11 Kilang Kitar Semula Plastik Tidak Berlesen Beroperasi Di Pulau Pinang




GEORGE TOWN: Sebanyak 11 kilang kitar semula plastik tidak berlesen di rekodkan beroperasi di Pulau Pinang, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo.

 

Beliau berkata sebanyak 102 kilang kitar semula plastik dikenal pasti beroperasi di negeri ini dengan kesemuanya terletak di Seberang Perai.

 

"Sebanyak 91 kilang kitar semula plastik adalah berlesen manakala 11 lagi tidak berlesen. Di kawasan Seberang Perai Utara sebanyak 34 kilang berlesen dan satu tidak berlesen, di daerah Seberang Perai Tengah 36 berlesen, tujuh tidak berlesen manakala di Seberang Perai Selatan sebanyak 21 kilang berlesen manakala tiga tidak berlesen," katanya semasa menjawab soalan Lee Khai Loon (PH-Machang Bubok) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

 

Lee ingin tahu bilangan kilang kitar semula plastik berlesen dan tidak berlesen mengikut daerah serta  jumlah penguatkuasaan yang telah dijalankan ke atas kilang-kilang yang beroperasi secara haram serta membakar secara terbuka dan kekangan yang dihadapi oleh pihak penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kilang haram berkenaan.

 

Jagdeep berkata sebanyak 34 operasi penguatkuasaan telah dijalankan sehingga September lepas dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengeluarkan sebanyak 16 notis dan 11 tawaran kompaun bagi ketidakpatuhan yang dilakukan oleh kilang-kilang terbabit.

 





Beliau berkata antara kekangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa atau agensi dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas kilang haram ialah kesukaran mendapatkan maklumat lengkap berhubung syarikat yang menjalankan aktiviti operasi kilang bagi tujuan dokumentasi untuk tindakan undang-undang di mahkamah.

 

"Selain itu, kekangan yang dihadapi juga adalah kesukaran mendapatkan pembuktian aktiviti atau kesalahan yang sedang dijalankan, proses tindakan mahkamah yang mengambil masa panjang, infrastruktur dan pembangunan kilang kitar semula yang tidak mengikut atau lulus kebenaran merancang juga menjadi kekangan kepada Jabatan Alam Sekitar dalam menjalankan penguatkuasaan," katanya.

 

Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat itu berkata tindakan penguatkuasaan yang dijalankan secara berasingan oleh semua jabatan atau agensi penguatkuasaan berikutan senarai peruntukan undang-undang yang berbeza dan tindakan penguatkuasaan tidak menyeluruh juga menjadi antara faktor kekangan.

 

-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/11-kilang-kitar-semula-plastik-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Dun Pulau Pinang Kecoh Isu Lompat Parti

Sidang Dun Pulau Pinang Kecoh Isu Lompat Parti

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 309 hits
GEORGETOWN Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini sedikit tegang apabila isu lompat parti dibangkitkan ketika ucapan Ketua Pembangkang Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor Perkara itu mula tercetus apabila Teh Lai Heng meminta pandang...
7 Menu Makanan Jalanan Atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan

7 Menu Makanan Jalanan Atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 595 hits
7 Menu Makanan Jalanan atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan Assalamualaikum dan selamat pagi Hai reader semua kali ini Bonde nak kongsikan pengalaman Bonde ke Penang dan pastinya This is a content summary only Visit my website...
Pulau Pinang Hasrat Mohon Putrajaya Laksana Pkpd Sekitar Penjara Seberang Perai

Pulau Pinang Hasrat Mohon Putrajaya Laksana Pkpd Sekitar Penjara Seberang Perai

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 473 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Negeri berhasrat memohon Kerajaan Persekutuan di Putrajaya mempertimbangkan syor pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bagi Penjara Seberang Perai dan kawasan kuarters kakitangan penjara berkenaan ekoran...
Nak Cari Kari Kepala Ikan Yang Sedap Boleh Datang Ke Restoran Pen Mutiara Batu Maung Bayan Lepas Pulau Pinang

Nak Cari Kari Kepala Ikan Yang Sedap Boleh Datang Ke Restoran Pen Mutiara Batu Maung Bayan Lepas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 643 hits
Serius la kari kepala ikan kat Restoran Pen Mutiara ni memang betul betul power Dimasak panas panas dan dihidangkan dalam mangkuk kari yang besar Jenis ikan korang boleh pilih nak ikan yang mana satu ikut citarasa korang la restoran pen mut...
Guan Eng Dimalukan Di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Guan Eng Dimalukan Di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 274 hits
Kes saman Dato Seri Panglima Azeez Rahim terhadap Lim Guan Eng berjalan semalam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Plaintif yang diwakili oleh Peguam Dato Seri Jaharbardeen Bin Mohamed Yunoos menyoal Lim Guan Eng di kandang saksi Terdapat 18 k...
Nelayan Sungai Batu Gesa Kerajaan Pulau Pinang Imbangi Pembangunan Projek Psr

Nelayan Sungai Batu Gesa Kerajaan Pulau Pinang Imbangi Pembangunan Projek Psr

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 331 hits
GEORGE TOWN Nelayan Sungai Batu dekat kawasan selatan negeri ini menggesa kerajaan Pulau Pinang supaya mengimbangi pelaksanaan projek mega tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang bagi memastikan sumber laut terpelihara Ketua Unit Nel...
Cara Mohon Tingkatan 1 Smka Sabk 2021 Pulau Pinang

Cara Mohon Tingkatan 1 Smka Sabk 2021 Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 660 hits
Cara Memohon Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sejak negara dilanda Covid 19 ada beberapa perkara termasuklah permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh MRSM malah kemasukan ke SMKA dan SABK juga a...
Covid 19 Penjara Reman Pulau Pinang Laksana Pkpd Pentadbiran

Covid 19 Penjara Reman Pulau Pinang Laksana Pkpd Pentadbiran

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 528 hits
PUTRAJAYA Penjara Reman Pulau Pinang menguatkuasakan langkah langkah pencegahan COVID 19 menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara pentadbiran berkuat kuasa hari ini sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak Jabatan Penjara...
563 Kes Baharu Covid 19 Pulau Pinang Catat Lonjakan 141 Kes

563 Kes Baharu Covid 19 Pulau Pinang Catat Lonjakan 141 Kes

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 388 hits
PUTRAJAYA 12 Okt Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 563 kes positif COVID 19 baharu hari ini Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan terkini meningkat ke 16 220 kes Ketua pengarahnya Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisha...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu