Siswa Alu Alukan Jika Tmj Datang Forum Statut Rom


Shakira Buang  
   
Sekumpulan mahasiswa hari ini berkata mereka mengalu-alukan sekiranya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia hadir dalam sebuah forum bagi membincangkan isu mengenai Statut Rom.

Menurut jurucakap mahasiswa berkenaan, Asheeq Ali, forum bertajuk 'Malaysia dan Statut Rom' itu akan diadakan di Auditorium Tun Suffian, Universiti Malaya (UM) bermula jam 10 pagi pada 27 April ini

"TMJ? TMJ sendiri keliru dan jika dia mahu datang saya gembira dan mengalu-alukan untuk datang ke forum ini,” katanya kepada pemberita di Dataran UM, Kuala Lumpur hari ini.


Asheeq berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada pihaknya ada mengundang mana-mana kerabat diraja menyertai forum tersebut.

Antara barisan ahli panel yang diundang ialah Peguam Negara, Tommy Thomas; Pakar perlembagaan Prof Dr Shad Saleem Faruqi, Jurucakap Kumpulan G25, Noor Farida Ariffin; peguam,  Lim Wei Jiet dan Asheeq sendiri.

Setakat ini, kata Asheeq, Tommy telah mengesahkan kehadirannya dalam forum berkenaan.

Untuk rekod, kumpulan mahasiswa berkenaan sebelum ini mencuri tumpuan apabila membocorkan rumusan eksekutif kertas kerja oleh empat pensyarah yang didakwa digunakan untuk meyakinkan Majlis Raja-raja agar menolak Statut Rom.

Selain Asheeq, mahasiswa berkenaan ialah Sethi Alivi, Ainina Sofia Adnan, Nurhuda Ramli, Suhail Wan Azahar, Ahmad Taqiyuddin Shahriman, Wong Yan Ke, Chong Kar Yan, Nik Azura Nik Nasron dan Siti Nurizzah Mohd Tazali.

"Setelah kami membocorkan kertas tersebut kepada rakyat pada 7 April 2019, banyak spekulasi yang timbul yang melibatkan semua pihak, terutamanya peguam negara, Tommy Thomas, Prof Shad Saleem Faruqi dan kempat-empat penulis rumusan eksekutif tersebut.

“Namun, sehingga kini, tiada sebarang respon atau kenyataan daripada penulis rumusan eksekutif tersebut mahupun daripada peguam negara sendiri.

“Justeru, kami merasakan ada keperluan yang sangat penting untuk kesemua yang terlibat dalam pembentangan Statut Rom kepada Majlis Raja-raja ini bersemuka dengan rakyat,” kata Asheeq.

Pada 5 April lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bukan kerana statut itu membahayakan negara tetapi disebabkan kekeliruan oleh "orang tertentu yang ingin bebas memukul orang."

Statut berkenaan dikritik beberapa pihak, terutamanya Tunku Ismail yang mengatakan ia melanggar Perlembagaan Persekutuan serta bakal memberi kesan terhadap institusi beraja, hak-hak Melayu dan kesucian Islam di Malaysia.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/siswa-alu-alukan-jika-tmj-datang-forum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kamu Tahu Mana Nak Cari Saya Kronologi Perang Dingin Tun Mahathir Tmj Mengenai Statut Rom

Kamu Tahu Mana Nak Cari Saya Kronologi Perang Dingin Tun Mahathir Tmj Mengenai Statut Rom

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 440 hits
Kamu Tahu Mana Nak Cari Saya Kronologi Perang Dingin Tun Mahathir TMJ Mengenai Statut Rom Keputusan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai Perdana Ment...
Statut Rome Aktivis Siswa Desak Tmj Berhenti Kelirukan Rakyat

Statut Rome Aktivis Siswa Desak Tmj Berhenti Kelirukan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 546 hits
Tunku Mahkota Johor Statut Rom untuk membuka laluan kepada Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa membuka siasatan Pada 16 Januari 2015 Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa telahpun membuka siasatan awal ke atas Palestin Setelah...
Statut Rom Ini Hujah Tmj Buat Pengkritik

Statut Rom Ini Hujah Tmj Buat Pengkritik

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 692 hits
ISU SEMASA Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim tampil menjawab beberapa tuduhan yang mengatakan dikri Statut Rom tidak akan menjejaskan institusi monarki Malaysia Tampil dengan lapan hujah berposter itu TMJ menjelaskan huj...
Statut Rom Misi Besar Singkir Pm

Statut Rom Misi Besar Singkir Pm

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 415 hits
ISMA WEB Siapa individu yang mempunyai cita cita politik dan menggunakan raja raja Dr Mahathir kata beliau tahu Pedang sekadar agak agak saja PEDANG pernah beritahu dulu seseorang penulis mendapat idea apa yang hendak dicoretkan menerusi pe...
Kertas Kerja Ahli Akademik Tentang Statut Rom Berat Sebelah Pelajar

Kertas Kerja Ahli Akademik Tentang Statut Rom Berat Sebelah Pelajar

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 350 hits
MALAYSIAKINI Sekumpulan aktivis pelajar hari ini mendedahkan rumusan eksekutif kertas kerja oleh empat ahli akademik yang mereka dakwa digunakan untuk meyakinkan Majlis Raja raja agar menolak Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa Hujah h...
Statut Rom Politik Toksik Punca Malaysia Tarik Diri Kata Kit Siang

Statut Rom Politik Toksik Punca Malaysia Tarik Diri Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 352 hits
Lim Kit Siang berkata Malaysia terpaksa menarik diri daripad menyertai Statut Rom disebabkan desakan pelbagai pihak yang kurang faham mengenai perkara tersebut JOHOR BAHRU Keputusan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkam...
Statut Rom Memang Mengeliru

Statut Rom Memang Mengeliru

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 415 hits
ISMA WEB Pemimpin Islam Melayu dalam kerajaan takut kepada DAP Amir Isma BANGI Ikatan Muslimin Malaysia sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana menyokong keputusan kerajaan menarik diri daripada Statut Rom yang boleh mengancam kedaulat...
Statut Rom Pembangkang Gesa Tindakan Tegas Terhadap Menteri Luar Peguam Negara

Statut Rom Pembangkang Gesa Tindakan Tegas Terhadap Menteri Luar Peguam Negara

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 325 hits
Ketua pembangkang Parlimen Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan tegas harus diambil ke atas peguam negara kerana gagal memberi nasihat kepada kerajaan tentang kesan negatif Statut Rom PETALING JAYA Ketua pembangkang mendesak Perdana Menteri...
Statut Rom Tak Wajar Tarik Diri Walau Ditentang Pihak Tertentu Mp

Statut Rom Tak Wajar Tarik Diri Walau Ditentang Pihak Tertentu Mp

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 304 hits
MALAYSIAKINI Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata kerajaan tidak seharusnya menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang telah pun dimeterai Beliau berkata tidakan itu menjadikan Malaysi...
50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Dbkl Puts 3 Officers On Leave Over Balloon Vendor Incident


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Reka Cerita Nafi Tuduhan Berkaitan Dengan Kim Saeron Kim Soohyun Menangis Teresak Esak Di Sidang Media

Tak Layan Mengarut