Hukum Solat Di Belakang Imam Yang Tidak Betul Takbiratul Ihram



SOALAN:
Saya tahu bahawa takbiratul ihram merupakan salah satu rukun qauli yang wajib untuk dilakukan di dalam solat. Akan tetapi, apakah hukum solat di belakang orang tidak betul takbiratul ihramnya. Sebagainya contoh ketika menyebut الله أكبر dia memanjangkan alif dengan kadar yang lebih dari biasa. Mohon pencerahan.

JAWAPAN:
Takbiratul ihram merupakan salah satu rukun qauli yang tidak boleh ditinggalkan. Ini berdasarkan teguran Nabi SAW kepada seorang lelaki yang buruk solatnya kerana dia solat dalam keadaan yang tidak sempurna. Nabi SAW bersabda:

إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَكَبِّرْ ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنْ الْقُرْآنِ ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِي صَلَاتِكَ كُلِّهَا
“Jika engkau telah berdiri untuk menunaikan solat maka bertakbirlah kemudian bacalah apa-apa daripada Al-Quran yang mudah bagi engkau kemudian rukuklah sehingga engkau tenang sebentar ketika rukuk. Kemudian bangun semua sehingga engkau betul-betul berdiri. Kemudian sujudlah sehingga engkau tenang sebentar ketika sujud. Kemudian bangun sehingga engkau tenang sebentar ketika duduk kemudian sujudlah sehingga engkau tenang sebentar ketika sujud. Kemudian lakukanlah perbuatan tersebut di dalam kesemua solat engkau.” [Riwayat Al-Bukhari (757 & 759)]

Al-Imam Al-Nawawi menyebut: “Ketahuilah bahawa solat tidak akan sah tanpa takbiratul ihram. Sama ada solat fardu atau solat sunat. Kesemua ulama' bermazhab Syafi’i dan lain-lain menyatakan bahawa takbiratul ihram ada sebahagian daripada solat dan ianya termasuk di dalam rukun solat.” (Rujuk Al-Azkar, 1/89)

Bahkan beliau menyatakan bahawa jika imam atau makmum meninggalkan takbiratul ihram secara sengaja ataupun terlupa maka solatnya tidak diangggap sebagai solat yang sah. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 3/291)

Takbiratul ihram juga merupakan satu perbuatan yang mengharamkan segala perbuatan yang boleh membatalkan solat seperti bercakap, makan, minum dan lain-lain. Daripada Ali R.A bahawa Nabi SAW bersabda:

مِفْتَاحُ الصَّلَاةِ الطُّهُورُ ، وَتَحْرِيمُهَا التَّكْبِيرُ ، وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ
“Kunci bagi solat ialah bersuci, yang mengharamkan (dari perkara membatalkan solat) adalah takbir dan penyelesainya ialah salam.” [Riwayat Abu Daud (58)]

Lafaz takbiratul ihram ialah الله أكبر. Jika seseorang menyebutkan selain daripada lafaz الله أكبر maka solatnya terbatal kerana dianggap tidak sah. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Malik Bin Al-Huwairith. Beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

صلُّوا كما رأيتُموني أُصلِّي
“Solatlah seperti mana kalian melihat aku solat..” [Riwayat Al-Bukhari (6819)]

Bahkan para ulama' meletakkan beberapa syarat bagi takbiratul ihram agar ianya boleh disempurnakan dengan cara yang betul. Sheikh Al-Sayyid Al-Bakri Al-Dimyati menyebut:

شروط لتكبير سماعك أن تقم***وبالعربي تقديمك الله أولا
ونطق بأكبر لا تمد لهمزة***كباء بلا تشديدها وكذا الولا
علي الألفات السبع في الله لا تزد***كواو ولا تبدل لحرف تأصلا
دخول لقوت واقتران بنية***وفي قدوة أخر وللقبلة اجعلا
وصارفا اعدم وقطعن همزة أكبر***لقد كملت عشرون تعدادها انجلا
“Syarat bagi takbiratul ihram ialah:

Mendengar sendiri bacaan Al-FatihahBerdiri dengan betul ketika membacaDengan bahasa arabMenyebut lafaz Allah dahulu kemudian baru lafaz AkbarTidak boleh memanjangkan hamzahTidak boleh mentasydidkan huruf Ba’Tidak boleh memanjangkan huruf Ba’Tidak boleh menambah huruf wauTidak boleh menukar mana-mana hurufMasuk waktuTakbiratul ihram sambal disertakan dengan niatKetika menjadi makmum dilambatkan takbirMenghadap kiblatPada lafaz Akbar menggunakan hamzah qoto’.”
(Rujuk Nail Al-Raja’ Fi Syarh Safinat Al-Naja, hlm 72)

Kembali kepada persoalan yang telah dikemukakan, jika seseorang imam melakukan kesalahan ketika takbiratul ihram dan kesalahan itu adalah kesalahan yang tidak merosak maksud maka solatnya tetap sah. Inilah yang dinyatakan oleh Imam Syihabuddin Ahmad Al-Qalyubi bahawa jika kesalahan itu kesalahan yang kecik maka tidak merosakkan solatnya. (Rujuk Hasyiah Al-Qalyubi ‘Ala Syarh Al-Muhalla ‘Ala Minhaj Al-Talibin, 1/162)

Begitu juga keadaannya bagi imam-imam yang ada sedikit pelat ketika melafazkan takbiratul ihram. Solatnya tetap sah dan tidak merosakkan solat. Ibnu Hajar Al-Haitami menyebut bahawa jika seseorang ada sedikit pelat seperti huruf Ra’ bertukar menjadi huruf tidak mengapa dan sah solatnya dengan syarat keluar dari makhraj yang sama walaupun tidak jelas. (Rujuk Tuhfah Al-Minhaj Bi Syarh Al-Minhaj,7/295)

Namun begitu, jika kesalahannya terlalu jelas sehingga merubah makna seperti memanjangkan huruf alif pada lafaz الله kami melihat itu sememangnya satu kesalahan yang besar. Ini kerana jika seseorang memanjangkan huruf alif pada lafaz الله maka ia akan membawa kepada maksud yang lain iaitu dengan lafaz أالله. Lafaz ini adalah lafaz syak terhadap kewujudan Allah.

Al-Khatib Al-Syarbini menyebut tidak boleh memanjangan huruf alif pada lafaz jalalah. (Rujuk Al-Iqna’ Fi Hilli Alfaz Abi Syuja’, 1/197)

Sheikh Muhammad Nawawi Al-Jawi Al-Bantani menyebut bahawa jika alif pada lafaz الله dipanjangkan maka ia akan mengubah struktur ayat daripada khabar insya’i kepada lafaz istifham (kata tanya). Ini jelas membawa kepada kekufuran kerana mempersoalkan kewujudan Allah. (Rujuk Kasyifah Al-Saja Syarh Safinat Al-Naja, hlm 240)

Kesimpulannya, jika seseorang imam melakukan kesalahan yang kecil yang mana tidak mengubah makna dari takbiratul ihram maka solatnya tetap sah. Akan tetapi sebaliknya jika kesalahan itu besar sehingga mengubah makna maka solatnya tidak sah dan batal kerana takbiratul ihram adalah rukun yang utama di dalam solat.

Oleh sebab itu kami menasihati agar para imam sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan khususnya berkaitan fiqh solat. Ini adalah sebagai satu bekalan agar solat yang dilakukan betul-betul di atas landasan ilmu yang dipelajari bukan hanya mengagak-agak sehingga boleh mendatangkan kesan kepada makmum. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Mas’ud Al-Ansari:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِى الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ
“Yang menjadi imam bagi satu-satu kaum adalah mereka yang mahir terhadap kitabullah. Jika kesemuanya sama tahap, maka yang menjadi imam adalah yang tahu dan mahir di dalam sunnah.” [Riwayat Muslim (1564)]

Semoga Allah mengurniakan kefahaman kepada kita semua. Wallahua’alam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/09/hukum-solat-di-belakang-imam-yang-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Qadha Solat Subuh Di Belakang Imam Solat Zohor

Qadha Solat Subuh Di Belakang Imam Solat Zohor

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 270 hits
SOALAN Adakah sah seorang yang mengerjakan qadha solat subuh di belakang imam yang solat zohor JAWAPAN Berkata Imam Nawawi Setengah dari syarat sah mengikut imam ialah bersamaan bentuk kedua solat tersebut pada perbuatan dan rukunnya Maka j...
Tips Pilih Tilam Yang Betul Untuk Masalah Tulang Belakang

Tips Pilih Tilam Yang Betul Untuk Masalah Tulang Belakang

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 774 hits
Assalamualaikum Tidur tu satu nikmat Lagi lagi lepas satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti memenatkan Confirm best dapat baring atas tilam lembut bantal empuk selimut hangat dalam bilik sejuk Tahu tahu dah terlelap tapi paling spoil bil...
Khabib Imam Solat Netizen Tersentuh Hati

Khabib Imam Solat Netizen Tersentuh Hati

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 513 hits
Khabib Imam Solat Netizen Tersentuh Hati Tidak hanya tangkas di gelanggang apabila bertemu musuhnya bahkan atlet seni bela diri campuran Khabib Nurmagomedov juga dikenali sebagai seorang yang menjaga hubungannya dengan Allah Khabib Imam Sol...
Yana Samsudin Pening Tengok Anak Bergayut Belakang Suami Tengah Solat

Yana Samsudin Pening Tengok Anak Bergayut Belakang Suami Tengah Solat

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 416 hits
Anak kecil memang tidak lari daripada suka bermain Kadang kala keletah comel mereka membuatkan kita sedikit terhibur walaupun sedikit mengganggu Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pelakon dan juga pengacara terkenal Yana Samsudin dia tel...
Hukum Menyuruh Anak Belum Baligh Qadha Solat

Hukum Menyuruh Anak Belum Baligh Qadha Solat

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 272 hits
SOALAN Anak saya telah berusia 8 tahun dan saya sedang melatihnya untuk solat penuh lima waktu seharian Walau bagaimanapun dia liat dan malas untuk bangun pada waktu Subuh setiap hari Bolehkah saya menyuruhnya untuk melaksanakan qadha yang ...
Jangan Marah Anak Panjat Belakang Masa Solat Waktu Ini Sifat Penyabar Ibu Ayah Diuji

Jangan Marah Anak Panjat Belakang Masa Solat Waktu Ini Sifat Penyabar Ibu Ayah Diuji

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 959 hits
Semasa solat itulah waktu kita berhubung secara langsung dengan Allah Tapi ada waktu tertentu kita tak mampu nak solat dengan khusyuk kerana terdapat sedikit gangguan atau pun perlu dipercepatkan kerana atas faktor tertentu Ibu bapa yang ad...
Ahli Sukan Ternama Dunia Dari Rusia Jadi Imam Solat

Ahli Sukan Ternama Dunia Dari Rusia Jadi Imam Solat

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 522 hits
Foto Khabib Nurmagomedov mengimamkan solat dikongsi oleh pengembara Islam Dr Waleed Hakim di akaun Facebook peribadi beliau SUKANTIDAK hanya tangkas di gelanggang apabila bertemu musuhnya bahkan atlet seni bela diri campuran Khabib Nurmagom...
Tangkas Dalam Gelanggang Tapi Khabib Tak Lupa Perintah Allah Jadi Imam Solat Jemaah

Tangkas Dalam Gelanggang Tapi Khabib Tak Lupa Perintah Allah Jadi Imam Solat Jemaah

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 604 hits
Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam pentas seni bela diri campuran Rata rata mengenali beliau sebagai lagenda yang tidak mampu dikalahkan dalam liga Ultimate Fighter Champion ini Malah ...
Hukum Melintas Depan Orang Yang Sedang Solat

Hukum Melintas Depan Orang Yang Sedang Solat

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 323 hits
SOALAN Apakah hukumnya melintas di depan orang yang sedang solat JAWAPAN Haram hukumnya melintas di depan orang yang sedang solat kerana Rasulullah saw melarang akan perbuatan tersebut Rasulullah saw bersabda Kalau orang yang lalu di depan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization