Solat Khauf



Apakah itu Solat Khauf?
Bagaimana cara mengerjakannya?
Panduan ini akan membimbing anda menunjukkan cara solat khauf yang betul, sempurna dan sah.
Ia juga menerangkan segala perkara yang berkaitan dengannya.
Sebab-sebab yang membolehkan solat ini dilakukan Situasi dan kaifiat solat ini Dan paling penting, panduan ini ditulis secara lengkap, mudah dan ringkas bagi membantu anda memahami topik ini dengan lebih baik.

Isi Kandungan: Pengenalan  Syarat-syarat solat khauf Cara mengerjakan  Solat ketika sangat takut Rujukan dan penutup  
Pengenalan Solat Khauf adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berperang dengan musuh atau dalam keadaan ketakutan akibat peperangan atau bencana alam dan malapetaka.
Dalam bahasa Arab, perkataan takut ini dikenali dengan istilah ‘khauf’.
Apabila perkataan solat dan khauf digabungkan, ia membawa maksud solat dalam situasi takut seperti dalam peperangan.
Ia berbeza dengan solat-solat yang lain kerana mempunyai beberapa rukhsah, terutamanya ketika berjemaah.
Ketika keadaan tidak aman dan memaksa seseorang sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain atau sentiasa terpaksa mengawasi sekelilingnya daripada ancaman musuh di dalam peperangan, solat boleh dilaksanakan dengan cara yang termampu bergantung kepada keadaan waktu itu.
 
Sebab-Sebab Yang Membolehkan Solat Khauf Sepertimana solat musafir disyariatkan atas faktor kesulitan dengan syarat yang ditetapkan syarak, solat khauf juga disyariatkan dengan syarat-syarat tertentu dan disebabkan oleh faktor takut kepada ancaman dan serangan pihak musuh yang boleh mengancam keselamatan nyawa.
Antara sebab-sebab yang membolehkan solat khauf adalah seperti berikut:
Wujudnya musuh sama ada ia menggugat atau tidak (sekiranya terdapat tentera musuh yang bersedia untuk menyerang di sempadan, tentera Islam boleh solat Khauf walaupun pertempuran belum berlaku) Melarikan diri daripada air banjir. Melarikan diri daripada kebakaran. Melarikan diri daripada perompak, penyamun atau pembunuh. Apa-apa sahaja sebab yang boleh menimbulkan ketakutan secara umum.  
Cara-Cara Mengerjakan Solat Khauf Solat khauf sama ada dengan berjemaah atau bersendirian boleh dilakukan dengan beberapa cara mengikut kegawatan keadaan masa itu.
Panduannya boleh dilihat daripada apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Diharuskan untuk tentera melakukan solat dengan dua orang imam, di mana setiap kumpulan dengan seorang imam.
Diharuskan juga untuk tentera melakukan solat Khauf secara berjemaah dengan seorang imam mengikut mana-mana kaifiat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW telah melakukan beberapa kali solat khauf yang kesemuanya dengan berjemaah.
Solat khauf dilihat daripada kedudukan musuh dan peraturannya adalah seperti berikut:
1. Musuh tidak berada di arah kiblat Apabila bilangan musuh sedikit dan orang Islam lebih ramai serta ada cukup kekuatan untuk bertahan, solat dilakukan dengan dua cara, iaitu:
Cara Pertama Imam membahagikan tentera Muslimin kepada dua pasukan. Satu pasukan berjaga menghadap musuh dan pasukan yang kedua berbaris di belakang imam untuk solat berjemaah. Apabila imam berdiri untuk rakaat kedua, makmum di belakang berniat mufaraqah dan menyudahkan solatnya secara bersendirian. Selepas itu mereka mengambil alih tempat untuk berjaga. Pasukan yang berhadapan dengan musuh tadi pergi ke belakang imam untuk berjemaah dengan imam yang sedang solat rakaat kedua. Apabila imam membaca tahiyat, makmum bangun mengerjakan rakaat kedua dan seterusnya solat seperti biasa dan mendapatkan imam yang sedang bertahiyat. Seterusnya mereka memberi salam bersama imam. Solat seperti ini sama seperti situasi dalam peperangan Zat ar-Riqa’ Dalam cara pertama ini, pasukan pertama boleh berimam sebanyak satu rakaat apabila solat itu hanya dua rakaat iaitu Subuh.
Tetapi apabila solat tiga atau empat rakaat, pasukan pertama boleh berimam sebanyak dua rakaat sebelum niat mufaraqah serta menghabiskan bakinya secara bersendirian sebelum masuk pasukan yang kedua.
Pasukan kedua walaupun hanya mengikut pergerakan imam satu atau dua rakaat iaitu baki rakaat imam, tetapi mereka boleh memberi salam bersama-sama imam.
Adilnya, pasukan pertama dapat bertakbiratul ihram bersama-sama imam.
Cara Kedua Adalah dengan keadaan dan kedudukan sama, cuma setiap pasukan solat dengan sempurna.
Pasukan yang berada di belakang solat dengan sempurna bersama dengan imam. Selepas salam, mereka berpindah ke hadapan mengambil untuk berjaga. Imam mendirikan pula solat sekali lagi dan kumpulan yang di hadapan pula solat bersama dengan imam. Solat seperti ini sama seperti situasi solat dalam peperangan Batn-Nakhl. 2. Musuh berada di arah kiblat Apabila tentera Muslimin hendak melakukan solat berjemaah serentak untuk mendapatkan fadilat jemaah yang lebih besar, imam hendaklah membahagikan jemaah kepada dua bahagian dalam dua, atau empat saf atau lebih.
Berikut adalah cara melakukan solat khauf dalam situasi ini:
Imam memerintahkan makmumnya berdiri dua saf dan solat serentak semua sekali. Apabila imam sujud, makmum saf pertama sahaja sujud bersama, manakala makmum saf kedua tetap berdiri mengawal keadaan. Apabila imam dan makmum saf pertama berdiri untuk rakaat yang kedua, barulah makmum saf yang kedua sujud dan mereka mendapatkan imam pada qiam rakaat kedua. Apabila imam sujud rakaat kedua, makmum saf kedua berpindah ke hadapan dan sujud. Makmum saf pertama berpindah ke belakang berkawal dalam masa iktidal. Kemudian mereka terus bersolat untuk menyertai kedudukan imam yang sedang duduk tahiyat dan semuanya memberi salam bersama-sama imam. Solat ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam peperangan di Usfan.
Sebuah hadis menceritakan, maksudnya:
Daripada Jabir r.a berkata: “Aku telah menyaksikan solat khauf bersama-sama Rasulullah SAW iaitu kami berbaris dua saf. Satu saf di belakang Rasulullah SAW sedangkan musuh diantara kami dan kiblat, lalu bertakbirlah Nabi SAW dan kami (semua barisan dari dua saf) juga takbir semua. Kemudian Baginda rukuk dan kami semua rukuk, kemudian Baginda mengangkat kepalanya lalu Baginda turun sujud bersama saf yang mengiringinya, sedangkan saf yang dibelakang tetap mengawasi musuh. Ketika Baginda selesai sujud, saf yang di hadapan juga selesai dan berdiri bersama Baginda. Dalam hadis lain, Jabir r.a berkata: kemudian Nabi SAW memberi salam dan kami pun ikut memberi salam semuanya.
 
Solat Ketika Sangat Takut Ketika sangat takut disebabkan keadaan terlalu gawat dan tidak berupaya melakukan solat secara berjemaah, diharuskan solat berseorangan:
Sama ada ketika menaiki tunggangan, menaiki kenderaan atau berjalan kaki. Sama ada menghadap kiblat atau tidak dengan memulakan takbiratul ihram ke arah kiblat jika berupaya. Sama ada imam di hadapan atau di belakang, masing-masing boleh menghadap ke mana-mana pihak yang dapat. Sah solatnya apabila terpaksa melakukan perbuatan yang banyak seperti menembak, menikam, menetak musuh berturut-turut beberapa kali. Harus memegang senjata yang ada darah yang banyak kerana terpaksa. Walau bagaimanapun, tidak dibenarkan bercakap-cakap atau bertarik-tarik.  
Sumber Rujukan & Penutup Untuk memastikan panduan ini tepat, artikel ini adalah merujuk kepada Ensiklopedia Solat A-Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa dan Praktik Solat Waktu Kritikal, Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff.
Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam mengerjakan solat dalam waktu-waktu yang kritikal dan darurat.
Jika anda ada sebarang soalan atau kemusykilan, sila nyatakan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.
The post Solat Khauf (Panduan Solat Waktu Takut & Waktu Peperangan) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-khauf/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lambat Keluar Solat Di R R Suami Mulalah Buat Muka Biar Isteri Me Time Dengan Tuhan Dia Bagi Dia Masa

Lambat Keluar Solat Di R R Suami Mulalah Buat Muka Biar Isteri Me Time Dengan Tuhan Dia Bagi Dia Masa

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 365 hits
Bila menyebut me time pasti suami terbayangkan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang buat isteri berehat dan bermanja manja di spa Hakikatnya tidak semua isteri inginkan hal yang semacam itu Dapat berehat di rumah baring depan televisyen samb...
Wanita Haidh Solat Hari Raya

Wanita Haidh Solat Hari Raya

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 346 hits
SOALAN Saya ada terdengar dalam satu kuliyah ustaz yang mana wanita yang sedang haidh sunat pergi solat raya Bukankah wanita yang sedang haidh itu haram mengerjakan solat JAWAPAN Memang benar wanita yang sedang haidh disunatkan keluar ke te...
Cuaca Panas Kering Jerebu Digalakkan Untuk Kita Lakukan Solat Sunat Istisqa Minta Hujan Padanya

Cuaca Panas Kering Jerebu Digalakkan Untuk Kita Lakukan Solat Sunat Istisqa Minta Hujan Padanya

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 329 hits
Cuaca Panas Kering Jerebu Digalakkan Untuk Kita Lakukan Solat Sunat Istisqa Minta Hujan PadaNya Dalam keadaan negara di landa jerebu kita juga turut berdepan dengan masalah cuaca kering Ini adalah disebabkan hujan yang tidak turun dan menye...
Hukum Menyuruh Anak Belum Baligh Qadha Solat

Hukum Menyuruh Anak Belum Baligh Qadha Solat

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 272 hits
SOALAN Anak saya telah berusia 8 tahun dan saya sedang melatihnya untuk solat penuh lima waktu seharian Walau bagaimanapun dia liat dan malas untuk bangun pada waktu Subuh setiap hari Bolehkah saya menyuruhnya untuk melaksanakan qadha yang ...
Ummah Ajak Rakyat Solat Hajat Doa Kes Adib Dapat Keadilan

Ummah Ajak Rakyat Solat Hajat Doa Kes Adib Dapat Keadilan

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 415 hits
Ini keadilan seorang penjawat awam yang berkorban kerana negaraBANGI Gerakan Pembela Ummah mengajak umat Islam di seluruh negara bersama sama menunaikan solat hajat pada Khamis depan mendoakan keputusan prosiding inkues anggota bomba Muhamm...
Hukum Solat Di Belakang Imam Yang Tidak Betul Takbiratul Ihram

Hukum Solat Di Belakang Imam Yang Tidak Betul Takbiratul Ihram

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 416 hits
SOALAN Saya tahu bahawa takbiratul ihram merupakan salah satu rukun qauli yang wajib untuk dilakukan di dalam solat Akan tetapi apakah hukum solat di belakang orang tidak betul takbiratul ihramnya Sebagainya contoh ketika menyebut dia meman...
Jika Kita Lewatkan Solat Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan Rezeki Jodoh Doa

Jika Kita Lewatkan Solat Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan Rezeki Jodoh Doa

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 519 hits
Jika Kita Lewatkan Solat Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan Rezeki Jodoh Doa Hari ini sama seperti hari sebelumnya Alarm telefonku berbunyi menandakan sudah jam 6 00 pagi Tanganku pantas mematikan bunyi alarm tersebut Jika Kit...
Solat Yang Tidak Khusyuk Lebih Dekat Dengan Azab Allah Hasan Al Basri

Solat Yang Tidak Khusyuk Lebih Dekat Dengan Azab Allah Hasan Al Basri

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 273 hits
1 MENURUT al Imam Hasan al Basri solat yang tidak khusyuk memberikan petanda yang tidak baik buat seorang Muslim Kata beliau Solat yang tidak khusyuk lebih dekat dengan azab Allah 2 Barangkali
Tip Bangun Solat Tahajud Untuk Beginner Cara Konsisten Tak Paksa Diri

Tip Bangun Solat Tahajud Untuk Beginner Cara Konsisten Tak Paksa Diri

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 399 hits
Tip Bangun Solat Tahajud Untuk Beginner Cara Konsisten Tak Paksa Diri Tip ni mungkin tak sesuai untuk otai tapi beginner suka sangat tip ni sebab mereka perlukan tip untuk istiqamah buat tahajud Inilah uniknya tip yang dikongsikan Rafiza Id...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba