Pulau Pinang Tangguh Bentang Usul Kosong Empat Kerusi Dun




GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang tidak akan meneruskan pembentangan usul untuk mengosongkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sidang Dewan Undangan Negeri, Isnin ini kerana situasi terkini wabak koronavirus (Covid-19).

 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat setelah melihat kesan buruk daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang mana berlaku peningkatan kes Covid-19 selepas pilihan raya itu diadakan.

 

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas membuat banyak pertimbangan dan ia diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang yang dijalankan semalam.

 

"Selepas beberapa pertimbangan dibuat dalam masa yang mencabar ini, kerajaan negeri melihat bahawa kesihatan dan keselamatan awam rakyat mesti didahulukan.

 

"Sehubungan itu, MMK Pulau Pinang yang dijalankan semalam memutuskan bahawa kita tidak akan meneruskan pembentangan usul ini pada persidangan akan datang," katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, sebentar tadi.

 

Sebelum ini, terdapat empat ADUN mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

 

Mereka adalah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (DUN Bertam) dan Zolkifli Md Lazim (DUN Teluk Bahang) serta dua ADUN PKR yang digantung keahlian, Dr Afif Bahardin (DUN Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (DUN Sungai Acheh).

 

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri yakin usul tersebut akan diperdebatkan secara meluas semasa persidangan yang akan datang.

 

"Saya juga yakin bahawa Perkara 14A Perlembagaan Negeri akan ditegakkan dengan majoriti yang kuat.

 

"Kita pasti, jika usul ini dibentangkan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam masa 60 hari namun kerana situasi Covid-19 dan tidak mahu apa yang berlaku di Sabah berulang, maka usul ini ditangguhkan. Ia akan diteruskan pada sesi DUN yang lain ketika keadaan yang lebih sesuai tanpa membahayakan kesihatan orang ramai untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK)," katanya.

 

Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang sebelum ini berkata, beliau telah menerima satu usul khas untuk mengisytiharkan kerusi ADUN yang telah melanggar undang-undang anti lompat parti itu sebagai kosong.

 

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow berkata, Pulau Pinang masih belum di peringkat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (TEMCO) kerana keadaan Covid-19 masih terkawal.

 

"Pada masa ini, tiada keperluan untuk itu (TEMCO). Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menilai situasi dan seterusnya menasihatkan kerajaan negeri jika ada keperluan untuk melaksanakan TEMCO.

 

"Semua agensi di negeri ini sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dalam menjalankan tugas jika situasi Covid-19 semakin membimbangkan," katanya.

 

--sinarharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/pulau-pinang-tangguh-bentang-usul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Dun Pulau Pinang Kecoh Isu Lompat Parti

Sidang Dun Pulau Pinang Kecoh Isu Lompat Parti

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 290 hits
GEORGETOWN Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini sedikit tegang apabila isu lompat parti dibangkitkan ketika ucapan Ketua Pembangkang Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor Perkara itu mula tercetus apabila Teh Lai Heng meminta pandang...
Covid19 Pulau Pinang Pertimbang Sidang Dun Secara Maya

Covid19 Pulau Pinang Pertimbang Sidang Dun Secara Maya

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 226 hits
Kerajaan Pulau Pinang akan meneliti keperluan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan pada 12 Oktober ini menerusi maya sekiranya beberapa wakil rakyat yang kini sedang dikuarantin didapati positif Covid 19 Ketua Menteri Ch...
Pulau Pinang Bentang Belanjawan Defisit

Pulau Pinang Bentang Belanjawan Defisit

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 229 hits
Belanjawan 2021 Pulau Pinang defisit RM403 80 juta lebih tinggi berbanding dengan unjuran defisit 2020 berjumlah RM273 5 juta Ketua Menteri Chow Kon Yeow ketika membentangkan belanjawan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang bermula hari in...
Solat Berjemaah Aktiviti Keagamaan Di Masjid Di Pulau Pinang Diteruskan

Solat Berjemaah Aktiviti Keagamaan Di Masjid Di Pulau Pinang Diteruskan

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 270 hits
GEORGE TOWN Solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di Pulau Pinang termasuk di kawasan Permatang Janggus Penaga dekat sini masih boleh diteruskan dengan pematuhan prosedur operasi standard COVID 19 bagi mengekang p...
Covid19 Pulau Pinang Tutup 33 Premis Tak Patuh Sop Sejak Pkp

Covid19 Pulau Pinang Tutup 33 Premis Tak Patuh Sop Sejak Pkp

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 263 hits
Sejumlah 33 buah premis di Pulau Pinang telah diarahkan ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard berkaitan pencegahan penularan Covid 19 Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan...
Banduan Di Penjara Reman Pulau Pinang Meninggal Dunia Kerana Covid 19

Banduan Di Penjara Reman Pulau Pinang Meninggal Dunia Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 316 hits
Seorang banduan lelaki di Penjara Reman Pulau Pinang dilaporkan meninggal dunia kerana Covid 19 Difahamkan pada ketika ini penjara itu dihuni oleh 2 300 banduan dan 320 kakitangan Mana mana banduan atau kakitangan yang merupakan kontak rapa...
Petugas Kkm Sibuk Di Penjara Reman Pulau Pinang

Petugas Kkm Sibuk Di Penjara Reman Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 327 hits
Petugas KKM ketika tiba di perkarangan Penjara Reman Pulau Pinang dipercayai bagi melakukan ujian saringan Covid 19 kepada tahanan dan kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang FOTO ZUHAINY ZULKIFFLIGeorgetown Tenang dan terkawal Demikian keada...
Makan Makanan Arab Di Restoran Halab Pulau Pinang

Makan Makanan Arab Di Restoran Halab Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 671 hits
Restoran Halab Pulau PinangRestoran Halab ni adalah restoran makanan arab yang terletak di Jalan Chulia George Town Pulau Pinang Restoran Halab ni juga adalah original dari Arab Syria 80 adalah pelayan berbangsa arab Kalau tak silap chef ju...
The Table Co Cafe Carnarvon Street George Town Pulau Pinang

The Table Co Cafe Carnarvon Street George Town Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 404 hits
The Table Co Cafe Makan santai santai western food di The Table Co Cafe di Carnarvon Street George Town Pulau Pinang memang sangat ohsem dan sedap The Table Cafe ni takde la besar sangat Diorang menggunakan sepenuhnya ruang dua tingkat bang...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik