Lambat Keluar Solat Di R R Suami Mulalah Buat Muka Biar Isteri Me Time Dengan Tuhan Dia Bagi Dia Masa


Bila menyebut me time, pasti suami terbayangkan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang buat isteri berehat dan bermanja-manja di spa. Hakikatnya tidak semua isteri inginkan hal yang semacam itu. Dapat berehat di rumah, baring depan televisyen sambil menjamu mata di lazada dan shoppe sudah buat isteri gembira semacam. Kalau dapat ke spa atau shopping dengan kawan-kawan itu dianggap bonus bagi isteri.
Suami yang memahami dan bagi isteri waktu rehat, walaupun sekejap depan televisyen atau memilih untuk tidur tanpa gangguan anak-anak sudah cukup buat isteri rasa bahagia. Apa lagi menunjukkan muka yang manis bila isteri terlambat bersiap atau terlebih waktu untuk solat.

 
Perkongsian cerita daripada Encik Muhammad Yusof ini seharusnya dijadikan contoh buat semua suami. Isteri perlukan waktunya. Beri dia masa. Suami pun boleh tumpang pahala.
Hari tu aku solat subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.
Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.
Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.

Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku. Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.
Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..’
Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi. So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’
Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.
‘Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..’

Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.
Aku selalu terfikir bahawa ‘me time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut. Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.
‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle, insyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.

Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’. Padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ tak jaga suami atau anak je.
Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.
Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.

Allah, Allah.
Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.
Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.
‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’
Amin.

The post Lambat Keluar Solat Di R & R, Suami Mulalah Buat Muka, Biar Isteri ‘Me Time’ Dengan Tuhan Dia, Bagi Dia Masa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lambat-keluar-solat-di-r-r-suami-mulalah-buat-muka-biar-isteri-me-time-dengan-tuhan-dia-bagi-dia-masa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Sibuk Tapi Suami Biar Je Anak Tak Pedulikan Anak Buat Isteri Kurang Hormat Pada Suami Hati Hati

Isteri Sibuk Tapi Suami Biar Je Anak Tak Pedulikan Anak Buat Isteri Kurang Hormat Pada Suami Hati Hati

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 516 hits
Sememangnya isteri menyedari akan tanggungjawab dan rasa hormat yang perlu diberikan kepada lelaki bergelar suami Namun rasa hormat ini semakin lama semakin hilang hanya disebabkan oleh beberapa perkara Inilah yang selalunya berlaku dalam k...
Suami Bunuh Diri Selepas Isteri Merajuk Keluar Rumah

Suami Bunuh Diri Selepas Isteri Merajuk Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 386 hits
Suami Bunuh Diri Terjun Kondo Tingkat 19 Dekat Penang Sebab Isteri Merajuk Keluar RumahSeorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat 19 sebuah kondominium di Mutiara Bandar Perda Bukit Mertajam kelmarin lapor Harian Metro Menurut Ketua Po...
Biar Anak Dah Berderet Dating Suami Isteri Tetap Penting Rugilah Kalau Buat Tak Kisah

Biar Anak Dah Berderet Dating Suami Isteri Tetap Penting Rugilah Kalau Buat Tak Kisah

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 519 hits
Bila anak dah berderet deret masa mak ayah untuk bersama sebenarnya makin terhad Sebahagian masa di rumah terpaksa ditumpukan buat anak anak yang sedang membesar Namun itu bukan alasan untuk tidak bersama Sebaiknya mak ayah perlu mencari ru...
Me Time Yang Terbaik Biar Isteri Ada Quality Time Dengan Tuhannya

Me Time Yang Terbaik Biar Isteri Ada Quality Time Dengan Tuhannya

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 374 hits
Me Time Yang Terbaik Biar Isteri Ada Quality Time Dengan TuhanNya Penting bagi isteri ada Me Time nya sendiri Waktu untuk dia melakukan apa sahaja perkara yang disukai secara bersendirian Me Time bagi isteri luas konsepnya Namun para suami ...
Rugi Besar Kalau Tak Buat Ini Kepentingan Suami Isteri Kena Ada Masa Dating Bersama

Rugi Besar Kalau Tak Buat Ini Kepentingan Suami Isteri Kena Ada Masa Dating Bersama

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 279 hits
Menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang bahagia merupakan impian bagi setiap pasangan Namun begitu kesibukan bekerja sedikit sebanyak membataskan hubungan antara suami isteri Oleh itu pasangan yang sudah berkahwin memerlukan ...
Isteri Alami Alahan Masa Hamil Itu Biasa Suami Kena Ambil Kisah Supaya Isteri Rasa Tak Terbeban

Isteri Alami Alahan Masa Hamil Itu Biasa Suami Kena Ambil Kisah Supaya Isteri Rasa Tak Terbeban

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 434 hits
Setiap pasangan berkahwin tentu mengimpikan zuriat sebagai pelengkap keluarga Tapi bukannya sudah berkahwin tu Allah janjikan terus dapat zuriat bila tiba masa dan saatnya rezeki itu pasti datang Jadi yang belum dikurniakan zuriat lagi jang...
Punca Isteri Stres Sebab Suami Sibuk Dengan Telefon Mulut Iyakan Mata Tengok Skrin

Punca Isteri Stres Sebab Suami Sibuk Dengan Telefon Mulut Iyakan Mata Tengok Skrin

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 412 hits
Isteri hari ini ramai stres kerana mereka dibebani dengan pelbagai perkara yang perlu difikirkan serentak Dari hal keluarga rumah tangga dan kerjaya itu yang menyebabkan isteri rasa cepat nak marah Lagi satu bila suami ada dirumah apa yang ...
Menjadi Suami Yang Menjaga Hati Isteri Ialah Sunnah

Menjadi Suami Yang Menjaga Hati Isteri Ialah Sunnah

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 341 hits
Menjadi suami yang menjaga hati isteri ialah sunnah bukan kahwin lagi satu Terlalu banyak hadis yg menceritakan betapa Nabi SAW menjadi suami yg baik Baik dalam muasyarah bil makruf berlemah lembut menyantuni hati isteri dan menjaga perasaa...
Jangan Marah Anak Panjat Belakang Masa Solat Waktu Ini Sifat Penyabar Ibu Ayah Diuji

Jangan Marah Anak Panjat Belakang Masa Solat Waktu Ini Sifat Penyabar Ibu Ayah Diuji

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 959 hits
Semasa solat itulah waktu kita berhubung secara langsung dengan Allah Tapi ada waktu tertentu kita tak mampu nak solat dengan khusyuk kerana terdapat sedikit gangguan atau pun perlu dipercepatkan kerana atas faktor tertentu Ibu bapa yang ad...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord