Strategi Kerajaan Pintu Belakang Untuk Terus Kekal Berkuasa
Strategi Kerajaan Pintu Belakang Untuk Terus Kekal Berkuasa | Sebagai sebahagian daripada langkah mencegah penularan Covid-19, hanya 80 daripada 222 ahli Parlimen dibenarkan menyertai sidang Dewan Rakyat dalam satu masa
Ketetapan itu bermula esok, ketika pembentangan Belanjawan 2021.
Pecahan 80 ahli Parlimen itu merangkumi 41 orang dari kerajaan dan 39 orang dari pembangkang dan bebas, menurut Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dalam kenyataan hari ini.
Pemilihan ahli Parlimen yang menyertai sidang akan ditentukan parti masing-masing dan mereka yang hadir akan diberikan kad khas untuk merekodkan kehadiran.
Kenyataan itu dibaca Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon ketika permulaan sidang hari ini.
Strategi Kerajaan Pintu Belakang Untuk Terus Kekal Berkuasa?Langkah itu diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan urusan Dewan Rakyat berikutan penularan wabak Covid-19, yang diadakan semalam. Mesyuarat disertai Azhar dan sepuluh ketua whip parti.
Selain itu, mesyuarat turut memutuskan beberapa langkah lain antaranya sidang disingkatkan iaitu bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada dua petang.
"Perubahan waktu persidangan ini bermula 9 November hingga 15 November, merupakan tambahan sejam berbanding persidangan minggu ini yang diadakan 10 pagi hingga satu tengah hari.
"Sesi pertanyaan bagi jawab lisan ditetapkan dari Isnin dan Rabu bermula 10 pagi hingga 11 pagi. Manakala, pada Selasa dan Khamis diperuntukkan 55 minit bagi sesi pertanyaan jawab lisan bermula 10.05 pagi hingga 11 pagi.
"Hanya satu soalan tambahan dibenarkan dan soalan tambahan tersebut mesti seringkas yang boleh," katanya.
Sementara itu, waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT) dilaksanakan setiap hari Selesa dan Khamis dipendekkan daripada 30 minit kepada lima minit.
"Dalam sesi MQT, ahli parlimen dibenarkan untuk membaca soalan ada dijawab oleh menteri secara bertulis pada hari yang sama.
Strategi Kerajaan Pintu Belakang Untuk Terus Kekal Berkuasa?"Soalan dan jawapan tersebut akan disiarkan di portal parlimen Malaysia secepat mungkin," tambah beliau.
Sementara itu, Azhar berkata perbahasan peringkat dasar untuk Belanjawan 2021 ditetapkan selama lapan hari bermula 9 November hingga 19 November.
"Jawapan menteri di peringkat dasar kekal selama tiga hari dari 23 November hingga 25 November," katanya.
Tambahnya, perbahasan bagi peringkat jawatankuasa ditetapkan selama 11 hari.
Jumlah hari persidangan kali ini boleh ditambah selama dua hari iaitu pada 16 Disember dan 17 Disember sekiranya diperlukan, katanya lagi,
Persidangan Dewan Rakyat kali ini menjadi tumpuan selepas Kerajaan Perikatan Nasional akan membentangkan Belanjawan 2021 pada 6 November, esok.
Strategi Kerajaan Pintu Belakang Untuk Terus Kekal Berkuasa?Terdahulu, sidang Dewan Rakyat yang biasanya berjalan sehingga pukul 5.30 petang dipendekkan kepada pukul satu tengah hari.
Ia selepas enam kes positif dikesan melibatkan individu yang bertugas di sana dikenal pasti pada 2 Novmber lalu. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/
Iklan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.addindeen.com/2020/11/strategi-kerajaan-pintu-belakang-untuk.html