Statut Rom Tak Wajar Tarik Diri Walau Ditentang Pihak Tertentu Mp


MALAYSIAKINI

   
Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata kerajaan tidak seharusnya menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah pun dimeterai.

Beliau berkata tidakan itu menjadikan Malaysia sebagai "bahan ketawa dunia antarabangsa" selain menjejaskan kewibawaan kerajaan.

"Apabila kerajaan telah menandatangani (undang-undang antarabangsa) adalah tidak wajar menarik balik hanya kerana penentangan golongan tertentu, hatta dari pihak istana.

"Adalah tugas kerajaan untuk menerangkannya dengan jelas.

"Dulu saya sudah berkata jangan gopoh dan terburu-buru. Parlimen dan Majlis Raja-raja perlu dirundingi. Sekarang nasi sudah jadi bubur," katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman berkenaan perkara itu dalam sidang media pada 5 April lalu.

Mahathir antara lain berkata keputusan itu diambil bukan kerana statut itu menjejaskan negara, tetapi kerana kekeliruan dari segi politik dan di kalangan masyarakat.

Wisma Putra sebelum ini menyatakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad telah dimaklumkan mengenai penyertaan Malaysia pada 15 Februari lalu.

Dalam pada itu, Hassan yang menyifatkan Statut Rome sebagai undang-undang antarabangsa yang baik meminta Menteri Luar Saifuddin Abdullah menjawab beberapa perkara yang timbul susulan penarikan itu.

"Apakah ia keputusan jemaah menteri secara sebulat suara, secara konsensus atau majoriti, atau pun keputusan perdana menteri seorang diri atau keputusan minoriti?"

Bagaimanapun Hassan yang juga pengerusi PKR Johor berkata selaku anggota parlimen beliau tetap menerima keputusan itu walaupun menyokong keputusan kerajaan memeterai Statut Rome sebelum ini.

Antara pihak yang mengkritik penyertaan kerajaan adalah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan puteranya Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bertitah ia melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana memberi kesan terhadap institusi beraja, hak-hak Melayu dan kesucian Islam di Malaysia.

Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyentuh empat jenayah utama antarabangsa - pembunuhan beramai-ramai (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/statut-rom-tak-wajar-tarik-diri-walau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Statut Rom Politik Toksik Punca Malaysia Tarik Diri Kata Kit Siang

Statut Rom Politik Toksik Punca Malaysia Tarik Diri Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 340 hits
Lim Kit Siang berkata Malaysia terpaksa menarik diri daripad menyertai Statut Rom disebabkan desakan pelbagai pihak yang kurang faham mengenai perkara tersebut JOHOR BAHRU Keputusan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkam...
Dr M Terpaksa Tarik Diri Dari Statut Rom Kerana Seseorang Mahu Bebas Pukul Orang Lain

Dr M Terpaksa Tarik Diri Dari Statut Rom Kerana Seseorang Mahu Bebas Pukul Orang Lain

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 338 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menarik balik perakuan Statut Rom mengatakan penentang perjanjian itu cuba melaga lagakan raja raja Melayu dengan kerajaan Perdana menteri berkata Malaysia akan me...
Malaysia Akan Tarik Diri Daripada Statut Rom

Malaysia Akan Tarik Diri Daripada Statut Rom

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada ratifikasi Statut Rom kontroversi yang dikritik pelbagai pihak termasuk istana Johor Perdana menteri berkata Kabinet membuat keputusan menarik diri da...
Tarik Diri Sertai Statut Rom Langkah Bijak Anwar

Tarik Diri Sertai Statut Rom Langkah Bijak Anwar

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 301 hits
Keputusan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa adalah satu langkah bijak dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendir...
Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome Kerana Pm

Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome Kerana Pm

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 467 hits
Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang telah dimeterai negara kerana rakyat mudah terpesong dengan perasaan dan emosi kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad lapor Untuk pengetahuan umum ICC...
Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome Kata Dr M

Malaysia Tarik Diri Dari Statut Rome Kata Dr M

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 398 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang telah dimeterai negara Kami menarik balik penyertaan dalam perjanjian itu kerana rakyat mudah terpesong ...
Statut Rome Malaysia Tarik Diri Kerana Rakyat Mudah Terpesong Dan Emosi Kata Perdana Menteri Viralhancing

Statut Rome Malaysia Tarik Diri Kerana Rakyat Mudah Terpesong Dan Emosi Kata Perdana Menteri Viralhancing

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 435 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang telah dimeterai negara Kami menarik balik penyertaan dalam perjanjian itu kerana rakyat mudah terpesong ...
Anasir Belakang Tabir Punca Putrajaya Tarik Diri Statut Rome

Anasir Belakang Tabir Punca Putrajaya Tarik Diri Statut Rome

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 377 hits
Anasir belakang tabir punca Putrajaya tarik diri Statut RomePosted By on April 08 2019Putrajaya menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom untuk mengelak isu itu dieksploitasi oleh anasir di belakang tabir atau daulah terpendam kata Khal...
Is Statut Rom Anwar Sokong Mahathir

Is Statut Rom Anwar Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 429 hits
Plot tentang Dr M Anwar rujuk seseorang dari kerabat diraja Zikri Kamarulzaman Dakwaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat cubaan melaga lagakan raja Melayu dengannya berhubung isu Statut Rom bukanlah merujuk kepada parti po...
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fuel Prices Remain Unchanged

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Pelaburan Rm3 Juta Svg Worldwide Ss25 Mendefinisikan Semula Fesyen Jalanan Malaysia

Cara Elak Getah Nagka Lekat Kat Tangan