Pulau Pinang Disaran Potong Gaji Ketua Menteri Exco Sebagai Langkah Penjimatan Hadapi Covid 19




GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini disyorkan memotong gaji serta elaun Ketua Menteri dan semua exco sebagai langkah penjimatan dalam mendepani pandemik COVID-19.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin berkata langkah itu juga sebagai alternatif kepada penggunaan wang Simpanan Terkumpul Negeri bagi membiayai unjuran defisit sebanyak RM403.80 juta dalam Bajet 2021.

 

Beliau berkata penggunaan wang Simpanan Terkumpul bagi membiayai bajet defisit merupakan trend yang tidak baik jika pandemik COVID-19 serta cabaran ekonomi berpanjangan sehingga tahun 2021 dan 2022.

 

"Langkah penjimatan harus dicari bagi membolehkan lebihan perbelanjaan ini ditanggung tetapi penggunaan wang simpanan yang berbaki RM1.07 bilion setakat 2018 itu adalah satu langkah yang tidak sihat," katanya semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2021 persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung di Dewan Sri Pinang hari ini.

 





Kerajaan negeri juga disaran mengambil pendekatan berbeza termasuk mendapatkan pinjaman daripada insitusi kewangan atau bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan kewangan negeri kekal stabil dan kukuh dalam mendepani pandemik COVID-19.

 

"Bagi pembiayaan projek mega seperti tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) misalnya, boleh ditawarkan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Pelaburan Hartanah Berhad.

 

"Usaha ini juga secara tidak langsung akan dapat meningkatkan pelaburan domestik," katanya.

 

Afif turut menjelaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah menganaktirikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti mana yang didakwa segelintir pihak sebaliknya kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan sejumlah RM2.95 bilion peruntukan untuk negeri itu.

 

Beliau berkata peruntukan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) seperti diumumkan kerajaan pusat sebelum ini telah memanfaatkan lebih 600,000 penduduk Pulau Pinang.

 

"Sebab itu jangan marah jika ada satu atau dua projek besar di negeri ini ditangguhkan kerana apa yang diperlukan rakyat ketika ini ialah bagaimana untuk mencari pendapatan, meneruskan perniagaan dan menghantar anak ke sekolah," katanya.

 

Persidangan DUN Pulau Pinang bersambung esok.

 

-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/pulau-pinang-disaran-potong-gaji-ketua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Kes Pertama Lokap Polis Dicatat Di Pulau Pinang

Covid 19 Kes Pertama Lokap Polis Dicatat Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 460 hits
nbsp Dewi Nur Harasha AliasOktober 17 2020 14 14 MYTCOVID 19 Kes pertama lokap polis dicatat di Pulau PinangSehingga kini keseluruhan kes COVID 19 di Pulau Pinang di rekod sebanyak 402 kes dengan tiga kematian Astro AWANIGEORGE TOWN Selepas...
Banduan Di Penjara Reman Pulau Pinang Meninggal Dunia Kerana Covid 19

Banduan Di Penjara Reman Pulau Pinang Meninggal Dunia Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 417 hits
Seorang banduan lelaki di Penjara Reman Pulau Pinang dilaporkan meninggal dunia kerana Covid 19 Difahamkan pada ketika ini penjara itu dihuni oleh 2 300 banduan dan 320 kakitangan Mana mana banduan atau kakitangan yang merupakan kontak rapa...
Sah Ketua Menteri Sabah Hajiji Positif Covid 19 Kini Di Hospital

Sah Ketua Menteri Sabah Hajiji Positif Covid 19 Kini Di Hospital

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 749 hits
KOTA KINABALU Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif Covid 19 dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth Perkara itu disahkan selepas beliau menjalani ujian Covid 19 sekali lagi ketika sedang mel...
Pusat Rawatan Khas Covid 19 Di Penjara Reman Pulau Pinang

Pusat Rawatan Khas Covid 19 Di Penjara Reman Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 455 hits
BERNAMAGeorge Town Penjara Reman Pulau Pinang membuka pusat rawatan khas Covid 19 di dalam penjara itu sebagai persediaan menghadapi kemungkinan ramai tahanan dijangkiti wabak berkenaan Pengarahnya Mohamed Jusoh Ismail berkata setakat ini j...
Kerajaan Pulau Pinang Diminta Warta Lokasi Penjaja Tanpa Lesen Sebagai Kawasan Sah

Kerajaan Pulau Pinang Diminta Warta Lokasi Penjaja Tanpa Lesen Sebagai Kawasan Sah

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 329 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang dicadangkan supaya menambah baik aspek pemutihan terhadap penjaja tanpa lesen di negeri ini dengan mewartakan lokasi perniagaan mereka sebagai kawasan penjaja yang sah Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Ja...
Pulau Pinang Umum Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam

Pulau Pinang Umum Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 309 hits
Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM1 000 untuk semua penjawat awam di negeri itu Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata bayaran bonus kepada 4 009 penjawat awam negeri itu akan dibuat Disember ...
Sebuah Sekolah Di Pulau Pinang Diperintahkan Untuk Ditutup Setelah Guru Mendapat Ujian Positif Covid 19

Sebuah Sekolah Di Pulau Pinang Diperintahkan Untuk Ditutup Setelah Guru Mendapat Ujian Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 449 hits
KEPALA BATAS Sebuah sekolah di hujung utara daratan Pulau Pinang diperintahkan untuk ditutup sehingga 8 Oktober setelah salah seorang guru positif Covid 19 Pasangan guru itu adalah ahli politik Kedahan dan dia mengikutinya ke Sabah semasa p...
563 Kes Baharu Covid 19 Pulau Pinang Catat Lonjakan 141 Kes

563 Kes Baharu Covid 19 Pulau Pinang Catat Lonjakan 141 Kes

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 476 hits
PUTRAJAYA 12 Okt Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 563 kes positif COVID 19 baharu hari ini Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan terkini meningkat ke 16 220 kes Ketua pengarahnya Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisha...
Covid 19 Penjara Reman Pulau Pinang Laksana Pkpd Pentadbiran

Covid 19 Penjara Reman Pulau Pinang Laksana Pkpd Pentadbiran

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 600 hits
PUTRAJAYA Penjara Reman Pulau Pinang menguatkuasakan langkah langkah pencegahan COVID 19 menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara pentadbiran berkuat kuasa hari ini sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak Jabatan Penjara...
T19f23 Balik Ke Kuala Lumpur Dari Kota Bharu Menaiki Bas Ekspres Musafir

Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Tips Beli Powerbank Kapasiti Jenama Ciri Keselamatan Yang Perlu Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Dream Beyond Borders Maldivian Music Takes Centre Stage In Malaysia This November

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups