Dpsp Upsi Ambilan Mac 2026
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membuka permohonan Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (DPSP) UPSI bagi Mod Cuti Sekolah ambilan Mac 2026 yang boleh dipohon menerusi https://forms.gle/is3hB7n2veMGY5u3A.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ini.
Mengenai Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah
DPSP (sebelum ini dipanggil Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah) ialah singkatan bagi Diploma Pasca Siswazah Pendidikan yang merupakan satu program diploma ikhtisas yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Ini bagi melayakkan pemegang ijazah sarjana muda menjadi guru profesional, dengan kelas yang biasanya diadakan pada waktu cuti sekolah atau hujung minggu untuk memberi fleksibiliti kepada yang bekerja.
Salah satu institusi yang menawarka peringkat pengajian ini adalah UPSI melalui rakan strategiknya Uni Akademika.

Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 JANUARI 2026.
Kelebihan Program
Kelebihan program ini adalah seperti berikut:
Yuran Pengajian berpatutan (RM10,200) dibayar secara 6 kali ansuran.
Kelas dilaksanakan semasa cuti sekolah secara bersemuka di Kampus UPSI, Tanjung Malim (kelas online hanya jika dimaklumkan).
Jangka masa pengajian selama 3 semester.
Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Diploma ikhtisas sebagai kelayakan untuk menjadi guru.
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia.
Lulus Kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang dari Universiti yang diiktiraf kerajaan Malaysia dengan memperoleh CGPA 2.50 dan ke atas (bagi calon yang mempunyai CGPA 2.00 hingga CGPA 2.49 perlu dengan minimum 5 tahun pengalaman mengajar sekolah/institusi pendidikan).

Jadual Pembayaran
Jadual pembayaran yuran adalah seperti di bawah:

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan permohonan iaitu https://forms.gle/is3hB7n2veMGY5u3A sebelum 31 Januari 2026.
Soalan Lazim
Apakah perbezaan DPSP dan DPLI? DPLI atau Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah merupakan nama lama bagi pengajian ini sebelum ditukar kepada DPSP atau Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.
Berapakh jumlah yuran yang akan dikenakan? Jumlah yuran yang akan dikenakan adalah RM10,200 yang boleh dibayar secara 6 kali ansuran.
Berapa lamakah tempoh masa pengajian ini? Tempoh masa pengajian ini adalah selama 3 semester.
Bilakah tarikh tutup permohonan? Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2026.
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan? Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/is3hB7n2veMGY5u3A.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 019-559 2782/ 019-808 1951/ 019-361 0831 atau emel ke
[email protected].
Baca juga: eGTukar: Semakan & Permohonan Pertukaran Guru Online
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/dpsp-upsi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dpsp-upsi