Siaran Media Dato Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail Ahli Parlimen Pandan




ALHAMDULILLAH
TOLONG SEBARKAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

*Kenyataan Akhbar YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail pada 29 April 2020*

1. Saya terpanggil membuat kenyataan media berikutan gesaan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Pakatan Harapan memberi penjelasan berkaitan komitmen sumbangan USD50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Malaysia.

2. Zahid sebagai Presiden UMNO, sebuah parti yang sekarang ini bersama kerajaan Perikatan Nasional, seharusnya boleh memperolehi segala maklumat berkaitan hal ini hanya dengan berhubung dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

3. Tetapi saya berterima kasih kerana ini memberi saya peluang untuk memaklumkan berkaitan dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan berkaitan inisiatif ini.

4. Perkara penting ialah peruntukan ini tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh Qatar melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.  

5. Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  ialah badan penyelaras bagi bantuan tersebut selaras dengan satu keputusan Kabinet pada 5 April 2019.

6. Keputusan Kabinet itu juga melantik Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai pengerusi jawatankuasa pemantau bagi program ini dan melapor terus kepada satu jawatankuasa tertinggi yang saya pengerusikan sehingga 23 Februari 2020. 

7. Jemaah Menteri telah mengolah struktur pentadbiran sebegini rupa bagi memastikan ketelusan dalam perlaksanaan dan pengendalian program ini sesuai dengan penekanan kerajaan Pakatan Harapan ke atas akauntabiliti, ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik.

8. Apabila Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya pada Mei 2018, kami dimaklumkan akan hasrat Qatar untuk menyalurkan bantuan ini sejak 2016 lagi, dan kami bersyukur dapat menjadikannya satu kenyataan dalam tempoh tidak sampai 18 bulan selepas kami ke Putrajaya.

9. Bantuan kemanusiaan pelarian Rohingya di Malaysia ini menggunakan peruntukan Qatar Fund for Development (QFFD) dalam tiga sektor, iaitu kesihatan, pendidikan dan mandiri kehidupan (“livelihood”).

10. Bagi pelaksanaan sektor kesihatan, satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara YKN, QC dan tiga buah NGO yang terlibat dalam sektor ini, iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA), dengan agensi penyelaras (iaitu YKN) telah melalui proses ketekunan wajar (“due diligence”) yang sewajarnya.

11. Perjanjian ini adalah untuk tempoh setahun sehingga 12 September 2020 dan akan disambung setiap tahun selama tiga tahun, dengan peruntukan tahunan sebanyak USD5 juta atau USD15 juta untuk tiga tahun. 

12. Pada ketika berlaku peralihan kuasa di Putrajaya, pelaksanaan sektor pendidikan berada di peringkat penilaian oleh QFFD manakala perbincangan belum bermula bagi sektor mandiri kehidupan.

13. Walaupun Kerajaan Qatar memberi komitmen untuk menyalurkan bantuan ini selama tiga tahun, ia juga memberi iltizam akan kelestarian program ini yang memungkinkan ia disambung selepas tiga tahun mengikut keperluan pada waktu tersebut.

14. Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pimpinan Qatar yang telah memberi kepercayaan kepada kerajaan PH bagi memungkinkan perkara ini tercapai termasuk Duta Qatar ke Malaysia, TYT Tuan Fahad Mohammed Kafoud, serta semua kakitangan kerajaan dan NGO yang terlibat.

15. Pada masa yang sama, kami juga memikirkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan. Kita juga mesti menjaga kebajikan rakyat Malaysia sendiri yang memerlukan terutama dalam situasi semasa.

16. Bantuan dari Qatar ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sebahagian daripada beban yang selama ini dipikul pihak kerajaan berkenaan pelarian Rohingya dan dengan itu manfaatnya dapat dialihkan kepada rakyat Malaysia.

17. Saya juga menyeru kerajaan Myanmar supaya mengambil tanggungjawab ke atas eksodus besar-besaran kaum Rohingya. Tanggungjawab ini tidak sepatutnya diserahkan kepada negara-negara lain terutama negara jiran.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
YB Ahli Parlimen Pandan
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
29 April 2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/siaran-media-dato-seri-dr-wan-azizah-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Mi Cawan Sebelum Sidang Media Pakai Baju Batik Datuk Seri Ismail Sabri Jadi Perhatian Warganet

Makan Mi Cawan Sebelum Sidang Media Pakai Baju Batik Datuk Seri Ismail Sabri Jadi Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 932 hits
Viral Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi perhatian warganet selepas memuat naik foto sedang menikmati mi segera dalam cawan sebelum memulakan sidang medianya semalam Ismail Sabri telah memuat naik posting
Ahli Parlimen Dan Empat Adun Sepakat Agih Kurma Di Hulu Terengganu

Ahli Parlimen Dan Empat Adun Sepakat Agih Kurma Di Hulu Terengganu

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 315 hits
HULU TERENGGANU 23 April Buat pertama kali Ahli Parlimen dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Hulu Terengganu menggunakan resepi terbaik dalam pengagihan kurma sempena bulan Ramadan apabila bekerjasama menyumbangkan lebi...
Pelajar Ipt Dibenar Pulang Bermula 27 April Datuk Seri Ismail Sabri

Pelajar Ipt Dibenar Pulang Bermula 27 April Datuk Seri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 454 hits
Pelajar Institusi pengajian Tinggi Awam dan Swasta termasuk Politeknik serta Kolej Komuniti yang masih berada di kampus akan dibenarkan pulang ke rumah masing masing bermula 27 April ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ...
Pegawai Ahli Parlimen Dap Didedah Antara Terlibat Pembikinan Video Menghina Ebit Lew

Pegawai Ahli Parlimen Dap Didedah Antara Terlibat Pembikinan Video Menghina Ebit Lew

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 473 hits
Sejak beberapa hari lalu nama pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew semakin hangat diperkatakan selepas beliau dan pasukannya memberi bantuan kepada satu keluarga di Kedah Beliau diserang daripada pelbagai pihak termasuk pegawai khas kepa...
Ahli Parlimen Batu Ditahan Kerana Langgar Pkp

Ahli Parlimen Batu Ditahan Kerana Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 324 hits
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran ditahan polis hari ini ketika sedang meninjau keadaan di apartment Sri Murni di Selayang yang diletakkan di bawah PKPD Gambar fail The Malaysian Insight 20 April 2020 AHLI Parlimen Batu P Prabakaran ditahan p...
Penghargaan Di Atas Kesudian Yb Dato Seri Hishammuddin Menerima Kunjungan

Penghargaan Di Atas Kesudian Yb Dato Seri Hishammuddin Menerima Kunjungan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 233 hits
Saya merakamkan setinggi penghargaan di atas kesudian YB Dato Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri Luar Negeri menerima kunjungan hormat kami di Wisma Putra hari ini Kami berbincang dan bertukar pandangan mengenai suasana politik antar...
Siapa Tekan Muhyiddin Lantikan Ahli Parlimen Umno Jadi Pengerusi Glc

Siapa Tekan Muhyiddin Lantikan Ahli Parlimen Umno Jadi Pengerusi Glc

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 702 hits
APABILA melihat poster ucapan TAHNIAH kepada Mahdzir Khalid di atas perlantikan sebagai Pengerusi Telekom Malaysia terkenang kepada perbicaraan kes SOLAR di mahkamah apabila Mahdzir di soal oleh Peguam Rosmah Mansor Jagjit Singh Ia seperti ...
Glc Yang Tiada Ahli Parlimen Tidak Wakili Rakyat

Glc Yang Tiada Ahli Parlimen Tidak Wakili Rakyat

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 360 hits
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula berkata perlantikan Ahli Parlimen sebagai Pengerusi GLC memperlihatkan kerajaan benar benar bertanggungjawab kepada rakyat kerana mereka yang dilantik adalah dalam kalangan mereka yang ...
Kenyataan Dato Seri Utama Hj Mukhriz Tun Mahathir

Kenyataan Dato Seri Utama Hj Mukhriz Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 410 hits
https www facebook com 708420685885440 posts 3105576932836458 Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia1 Kebelakangan ini beberapa pemimpin UMNO diperingkat nasional dan negeri telah membuat kenyataan mengenai Parti Pribumi Bersatu M...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

How To Find Undervalued Domains

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel