Cukai Sst Semakan Semula Kadar Cukai Jualan Dan Skop Cukai Mulai 1 Julai 2025


Cukai SST akan melalui semakan semula kadar cukai jualan serta peluasan skop cukai perkhidmatan bermula 1 Julai 2025 sebagai langkah strategik Kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekonomi negara.
Penambahbaikan ini dilaksanakan secara bersasar bagi memastikan hanya barangan pilihan dan perkhidmatan bukan asas dikenakan cukai, manakala barangan keperluan asas kekal dikecualikan.
Pelaksanaan ini dijangka memberi manfaat jangka panjang melalui hasil cukai yang digunakan untuk meningkatkan bantuan rakyat dan penyampaian perkhidmatan awam.
Ketahui info penuh tentang semakan cukai SST dalam artikel ini.
Baca juga: Maksud GST, Kelebihan dan Perbandingan Dengan SST
Siaran Media Kementerian Kewangan Semakan Semula Kadar Cukai Jualan dan Peluasan Skop Cukai Perkhidmatan Secara Bersasar Berkuat Kuasa 1 Julai 2025
Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024, Kerajaan MADANI akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan (CJ) dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (CP) bermula 1 Julai 2025. Langkah ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara melalui peningkatan hasil dan peluasan asas percukaian, bagi menambah baik mutu jaringan keselamatan sosial tanpa membebankan rakyat terbanyak.
Semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ini telah melibatkan proses libat urus bersama pihak berkepentingan, terutamanya persatuan industri dan ejen percukaian. Penyediaan perundangan turut mengambil kira maklum balas serta input industri untuk memastikan rakyat tidak terjejas dan kesan terhadap pihak industri dapat diminimumkan.
Kerajaan komited untuk meneruskan pembaharuan di bawah kerangka Ekonomi MADANI. Untuk memastikan rakyat terbanyak tidak terkesan daripada semakan semula SST, kerajaan mengambil pendekatan secara bersasar dengan memastikan barangan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan cukai. Selain itu, pelbagai kemudahan turut disediakan bagi mengurangkan kesan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II.
Tambah beliau, usaha ini melengkapkan usaha Kerajaan MADANI dalam merancakkan ekonomi dan memperkukuh jaringan keselamatan sosial. Hasil tambahan daripada langkah ini akan membolehkan penambahan bantuan perkhidmatan awam, termasuk peningkatan bantuan tunai kepada rakyat dan penambahbaikan prasarana serta penyampaian perkhidmatan awam. Tambahan hasil ini akan dimanfaatkan tanpa menambah beban kepada rakyat.
Secara amnya, semakan kadar CJ dan peluasan skop CP merangkumi perkara berikut:
i. Kadar CJ kekal dan tidak dinaikkan bagi barangan keperluan asas rakyat.
ii. Kadar CJ sebanyak 5% atau 10% dikenakan hanya ke atas barangan pilihan dan bukan keperluan asas.
iii. Skop kenaan CP diperluas kepada perkhidmatan baharu seperti sewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan, dan kecantikan. Peluasan ini disertakan dengan pengecualian terpilih bagi mengelakkan cukai berganda serta memastikan perkhidmatan keperluan tertentu untuk warganegara Malaysia tidak dikenakan cukai.
Kerajaan MADANI turut mengambil kira keperluan pematuhan perundangan bagi syarikat yang tertakluk kepada SST. Oleh itu, syarikat yang mengambil tindakan untuk mematuhi perundangan SST tidak akan dikenakan tindakan pendakwaan atau penalti sehingga 31 Disember 2025.
Sila rujuk lampiran untuk maklumat terperinci. Hebahan umum, perundangan subsidiari, ketetapan umum, garis panduan dan soalan lazim (FAQ) akan dibuat melalui siaran media rasmi Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
9 Jun 2025




Apa itu Cukai SST? Cukai SST merujuk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax) yang diperkenalkan semula di Malaysia pada 1 September 2018 bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Sistem percukaian ini terbahagi kepada dua komponen utama iaitu Cukai Jualan (CJ / Sales Tax) dan Cukai Perkhidmatan (CP / Service Tax).
1. Cukai Jualan (CJ / Sales Tax)
Cukai ini dikenakan ke atas barang bercukai yang dihasilkan dalam negara oleh pengilang berdaftar atau barang yang diimport ke Malaysia. Kadar cukai biasanya adalah 5% atau 10%, bergantung pada jenis barangan.
Contoh barangan dikenakan Cukai Jualan:
Elektronik (contoh: peti sejuk, televisyen) Pakaian Minuman berkarbonat Namun, barangan keperluan asas seperti makanan asas, ubat-ubatan dan buku biasanya dikecualikan daripada cukai ini.
2. Cukai Perkhidmatan (CP / Service Tax)
Cukai ini dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan berdaftar di dalam Malaysia. Kadar cukai standard adalah 6%.
Contoh perkhidmatan dikenakan Cukai Perkhidmatan:
Perkhidmatan profesional (contoh: perakaunan, guaman) Hotel dan penginapan Restoran dan makanan Telekomunikasi Objektif Cukai SST 1. Meluaskan Ruang Fiskal
Kedudukan ruang fiskal negara yang lebih kukuh akan membolehkan kerajaan melaksanakan lebih banyak inisiatif dan bantuan kepada rakyat, sekaligus membantu mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup.
Contoh bantuan: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA.
2. Barangan Asas Dikecualikan
Kerajaan memberi jaminan bahawa golongan rentan tidak akan terjejas kerana tiada kenaikan kadar cukai jualan bagi barangan keperluan asas.
3. Manfaat SST Untuk Kesejahteraan Rakyat
Hasil daripada cukai akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan awam kepada rakyat, termasuk bantuan semasa bencana, meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.
4. Percukaian Bersasar
Pelaksanaan sistem percukaian SST adalah lebih mudah difahami dan bersifat bersasar.
Sebagai contoh, cukai perkhidmatan dikenakan ke atas pendidikan tinggi dan penjagaan kesihatan swasta hanya kepada bukan warganegara Malaysia.
5. Ke Arah Menjadikan SST Sebagai Cukai Yang Progresif
Semakan semula kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan dilakukan secara bersasar. Cukai hanya dikenakan ke atas perkhidmatan bukan keperluan dan barangan pilihan, bukan ke atas keperluan asas rakyat.
Baca juga: Road Tax Calculator 2025: Cara Kira Cukai Jalan Kenderaan
Tarikh Berkuat kuasa Semakan cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan boleh dilakukan bermula 1 Julai 2025 (Selasa).
Peluasan Skop Cukai Perkhidmatan Peluasan skop cukai perkhidmatan akan merangkumi beberapa aspek iaitu:-
Perkhidmatan Sewaan atau Pajakan Perkhidmatan Kerja Pembinaan Perkhidmatan Kewangan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Perkhidmatan Pendidikan Perkhidmatan Kecantikkan
Kadar Cukai Jualan 1. Barangan Berkadar 0%
Cukai jualan pada kadar 0% dikenakan ke atas barangan keperluan asas untuk memastikan tidak membebankan rakyat.
Contoh barangan kekal pada kadar 0%:
Barang belum diproses: ayam, lembu, kambing, tilapia, udang, sotong, sayur dan buah-buahan tempatan, beras, barli, gandum. Barang telah diproses: tepung, sardin dalam tin, gula, garam, roti putih, pasta, bihun, mi segera, susu (Milo, Vico, Nestum), minyak masak. Lain-lain: ubat dan peranti perubatan, buku/surat khabar, makanan ternakan, bahan binaan asas (semen, batu, pasir), baja dan racun, jentera pertanian & penternakan. 2. Barangan Berkadar 5%
Kadar 5% dikenakan ke atas barangan pilihan atau mewah yang terpilih.
Contoh barangan kekal pada kadar 5%:
Abalone dan lobster Quinoa Keju Jem buah-buahan Telefon pintar Contoh barangan yang dinaikkan ke kadar 5%:
Jentera industri King crab Salmon & kod Cendawan truffle Strawberry import Essential oil Sutera 3. Barangan Berkadar 10%
Kadar tertinggi 10% dikenakan ke atas barangan mewah dan tidak asas.
Contoh barangan kekal pada kadar 10%:
Kaviar Sirip ikan yu Minuman beralkohol Rokok dan cerut Barangan kulit Contoh barangan dinaikkan ke kadar 10%:
Lukisan tangan antik Sisa skrap tungsten Basikal lumba Maklumat Lanjut Untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan pelaksanaan SST tahun ini, anda boleh rujuk dari semasa ke semasa laman rasmi Kementerian Kewangan:
Website: https://mof.gov.my/portal/ms/ FB: https://www.facebook.com/KemKewangan IG: https://www.instagram.com/mof_malaysia/ X: https://x.com/mofmalaysia Baca juga: Nombor Pengenalan Cukai (TIN) : Semakan dan Pendaftaran


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cukai-sst/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cukai-sst

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Barang Asas Yang Tak Dikenakan Cukai Jualan Terkini

Senarai Barang Asas Yang Tak Dikenakan Cukai Jualan Terkini

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 94 hits
Bermula 1 Julai 2025 Kerajaan MADANI akan melaksanakan semakan semula terhadap sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan meliputi pelarasan kadar cukai jualan serta peluasan skop cukai perkhidmatan Langkah ini merupakan sebahagian daripada strat...
Kebakaran Putra Heights Spnb Bina Semula Baiki 17 Rumah Mulai Minggu Depan

Kebakaran Putra Heights Spnb Bina Semula Baiki 17 Rumah Mulai Minggu Depan

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 109 hits
Projek guna peruntukan kerajaan sehingga RM300 000 untuk bina semula rumah RM150 000 untuk baik pulih Kebakaran saluran gas di Putra Heights 1 April lepas mengakibatkan antaranya 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi...
Semakan Keputusan Upuonline 2025 2026 Kemasukan Ke Ipta Mara

Semakan Keputusan Upuonline 2025 2026 Kemasukan Ke Ipta Mara

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 136 hits
KEPUTUSAN UPU PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA DAN MARA BPT BAGI LEPASAN SPM PEMAKLUMAN Keputusan UPUOnline Permohonan Kemasukan ke IPTA dan Mara BPT bagi lepasan SPM boleh disemak secara atas talian melalui portal rasmi UPU Sila rujuk butiran ...
Semakan Permohonan Kolej Mara Kolej Profesional Mara 2025 2026

Semakan Permohonan Kolej Mara Kolej Profesional Mara 2025 2026

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 124 hits
Semakan Permohonan Kemasukan Ke Kolej MARA Kolej Profesional MARA 2025 2026 Ambilan Julai Anda lepasan SPM dan sedang mencari peluang menyambung pengajian dalam suasana pembelajaran yang berkualiti holistik serta berfokus kepada pembangunan...
Sumbangan Tunai Rahmah 2025 Semakan Status Kelayakan Tarikh Bayaran Terkini

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 Semakan Status Kelayakan Tarikh Bayaran Terkini

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 118 hits
Sumbangan Tunai Rahmah adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk bantu golongan berpendapatan rendah menangani kos sara hidup Program ni diteruskan setiap tahun dengan beberapa penambahbaikan Siapa Yang Layak T...
Pinda Peraturan Co2 Ngo Eu Bimbang Jualan Kenderaan Ice Meningkat Semula

Pinda Peraturan Co2 Ngo Eu Bimbang Jualan Kenderaan Ice Meningkat Semula

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 96 hits
Badan badan NGO yang memperjuangkan alam sekitar Kesatuan Eropah mengkritik tindakan Majlis Kesatuan Eropah selepas meluluskan pindaan terhadap peraturan pelepasan karbon dioksida untuk kereta baharu Tujuan pindaan itu adalah untuk memberik...
Persepsi Luaskan Skop Cukai

Persepsi Luaskan Skop Cukai

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 63 hits
Ramai yang kecoh kononnya kerajaan zalim kerana meluaskan skop cukai SST Tapi tahukah anda antara barang yang dikenakan cukai ini ialah King Crab RM320 kg Truffle RM1 500 kg Salmon Norway RM89 kg Kain Sutera Asli RM600 meterMari kita jujur ...
Cukai Jualan Dikekalkan

Cukai Jualan Dikekalkan

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 67 hits
Kerajaan komited untuk terus melindungi kesejahteraan rakyat dengan mengekalkan kadar Cukai Jualan sifar ke atas barangan keperluan asas termasuk hasil pertanian tempatan Pendekatan ini adalah langkah berimbang bagi memastikan rakyat kebany...
Hasil Pertanian Tempatan Tak Kena Cukai Jualan

Hasil Pertanian Tempatan Tak Kena Cukai Jualan

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 85 hits
Hasil pertanian yang ditanam di Malaysia tidak dikilangkan oleh itu tidak tertakluk kepada cukai jualan MoF mengesahkan buah buahan yang ditanam di dalam negara dikecualikan daripada cukai jualan KUALA LUMPUR Kementerian Kewangan menjelaska...
Choosing The Right Oem Company In Malaysia For Your Brand S Growth

Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Mof Justifies Sst On Imported Fruits Cites Sufficient Local Alternatives

Israel Launches Massive Strike On Iran Early Friday 13 6 2025

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Drama Hilang Kasyorga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Focus On Demand Responsive Bus Rather Than Rm17bn Lrt

Livetvonline Solusi Modern Untuk Menikmati Pertandingan Sepak Bola Kapan Saja

Martabak Manis Tetangga Kita Kini Di The Campus Ampang

Adam Hilman Feat Abbysee One Day Aku Chill Chord

Shandai Gisang Mabuk Pengerindu Chord

Go Fast Turn Left F Brakes A Honda Dominator Flat Tracker From Italy