Pujuk Wakil Rakyat Yakini Parti Lain Tidak Salah Kata Bung Moktar



(FMT) – Umno Sabah berkata, perbuatan memujuk atau menyakinkan wakil rakyat supaya menyokong mana-mana parti bukanlah suatu kesalahan.
Pengerusi Umno negeri itu, Bung Moktar Radin berkata, kaedah sama turut digunakan ketika kempen pilihan raya bagi menyakinkan rakyat supaya memilih calon tertentu yang bertanding.
“Negara ini negara demokrasi, pujuk memujuk serta cuba meyakinkan ahli Parlimen yang lain supaya menyokong mana-mana parti, bukanlah suatu kesalahan
“Serupa juga dalam pilihan raya di mana ejen atau wakil parti memujuk rakyat dan meyakinkan pengundi supaya memilih calon parti yang bertanding,” katanya kepada FMT hari ini.
Bung berkata, jika benar terdapat wakil parti berjumpa dan memberi penerangan tentang hala tuju yang perlu disokong sekali pun, namun isu pokoknya terletak pada wakil rakyat terbabit sendiri, sama ada mahu bersetuju atau sebaliknya selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang.
“Saya nak tanya apa kesalahannya sekiranya benar ada orang tertentu yang berjumpa dengan ahli Parlimen daripada mana mana parti dan menerangkan hala tuju partinya. Selepas itu terpulanglah kepada wakil rakyat tersebut untuk membuat keputusan.
“Malah ia serupa dengan keadaan yang berlaku sebelum ini di Sabah,” katanya dipercayai merujuk kepada beberapa wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) yang beralih arah menyokong kerajaan pimpinan Warisan selepas pilihan raya umum lalu.
Bung berkata, tindakan parti lawan membangkitkan isu cubaan melobi wakil rakyat di Sabah adalah lebih bertujuan mencari publisiti murahan.
“Pada saya janganlah ada pihak yang cuba mencari publisiti murahan. Banyak lagi kerja lebih penting seperti membangun rakyat dan ekonomi.
“Mana-mana ahli Parlimen atau Adun yang berhasrat untuk berpindah parti, maka ia adalah hal dia dan dia tahu perbuatan tersebut ada risiko tersendiri,”katanya.
Semalam pemimpin Warisan mendakwa wujud usaha membeli wakil rakyat di Sabah supaya menyertai blok kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Sepanggar Mohd Azis Jamman berkata, wakil kerajaan juga mengarahkan “ejen” untuk memujuk wakil rakyat di Sabah yang diterajui Warisan supaya meninggalkan parti itu.
Katanya, wakil rakyat terbabit bukan sahaja cuba dirasuah supaya “melompat parti”, sebaliknya turut diganggu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/07/24/pujuk-wakil-rakyat-yakini-parti-lain-tidak-salah-kata-bung-moktar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Akan Beri Tawaran Baru Buat Pengundi Pada Prn Kata Bung Moktar

Umno Akan Beri Tawaran Baru Buat Pengundi Pada Prn Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 283 hits
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata parti itu akan membuat beberapa tawaran baru kepada pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang Tanpa memberikan butiran tawaran itu katanya ia bakal meningkatkan lagi taraf hidup rakyat ser...
Tawaran Duit Jawatan Kepada Wakil Rakyat Warisan Cerita Dongeng Kata Jeffrey

Tawaran Duit Jawatan Kepada Wakil Rakyat Warisan Cerita Dongeng Kata Jeffrey

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 330 hits
Presiden parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey Kitingan menyindir pemimpin Warisan dan DAP Sabah kerana mendakwa sesetengah wakil rakyat mereka ditawarkan wang dan jawatan supaya menyertai pembangkang Beliau menggesa pemimpin terbabit supaya...
Kj Sambut Baik Akta Anti Lompat Parti Jika Wakil Rakyat Juga Dilarang Bertanding Selama 5 Tahun

Kj Sambut Baik Akta Anti Lompat Parti Jika Wakil Rakyat Juga Dilarang Bertanding Selama 5 Tahun

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 290 hits
Isu lompat parti oleh ahli politik menjadi satu topik yang agak hangat dibincangkan dan ia tidak boleh dibiarkan berlaku begitu sahaja Lompat parti sesuka hati ini juga dilihat seperti mengkhianati undi rakyat yang akhirnya boleh memberi ke...
Rupanya Anak Tak Dengar Kata Sebab Salah Doa Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Kongsi Cara Betul

Rupanya Anak Tak Dengar Kata Sebab Salah Doa Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Kongsi Cara Betul

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 331 hits
Wahai ibu rupanya bila anak tak dengar kata sebab salah doa dan ikuti nasihat Dato Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood sebagai panduan dalam mendidik anak Mendidik anak anak dalam dunia teknologi ini semestinya menjadi semakin mencabar Banyak ...
Rakyat Mengundi Parti Bukan Batang Tubuh Azmin Zuraida

Rakyat Mengundi Parti Bukan Batang Tubuh Azmin Zuraida

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 261 hits
Kenyataan Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nor Hizwan Ahmad dibidas Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Selangor Adzman Kamaruddin sebagai mempamerkan kebodohan sendiri Menurut Adzman setiausaha politik Zuraida...
Speaker Dewan Rakyat Dah Tak Ada Orang Lain

Speaker Dewan Rakyat Dah Tak Ada Orang Lain

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 460 hits
AWANG terasa macam kolam bakat di negara kita semakin mengecil Mana tidaknya orang yang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dengarnya akan dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohd Ariff Mohd Yusof akan ditukarkan...
Sering Diganggu Ejen Pujuk Keluar Parti Adun Lapor Polis

Sering Diganggu Ejen Pujuk Keluar Parti Adun Lapor Polis

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 296 hits
Sering diganggu ejen pujuk keluar parti Adun lapor polis Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Jul 2020 3 57P
Putrajaya Perlu Jelaskan Erti Norma Baru Kepada Rakyat Kata Rafidah

Putrajaya Perlu Jelaskan Erti Norma Baru Kepada Rakyat Kata Rafidah

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 423 hits
Bekas menteri itu berkata apabila melibatkan isu pentadbiran dalam kerajaan tugas seorang menteri bukan sekadar mengeluarkan kenyataan semata mata sebaliknya perlu melihat isu dengan lebih mendalam
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Drama Pabila Dia Tersenyum

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain