Sonny Bill Dulu Saya Budak Jahat Tetapi Allah Telah Menyelamatkan Saya


DIBESARKAN dalam suasana yang sukar, rumah kecil dan sempit mendorong pemain rugby terkemuka Sonny Bill Williams berazam untuk membelikan ibunya sebuah rumah yang selesa suatu hari nanti.
Impian ini timbul selepas melihat bagaimana ibunya berhempas pulas mencari wang. Pada waktu itu beliau masih remaja dan bekerja sebagai buruh dan pengangkut barang.
Sewaktu kecil saya dibesarkan di sebuah rumah yang terletak di pinggir bandar Mount Albert. Rumah kami hanya ada dua bilik yang mana satu bilik untuk saya dan abang, dan bilik satu lagi untuk dua adik beradik perempuan saya.
Ayah dan ibu kami tidur di ruang tamu dan rumah kami tiada kertas dinding (wall paper). Semua keluarga saya tinggal di sekitar sini dan sepupu saya Eka merupakan orang yang sering menjaga kami di rumah. Eka sebenarnya selalu keluar masuk penjara dan saya selalu rasa takut dengan sepupu saya ini, ujar Sonny Bill.
Beraksi bersama Pasukan Canterburry Bulldogs Karier Sonny  bermula di Australia apabila beliau menyertai pasukan Bulldog. Sonny kemudiannya  menyertai All Blacks di New Zealand dan siapa sangka kini beliau bakal beraksi di sukan Olimpik Rio bersama pasukan New Zealand Sevens.Meskipun mengambil masa yang lama, Sonny kini telahpun berjaya memenuhi impian untuk membelikan sebuah rumah yang selesa untuk ibunya.
Pernah berhutang
“Sewaktu berusia awal 20-an, pengurus saya pada ketika itu telah menyebabkan saya terlibat dalam pelaburan yang teruk dan berhutang.
Pada masa tu ramai yang menyangka saya telah berjaya mencapai impian saya di Toulon. Hakikatnya saya perlu membayar NZD750,000 untuk bebas daripada kontrak”.
“Tidak pernah di dalam hidup saya impikan untuk berada di tahap ini kerana satu ketika dulu saya adalah seorang remaja yang pernah bawa diri ke Australia.
Ianya satu rahmat buat saya untuk berada di samping isteri dan anak kesayangan saya. Dulu saya bukanlah seorang yang baik dan pernah melakukan perkara buruk tapi Allah sentiasa bersama saya” –  Sonny.
Menjadi role model
Sonny mula mendapat perhatian ramai apabila memberikan medal kemenangan beliau kepada seorang peminat muda yang menyerbu ke arah beliau di  Twickenham pada tahun lepas.
“Isteri saya berkata, jika diizinkan Allah saya pasti akan layak ke sukan Olimpik dan memenangi medal lagi, dan kali ini ia akan menjadi milik anak saya pula.
Berkasi untuk Pasukan The Sevens Pasukan The Sevens benar-benar memberi nafas baru kepada diri saya. Adik perempuan saya juga berada di dalam skuad New Zealand Sevens. Jadi ia adalah sesuatu yang besar buat keluarga kami” – Sonny.
Makanan halal dan tuntutan agama
Sebagai satu-satunya muslim di dalam pasukan Sevens dan XV, Sonny perlu memikirkan cara bagi membolehkan beliau solat dan mengamalkan diet berlandaskan Islam disebalik jadual latihan yang padat.
“Waktu paling mengembirakan adalah bila saya menunaikan solat. Sewaktu musafir pula agama saya membenarkan dua solat digabung menjadi satu dan ia merupakan sesuatu yang indah dan memudahkan.
Mana mungkin untuk saya tidak meluangkan 25 minit sahaja dalam sehari untuk berterima kasih kepada tuhan? Bila dilihat kembali di mana saya satu ketika dulu, saya rasa sangat bersyukur.
Menunaikan Umrah Chef juga menyediakan makanan halal untuk saya. Adakala saya rasa malu bila mereka terlalu menitik beratkan tentang ini. Saya hanya mahu diterima dan menjadi sebahagian daripada pasukan, tapi di waktu yang sama saya perlu menjaga keimanan dan tuntutan agama saya.
Jika tiada daging halal, saya boleh ambil makanan laut. Jika makanan laut pun tak ada, saya boleh makan bijirin atau minuman berkhasiat. Hakikatnya ada insan lain yang hidupnya lebih teruk dan sukar daripada saya” – Sonny.
Pada tahun lepas Sonny pernah menerima banyak kritikan kerana telah berkongsi gambar seorang kanak-kanak Syria yang telah meninggal di akaun Twitter beliau yang memiliki lebih daripada 500,000 pengikut.
Gambar tersebut telah diambil sewaktu beliau menyertai lawatan sebagai duta UNICEF ke kem pelarian Syria di Lubnan.
Namun Sonny mempertahankan tindakan beliau dengan alasan seharusnya lebih ramai ahli sukan menggunakan profil mereka bagi meningkatkan kesedaran tentang ketidak-adilan terhadap pelarian perang.
“Kekayaan dunia hari ini dikuasai oleh 1% sahaja daripada seluruh populasi dan ia menjijikkan. Ada sesuatu yang tak kena bila ada yang tidak mampu menyara diri sendiri dan kanak-kanak pula hanya dapat bermain di tempat pembuangan sampah.
Sedangkan pada hakikatnya kita mungkin hanya perlukan 100 juta dolar untuk menampung hidup dan selebihnya boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan” – Sonny.
Tatoo di badan
Mencacah tatoo di badan merupakan sesuatu yang dilarang oleh Islam. Menurut Sonny beliau tidak akan mencacah tatoo lingkaran Olimpik di mana-mana bahagian tubuh beliau.
“Tiada lagi tatoo tambahan. Tatoo yang ada di badan saya kini adalah tatoo lama sewaktu di zaman gelap saya dahulu. Saya rasakan saya masih orang yang sama tetapi memeluk Islam menjadikan jiwa saya lebih tenang dan gembira. Susah untuk saya terangkan perasaan itu.

Dulu saya seorang yang mudah stress, mudah marah bila bola terjatuh daripada genggaman sewaktu latihan. Saya dibesarkan sebagai seorang Kristian, keluar berparti dan minum hingga mabuk. Keesokan harinya saya tercari-cari sesuatu kerana jiwa terasa kosong. Di situ saya temui Islam adalah cara hidup yang sebenar” – Sonny.
Sukan Olimpik dan tinju
Bercakap tentang impian ke sukan Olimpik, Sonny akan cuba menuruti langkah idola beliau iaitu Muhammad Ali. Sonny juga sebenarnya meminati sukan tinju heavyweight. Namun beralih daripada rugby ke sukan tinju bukanlah perkara mudah.
“Bergaduh dan bertumbuk di sekolah tidak sama dengan bertinju. Bila di gelanggang saya mula berfikir – ini sesuatu yang menakutkan kerana lawan di depan saya juga sedang berfikir bagaimana untuk tumpaskan saya”.
Muhammad Ali dan Malcolm X adalah dua insan yang mencorak hidup saya. Muhammad Ali lebih banyak memberi pengaruh kepada saya, bukan hanya kerana beliau seorang peninju ternama tapi juga kerana beliau memeluk Islam dan memperjuangkan apa yang beliau anuti” – Sonny.
Syukur Pada Mu Ya Allah kerana telah anugerahkan Kepada Ku Kebahagiaan – Bill Williams Sonny berharap untuk kembali ke arena XV selepas sukan Olimpik nanti serta berhasrat untuk menyertai siri British and Irish Lions yang merupakan salah satu daripada ‘to do list’ beliau.
Sumber:
www.nzherald.co.nz/sport/news/article.cfm?c_id=4&objectid=11664776
www.thevocket.com/bagaimana-sony-bill-williams-peluk-islam/
The post SONNY BILL: Dulu Saya Budak Jahat, Tetapi Allah Telah Menyelamatkan Saya appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/sonny-bill-dulu-saya-budak-jahat-tetapi-allah-telah-menyelamatkan-saya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sedih Fikir Kenapa Belum Kahwin Allah Nak Kau Baiki Diri Dulu Jangan Bersedih

Jangan Sedih Fikir Kenapa Belum Kahwin Allah Nak Kau Baiki Diri Dulu Jangan Bersedih

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 469 hits
Jangan Sedih Fikir Kenapa Belum kahwin Allah Nak Kau Baiki Diri Dulu Jangan Bersedih Ada hikmahnya Allah belum temukan jodoh kau Tapi mungkin kita belum nampak hikmahnya lagi Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi tuhan belum temukan jodoh u...
Adik Sihat Abang Pula Masuk Wad Rita Syukur Allah Beri Kekuatan Biasa Uruskan Seorang Diri

Adik Sihat Abang Pula Masuk Wad Rita Syukur Allah Beri Kekuatan Biasa Uruskan Seorang Diri

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 284 hits
Selepas anak kedua Rita Rudaini iaitu Airit Rafqa Arjuna 8 dibenarkan keluar hospital anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin 10 pula dimasukkan ke hospital akibat jangkitan rotavirus Rita berkata Rayyan yang mengalami muntah dan cirit birit sej...
Tiba Tiba Ada Seorang Hamba Allah Yang Baik Hati Letak Duit Dekat Wiper Kereta Untuk Renew Roadtax

Tiba Tiba Ada Seorang Hamba Allah Yang Baik Hati Letak Duit Dekat Wiper Kereta Untuk Renew Roadtax

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 510 hits
Tidak ramai yang bernasib baik apabila secara tiba tiba di tolong oleh orang yang tidak dikenali disaat anda benar benar memerlukan Begitu yang terjadi kepada seorang pengguna Facebook Nur Aqeela Mohamed Redzuan yang menceritakan pengalaman...
Saya Pas Tak Bayar Clare Kita Akan Adu Pada Allah

Saya Pas Tak Bayar Clare Kita Akan Adu Pada Allah

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 314 hits
MALAYSIAKINI Presiden PAS Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang bayaran dibuat kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown berhubung penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah Hadi berkata PAS atau beliau sendiri seca...
Inilah Sebab Mengapa Puasa Dan Solat Sunat Nabi Daud Paling Disukai Allah Rileks Media

Inilah Sebab Mengapa Puasa Dan Solat Sunat Nabi Daud Paling Disukai Allah Rileks Media

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 418 hits
Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash Rasulullah SAW bersabda Puasa yang paling disukai disisi Allah adalah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud Beliau biasa tidur dipertengahan malam dan bangun pada seperti...
Pas Terus Mengadu Pada Allah

Pas Terus Mengadu Pada Allah

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 423 hits
SIAPA YANG BUAT FITNAH TANGGUNG SENDIRILAH BIAR ALLAH YANG MENGHUKUM MEREKA KEPADA YANG MULUT CELUPAR DAN FITNAH TANGGUNG SENDIRI Pak Karamu Saya PAS tak bayar Clare kita akan adu pada Allah News Diterbitkan Hari ini 1 08 tengahari Dikemask...
Allah Ambil Seorang Tapi Allah Ganti Seorang Kuatnya Semangat Ibu Ini Buat Ramai Sebak

Allah Ambil Seorang Tapi Allah Ganti Seorang Kuatnya Semangat Ibu Ini Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 300 hits
ALLAH ambil seorang tapi Allah ganti seorang Anak anak kini menjadi penguat semangat dan menggembirakan saya Begitu kata Katijah Abdul Karim 36 balu kepada Allahyarham Mohamad Suhaimi Khamis 38 yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer ...
Cara Allah Swt Menerima Doa Hamba Nya

Cara Allah Swt Menerima Doa Hamba Nya

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 380 hits
Soalan Bagaimanakah cara Allah SWT menerima doa kita Jawapan Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan ...
Ada 8 Jenis Rezeki Dari Allah Yang Anda Pahami

Ada 8 Jenis Rezeki Dari Allah Yang Anda Pahami

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 233 hits
1 Rezeki yang Telah Dijamin Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya 2 Rezeki Karena Usaha Tidaklah manusia mendapatkan apa apa kecuali apa yang dikerjakannya 3 Rezeki Karena Bersyuk...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional