Najib Terus Desak Kerajaan Beri Bantuan Bilion Ringgit Pada Sabah
 FMT Reporters

Bekas  perdana menteri Najib Razak berkata Petronas sebelum ini sudah  meluluskan dividen tambahan RM10 bilion kepada kerajaan untuk membantu  memerangi wabak.PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak terus mendesak  kerajaan supaya memberi bantuan bilion ringgit kepada Sabah yang  terjejas teruk dengan gelombang ke-3 Covid-19.
Pemimpin Umno itu menarik perhatian pembacanya di Facebook kepada  bayaran Petronas kepada Putrajaya, mengatakan syarikat minyak nasional  itu sudah meluluskan dividen tambahan sebanyak RM10 bilion kepada  kerajaan untuk membantu memerangi wabak, menjadikan jumlah keseluruhan  yang diterima RM34 bilion tahun ini.
Katanya lagi, Petronas juga boleh bayar RM2.9 bilion kepada kerajaan Sarawak sebagai cukai jualan petroleum.
“Tapi Petronas atau kerajaan pusat tak boleh bayar sekurang-kurangnya  RM1 bilion kepada kerajaan Sabah untuk bantuan segera, termasuk untuk  membayar tambahan RM1,000 untuk Bantuan Perihatin Nasional (BPN) khusus  untuk Sabah?” soalnya.
Najib memberikan 3 alasan menjelaskan kenapa Sabah layak terima  bantuan bilion ringgit, antaranya Sabah paling terkesan dalam gelombang  ke-3 Covid-19, dan negeri itu juga paling lama dilaksanakan perintah  kawalan pergerakan.
“Sabah antara negeri dengan kadar kemiskinan paling tinggi dan  bertambah lagi teruk apabila kadar pertumbuhan ekonomi turun dari kadar  8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri pada 2017 bawah BN ke  paling rendah antara semua negeri untuk 2 tahun berturut-turut (2018:  1.5%, 2019: 0.5%) bawah PH Plus dan Warisan.
“Sebab itu, Sabah perlukan bantuan segera yang cukup besar agar  jurang pendapatan dan pembangunan antara Sabah dengan negeri-negeri lain  tidak bertambah besar.”
Atas alasan itu, Najib menegaskan Sabah perlu bantuan segera yang cukup besar.Pemimpin Umno itu sebelum ini mencadangkan bantuan tambahan wang  tunai sebanyak RM1,000 keapda golongan B40 dan M40 di Sabah yang  diluluskan untuk menerima BPN sebelum ini.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/najib-terus-desak-kerajaan-beri-bantuan.html