Jika Kita Lewatkan Solat Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan Rezeki Jodoh Doa


Jika Kita Lewatkan Solat, Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan, Rezeki, Jodoh & Doa. Hari ini sama seperti hari sebelumnya. Alarm telefonku berbunyi menandakan sudah jam 6.00 pagi. Tanganku pantas mematikan bunyi alarm tersebut.
BACA: Checklist Umrah Wanita, Ini Antara Senarai Barangan Keperluan
Jika Kita Lewatkan Solat, Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan, Rezeki, Jodoh & Doa
Mataku kupaksa untuk buka, namun jasadku belum mampu kupaksa untuk bangun. Aku termenung di dalam kegelapan. Tiada apa yang kufikirkan hanya dipenuhi perasaan malas.
Berat sungguh jasad ini hendak kupaksa bangun. Ku tahu solat itu satu kewajipan. Mendirikan solat di awal waktu itu suatu tuntutan. Namun, aku masih terbaring dengan enaknya. Dalam hati aku berkata.
Ia berlalu sedetik demi sedetik hingga membawa aku kesiangan. Aku lihat jam di telefonku. Ianya menunjukkan tepat jam 6.50 pagi. Tatkala ini aku bingkas bangun menenguk segelas air masak dan terus ke bilik air. Aku persiapkan diriku untuk solat.
Alhamdulillah masih sempat sebelum syuruk. Usai solat, aku mengangkat tangan dan berdoa kepada Illahi. Aku berdoa supaya aku diberi kesihatan yang kamil, kebijaksanaan, kekayaan dan dipermudahkan segala urusan hidup.
Hari ini aku bercadang untuk ambil cuti. Kebiasaannya aku akan menghabiskan masa duduk berehat di rumah sahaja apabila tidak ke mana-mana.
Inilah masanya untuk aku mengemas rumah, membasuh pakaianku, memasak makanan kegemaranku di rumah. Bagi aku, setelah penat bekerja, hari cuti adalah masa untuk reward diri sendiri.
Selesai mengemas rumah, aku duduk di sofa sambil menonton televisyen. Ku ambil makanan yang telah dimasak dan langsung makan di hadapan televisyen.
Aku rasa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang terbiasa dengan amalan makan di hadapan televisyen. Dalam erti kata yang lain, makan sambil menonton rancangan televisyen.
Sedang aku menikmati rezekiku pada tengah hari ini, terdengar seruan azan yang menandakan masuknya waktu solat fardhu Zuhor.
Dalam hatiku berbisik, ‘tidak apalah, lepas makan aku solat’

Aku meneruskan untuk menghabiskan makananku. Dalam keasyikan menikmati santapanku pada hari ini, tangan ku dengan pantas mengambil remote control Astro. Button info aku tekan satu persatu sambal meneliti rancangan yang akan disiarkan pada hari ini.
’wah, ada rancangan kegemaranku, mana boleh terlepas ni’. Bisik aku di dalam hati setelah melihat info rancangan di kaca televisyen. Mataku melihat duration rancangan tersebut. Rancangan itu akan habis jam 3.00 petang. Dalam hatiku berbisik lagi
‘sekarang dah pukul 1.55 petang, kalau solat sekarang nanti terlepas pula rancangan ini. Solat lepas abis rancangan ini lah. Pukul 3.00 pun masih waktu zuhur. Ah, tengok televisyen dulu lah’.
Aku lalu terbuai dek keasyikan dunia. Usai rancangan televisyen itu, aku bangun mendirikan solat. Seperti biasa, aku memanjatkan doaku kepada Illahi.
Seperti aktiviti di hujung minggu, aktivitiku adalah sama di waktu petang. Iaitu tidur di petang hari. Tidur di waktu petang adalah satu kenikmatan bagiku.
Sebelum tidur, alarm telefon telah aku setkan. Aku ingin bangun pada jam 5.30 petang. Bagiku kalau tidur sekejap-sekejap tidak berasa kepuasaannya.
Aku lantas tidur dalam kesejukan penghawa dingin. Tepat jam 5.30 petang aku bangkit mendirikan solat.
Apabila senja mula mencelah, aku seperti dipanggil-panggil oleh televisyen. Seolah-olah ada suara dari televisyen itu menyuruh supaya aku membuka televisyen.
Aku menonton drama televisyen sehingga jam 8.00 malam. Jam 8.00 malam barulah aku tergesa-gesa mendirikan solat Maghrib.
Aku tidak pernah lupa untuk memanjatkan doa kepada Illahi. Sudah menjadi kemestian pada diri untuk berdoa selepas solat.
Selesai solat Maghrib, aku menyambung aktivitiku untuk menonton televisyen. Selalunya aku pasti tertidur di hadapan televisyen. Kadang-kadang sehingga jam 2.00 pagi. Bagiku, waktu Isyak panjang yang aku boleh dirikan nanti.
Aku terlena di hadapan televisyen. Terjaganya aku, jam dinding menunjukkan jam 10.30 malam. Aku bingkas bangun dan menunaikan solat Isyak.
Setelah selesai, aku periksa keadaan rumah, kupastikan semua pintu dan tingkap telahku kunci, suiz telahku matikan, baru aku masuk ke bilik untuk tidur.
Beginilah kehidupanku berulang siang ke malam dan malam membawa ke siang kembali.
Sehingga suatu hari aku terfikir. Aku yakin dan percaya dengan janji Allah bahawa setiap apa yang kita minta pasti Allah tunaikan cuma waktu yang membezakan.
Ada doa yang Allah makbulkan cepat, ada yang lambat. Aku berfikir, mengapa aku berdoa setiap kali selepas solat tanpa pernah tinggal walau sekali pun, tapi doaku masih tidak dimakbulkan. Adakah aku kurang usaha? Aku muhasabah kembali.
Bagi aku, aku cukup berusaha. Aku kerja siang petang. Adakah aku kurang beribadah? Aku tidak pernah tinggal solat walau terkadang aku lambat mendirikannya.
Sumber: Kashoorga
The post Jika Kita Lewatkan Solat, Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan, Rezeki, Jodoh & Doa appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/jika-kita-lewatkan-solat-allah-juga-sebenarnya-akan-tangguh-beri-kejayaan-rezeki-jodoh-doa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Perihal Rahsia Allah Berkenaan Jodoh Rezeki Dan Ajal

Inilah Perihal Rahsia Allah Berkenaan Jodoh Rezeki Dan Ajal

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 823 hits
Inilah Perihal Rahsia Allah Berkenaan Jodoh Rezeki Dan Ajal Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita Tak guna kita fikir sedalam dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh Kenapa eh Lagi banyak k...
Tak Perlu Seksi2 Pun Nak Popular Allah Dah Tetapkan Rezeki Netizen

Tak Perlu Seksi2 Pun Nak Popular Allah Dah Tetapkan Rezeki Netizen

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 388 hits
Kehangatan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 yang berlangsung malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya masih menjadi bualan ramai Kemenangan pelakon jelita Mira Filzah sudah dijangka lebih awal apabil
Tidur Malam Tiba Tiba Terbangun Baca Doa Ini Dan Minta Apa Saja Allah Akan Kabulkan

Tidur Malam Tiba Tiba Terbangun Baca Doa Ini Dan Minta Apa Saja Allah Akan Kabulkan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 438 hits
Tidur Malam Tiba Tiba Terbangun Baca Doa Ini Dan Minta Apa Saja Allah Akan Kabulkan Doa jika terbangun di malam hari Doa ini sepatutnya diucapkan seorang muslim jika terbangun di malam hari Tidur Malam Tiba Tiba Terbangun Baca Doa Ini Dan M...
Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih Doa Selepas Solat

Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih Doa Selepas Solat

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 901 hits
Ini adalah panduan seruan bacaan bilal solat tarawih Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda Doa selepas solat tarawih juga turut disediakan untuk membantu anda mengerjakan ibadah tarawih dengan lebih sempur...
Doa Terbaik Rasululllah Selepas Solat Subuh

Doa Terbaik Rasululllah Selepas Solat Subuh

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 1969 hits
Doa Terbaik Rasululllah Selepas Solat Subuh Doa adalah senjata orang mukmin Biar orang kafir memperlekeh kita menghina tak menghormati kita Tak mengapa Sebab kita ada senjata rahsia yang boleh digunakan ketika perlu dan sewaktu teraniaya Na...
Kalau Mahu Jodoh Idaman Datang Mendekat Amalkan Je Baca Tiga Doa Pendek Ini

Kalau Mahu Jodoh Idaman Datang Mendekat Amalkan Je Baca Tiga Doa Pendek Ini

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 367 hits
Belum bertemu jodoh lagi Lantas apa usaha yang sudah dilakukan selama ini Hanya diam termenung di kamar tanpa berbuat apa apa Sudah berusaha tapi jodoh yang dinantikan tidak kunjung tiba Mungkin kamu kurang berdoa Tiga doa ini boleh menjadi...
Tangkas Dalam Gelanggang Tapi Khabib Tak Lupa Perintah Allah Jadi Imam Solat Jemaah

Tangkas Dalam Gelanggang Tapi Khabib Tak Lupa Perintah Allah Jadi Imam Solat Jemaah

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 604 hits
Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam pentas seni bela diri campuran Rata rata mengenali beliau sebagai lagenda yang tidak mampu dikalahkan dalam liga Ultimate Fighter Champion ini Malah ...
Ummah Ajak Rakyat Solat Hajat Doa Kes Adib Dapat Keadilan

Ummah Ajak Rakyat Solat Hajat Doa Kes Adib Dapat Keadilan

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 414 hits
Ini keadilan seorang penjawat awam yang berkorban kerana negaraBANGI Gerakan Pembela Ummah mengajak umat Islam di seluruh negara bersama sama menunaikan solat hajat pada Khamis depan mendoakan keputusan prosiding inkues anggota bomba Muhamm...
Syarat Utama Doa Dimakbulkan Allah

Syarat Utama Doa Dimakbulkan Allah

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 403 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua Insha Allah malam ini Naim akan share satu video dari Tuan Guru Syeikh Fahmi Zam Zam berkenan Syarat Utama Doa DI Makbulkan Allah Mari bersama sama kita hayati bait2 kalam Tuan Guru Semoga...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah