Logo Tema Hari Kebangsaan 2025 Hari Malaysia


Tema & Logo Hari Kebangsaan / Merdeka & Hari Malaysia 2025
‘Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.
Berikut dikongsikan tema dan logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025.
‘Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni’ Dipilih Sebagai Tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’ diangkat sebagai tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama serta logo dikekalkan hingga tahun 2027 telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk HKHM 2025, YB Datuk Fahmi Fadzil pada 11 Jun 2025.
Sambutan bulan kebangsaan dimulakan dengan penganjuran acara berikut:
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 pada 27 Julai 2025 di Johor Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2025 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya Sambutan Hari Malaysia 2025 akan diraikan di Pulau Pinang pada 16 September 2025 Mengenai logo HKHM 2025, Jemaah Menteri telah bersetuju mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya.
Logo ini juga mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.
Bagi menyemarakkan lagi sambutan HKHM 2025, marilah kita sama-sama mengambil tahu dan melaksanakan inisiatif bagi menaikkan Jalur Gemilang di kawasan perumahan, sekolah dan pejabat-pejabat. Jom bersama kibarkan Jalur Gemilang!
PENJELASAN TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025
Cerminan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial dan keadilan. Konsep “Malaysia MADANI” melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran dan perpaduan masyarakat. Penekanan pada tema “Rakyat Disantuni” pula menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama. Logo Hari Kebangsaan 2025 Logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2025.
Pemilihan logo Malaysia MADANI yang dikekalkan daripada 2023 ini berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’ serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.
MUAT TURUN : Logo Hari Kebangsaan 2025 & Buku Tema Muat Turun (format png) Muat Turun (format ai) Muat Turun (format eps) Muat Turun – Buku Tema & Logo MUAT TURUN PNG :
Logo-Hari_KebangsaanDownload Rasional Logo Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.
Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.
RASIONAL LOGO MALAYSIA MADANI
Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni Lirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV Video Muzik Rasmi (MV) Malaysia MADANI – Bunkface
Sumber: Youtube Anwar Ibrahim Malaysia MADANI (Official Lyric Video)
Lirik Lagu
Komposer : Sam
Lirik : Sam & Pidaus
Penerbit : Bunkface
Lirik :
Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan
C/O
Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani
Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani
Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan
C/O
Malaysia! Madani!
Bersatu
Untuk
Negara
Kita
Lagu Rasmi Malaysia MADANI (Pejabat Perdana Menteri) : https://www.pmo.gov.my/ms/aiovg_videos/lagu-rasmi-malaysia-madani-2/
Baca juga:
Malaysia Madani : Logo, 6 Rukun, Maksud & Konsep Pelaksanaan Kalendar 2025: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia Untuk mendapatkan maklumat rasmi dan terkini berkenaan Tema dan Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025, sila layari http://merdeka360.my/ atau rujuk Kit Media HKHM 2025 di sini:
https://shorturl.at/S2MhL
Maklumat Lanjut Bahagian Media dan Komunikasi Korporat
Jabatan Penerangan Malaysia
Aras 10, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.
Laman web rasmi: www.merdeka360.my.
Baca juga:
Himpunan Lirik Lagu Patriotik Sempena Hari Merdeka / Hari Kebangsaan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tema-logo-hari-kebangsaan-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tema-logo-hari-kebangsaan-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guardian Malaysia Raih Tiga Anugerah Di Retail Asia Awards 2025

Guardian Malaysia Raih Tiga Anugerah Di Retail Asia Awards 2025

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 217 hits
Assalammualaikum semua Berita gembira buat semua pelanggan guardian Malaysia Setelah banyak kempen dilaksanakan untuk memberi kita peluang dan mampu menjalani gaya hidup sihat Pelbagai promosi dan ilmu dikongsikan guardian Malaysia telah me...
Cabaran Pastri Anchor 2025 Memilih Bakat Baru Pastri Malaysia

Cabaran Pastri Anchor 2025 Memilih Bakat Baru Pastri Malaysia

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 203 hits
Hi Korang Cabaran Pastri Anchor 2025 anjuran Anchor Food Professionals Malaysia Brunei meraikan cef pastri muda yang paling berbakat di Malaysia dengan menawarkan platform untuk mempamerkan kreativiti dan penguasaan teknikal mereka Pertandi...
Kisah Hari Raya Aidilfitri 2025

Kisah Hari Raya Aidilfitri 2025

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 183 hits
Assalamualaikum Hai korang semua apa khabar diharap semua berada dalam keadaan sihat sebenarnya agak berat juga nak menulis kisah raya aildilfitri baru ni hari raya buat kami sekeluarga pada tahun ni hari raya yang akan diingati selalu Seba...
Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 258 hits
Oleh Dr Roslizawati Ab Lah Universit Malaysia Terengganu UMT Bayangkan satu pinggan kerang rebus yang berasap disaji dengan air asam dan hirisan limau nipis Ia bukan sahaja menggoda selera malah mewakili warisan makanan laut Malaysia yang k...
Malaysia Naik 11 Anak Tangga Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 Hasil Reformasi Kerajaan Madani

Malaysia Naik 11 Anak Tangga Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 Hasil Reformasi Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 161 hits
Malaysia mencatat lonjakan mengagumkan dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 apabila naik 11 anak tangga ke kedudukan ke 23 sekali gus menjadi pencapaian terbaik negara sejak lima tahun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 340 hits
Selamat datang kepada semua pencinta filem tempatan Tahun 2025 menjanjikan pelbagai filem Melayu menarik yang bakal menghiburkan anda di pawagam seluruh Malaysia Dari genre aksi komedi romantik seram hingga drama keluarga industri perfilema...
Selamat Hari Raya Aidiladha 2025

Selamat Hari Raya Aidiladha 2025

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 205 hits
Selamat Hari Raya AidiladhaTahun ini mungkin tiada baju baru tiada lemang panas tiada pelukan keluarga Tapi aku tetap bersyukur Sebab pengorbanan bukan pada zahir semata tapi pada hati yang ikhlas Buat yang sedang bekerja yang jauh dari ora...
Makluman Bekalan Ternakan Korban Dijangka Mencukupi Menjelang Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 2025

Makluman Bekalan Ternakan Korban Dijangka Mencukupi Menjelang Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 2025

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 171 hits
Menurut Kenyataan Siaran Media Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan KPKM menjangkakan bekalan ternakan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh Malaysia bagi tahun 2025 adalah mencukupi dan dapat memenuhi permintaan
Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 239 hits
Property Investment Tips Malaysia 2025 Panduan Pelaburan Hartanah Untuk Pulangan Maksimum Property investment Malaysia Adakah anda sedang mencari cara terbaik The post appeared first on
Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Two More Detained Over Flying Passport Scheme

The Ballad Of Kajang Prison Of Bossku S Solo Birthday Bash

Jom Jumpa Lagenda Edwin Van Der Sar Di Aeon Mall Active Beat 3 0

28 Firms Settle Rm6 2mil In Outstanding Traffic Summonses

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Gerak Solo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Khasiat Daun Asam Gelugur Menurunkan Kolestrol Dan Kawal Berat Badan

Real Nurses Real Life Real Style Welcome To Goodnurselife Com

Diy Bunga Penanggah

Irfan Haris Bocorkan Rahsia Fattah Amin Berjumpa Dengan Ayah Amira Othman Video

Ceritamu Istimewa

Pasaran Telah Memilih Strategi Menang Menang