Sidang Dun Pulau Pinang Kecoh Isu Lompat Parti




GEORGETOWN: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini sedikit tegang apabila isu lompat parti dibangkitkan ketika ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN-Sungai Dua).

 

Perkara itu mula tercetus apabila Teh Lai Heng (DAP-Komtar) meminta pandangan Muhamad Yusoff mengenai penarikan usul kekosongan empat kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sepatutnya dibentangkan pada sesi persidangan kali ini.

 

Keadaan bertambah kecoh apabila Muhamad Yusoff terus diasak dengan soalan oleh Lee Chun Kit (DAP-Pulau Tikus) yang memintanya menyatakan pendirian dengan amalan lompat parti termasuk yang dibuat beberapa ADUN yang berada di dalam dewan ini.

 

Suasana tegang bagaimanapun berjaya dikawal oleh Speaker, Datuk Law Choo Kiang yang meminta semua ahli dewan menghormati dewan dan memberi ruang kepada Muhamad Yusoff menjawab.

 

Menjawab soalan dibangkitkan Chun Kit, Muhamad Yusoff berkata, beliau tidak suka dengan amalan melompat parti kerana beliau seorang yang setia namun bersedia mempertahankan semua rakan-rakan di blok pembangkang.





“Saya sudah bersedia untuk mempertahankan rakan-rakan dan percaya tindakan mereka tidak bercanggah dengan undang-undang selain boleh dipertahankan.

 

“Pada masa sama saya bersyukur usul mengosongkan kerusi empat ADUN tidak dibawa hari ini yang berkemungkinan ia adalah atas alasan koronavirus (Covid-19),” katanya.

 

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang memaklumkan tidak akan meneruskan pembentangan usul untuk mengosongkan empat kerusi DUN pada persidangan kali ini kerana situasi terkini wabak Covid-19.

 

Ketua Menteri Chow Kon Yeow sebelum ini berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat kesan buruk daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang mana berlakunya peningkatan kes Covid-19 selepas pilihan raya itu diadakan.

 

Pulau Pinang sebelum ini menguatkuasakan undang-undang Anti Lompat Parti bagi menyekat mana-mana wakil rakyat negeri itu daripada melompat parti untuk keuntungan peribadi mengikut Perkara 14A (1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang

 

Sebelum ini, dua ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Teluk Bahang, Zolkifli Md Lazim menarik semula sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan bersama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

 

Selain itu, ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan ADUN Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim pula tidak lagi menjadi wakil rakyat PH apabila dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 

--sinarharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/sidang-dun-pulau-pinang-kecoh-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dun Pulau Pinang Kecoh Adun Pantai Jerejak Masih Tidak Kelihatan

Dun Pulau Pinang Kecoh Adun Pantai Jerejak Masih Tidak Kelihatan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 335 hits
GEORGE TOWN Sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini kecoh hampir 10 minit dengan pertikaman lidah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri berhubung isu ketidakhadiran ADUN Pantai Jerejak ADUN Zulkifli Ibrahim telah bangun b...
Covid19 Pulau Pinang Pertimbang Sidang Dun Secara Maya

Covid19 Pulau Pinang Pertimbang Sidang Dun Secara Maya

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 252 hits
Kerajaan Pulau Pinang akan meneliti keperluan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan pada 12 Oktober ini menerusi maya sekiranya beberapa wakil rakyat yang kini sedang dikuarantin didapati positif Covid 19 Ketua Menteri Ch...
Isu Bekalan Air Kurang Di Pulau Pinang Tuntut Perhatian Serius

Isu Bekalan Air Kurang Di Pulau Pinang Tuntut Perhatian Serius

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 395 hits
Kerajaan Pulau Pinang diterajui DAP perlu mengkaji secara menyeluruh terhadap masalah kekurangan air yang luar biasa di negeri ini dengan tidak bersandarkan alasan kepada faktor perubahan iklim semata mata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ustaz...
Pulau Pinang Tangguh Bentang Usul Kosong Empat Kerusi Dun

Pulau Pinang Tangguh Bentang Usul Kosong Empat Kerusi Dun

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 322 hits
GEORGETOWN Kerajaan Pulau Pinang tidak akan meneruskan pembentangan usul untuk mengosongkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri Isnin ini kerana situasi terkini wabak koronavirus Ketua Menteri Chow Kon Yeow ...
Guan Eng Dimalukan Di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Guan Eng Dimalukan Di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 293 hits
Kes saman Dato Seri Panglima Azeez Rahim terhadap Lim Guan Eng berjalan semalam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Plaintif yang diwakili oleh Peguam Dato Seri Jaharbardeen Bin Mohamed Yunoos menyoal Lim Guan Eng di kandang saksi Terdapat 18 k...
11 Kilang Kitar Semula Plastik Tidak Berlesen Beroperasi Di Pulau Pinang

11 Kilang Kitar Semula Plastik Tidak Berlesen Beroperasi Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 312 hits
GEORGE TOWN Sebanyak 11 kilang kitar semula plastik tidak berlesen di rekodkan beroperasi di Pulau Pinang kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo Beliau berkata sebanyak 102 kilang kitar semula p...
7 Menu Makanan Jalanan Atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan

7 Menu Makanan Jalanan Atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 621 hits
7 Menu Makanan Jalanan atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan Assalamualaikum dan selamat pagi Hai reader semua kali ini Bonde nak kongsikan pengalaman Bonde ke Penang dan pastinya This is a content summary only Visit my website...
Cara Mohon Tingkatan 1 Smka Sabk 2021 Pulau Pinang

Cara Mohon Tingkatan 1 Smka Sabk 2021 Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 694 hits
Cara Memohon Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sejak negara dilanda Covid 19 ada beberapa perkara termasuklah permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh MRSM malah kemasukan ke SMKA dan SABK juga a...
Pulau Pinang Disaran Potong Gaji Ketua Menteri Exco Sebagai Langkah Penjimatan Hadapi Covid 19

Pulau Pinang Disaran Potong Gaji Ketua Menteri Exco Sebagai Langkah Penjimatan Hadapi Covid 19

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 260 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini disyorkan memotong gaji serta elaun Ketua Menteri dan semua exco sebagai langkah penjimatan dalam mendepani pandemik COVID 19 Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin berkat...
Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Lorry Driver Charged With Causing Death Of Nine Fru Personnel

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Urban Renewal Not A Dirty Term


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Janji Dengan Cikgu

May 17 2025

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Buku Teks Sains Tingkatan 2 Kssm Bahasa Melayu English