Siasat Pelompat Parti Pengkhianat Rakyat


 ' Belang Bertempat '

LOMPAT ke parti si polan, keluar dari parti si polan. Menagih duit berjuta sehingga jiwa wakil rakyat jadi tak keruan.
Tindak tanduk sedemikian rupalah yang Belang cuak, “betulkah satu persatu wajah-wajah yang berada bersama seorang pemimpin Sabah semalam melakukannya?”.
Kata pemimpin berkenaan, dia sudah dapat majoriti membentuk kerajaan negeri. Tapi akhirnya tidak kesampaian, kali kedua terjadi kepada dirinya.
Belang kasihan melihat dirinya. Sama ada benar dakwaan dia `main duit’ untuk pancing orang-orang dari sebelah ketua menteri melompat, Belang serahkan kepada pemerhati politik untuk nilaikan.
Tetapi Belang harap sangat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat insiden pergolakan politik Sabah ini sama ada pakai duit atau tidak, sehingga ketua menteri menghadap Yang di-Pertua Negeri
Apa pun, yang cukup Belang pasti, dan orang Semenanjung kena akui juga, senario politik di Sabah agak unik.
Suatu ketika, Parti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) membuktikan tiada yang mustahil dalam jatuh bangun politik.
Datuk Harris Salleh yang menubuhkan Parti Berjaya baru dua bulan pada 1973, berhasil menewaskan USNO pimpinan Tun Datu Mustapha Datu Harun.
Kemudian, Datuk Joseph Pairin Kitingan yang keluar beramai-ramai bersama pemimpin Kadazan lain dari Berjaya membentuk PBS. Hanya tiga bulan beroperasi, PBS menumbangkan Parti Berjaya dalam pilihan raya negeri 20-21 April 1985.
Dan tindakan 13 wakil rakyat dan 21 ketua UMNO bahagian dari Sabah keluar parti selepas PRU-14 menjadi ahli politik bebas tempoh hari pada pengamatan ramai, pastinya lebih terarah untuk survival politik masing-masing.
Bukanlah sangat soal rakyat, tapi demi kepentingan diri lebih diutamakan. Pola politik semasa tanah air sudah berbeza. Jika masih terus berada dalam parti asal, karier politik mereka barangkali `habis’. Apa lagi dengan UMNO waktu itu berada di pihak pembangkang kelihatan `tidak boleh melakukan sesuatu’.
Mungkin inilah yang hinggap dalam kotak fikiran bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Mohd. Noor bersama orang-orangnya termasuklah penyokong tegar Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.
Merapatkan diri dengan parti Warisan dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berkuasa di peringkat negeri dan Pusat suatu `langkah pragmatik’ untuk memastikan gerombolan ini terus dilihat relevan dalam konteks politik semasa. Ya, bukan sahaja untuk manfaat diri sendiri tapi juga kepada rakyat dan pengundi di kawasan DUN dan Parlimen masing-masing.
Sudah tentu apabila bersama Warisan yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan kerajaan PH sebelum Februari lalu, ia akan memposisikan kumpulan yang keluar UMNO ini dalam kedudukan lebih mantap.
Keputusan keluar UMNO kepada kebanyakan ADUN dan ahli Parlimen ini agaknya lebih berbaloi kerana masih ada pengaruh akar umbi tersendiri.
Cuma persoalannya, ke mana perginya aura dan semangat berjuang mereka untuk UMNO kerana selama ini UMNO lah yang telah menyediakan platform kepada mereka sehingga berjawatan tinggi di negeri dan Pusat – timbalan menteri dan menteri? Inilah yang harus dijawab secara jujur – sama ada mengakibatkan UMNO Sabah lumpuh ini demi rakyat?
Gerombolan `lompat parti’ harus jujur pada kebenaran – kebenaran pada diri sendiri, kepada pihak lain dan kebenaran pada hakikatnya.
Jujurlah pada kebenaran politik berpaksikan etos (kewibawaan) yang dipandang tinggi oleh masyarakat.
-SM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/siasat-pelompat-parti-pengkhianat-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Sabah Siasat Dakwaan Adun Di Tawar Wang Untuk Lompat Parti

Sprm Sabah Siasat Dakwaan Adun Di Tawar Wang Untuk Lompat Parti

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 462 hits
KOTA KINABALU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah akan menyiasat dakwaan kononnya terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah telah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti Pengarahnya S Karunanithy berkata SPRM Saba...
Pujuk Wakil Rakyat Yakini Parti Lain Tidak Salah Kata Bung Moktar

Pujuk Wakil Rakyat Yakini Parti Lain Tidak Salah Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 269 hits
Umno Sabah berkata perbuatan memujuk atau menyakinkan wakil rakyat supaya menyokong mana mana parti bukanlah suatu kesalahan Pengerusi Umno negeri itu Bung Moktar Radin berkata kaedah sama turut digunakan ketika kempen pilihan raya bagi men...
Chean Chung Pkr Tuntut Wakil Rakyat Keluar Parti Rm10 Juta Seorang

Chean Chung Pkr Tuntut Wakil Rakyat Keluar Parti Rm10 Juta Seorang

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta seorang terhadap 20 wakil rakyat keluar parti termasuk daripada bekas Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presidennya Zuraida Kama...
Pkr Parti Rosak Rm10 Juta Baik Beri Rakyat Kata Azmin

Pkr Parti Rosak Rm10 Juta Baik Beri Rakyat Kata Azmin

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 339 hits
KUALA PILAH 1 Ogos Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menasihati pihak yang berkenaan agar tidak terlalu banyak bermain politik kerana fokus kerajaan sekarang ialah ke...
Rakyat Mengundi Parti Bukan Batang Tubuh Azmin Zuraida

Rakyat Mengundi Parti Bukan Batang Tubuh Azmin Zuraida

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 267 hits
Kenyataan Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nor Hizwan Ahmad dibidas Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Selangor Adzman Kamaruddin sebagai mempamerkan kebodohan sendiri Menurut Adzman setiausaha politik Zuraida...
Lompat Parti Umpama Khianat Amanah Rakyat Dr Mahathir

Lompat Parti Umpama Khianat Amanah Rakyat Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 308 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan wakil rakyat supaya tidak melupakan janji ketika Pilihan Raya Umum lalu dan mandat yang telah diberikan rakyat selepas dipilih Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata ra...
Kj Sambut Baik Akta Anti Lompat Parti Jika Wakil Rakyat Juga Dilarang Bertanding Selama 5 Tahun

Kj Sambut Baik Akta Anti Lompat Parti Jika Wakil Rakyat Juga Dilarang Bertanding Selama 5 Tahun

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 292 hits
Isu lompat parti oleh ahli politik menjadi satu topik yang agak hangat dibincangkan dan ia tidak boleh dibiarkan berlaku begitu sahaja Lompat parti sesuka hati ini juga dilihat seperti mengkhianati undi rakyat yang akhirnya boleh memberi ke...
Insan Terpilih Rakyat Malaysia Tak Sangka Dapat Tunai Haji Masa Covid 19

Insan Terpilih Rakyat Malaysia Tak Sangka Dapat Tunai Haji Masa Covid 19

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 409 hits
Seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi Fawziya Mohamed tidak menyangka terpilih bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas bilangan jemaah dihadkan berikutan penularan wabak Covid 19 Menurut laporan Alhijrah Online wanita berusia 38 ...
Isu Moratorium Antara Tumpuan Dewan Rakyat

Isu Moratorium Antara Tumpuan Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 523 hits
KUALA LUMPUR 27 JULAI Isu lanjutan tempoh moratorium kewangan bagi membantu perniagaan dan individu terjejas akibat pandemik Covid 19 antara perkara yang bakal dibincangkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyu...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Big Stage Alpha 2025

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Ikut Diet Orang Putih Ke Diet Melayu Je

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia