Lompat Parti Umpama Khianat Amanah Rakyat Dr Mahathir



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan wakil rakyat supaya tidak melupakan janji ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan mandat yang telah diberikan rakyat selepas dipilih

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, rakyat berhak menerima pemerintah lama atau menukar parti kerajaan yang baharu dan ahli politik perlu menghargai majoriti rakyat itu sebagai satu tanggungjawab

“Masalahnya di negara kita, setelah rakyat pilih kerajaan, ada cara-cara yang mereka guna untuk menidakkan pilihan rakyat. Ini saya fikir sesuatu yang tidak baik, tidak patut dilakukan kerana kita buat janji kepada rakyat, kerana janji kita itu, maka rakyat sokong kita dan kita menang

“Kita mesti tunaikan janji, tetapi sebaliknya walaupun kita telah janji, kita gunakan tempat (kedudukan) kita itu untuk menolak pilihan rakyat. Ini tidak baik, atau ada cara boleh buat demikian, kita tidak harus buat demikian. Kita perlu pegang pada prinsip,” katanya dalam forum edisi khas bertajuk 'Wawasan 2020' malam tadi

Beliau menjawab soalan pelayar berhubung tindakan beberapa wakil rakyat 'lompat parti' untuk menyokong bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang cuba menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan)

Dr Mahathir berkata, wakil rakyat tidak patut mengubah pegangan dan prinsip mereka walaupun parti yang disertainya beralih arah atau menyimpang daripada matlamat asal perjuangan dan penubuhannya


“Apa yang berlaku kadang-kadang bukan parti yang menyeleweng tetapi janji manis pihak lain. Kita lupa janji yang dibuat terhadap rakyat. Kita tinggal parti kita. Ini tidak baik bagi sesebuah negara demokratik kerana kita abaikan janji kita pada rakyat," katanya

Sebelum ini, DAP Sabah mendakwa tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ditawarkan wang dan jawatan supaya berpaling tadah berikutan desas-desus kerajaan negeri akan jatuh ke tangan pembangkang

Dua daripadanya ialah ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang dan ADUN Elopura, Calvin Chong membuat laporan polis berhubung kehadiran ejen politik di kediaman mereka untuk memberi tawaran melompat parti

Jannie membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang manakala Calvin membuat laporan di Balai Polis Sandakan

Dalam sidang akhbar selepas itu, Jannie berkata, beliau didatangi tiga lelaki di kediamannya yang mendakwa mewakili anak seorang kenamaan juga ahli politik di Sabah untuk menyampaikan tawaran berkenaan

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula bertindak memecat Naib Ketuanya di Sabah dan ADUN Inanam, Kenny Chua serta-merta yang dilihat menghadiri sidang media Musa untuk mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baru

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kemudiannya mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah pada 30 Julai lalu

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang akhbar khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin

Sumber: Sinar Harian

from Sehinggit Media https://ift.tt/39SuVI3
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/08/lompat-parti-umpama-khianat-amanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gubal Segera Akta Anti Lompat Parti Lim Lip Eng

Gubal Segera Akta Anti Lompat Parti Lim Lip Eng

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 278 hits
Tindakan ahli ahli politik yang melompat parti secara berterusan memalukan imej negara Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menggesa agar undang undang Anti Lompat Parti digubal segera Tahun 2020 telah menyaksikan betapa hebatnya kewujudan Poli...
Dua Lagi Pemimpin Bersatu Keluar Parti Sokong Dr Mahathir

Dua Lagi Pemimpin Bersatu Keluar Parti Sokong Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 228 hits
Dua lagi pemimpin Bersatu keluar parti sokong Dr Mahathir Dikemas kini 43 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Aug 2020 3 20PM
Jangan Berlengah Lagi Lebih Baik Mahathir Cepat Cepat Tubuh Parti Baru

Jangan Berlengah Lagi Lebih Baik Mahathir Cepat Cepat Tubuh Parti Baru

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 223 hits
Dalam ucapannya di Program Jelajah Bersatu Blackout di Kedah Sabtu lalu Tun Mahathir Mohamad dilaporkan berkata sama ada beliau akan menubuhkan sebuah parti baru atau tidak hanya akan diputuskan selepas 7 Ogos depan 7 Ogos adalah hari di ma...
Warisan Sedia Pinda Perlembagaan Parti Untuk Disertai Tun Mahathir

Warisan Sedia Pinda Perlembagaan Parti Untuk Disertai Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 228 hits
Sekiranya Tun Mahathir dan 5 ahli parlimen bekas Bersatu perlukan sebuah parti untuk menghadapi pilihan raya mengejut pada tahun ini Warisan sedia meminda perlembagaan parti bagi membenarkan kumpulan 6 tersebut menyertai parti yang berasal ...
Anwar Sedia Pertimbang Parti Baru Dr Mahathir Ke Dalam Ph Jika Diminta

Anwar Sedia Pertimbang Parti Baru Dr Mahathir Ke Dalam Ph Jika Diminta

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 382 hits
285 total views 285 views today Pakatan Harapan sedia mempertimbangkan penyertaan parti baharu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai parti komponen dalam gabungan itu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkat...
Parti Baru Dr Mahathir Welcome Di Dalam Pakatan Harapan Kata Anwar

Parti Baru Dr Mahathir Welcome Di Dalam Pakatan Harapan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 321 hits
Pakatan Harapan sedia mempertimbang kemasukan parti baru yang akan ditubuhkan kumpulan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam gabungan itu bagi menguatkan gerakan pembangkang Pengerusinya Anwar Ibrahim berkata keterbukaan itu bagai...
Nawaitu Parti Baru Mahathir Ialah Mukhriz

Nawaitu Parti Baru Mahathir Ialah Mukhriz

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 310 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad akan lancarkan parti baru dengan Mukhriz sebagai presiden parti dan Mahathir sendiri sebagai pengerusi Ini adalah parti keluarga sama macam PKR PKR merupakan parti keluarga Anwar dan parti baru ini ialah parti keluar...
Siasat Pelompat Parti Pengkhianat Rakyat

Siasat Pelompat Parti Pengkhianat Rakyat

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 320 hits
LOMPAT ke parti si polan keluar dari parti si polan Menagih duit berjuta sehingga jiwa wakil rakyat jadi tak keruan Tindak tanduk sedemikian rupalah yang Belang cuak betulkah satu persatu wajah wajah yang berada bersama seorang pemimpin Sab...
Parti Baru Mahathir Takkan Ke Mana

Parti Baru Mahathir Takkan Ke Mana

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 421 hits
Tiada harapan untuk menang satu kerusi pun di PRU15 Tak perlu ulas panjang tak perlu ambil kesah Tak perlu sebut pun
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega