WBT SYUKUR Alhamdulillah tahun ini Allah swt berikan rezeki untuk join Program Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha di kolej tempat Sk bertugas Boleh baca old post di bawah Program korban kami tahun ini diadakan pada ha...
Dulu Seekor Kini Empat Ekor Kieda Crepe Syukur Dapat Infaq Lembu Kerbau Untuk Korban 2025

Dulu Seekor Kini Empat Ekor Kieda Crepe Syukur Dapat Infaq Lembu Kerbau Untuk Korban 2025

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 120 hits
Usahawan dan pempengaruh terkenal Kieda Crepe meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menyumbang empat ekor haiwan ternakan bagi ibadah korban sempena sambutan Aidiladha tahun ini Beliau berkata tahun lalu dia hanya mampu melaksanakan korb...
Tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 2025

Tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 2025

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 194 hits
RASMIMinaz mempersembahkan dengan anjuran bersama Inteam Records dan Aplikasi Khair Jualan tiket SESI KEDUA Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun 14hb Jun 2025 hari Sabtu ini jam 12 Tengahari Layari laman rasmi Kasihkekasih com untuk pembel...
Logo Tema Hari Kebangsaan 2025 Hari Malaysia

Logo Tema Hari Kebangsaan 2025 Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 145 hits
Tema Logo Hari Kebangsaan Merdeka Hari Malaysia 2025 Malaysia MADANI Rakyat Disantuni dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 Berikut dikongsikan tema dan logo Hari Kebangsaan Hari Malaysia 2025 Malaysia MADANI ...
Kisah Raya Aidiladha 2025

Kisah Raya Aidiladha 2025

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 142 hits
Tahun ni pagi Hari Raya Aidiladha kita sambut di Stesen Keretapi Segamat Sebabnya menghantar keluarga kakak naik ETS ke Rawang Mula cuti sekolah haritu mereka sekeluarga naik ETS dari Rawang balik kampung Mereka dari rumah Sabak Bernam ke R...
Cukai Sst Semakan Semula Kadar Cukai Jualan Dan Skop Cukai Mulai 1 Julai 2025

Cukai Sst Semakan Semula Kadar Cukai Jualan Dan Skop Cukai Mulai 1 Julai 2025

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 171 hits
Cukai SST akan melalui semakan semula kadar cukai jualan serta peluasan skop cukai perkhidmatan bermula 1 Julai 2025 sebagai langkah strategik Kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekonomi negara Penambahbaikan ini dilaksanakan secara bersasar ...
Semakan Permohonan Kolej Mara Kolej Profesional Mara 2025 2026

Semakan Permohonan Kolej Mara Kolej Profesional Mara 2025 2026

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 218 hits
Semakan Permohonan Kemasukan Ke Kolej MARA Kolej Profesional MARA 2025 2026 Ambilan Julai Anda lepasan SPM dan sedang mencari peluang menyambung pengajian dalam suasana pembelajaran yang berkualiti holistik serta berfokus kepada pembangunan...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Hanya Gambar Berbicara

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selesai Interview

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

Pereka Fesyen Terkenal Datuk Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Penyertaan Dua Tokoh Politik Bukan Melayu Jadi Suntikan Moral Perkukuh Bersatu Pahang Menjelang Pru 16

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Windmill Fun Park Harga Tiket Masuk Promo Bulan Julai 2025