Syed Iskandar Saman Agong Untuk Atoq Atau Azmin



Selepas SPB YDP Agong menolak nasihat Muhyiddin untuk mengumumkan Darurat Kesihatan di seluruh Malaysia, seorang peguam, Syed Iskandar Syed Jaafar, melalui firma guaman Tetuam Kengadharan & Co, telah memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, untuk mencabar keputusan SPB YDP Agong yang menolak nasihat Perdana Menteri

Walau pun Kerajaan Malaysia telah dinamakan sebagai defendan pertama dalam saman yang beliau kemukakan, namun beliau telah meminta mahkamah untuk menentukan sama ada SPB YDP Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat sebagaimana yang telah dinasihatkan oleh Perdana Menteri

Admin tidak akan mengupas dari sudut perlembagaan kerana itu bukan bidang admin, lagi pun pakar Perlembagaan Malaysia, Prof Dr Shamrahayu telah mengupasnya secara mendalam dan admin ada sertakan link tulisan beliau dalam siaran yang lepas

Tetapi apa yang mahu admin dedahkan, siapakah sebenarnya di belakang Syed Iskandar

Siapa Yang Berada Di Belakang Syed Iskandar?

Tindakan Syed Iskandar untuk memfailkan saman pemula untuk mencabar kuasa SPB YDP Agong bukanlah satu tindakan yang kecil atau remeh

Betul, ini bukan pertama kali tindakan yang hampir sama pernah berlaku di Malaysia, malah mahkamah mempunyai 2 'precedent' untuk dijadikan sebagai rujukan.
Syed Iskandar bukanlah mantan Peguam Negara atau mantan Ketua Hakim Negara, beliau hanyalah seorang peguam biasa atau pengamal undang-undang biasa sahaja.
Kalau hendak dibandingkan kerjaya guaman Syed Iskandar dengan kerjaya peguam tersohor seperti TS Shafie Abdullah, adalah ibarat langit dan bumi.
Mengapa peguam yang langsung tidak terkenal seperti Syed Iskandar begitu berani mencabar kuasa SPB YDP Agong.
Kalau alasannya adalah kerana keadilan, banyak lagi kes-kes berprofil tinggi yang telah sama ada digugurkan atau sudah dijatuhkan hukuman dengan cara yang sangat-sangat menimbulkan tandatanya telah berlaku di Malaysia, tetapi tidak pula Syed Iskandar mengambil apa-apa tindakan.
Mesti ada seseorang yang sangat berpengaruh di belakang Syed Iskandar, amat mustahil beliau berani melakukannya sendirian.

Gambaran awal beliau didalangi oleh seseorang yang berpengaruh ialah apabila Yang Di Pertua Dewan Negara, Rais Yatim, juga telah mengeluarkan kenyataan yang senada.
Malah Rais Yatim telah mengesyorkan supaya dipersembahkan kali kedua ke bawah DYMM SPB YDP Agong perisytiharan darurat kesihatan untuk diperkenankan oleh baginda.

Ada teori dari Chegu Bard yang mengatakan bahawa Syed Iskandar adalah seorang peguam yang pro Dr Mahathir.
Alasan yang dikemukakan ialah pada 30 November 2018, Syed Iskandar pernah mewakili seorang blogger Adam Mukhriz @ Abdul Muhaimin dalam kes Adam Mukhriz memuatnaik gambar palsu DS Najib.
Dan Adam Mukhriz pula adalah salah seorang pegawai Dr Mahathir.
Mahkamah ketika itu telah melepas dan membebaskan Adam Mukhriz.

Tetapi teori yang dikemukakan oleh Chegu Bard boleh dipersoalkan kerana Dr Mahathir sendiri sebenarnya tidak bersetuju sekiranya Darurat Kesihatan diisytiharkan, Dr Mahathir masih lagi cenderung dengan idea asal beliau untuk menubuhkan 'unity government'.
Namun ada juga pendapat yang mengatakan sebenarnya Syed Iskandar adalah peguam upahan dari PPBM sendiri yang ditaja oleh Azmin Ali.
Sumber dalaman memberitahu, ketika SPB YDP Agong mengumumkan menolak cadangan Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat kesihatan di seluruh negara, Muhyiddin dikatakan telah membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Namun Azmin Ali dan Hamzah Zainudin dikatakan telah sedaya upaya memujuk dan meyakinkan Muhyiddin supaya tidak meneruskan niat tersebut.
'2nd plan' yang dimaksudkan Azmin ialah mengisytiharkan darurat dengan alasan PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak hanya dapat dielakkan sekiranya SPB YDP Agong memperkenankan perisytiharan darurat yang akan dipersembahkan kali kedua oleh Azmin ke pada SPB YDP Agong.
Tindakan Syed Iskandar itu dilihat sebagai 'psywar' kepada SPB YDP Agong supaya tidak menolak perisytiharan darurat yang akan dipersembahkan kepada baginda sekali lagi.
Tanpa Penaja Mampukah Portal Media Berbelanja Besar Begini?

Untuk menjayakan 'psywar' terhadap SPB YDP Agong, Azmin telah menaja beberapa portal media seperti MalaysiaNow dan beberapa Blogger dan Facebooker yang bersedia menjalankan perang saraf dengan memainkan isu darurat kesihatan MESTI diisytiharkan segera sekiranya tidak mahu gelombang keempat Covid-19 melanda negara sebagaimana negara dilanda gelombang ketiga Covid-19 selepas PRN Sabah.

Dalam perutusan khas Muhyiddin yang terbaru, secara nyata Muhyiddin telah menyatakan bahawa hanya darurat yang akan dapat mengelakkan dari mengadakan PRK Batu Sapi dan PRN Sabah.
Mengapa Azmin dan PPBM masih lagi mahu darurat kesihatan diisytiharkan?
Muhyiddin dikatakan masih tidak yakin akan mendapat undian yang mencukupi untuk meluluskan Bajet 2021.

Malah dikatakan telah berlaku 'politik wang' atau apa yang ditakrifkan oleh Dr Mahathir sebagai 'cash is king'.
Jelas tindakan Muhyiddin, Azmin, Hamzah dan PPBM adalah satu tindakan biadap malah boleh diklasifikasikan sebagai tindakan menderhaka bukan sahaja kepada SPB YDP Agong, malah kepada semua Raja Raja Melayu.
Demi mengekalkan kuasa politik, mereka sanggup mengheret SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu ke mahkamah.
Demi untuk memastikan kuasa politik kekal bersama mereka, nasihat dan perintah yang dikeluarkan oleh SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu sanggup mereka langgar.
Dengan jelas SPB YDP Agong telah menitahkan agar semua kegiatan politiking dihentikan buat sementara waktu dan baginda mahu semua pihak bersama-sama menangani masalah penularan Covid-19 demi untuk keselamatan rakyat dan negara.
Tetapi mereka tetap mahu memperjudikan nyawa rakyat Malaysia dan menganggap wabak Covid-19 ini adalah anugerah Allah SWT kepada mereka untuk mengekalkan kuasa politik mereka.
Sangat malang bagi rakyat dan negara Malaysia kerana telah memilih pengkhianat dan penderhaka ini sebagai pemimpin.
Apakah kita masih mahu mengekalkan mereka dalam PRU 15 nanti?
Pandang dan renunglah wajah anak-anak kita kerana di situ ada jawapannya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/11/syed-iskandar-saman-agong-untuk-atoq.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Iskandar Syed Jaafar Fail Saman Isu Agong Tak Isytihar Darurat

Syed Iskandar Syed Jaafar Fail Saman Isu Agong Tak Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 273 hits
Seorang peguam memfailkan tindakan undang undang berhubung keputusan Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk tidak menerima cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat Plaintif Syed Iskandar ...
Persatuan Peguam Mohon Celah Isu Saman Agong Tak Isytihar Darurat

Persatuan Peguam Mohon Celah Isu Saman Agong Tak Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 199 hits
Persatuan Peguam Muslim Malaysia memfailkan permohonan untuk mencelah dalam saman berhubung keputusan Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk tidak menerima permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengisytihar...
Pelan B Azmin Ialah Supaya Mp Tidak Melanggar Perintah Dymm Agong

Pelan B Azmin Ialah Supaya Mp Tidak Melanggar Perintah Dymm Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 153 hits
Rencana B Azmin Terungkap 25 Oktober 2020 SARAWAK REPORTS Setelah berusaha dan gagal merampa negara ini dengan pengisytiharan haram mengenai keadaan darurat palsu tanpa persetujuan parlimen hanya ada satu langkah terhormat untuk PM8 Kerjaya...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 397 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Masa Ph Semua Tak Kena Sekarang Agong Pun Nak Kena Saman

Masa Ph Semua Tak Kena Sekarang Agong Pun Nak Kena Saman

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 359 hits
Semasa di Bawah Kerajaan DAP 22bulan lalu pun belum pernah Ada Mangkok Jamban yg berani kemuka saman terhadap tetapi bila K jaan yg di katakan demi Melayu dan Islam yg dipenuhi dengan OLAMAK OLAMAK Balak bergelumang di dalam kabinet hari in...
Isu Agong Tak Isytihar Darurat Peguam Fail Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

Isu Agong Tak Isytihar Darurat Peguam Fail Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 220 hits
1 037 total views 1 037 views today Seorang peguam hari ini memfailkan saman pemula berhubung keputusan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang tidak bertindak atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri M...
Peguam Saman Agong Hebat Sangat Ko Ni

Peguam Saman Agong Hebat Sangat Ko Ni

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 366 hits
Seorang peguam memfailkan tindakan undang undang berhubung keputusan Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk tidak menerima cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat Plaintif Syed Iskandar ...
Saman Yang Dipertuan Agong Siapakah Peguam Ini

Saman Yang Dipertuan Agong Siapakah Peguam Ini

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 267 hits
Banyak pihak yang menyesali tindakan seorang peguam memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi meminta mahkamah menentukan sama ada Yang di Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara tidak terbata...
Titah Agong Amanah Sokong Atau Tolak Belanjawan 2021 Diputuskan Selepas Mesyuarat Ph Esok

Titah Agong Amanah Sokong Atau Tolak Belanjawan 2021 Diputuskan Selepas Mesyuarat Ph Esok

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 337 hits
Sama ada Amanah akan menyokong atau menolak Belanjawan 2021 akan diputuskan selepas majlis presiden Pakatan Harapan bermesyuarat esok selepas Agong hari ini menasihatkan ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021 Kita akan bincang pelbagai per...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11