Siaplah Najib Ini Draf Laporan Polis Besar Besaran Esok Kerana Jadi Punca Tuntutan Waris Sulu




 Minggu lalu, saya telah menunjukkan bahawa masalah yang diwarisi oleh tiga Kerajaan Persekutuan berturut-turut mengenai tuntutan waris Kesultanan Sulu sebenarnya bermula di zaman pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Apabila negara mula mengetahui mengenai tuntutan waris Kesultanan Sulu yang melibatkan aset PETRONAS bernilai sekitar RM9 bilion baru-baru ini, Najib cepat-cepat cuba mengalihkan fokus rakyat dengan menuding jari kepada pentadbiran-pentadbiran selepas beliau, sedangkan kertas timbang tara secara jelas menunjukkan fakta notis tuntutan itu telah disampaikan kepada pentadbiran beliau bertarikh 2 November 2017. Tuntutan itu juga bermula selepas pentadbiran beliau menghentikan bayaran kepada waris Kesultanan Sulu sejak 2013 lagi.
Oleh itu, saya berpendapat wajarlah Najib turut mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan kecuaiannya semasa menjadi Perdana Menteri di antara 2013 hingga 2017 yang membawa kepada tuntutan waris Kesultanan Sulu yang kini dibebankan kepada setiap pentadbiran Kerajaan Persekutuan selepas beliau.
Undang-undang memperuntukkan bahawa rakyat boleh mengambil tindakan undang-undang, sama ada di bawah Kanun Jenayah (“Penal Code”) atau tindakan saman sivil, terhadap mana-mana penjawat awam yang telah cuai dalam menjalankan tugas awam. Dalam kes ini, kecuaian Najib semasa menjadi Perdana Menteri telah mendedahkan negara kepada tuntutan aset sebanyak RM67.5 bilion.
Dengan ini, saya telah meminta cabang-cabang dan pimpinan KEADILAN seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap kecuaian Najib semasa menjadi Perdana Menteri sehingga membawa kepada tuntutan waris Sulu. Saya juga memanjangkan jemputan kepada aktivis akar umbi AMANAH dan DAP di seluruh negara untuk bersama-sama dengan KEADILAN menyertai siri laporan polis.
Maklumat dan panduan mengenai laporan polis adalah seperti berikut:
Tarikh:
Selasa, 19 Julai 2022
(hari Selasa dipilih untuk mengingatkan Najib janjinya untuk menyaman Wall Street Journal mengenai skandal 1MDB pada hari Selasa, tetapi tidak pernah berlaku)
Tempat:
Balai Polis di seluruh negara
Penyertaan:
Pimpinan KEADILAN semua peringkat di seluruh negara
Draf laporan polis:
“.. Saya, (nama) __________________, No. Kad Pengenalan (IC) ____________, seorang rakyat Malaysia dan pemimpin KEADILAN, ingin membuat laporan polis mengenai kecuaian bekas Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah menyebabkan negara berdepan dengan tuntutan berjumlah sekitar RM67.5 bilion dari waris Kesultanan Sulu.
Tuntutan ini bermula ekoran keputusan pentadbiran Dato’ Seri Najib untuk menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu (seperti kehendak perjanjian) dalam tahun 2013. Sepatutnya, sekiranya beliau tidak cuai dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, beliau telah memastikan semua langkah diambil untuk menghalang dan menangani tindakan undang-undang susulan setelah bayaran itu dihentikan.
Keputusan itu mencetuskan langkah balas waris Kesultanan Sulu yang memulakan tindakan saman di peringkat antarabangsa terhadap Kerajaan Malaysia.
Notis tindakan saman yang diambil telah dihantar kepada pentadbiran beliau pada 2 November 2017 semasa Dato’ Seri Najib masih menjadi Perdana Menteri.
Sebagai rakyat Malaysia, saya meminta supaya pihak berkuasa menyiasat Dato’ Seri Najib di bawah peruntukan Kanun Jenayah sedia ada (Akta 574) dan peraturan-peraturan yang mengikat seorang penjawat awam semasa dalam perkhidmatan, seperti Perkara 132 (Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam) dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 di bawah Perlembagaan Persekutuan (P.U.A. 395) untuk menentukan unsur-unsur kecuaian yang dilakukan Dato’ Seri Najib dalam menangani isu ini.
Saya berharap laporan ini membolehkan kertas siasatan dibuka untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh ketelitian dan tanpa kecuaian yang boleh merugikan rakyat dan negara.
Saya membuat laporan ini demi menjalankan tanggungjawab sivik saya sebagai seorang rakyat…..”
Saya sendiri akan membuat laporan polis di Balai Polis Setiawangsa bersama-sama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa jam 11 pagi esok, Selasa 19 Julai 2022.
Selepas membuat laporan polis, saya galakkan semua yang terlibat membuat kenyataan media, menyebarkan berita dan menghantar berita/visual ke media sosial untuk mendidik rakyat mengenai kesan kecuaian penjawat awam di peringkat tertinggi kepada rakyat.
RAFIZI RAMLI
Timbalan Presiden Keadilan
18 Julai 2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/siaplah-najib-ini-draf-laporan-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Punca Masalah Malaysia Dengan Waris Sultan Sulu Tun M

Najib Punca Masalah Malaysia Dengan Waris Sultan Sulu Tun M

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 287 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan apabila berlaku pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu Sabah pada tahun 2013 Najib mengarahkan kerajaan menghentikan bayaran wang serahan kepada waris kesultanan itu kerana menyal...
Isu Waris Kesultanan Sulu Peguam Ini Sekolahkan Najib

Isu Waris Kesultanan Sulu Peguam Ini Sekolahkan Najib

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 359 hits
Isu tuntutan waris Kesultanan Sulu peguam ini sekolahkan Najib Tiada siapa yang menafikan bahawa ada pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 dahulu Nyawa rakyat Malaysia yang terkorban masih kita kesal sehingga hari ini 2 Namun begitu tindakan m...
Tuntutan Sulu Surat Tommy Beri Pengiktirafan Waris Sulu

Tuntutan Sulu Surat Tommy Beri Pengiktirafan Waris Sulu

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 216 hits
Ibarat menjadi duri dalam daging kepada Malaysia isu Sulu timbul lagi Kemuncak konflik dengan Sulu berlaku pada Februari 2013 apabila segerombolan waris Kesultanan Sulu menceroboh Lahad Datu Sabah Akibat daripada pencerobohan itu Kerajaan M...
Isu Waris Sultan Sulu Sita Aset Petronas Di Azerbaijan 3 Persoalan Najib Perlu Jawab

Isu Waris Sultan Sulu Sita Aset Petronas Di Azerbaijan 3 Persoalan Najib Perlu Jawab

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 294 hits
Ramai yang minta saya kupas isu waris Sultan Sulu menyita aset Petronas di Azerbaijan Selalunya kes kes perundangan ini saya ambil masa untuk kupas kerana banyak perkara perlu diteliti Banyak fakta dan dokumen perlu diperhalusi Namun sebelu...
Najib Jawab Laporan Polis Rafizi

Najib Jawab Laporan Polis Rafizi

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 269 hits
Dah dijawab Menteri Undang undang Penimbang tara hanya dilantik Mac 2019 Notis timbang tara hanya diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019 Bermaksud kerajaan Malaysia tidak pernah disaman secara rasmi sebelum 30 Julai 2019 iai...
Najib Bakal Kepanasan Lebih 100 Laporan Polis Sudah Dibuat Dan Angkanya Dijangka Terus Meningkat

Najib Bakal Kepanasan Lebih 100 Laporan Polis Sudah Dibuat Dan Angkanya Dijangka Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 212 hits
Lebih 100 ahli PKR membuat laporan polis terhadap Najib Razak pagi ini bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas perdana menteri itu berhubung keputusannya menamatkan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu Ini berlaku selepas keput...
Mahathir Dan Tommy Tidak Mampu Respon Terhadap Kenyataan Najib Berkenaan Tuntutan Sulu

Mahathir Dan Tommy Tidak Mampu Respon Terhadap Kenyataan Najib Berkenaan Tuntutan Sulu

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 254 hits
Oleh Sirajuddin AhmadApakah Mahathir sangka dengan berdiam diri maka semua masalah yang muncul akibat perbuatannya dan Tommy Thomas Ketika menjadi pemimpin kerajaan 22 bulan akan berlalu pergi begitu sahaja Najib Razak sudah beberapa kali m...
Strategi Hadapi Tuntutan Waris Sulu

Strategi Hadapi Tuntutan Waris Sulu

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 352 hits
Kita tidak boleh mengambil pendekatan politik sempit untuk faedah domestik apabila berdepan ancaman kedaulatan wilayah dari musuh kita yang berada di luar Sebaliknya kita perlu mengambil pendekatan patriotik demi keutuhan negara Seperti mot...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti