Hukum Menyuruh Anak Belum Baligh Qadha Solat



SOALAN:
Anak saya telah berusia 8 tahun dan saya sedang melatihnya untuk solat penuh lima waktu seharian. Walau bagaimanapun, dia liat dan malas untuk bangun pada waktu Subuh setiap hari. Bolehkah saya menyuruhnya untuk melaksanakan qadha yang ditinggalnya kerana tidurnya tersebut?

JAWAPAN:
Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan waktu-waktu yang tertentu untuk didirikan pada waktu tersebut lima solat yang fardhu. Islam sangat menekankan tentang kepentingan mendirikan solat pada waktunya. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
“Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah al-Nisa’: 103)

Ibn Mas’ud RA dalam menafsirkan ayat ini berkata bahawa setiap solat itu mempunyai waktu-waktunya yang tertentu yang wajib untuk dilaksanakan padanya sama seperti waktu-waktu yang ditentukan bagi perlaksanaan ibadah haji. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 4:258)

Allah SWT memerintahkan ketua keluarga memastikan bahawa sesiapa yang dibawah tanggungannya seperti isteri dan anak-anak supaya melaksanakan solat serta hendaklah tekun dan sabar dalam menunaikannya. Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.” (Surah Toha: 132)

Imam al-Qurtubiy dalam menafsirkan ayat ini berkata bahawa ia merupakan perintah kepada Nabi Muhammad SAW dan juga kepada kepada semua umatnya supaya sabar dalam mendirikan solat dan memerintahkan ahli keluarga untuk melaksanakannya. Apabila turunnya ayat ini, Rasulullah SAW akan pergi ke rumah Sayyidina Ali dan Sayyidatina Fatimah pada setiap waktu Subuh untuk mengejutkan mereka bagi mendirikan solat. (Rujuk Tafsir al-Qurtubiy, 14:164)

Selain itu, Rasulullah SAW juga memerintahkan ibu bapa supaya mendidik anak-anak mereka mendirikan solat. Rasulullah SAW mengajarkan supaya disuruh anak untuk mendirikan solat pada umurnya mencapai usia tujuh tahun dan memukulnya dengan pukulan yang tidak mencederakan dengan niat untuk memberi pengajaran ketika anak tersebut berumur sepuluh tahun. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
“Perintahkanlah anak-anak kalian untuk mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika mereka tidak mahu melaksanakannya) ketika mereka berumur sepuluh tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.” [Riwayat Abu Daud (490)]

Justeru itu, menjadi tanggungjawab ke atas setiap daripada ibu dan bapa untuk mendidik anak-anak mereka bagi mendirikan kesemua lima solat fardhu termasuklah solat Subuh yang mempunyai banyak kelebihannya. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA ada menyebutkan berkaitan hal ini:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللهُ عَنْهُ - عَن النَبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذِهِ الآيَةِ : إِنَّ قُرْآنَ الفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا قَالَ : " تَشْهَدُهُ مَلَائِكَةُ اللَيْلِ وَمَلَائِكَةُ النَّهَار
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW berkaitan dengan ayat 78, surah al-Israa’ maksudnya: “Dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)”, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ia (solat Subuh) disaksikan oleh Malaikat malam dan juga Malaikat siang.” [Riwayat al-Tirmidzi (3135)]

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa menyuruh dan mengejutkan anak yang belum baligh untuk solat adalah satu tanggungjawab dan tuntutan ke atas ibu bapa, lebih-lebih lagi solat Subuh kerana Rasulullah SAW sangat menekankan tentang kepentingannya dan terdapat pelbagai keistimewaan padanya.

Namun begitu, suka untuk kami nukilkan fatwa daripada Sheikh Uthaimin apabila ditanya berkaitan perkara ini, bahawa beliau berkata:

الظَّاهِرُ أَنَّ هَذَا يُنْظَرُ: إِذَا كَانَ مَثَلاً فِي أَيَّامِ الشِّتَاءِ وَأَيَّامِ البَرَدِ وَالمَشَقَّةِ فَلَا بَأْسَ أَن يُتْرَكَ. وَإِذَا قَامَ ، يُقَالُ لَهُ: صَلِّ. وَأَمَّا إِذَا كَانَ الجَوُّ معتدلاً وَلَا ضَرَرَ عَلَيْهِ فِي الِإقَامَةِ فَأَقِمْهُ حَتَّى يُعْتَادُ وَيُصَلِّي مَعَ النَّاسِ
“Apa yang terzahir daripada soalan tersebut bahawa ia hendaklah dilihat pada keadaannya; contohnya jika sekiranya pada hari yang sejuk bersangatan atau mempunyai kesukaran untuk bangun pada paginya itu, maka tidak mengapa untuk membiarkan anak yang belum baligh tersebut dengan tidak mengejutkannya. Namun, jika sekiranya dia bangun, hendaklah menyuruhnya untuk mendirikan solat. Begitu pula, pada hari yang suhunya biasa dan tiada kemudharatan untuk membangunkannya, maka hendaklah membangunkannya sehingga dia terbiasa dengan keadaan tersebut dan mendirikan solat secara berjemaah. (Rujuk al-Liqa’ al-Syahri, 40:18)

Maka, dapatlah difahami bahawa jika terdapat kesusahan bagi anak kecil yang belum baligh di bawah umur 10 tahun seperti tidur lewat, cuaca yang sejuk, kepenatan dan lain-lain, maka tidak mengapa untuk tidak memaksa mereka untuk mendirikan solat Subuh pada waktunya supaya tidak terbeban dengan sesuatu yang belum diwajibkan ke atasnya dan kudratnya yang masih kecil.

Namun, dalam keadaan seperti ini, maka amatlah digalakkan untuk menyuruh mereka menqadha solat tersebut dan menegur mereka dengan teguran yang bersesuaian supaya timbul kesedaran tentang kepentingan dan keagungan solat dalam diri mereka. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّـهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
“Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.” (Surah al-Hajj: ayat 32)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyatakan bahawa adalah sangat dituntut bagi ibubapa untuk menyuruh anak-anak mereka yang belum baligh untuk mendirikan solat, khususnya solat Subuh bagi melatih mereka untuk terbiasa melaksanakannya. Manakala, bagi anak-anak yang berumur sepuluh tahun ke atas, maka hendaklah memukul mereka sekiranya mereka liat dan malas untuk menunaikan solat.

Selain itu, antara cara lain untuk memberikan pengajaran kepada mereka adalah dengan menyuruh mereka mengqadhakan solat tersebut. Ini supaya timbul kesedaran di dalam hati mereka tentang kepentingan dan keagungan solat. Maka, adalah digalakkan untuk ibubapa menyuruh anaknya yang belum baligh menqadhakan solat walaupun tidak menjadi kewajipan keatasnya untuk melakukan demikian. Di samping itu, ibubapa harus bijak untuk memberi galakan seperti memberikan hadiah dan pujian apabila anak berjaya mendirikan dan membiasakan diri dengan solat, bukan hanya sekadar memberi arahan dan menghukum.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang baik kepada kita terhadap agama serta memberi taufiq dan hidayah untuk melaksanakan syariatNya dengan sebaiknya. Amin. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/09/hukum-menyuruh-anak-belum-baligh-qadha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yana Samsudin Pening Tengok Anak Bergayut Belakang Suami Tengah Solat

Yana Samsudin Pening Tengok Anak Bergayut Belakang Suami Tengah Solat

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 417 hits
Anak kecil memang tidak lari daripada suka bermain Kadang kala keletah comel mereka membuatkan kita sedikit terhibur walaupun sedikit mengganggu Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pelakon dan juga pengacara terkenal Yana Samsudin dia tel...
Hukum Menyantuni Anak Yatim Di Hari Asyuro

Hukum Menyantuni Anak Yatim Di Hari Asyuro

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 288 hits
Keistimewaan bulan Muharram sudah banyak tersebar di tengah tengah masyarakat muslimin salah satunya yakni keutamaan menyantuni anak yatim Benarkah keyakinan tersebut Mari kita simak video tanya jawab syariah ini bersama ustadz Ammi Nur Bai...
Minggu Ni Ajar Berdiri Atas Sejadah Minggu Depan Lain Pulak Ini Tip Ajar Anak Mudah Solat

Minggu Ni Ajar Berdiri Atas Sejadah Minggu Depan Lain Pulak Ini Tip Ajar Anak Mudah Solat

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 490 hits
Bila anak sudah semakin membesar pada usia tiga hingga empat tahun mak ayah haruslah memperkenalkan solat kepada anak anak kecil kita Pun begitu ianya bukan satu hal yang mudah Sama seperti melakukan perkara lain anak perlu dilatih namun ja...
Masuk Usia 3 Tahun Belum Cakap Baru Tahu Anak Bermasalah Ambil Masa 4 Tahun Pulih

Masuk Usia 3 Tahun Belum Cakap Baru Tahu Anak Bermasalah Ambil Masa 4 Tahun Pulih

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 579 hits
Dalam tempoh usia berapa ibu ayah kena risau kalau anak lambat bercakap Kadang tu apabila orang mula membandingkan anak kita yang belum cakap dengan anak orang lain kita mula keliru dan tertanya tertanya betulkah anak kita lambat bercakap a...
Qadha Solat Subuh Di Belakang Imam Solat Zohor

Qadha Solat Subuh Di Belakang Imam Solat Zohor

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 271 hits
SOALAN Adakah sah seorang yang mengerjakan qadha solat subuh di belakang imam yang solat zohor JAWAPAN Berkata Imam Nawawi Setengah dari syarat sah mengikut imam ialah bersamaan bentuk kedua solat tersebut pada perbuatan dan rukunnya Maka j...
Qadha Solat Wajibkah Dilaksanakan Segera

Qadha Solat Wajibkah Dilaksanakan Segera

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 150 hits
SOALAN Jika seseorang itu ada meninggalkan solat fardhu yang lima waktu adakah wajib dia qadha dengan segera atau boleh dia qadha kemudian JAWAPAN Jika solat tersebut ditinggalkan tanpa uzur seperti sibuk dengan bermain atau bekerja atau se...
Hukum Melintas Depan Orang Yang Sedang Solat

Hukum Melintas Depan Orang Yang Sedang Solat

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 324 hits
SOALAN Apakah hukumnya melintas di depan orang yang sedang solat JAWAPAN Haram hukumnya melintas di depan orang yang sedang solat kerana Rasulullah saw melarang akan perbuatan tersebut Rasulullah saw bersabda Kalau orang yang lalu di depan ...
Hukum Solat Di Belakang Imam Yang Tidak Betul Takbiratul Ihram

Hukum Solat Di Belakang Imam Yang Tidak Betul Takbiratul Ihram

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 418 hits
SOALAN Saya tahu bahawa takbiratul ihram merupakan salah satu rukun qauli yang wajib untuk dilakukan di dalam solat Akan tetapi apakah hukum solat di belakang orang tidak betul takbiratul ihramnya Sebagainya contoh ketika menyebut dia meman...
Jangan Marah Anak Panjat Belakang Masa Solat Waktu Ini Sifat Penyabar Ibu Ayah Diuji

Jangan Marah Anak Panjat Belakang Masa Solat Waktu Ini Sifat Penyabar Ibu Ayah Diuji

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 959 hits
Semasa solat itulah waktu kita berhubung secara langsung dengan Allah Tapi ada waktu tertentu kita tak mampu nak solat dengan khusyuk kerana terdapat sedikit gangguan atau pun perlu dipercepatkan kerana atas faktor tertentu Ibu bapa yang ad...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment