Pkr Parti Rosak Rm10 Juta Baik Beri Rakyat Kata Azmin
KUALA PILAH, 1 Ogos — Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan  Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini  menasihati pihak yang berkenaan agar tidak terlalu banyak “bermain  politik” kerana fokus kerajaan sekarang ialah kesihatan rakyat dan  ekonomi negara.
                                                                                                                                                                                                                                                                   Katanya pihak yang  berkaitan juga harus mencontohi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  yang tidak begitu banyak berbicara mengenai politik memandangkan  keutamaan beliau ialah untuk selamatkan ekonomi negara dan kesihatan  rakyat.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                        “Kita hari ini meletakkan isu kesihatan rakyat dan isu  ekonomi sebagai fokus ... jangan main politik banyak sangat sebab rakyat  perlu pembelaan dan ini juga fokus perdana menteri, beliau jarang sebut  tentang politik kerana mandat yang diberikan kepadanya ialah untuk  selamatkan ekonomi negara dan selamatkan rakyat daripada diserang wabak  Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas program Korban Perdana  Penggerak Komuniti Negara di sini, hari ini.
                                                                                                                                                                                              Pada masa sama, Mohamed  Azmin juga menegaskan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi bahawa UMNO tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN) tidak  menjejaskan kerajaan semasa.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Ini kerana katanya Umno kekal mendukung kepimpinan Muhyiddin untuk terus menerajui kerajaan persekutuan di bawah PN.
                                                                                                                                                                                                                                                                   PN  merupakan kerjasama politik melibatkan Bersatu, Umno, PAS serta parti  komponen Barisan Nasional selain disokong oleh Gabungan Parti Sarawak.
                                                                                                                                                                                              Sementara itu, mengulas  kenyataan Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar bahawa Muafakat  Nasional Selangor telah menyelesaikan 90 peratus agihan kerusi bagi  menghadapi pilihan raya umum akan datang, Mohamed Azmin berkata isu  tersebut belum dibincangkan bersama PN.
                                                                                                                                                                                              “Saya telah dimaklumkan  perkara ini, tetapi perbincangan ini dibuat pada tahun lepas sebelum ada  PN, tidak mengapalah, sebelum ada PN mereka bincang dengan MN (Muafakat  Nasional). Itu benda yang logik, sekarang sudah ada PN kita kena  bincang secara bersama, belum ada pilihan raya, tak bincanglah, pilihan  raya lambat lagi,” katanya.
                                                                                                                                                                                              Ditanya mengenai surat  tuntutan RM10 juta daripada PKR, bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata  beliau tidak akan melayani tuntutan berkenaan.
                                                                                                                                                                                              “Untuk apa? Kenapa saya  perlu bayar mereka (PKR) RM10 juta? Jika saya ada duit sekalipun, saya  akan serah (wang itu) kepada rakyat, saya tidak akan serahkan kepada  parti yang sudah rosak seperti PKR,” kata Mohamed Azmin yang juga Ahli  Parlimen Gombak.
                                                                                                                                                                                              Sebelum ini, dilaporkan  Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung berkata parti itu akan mengeluarkan  surat tuntutan kepada 19 ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri  PKR yang keluar parti, menuntut mereka membayar RM10 juta masing-masing  kepada PKR.
#Sumber : Bernama     
MR :    
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/pkr-parti-rosak-rm10-juta-baik-beri.html