Pelajar Ipt Dibenar Pulang Bermula 27 April Datuk Seri Ismail Sabri


Pelajar Institusi pengajian Tinggi Awam dan Swasta termasuk Politeknik serta Kolej Komuniti yang masih berada di kampus akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula 27 April ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini memutuskan waktu perjalanan yang dibenarkan adalah dari 9.00 malam hingga 9.00 pagi bagi memastikan perjalanan terkawal.

“Pergerakan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan hanya melibatkan perjalanan ke zon hijau sahaja. Pelajar yang terlibat juga akan menjalani saringan gejala sebelum menaiki bas dan dibekalkan makanan serta topeng muka,” katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Ismail Sabri, yang juga Menteri Pertahanan berkata, 53,000 pelajar atau 85 peratus pelajar IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan terbabit dalam inisiatif itu manakala selebihnya memilih untuk kekal di kampus masing-masing.


“Yang tidak berminat untuk pulang, mungkin kerana mereka akan menduduki peperiksaan atau belajar secara dalam talian di kampus kerana di kampung akses internet terhad,” katanya sambil menambah kerajaan akan terus membekalkan makanan dan minuman untuk mereka.

Ismail Sabri berkata mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KPT, setiap pelajar akan diambil dari kampus atau rumah sewa mereka dengan menggunakan bas dan dihantar terus ke balai polis atau pejabat daerah di kampung mereka.

“Mereka seterusnya akan dihantar ke rumah masing-masing oleh agensi-agensi kerajaan di peringkat daerah. Bermakna tiada ruang untuk mereka pergi ke tempat lain,” katanya.

Selain itu, katanya kapasiti penumpang akan dihadkan separuh daripada kapasiti sebenar bas bagi memastikan jarak sosial dipatuhi.

Bagi pelajar yang berhasrat untuk pulang ke Sabah atau Sarawak pula, Ismail Sabri berkata penerbangan pulang ke negeri masing-masing akan disediakan kerajaan dan diterbangkan ke lapangan terbang yang terdekat dengan kampung mereka.

“Seperti diputuskan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah, mana-mana penumpang sekali pun dari Semenanjung Malaysia, mereka akan dikuarantin selama 14 hari. Termasuk pelajar-pelajar yang dihantar pulang, kecuali jika kerajaan negeri mereka menukar SOP yang ditetapkan itu,” katanya.

Ditanya mengenai nasib pelajar yang ingin pulang ke kawasan zon merah, Ismail Sabri berkata buat masa ini perkara itu tidak dibenarkan.

“Begitu juga jika pelajar itu sewa rumah luar kampus di kawasan zon merah, nak balik ke zon hijau, juga kita tak benarkan lagi pada peringkat awal.

Bagi pelajar IPT di bawah kawal selia kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, katanya proses penghantaran pulang juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KPT.- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/04/pelajar-ipt-dibenar-pulang-bermula-27.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Ipt Wajar Dibenar Pulang

Pelajar Ipt Wajar Dibenar Pulang

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 299 hits
Oleh Nooreni Abu Bakar KUALA TERENGGANU 23 APRIL Kerajaan wajar membenarkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang masih terkandas di kampus pulang susulan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 28 April depan Penasihat Per...
Covid19 Pkp Kerajaan Akan Membenarkan Pergerakan Penghantaran Pulang Pelajar Ipt Ke Kampung Bermula 27 4 2020

Covid19 Pkp Kerajaan Akan Membenarkan Pergerakan Penghantaran Pulang Pelajar Ipt Ke Kampung Bermula 27 4 2020

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 480 hits
KERAJAAN AKAN MEMBENARKAN PERGERAKAN PENGHANTARAN PULANG PELAJAR IPT KE KAMPUNG BERMULA 27 APRIL 2020Penghantaran pulang itu hanya membabitkan kawasan zon hijau dengan perjalanan dibuat dari jam 9 malam hingga 9 pagi bagi mengelakkan kesesa...
Makan Mi Cawan Sebelum Sidang Media Pakai Baju Batik Datuk Seri Ismail Sabri Jadi Perhatian Warganet

Makan Mi Cawan Sebelum Sidang Media Pakai Baju Batik Datuk Seri Ismail Sabri Jadi Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 922 hits
Viral Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi perhatian warganet selepas memuat naik foto sedang menikmati mi segera dalam cawan sebelum memulakan sidang medianya semalam Ismail Sabri telah memuat naik posting
Hanya 400 Rakyat Malaysia Di Singapura Dibenar Pulang Setiap Hari Kata Ismail Sabri

Hanya 400 Rakyat Malaysia Di Singapura Dibenar Pulang Setiap Hari Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 308 hits
Hanya 400 rakyat Malaysia di Singapura dibenar pulang setiap hari kata Ismail Sabri
Pelajar Ipt Boleh Balik Kampung Mulai 27 April Ini

Pelajar Ipt Boleh Balik Kampung Mulai 27 April Ini

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 306 hits
Astro Awani Pelajar yang berada di IPT boleh balik kampung secara berperingkat mulai 27 April ini Foto Bernama KUALA LUMPUR Pelajar pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk politeknik serta kolej komuniti yang masih be...
Boleh Pulang Ke Rumah Dari Kampung Bermula 25 April 2020

Boleh Pulang Ke Rumah Dari Kampung Bermula 25 April 2020

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 794 hits
Rakyat yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata permohonan itu boleh dibuat melalui dal...
Covid19 Pelajar Ipt Yang Ingin Pulang Perlu Jalani Saringan

Covid19 Pelajar Ipt Yang Ingin Pulang Perlu Jalani Saringan

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 555 hits
PELAJAR YANG INGIN PULANG PERLU MENJALANI SARINGAN GEJALA SEBELUM MENAIKI BAS WALAUPUN TIADA GEJALA DAN MEREKA AKAN DIBEKALKAN DENGAN MAKANAN DAN TOPENG MUKA Pelajar yang dibenarkan pulang akan diambil dari kampus dengan bas dan terus di ba...
Perlu Lakukan Permohonan Jika Ingin Pulang Dari Kampung Bermula 25 April Menteri

Perlu Lakukan Permohonan Jika Ingin Pulang Dari Kampung Bermula 25 April Menteri

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 317 hits
Orang awam yang terkandas dan berkeinginan mahu merentas negeri untuk pulang ke tempat asal masing masing perlu melaporkan diri kepada pihak polis secara atas talian Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata permohonan tersebut b...
Pergerakan Pelajar Ipt Pulang Rupa Rupanya Ini Yang Perlu Para Ibu Bapa Ambil Tahu Bila Tunggu Pelajar Pulang Ke Rumah

Pergerakan Pelajar Ipt Pulang Rupa Rupanya Ini Yang Perlu Para Ibu Bapa Ambil Tahu Bila Tunggu Pelajar Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 423 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran perjalanan pulang bagi pelajar pelajar IPT yang berada di kampus Pergerakan pelajar IPT pulang Rupa rupanya ini yang perlu...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong