Semakan Permohonan Kolej Mara Kolej Profesional Mara 2025 2026


Semakan Permohonan Kemasukan Ke Kolej MARA (KM) &Kolej Profesional MARA (KPM)2025/2026 – Ambilan Julai
Anda lepasan SPM dan sedang mencari peluang menyambung pengajian dalam suasana pembelajaran yang berkualiti, holistik serta berfokus kepada pembangunan sahsiah diri?
Jangan lepaskan peluang untuk memohon ke Kolej MARA (KM) atau Kolej Profesional MARA (KPM) — institusi pendidikan unggul yang menawarkan pelbagai program menarik untuk masa depan anda.
Semakan permohonan bagi sesi 2025/2026 (Ambilan Julai) boleh dilakukan mulai 18 hingga 24 Jun 2025.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang mengenai permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA, Kolej MARA dan program pengajian yang ditawarkan sesi 2025/2026 (ambilan Julai).
Permohonan ke Kolej MARA & Kolej Profesional MARA Permohonan adalah dipelawa kepada calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2024 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) di Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2 2025/2026 yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
KPM menyediakan peluang lanjutan pengajian dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Komunikasi Bahasa Inggeris, Industri Halal, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan serta Pemasaran.
Program ini terdiri daripada tiga belas (13) program diploma dan satu program persediaan seperti berikut:
Diploma in Accounting (DIA)Diploma in Accounting
+ SAP s/4HANA Financial Accounting Associates Certification (DIA + SAP)Diploma in Business Information Technology (DBIT)Diploma in Business Studies (DBS)Diploma in Computer Science (DCS)Diploma in Computer Science+ SAS@Certified Specialist: Visual Business Analytics Certification (DCS + SAS)Diploma in Marketing
+ Certified Professional Marketer (Asia) Certification (DMK + CPM)Diploma in English Communication
+ Sijil Penterjemahan Bahasa ITBM (DEC + ITBM)Diploma in Halal Industry
+ Halal Executive Certification (DHI + HE)Diploma in Integrated Logistics Management
+ Chartered Institute Of Logistics And Transport (DLM + CILT)Diploma in International Business (DIB)Diploma in Islamic Finance
+ Associate Qualification In Islamic Finance (DIF + AQIF)Diploma In Creative Digital Media Production
+ Digital Media Profesional Certificate (DCD+DMP)Intensive English Programme (IEP) Garis Panduan Permohonan Permohonan ke Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA dibuka secara dalam talian (online) di laman sesawang MARA http://www.mara.gov.my serta laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) https://hi-edu.my/
Permohonan ini dibuka bermula 25 April 2025 sehingga 25 Mei 2025.
Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan calon sahaja
Calon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan.
KOLEJ MARA : https://hi-edu.my/permohonan-km/ KOLEJ PROFESIONAL MARA : https://hi-edu.my/programkpm/ Syarat Kelayakan KPM Calon dinasihatkan untuk membaca syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan di pautan berikut: https://hi-edu.my/programkpm/
Tarikh-Tarikh Penting Buat calon yang memohon kemasukan ke 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐌𝐀𝐑𝐀 (𝐊𝐌) dan 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐀𝐑𝐀 (𝐊𝐏𝐌), berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian:
 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧
 18 Jun 2025
 Pengesahan Setuju Terima: 18 – 24 Jun 2025
 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐮𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐈
 27 Jun 2025
 Pengesahan Setuju Terima: 27 Jun – 1 Julai 2025
 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐮𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐈𝐈
 4 Julai 2025
 Pengesahan Setuju Terima: 4 – 8 Julai 2025
 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫 𝐃𝐢𝐫𝐢
 14 Julai 2025 – Kolej MARA
 31 Julai 2025 – Kolej Profesional MARA
Semakan Keputusan Permohonan dan Rayuan Keputusan permohonan akan diumumkan melalui laman web rasmi Hi-Edu MARA di https://hi-edu.my/ bermula pada 18 – 24 Jun 2025.
Sebarang permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej adalah TIDAK DIBENARKAN. 
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Permohonan Unit Pusat Institusi MARA (SPUPIM) di laman web rasmi Hi-Edu MARA https://hi-edu.my/ bermula 18 Jun 2025.
Semakan Keputusan Rayuan Fasa 1 program Diploma Kolej Profesional MARA dan Asasi Kolej MARA boleh disemak bermula 27 Jun 2025, manakala bagi Fasa 2 pula pada 4 Julai 2025. Anda boleh semak melalui pautan laman web rasmi Hi-Edu MARA https://hi-edu.my/ selepas jam 03.00 petang.
Fasa SemakanTarikh SemakanTarikh Lapor Diri di KolejKolej Profesional MARAKolej MARASemakan Permohonan18 – 24 Jun 2025 31 Julai 2025 14 Julai 2025Semakan Rayuan Fasa 127 Jun – 01 Julai 2025Semakan Rayuan Fasa 2*04 – 08 Julai 2025 * Tertakluk kepada perubahan dan kekosongan penempatan
Kriteria Pemilihan Memenuhi Syarat Am kemasukan adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia Berstatus Bumiputera bagi pemohon DAN ibu ATAU bapa; dan Berumur 18 tahun pada tahun 2025 bagi permohonan ke Kolej MARA (calon SPM tahun semasa sahaja) Berumur 18 tahun sehingga 35 tahun bagi permohonan ke Kolej Profesional MARA MARA juga mempertimbangkan calon-calon yang memenuhi kriteria berikut:
Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA; Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama. Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah; Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah; dan MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad. Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
Senarai Program Diploma Yang Ditawarkan Di Kolej Profesional MARA (KPM) Program ini terdiri  lima  belas (15) program diploma dan satu program persediaan seperti berikut:
Diploma in Accounting (DIA)Diploma in Accounting
+ SAP s/4HANA Financial Accounting Associates Certification (DIA + SAP)Diploma in Business Information Technology (DBIT)Diploma in Business Studies (DBS)Diploma in Computer Science (DCS)Diploma in Computer Science+ SAS@Certified Specialist: Visual Business Analytics Certification (DCS + SAS)Diploma in Marketing
+ Certified Professional Marketer (Asia) Certification (DMK + CPM)Diploma in English Communication
+ Sijil Penterjemahan Bahasa ITBM (DEC + ITBM)Diploma in Halal Industry
+ Halal Executive Certification (DHI + HE)Diploma in Integrated Logistics Management
+ Chartered Institute Of Logistics And Transport (DLM + CILT)Diploma in International Business (DIB)Diploma in Islamic Finance
+ Associate Qualification In Islamic Finance (DIF + AQIF)Diploma In Creative Digital Media Production
+ Digital Media Profesional Certificate (DCD+DMP)Intensive English Programme (IEP) Rujuk senarai kursus dan penerangan lanjut melalui infografik di bawah:
Program Asasi Kolej MARA Permohonan ke Program Asasi Kolej MARA dipelawa kepada calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2024 bagi kali pertama, untuk melanjutkan pengajian ke program Asasi Kolej MARA Sesi 2025/2026.
Dan, seterusnya ke pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) atau Institusi Pendidikan MARA (IPMA).
Program Asasi Kolej MARA yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera iaitu Asasi Kejuruteraan dan Teknologi, Asasi Perniagaan dan Asasi Sains seperti berikut:
PROGRAM ASASI KOLEJ MARAUNIVERSITIPROGRAM IJAZAH YANG DITAWARKANAsasi PerniagaanUniversiti Kuala Lumpur (UNIKL)
Multimedia University (MMU)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
UCSI University
Taylor’s University
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
*Diperkenalkan 2024 : Universiti Teknologi Petronas (UTP)!!PENTING!!
Sila klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut berkaitan program ijazah yang ditawarkan :
https://hi- edu.my/permohonan- km/Kejuruteraan dan TeknologiUniversiti Teknologi Malaysia Al-Sultan Abdullah (UTM)
Universiti Malaysia Pahang (UMPSA)Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Multimedia University (MMU)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
UCSI University
Taylor’s University
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)Asasi SainsUniversiti Kuala Lumpur (UNIKL)
Management & Science University (MSU)
Malaysian Allied Health Sciences University (MAHSA)
UCSI University
Taylor’s University
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) Syarat AM Kemasukan Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera; Berumur 18 sehingga 35 tahun; Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Syarat Kemasukan SPM Memperoleh sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek:
Bahasa Melayu Matematik Satu (1) subjek lain Lulus Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya Gred D *Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Kepujian (Gred C dan ke atas) dalam subjek Bahasa Inggeris.
*Calon yang mendapat Gred D dalam subjek Bahasa Inggeris perlu lulus Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) dengan minimum Gred C.
Kenapa Perlu Belajar Di Sini? Yuran pengajian ditaja Ada Elaun Sara Hidup RM300 (tak perlu bayar balik) Kemudahan penginapan asrama disediakan Jaminan pekerjaan keboleh pasaran melebihi 80% Peluang melanjutkan pengajian di “dalam & luar negara* dengan tajaan MARA Peluang menjadi Usahawan Kemudahan pembelajaran yang kondusif Dwi – Pensijilan di mana Kerjasama strategik Bersama badan professional. Pemberian Elaun Sara Hidup Tiket penerbangan pergi & balik bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan Pengiktirafan Kualiti Program MQA Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian Pembelajaran Berasaskan Pengeluaran Produk (Production Based Education – PBE) / Teaching Factory KEISTIMEWAAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)
KPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA.
Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, Koperasi dan Muafakat, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di Kolej Profesional MARA.
Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sijil akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bagi program baharu, pihak Kolej Profesional MARA sedang dalam proses untuk mendapatkannya.
Tarikh – tarikh Penting Tarikh-tarikh penting untuk permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA & Kolej MARA 2025/2026 ambilan Julai ini adalah seperti ketetapan berikut:
Permohonan Dibuka : 25 APRIL 2025 Permohonan Ditutup : 25 MEI 2025 Semakan Permohonan : 18 JUN 2025 Semakan Rayuan Fasa 1 : 27 JUN 2025 Semakan Rayuan Fasa 2 : akan dimaklumkan kelak Tarikh Lapor Diri di Kolej Profesional MARA : akan dimaklumkan kelak Tarikh Lapor Diri di Kolej MARA : akan dimaklumkan kelak Keputusan permohonan akan diumumkan melalui laman sesawang UPIM bermula pada 18 JUN 2025.
Pautan semakan: https://hi-edu.my/
Tarikh Permohonan Rayuan :
Bagi calon yang tidak Berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem UPIM di laman sesawang bermula 18 JUN 2025.
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Permohonan Unit Pusat Institusi MARA (SPUPIM) di laman web rasmi Hi-Edu MARA di pautan berikut: https://hi-edu.my/
Soalan Lazim – FAQ Anda boleh rujuk soalan lazim mengenai permohonan kemasuk ke Kolej MARA dan KPM melalui pautan berikut:
Kolej Profesional MARA [KPM] : Soalan Lazim KPM Kolej MARA [KM] : Soalan Lazim KM ATAU, muat turun PDF di bawah:
SOALAN LAZIM KOLEJ PROFESIONAL MARA
SOALAN LAZIM KPMMUAT TURUN SOALAN LAZIM KOLEJ MARA
Soalan Lazim Asasi Kolej MARA 2024MUATURUN Maklumat Lanjut Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut
Email : [email protected] Whatsapp : 01158521184 Facebook : https://www.facebook.com/hiedumara Twitter : https://twitter.com/Hi_EduMARA TikTok : https://www.tiktok.com/@hiedumara Instagram : https://www.instagram.com/hiedumara/ Telegram : https://t.me/s/hiedumara *Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-26134074 / 75 / 76 /77 /83 /84 /85
Sila layari pautan untuk MEMOHON & MAKLUMAT LANJUT: https://hi-edu.my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kolej-mara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kolej-mara

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Keputusan Upuonline 2025 2026 Kemasukan Ke Ipta Mara

Semakan Keputusan Upuonline 2025 2026 Kemasukan Ke Ipta Mara

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 185 hits
KEPUTUSAN UPU PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA DAN MARA BPT BAGI LEPASAN SPM PEMAKLUMAN Keputusan UPUOnline Permohonan Kemasukan ke IPTA dan Mara BPT bagi lepasan SPM boleh disemak secara atas talian melalui portal rasmi UPU Sila rujuk butiran ...
Semakan Keputusan Permohonan Melalui Upuonline 2025

Semakan Keputusan Permohonan Melalui Upuonline 2025

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 149 hits
16 Jun 2025 Isnin Semakan keputusan permohonan melalui UPUONLINE boleh dibuat mulai 16 Jun 2025 jam 12 00 tengah hari melalui pautan di Aku Bila dah cuba ke pautan tersebut terus dok loading dari tadi Tak apalah malam nanti cuba lagi Harap ...
Sumbangan Tunai Rahmah 2025 Semakan Status Kelayakan Tarikh Bayaran Terkini

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 Semakan Status Kelayakan Tarikh Bayaran Terkini

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 161 hits
Sumbangan Tunai Rahmah adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk bantu golongan berpendapatan rendah menangani kos sara hidup Program ni diteruskan setiap tahun dengan beberapa penambahbaikan Siapa Yang Layak T...
Cukai Sst Semakan Semula Kadar Cukai Jualan Dan Skop Cukai Mulai 1 Julai 2025

Cukai Sst Semakan Semula Kadar Cukai Jualan Dan Skop Cukai Mulai 1 Julai 2025

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 175 hits
Cukai SST akan melalui semakan semula kadar cukai jualan serta peluasan skop cukai perkhidmatan bermula 1 Julai 2025 sebagai langkah strategik Kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekonomi negara Penambahbaikan ini dilaksanakan secara bersasar ...
Apa Itu Backlink Panduan Lengkap Fungsi Kelebihannya Untuk Blog Seo 2025

Apa Itu Backlink Panduan Lengkap Fungsi Kelebihannya Untuk Blog Seo 2025

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 169 hits
Apa Itu Backlink Panduan Lengkap Fungsi Kelebihannya untuk Blog SEO 2025Dalam dunia penulisan blog pemasaran kandungan dan pembangunan laman web Search Engine Optimization memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu artikel atau lama...
Rutin Bonda Bertukar Sejak Awal Tahun 2025

Rutin Bonda Bertukar Sejak Awal Tahun 2025

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 175 hits
Bonda akan menyambut hari lahirnya ke 89 pada bulan Julai ini Bonda masih nampak sihat masih berselera untuk makan tapi tenaga bonda dah tak macam dulu Kalau makan tu sama banyak yang tumpah bila menyuap tapi umi akan biarkan bonda makan se...
Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang Laksana Op Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Bermula Hari Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang Laksana Op Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 155 hits
KUANTAN Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2025 di seluruh negeri bermula hari ini sehingga 10 Jun depan Katanya operasi memberi fokus kepada sembilan kesalahan utama yang sering dilakukan penggu...
Nespresso S Coolest Coffee In Town Summer 2025 Collection

Nespresso S Coolest Coffee In Town Summer 2025 Collection

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 142 hits
Nespresso Drops the Coolest Coffee in Town for Summer 2025Serving 90s nostalgia icy brews and collab vibes to chill your summerIf your summer isn t fueled by flavour and full of colour is it even summer Nespresso is making sure it is with t...
Aktiviti Ayam Tanpa Hormon 100 Halal Ppim Perusahaan Al Hijrah Jalin Usaha Sama Ppim 04 05 2025

Aktiviti Ayam Tanpa Hormon 100 Halal Ppim Perusahaan Al Hijrah Jalin Usaha Sama Ppim 04 05 2025

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 187 hits
Kuala Lumpur 4 Jun 2025 Satu Memorandum Persefahaman telah dimeterai antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan syarikat penternakan ayam kampung Perusahaan Al Hijrah dalam usaha memperkukuh industri ayam halal dan sihat di Malaysia MoU t...
Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

What Is Dashi And How To Make It

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Guna Vaseline Untuk Kecantikan Ini Rahsia

Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Kenapa Dulu Tuala Wanita Di Panggil Modes

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan