Kerajaan Terus Bekerja Komited Lindungi Rakyat


Dilihat terus melaksanakan titah Agong dengan mengadakan mesyuarat malam tadi


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjunjung kasih kepercayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada kerajaan pimpinannya.

Beliau juga menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat sebagaimana titah perintah Baginda dalam kenyataan seusai Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu, petang semalam.

“Jemaah Menteri mengambil maklum titah itu dan kerajaan akan terus memberi keutamaan untuk melindungi rakyat daripada wabak COVID-19,” kata Muhyiddin dalam kenyataannya malam tadi.

Jemaah Menteri langsung menjalankan tugas setelah titah Baginda memutuskan tiada keperluan darurat diisytiharkan pada masa ini dan merasakan kerajaan berjaya menangani COVID-19 dengan berkesan.

Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kanan serta beberapa Menteri Kabinet dilihat meneruskan kerja tanpa henti dengan mengadakan pertemuan di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, di sini malam tadi.

Menurut laporan _Bernama_, antara mereka ialah Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob (Pertahanan), Dr Radzi Jidin (Pendidikan) dan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali (Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Turut kelihatan ialah Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Rina Mohd Harun; Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Adham Baba serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah.

Selain itu, tiga Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Tugas-Tugas Khas), Dato’ Takiyuddin Hassan (Parlimen dan Undang-undang) serta Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Hal Ehwal Agama) turut kelihatan hadir.

Perbincangan Khas Raja-raja Melayu itu susulan pertemuan Muhyiddin dan beberapa wakil Menteri Kabinet mengadap Al-Sultan Abdullah di Istana Abdulaziz, Kuantan pada lewat petang Jumaat lalu.

Perbincangan tersebut diyakini banyak pihak bagi meneliti keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang dikemukakan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, kelmarin.

Pertemuan turut disertai Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Affendi Buang itu bagi mempersembahkan keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang diadakan pada pagi hari sama. 
– HARAKAHDAILY   26/10/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/kerajaan-terus-bekerja-komited-lindungi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Mahu Kerajaan Baru Bukan Darurat

Rakyat Mahu Kerajaan Baru Bukan Darurat

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 300 hits
Rakyat Malaysia menolak negara diisytihar darurat sebagaimana cadangan yang disyorkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada Yang di Pertuan Agong kelmarin Menurut kajian Institut Darul Ehsan kira kira 77 rakyat Malaysia tidak setuju darur...
Tukar Kerajaan Belum Tentu Untungkan Rakyat Kata Pemimpin Dap

Tukar Kerajaan Belum Tentu Untungkan Rakyat Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 332 hits
Semua jentera kerajaan atau pembangkang perlu memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat pada fasa pandemik Covid 19 ini Ketua Pemuda DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali berpendapat kerajaan pada hari ini dari segi undang undang adalah sah teta...
Pelan Digital Perlis 2025 Jadi Jambatan Penghubung Kerajaan Rakyat Dan Swasta

Pelan Digital Perlis 2025 Jadi Jambatan Penghubung Kerajaan Rakyat Dan Swasta

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 343 hits
UMNO ONLINEKANGAR Kerajaan negeri Perlis yang tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan digital mutakhir mengambil inisiatif memperkenalkan pelan Digital Perlis 2025 sebagai langkah awal menghubungkan kerajaan rakyat dan swasta menerusi...
Kekeliruan Arahan Bekerja Kerajaan Digesa Berbincang Dengan Mtuc

Kekeliruan Arahan Bekerja Kerajaan Digesa Berbincang Dengan Mtuc

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 304 hits
SHAH ALAM Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia menggesa kerajaan mengadakan perbincangan dengan pihaknya sebagai organisasi yang mewakili pekerja susulan arahan mengelirukan dikeluarkan kerajaan kepada pekerja di kawasan pelaksanaan Perintah K...
Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 396 hits
Susulan kecelaruan politik sejak beberapa hari lalu berikutan hasrat Muhyiddin Yassin mahu mendapat perkenan Agong untuk menguatkuasakan darurat badan penyelidik Institut Darul Ehsan atau IDE telah tampil melakukan tinjauan umum Tinjauan ya...
Seluruh Kerajaan Kit Siang Seru Wakil Rakyat Bersatu Perangi Covid 19

Seluruh Kerajaan Kit Siang Seru Wakil Rakyat Bersatu Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 260 hits
Lim Kit Siang mengulas titah Al Sultan Abdullah Ri yatuddin Al Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 25 Okt Lim Kit Siang menggesa kesemua ahli parlimen bersatu dalam usa...
Anwar Kerjasama Kerajaan Pembangkang Rangka Belanjawan 2021 Atasi Masalah Rakyat

Anwar Kerjasama Kerajaan Pembangkang Rangka Belanjawan 2021 Atasi Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 355 hits
SHAH ALAM 27 OKT KEADILAN menyeru kerjasama kedua belah pihak antara kerajaan dan pembangkang bagi merangka Belanjawan 2021 Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi merencana strategi yang ampuh dalam menangani dampak pandemik Covi...
Kerajaan Pn Lemah Rakyat Pula Yang Salah

Kerajaan Pn Lemah Rakyat Pula Yang Salah

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 426 hits
Tindakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin menyalahkan kebebasan rakyat memilih dalam Pilihan Raya Umum 2018 lalu sehingga menyebabkan krisis politik hari ini dikecam banyak pihak Menurut Ahli Parlimen Le...
Umno Terus Sokong Kerajaan Pn Ahmad Zahid

Umno Terus Sokong Kerajaan Pn Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 386 hits
18 total views 18 views today KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini memutuskan untuk mengekalkan keputusan terdahulu untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selain tidak menjalin ...
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video

Where Would You Be Having Your Next Meal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Validating Startups Market Research

Rindu Yang Tak Bertepi Setahun Tanpa Tokwan

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin

Jangan Dok Sibuk Hal Orang Aku Tahu Bahagian Aku Liana Rosli Jawab Kritikan Anak Perempuan Terlalu Seksi

Saya Tak Jangka Malaysia Rupanya Seperti Ini Lelaki Dari As Kongsi Realiti Sebenar Layanan Masyarakat Tempatan