Najib Punca Masalah Malaysia Dengan Waris Sultan Sulu Tun M



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, apabila berlaku pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013, Najib mengarahkan kerajaan menghentikan bayaran wang serahan kepada waris kesultanan itu kerana menyalahkan mereka sebagai dalang.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan, Najib kemudian gagal mengemukakan bukti kukuh bahawa pencerobohan itu adalah terdiri anggota waris kesultanan Sulu.
“Waris kesultanan Sulu tidak buat salah, jadi mengapa beliau (Najib) berhenti bayar? Bila beliau menghentikan bayaran (wang serahan) itu, kerajaan sudah dianggap mungkir janji.
“Bila kerajaan sudah tidak bayar wang serahan sejak tahun 2013, mereka (waris kesultanan Sulu) ambil tindakan undang-undang di mahkamah antarabangsa ke atas kerajaan kita, walaupun mahkamah berkenaan tidak mempunyai sebarang bidang kuasa ke atas Malaysia,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Premium di bangunan Yayasan Al-Bukhary di sini pada Rabu.
Beliau mengulas dakwaan Najib bahawa kerajaan PH melakukan kesilapan besar dalam menangani isu tuntutan waris kesultanan Sulu terhadap Sabah sebelum ini.
Menurut Najib kesilapan itu berpunca tindakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menulis surat kepada waris Sultan Sulu untuk menyatakan rasa kesal dan menawarkan bayaran RM48,000 bagi menyelesaikan kes bayaran yang dihentikan.
Berikut adalah laporan dari The Malaysian Insight.
NAJIB Razak yang mungkir janji membayar wang serahan kepada waris kesultanan Sulu punca ancaman kedaulatan negara yang sedang Malaysia hadapi di mahkamah dan tribunal antarabangsa, kata Dr Mahathir Mohamad.
Selepas menghentikan pembayaran itu pada 2013, ekoran pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, pentadbiran Najib bagaimanapun tidak dapat membuktikan waris kesultanan Sulu dalang insiden berdarah itu.
“Waris kesultanan Sulu tidak buat salah, jadi mengapa beliau (Najib) berhenti bayar? Bila beliau menghentikan bayaran (wang serahan) itu, kerajaan sudah dianggap mungkir janji.
“Bila kerajaan sudah tidak bayar wang serahan sejak 2013, mereka (waris kesultanan Sulu) ambil tindakan undang-undang di mahkamah antarabangsa ke atas kerajaan kita, walaupun mahkamah berkenaan tidak mempunyai sebarang bidang kuasa ke atas Malaysia,” katanya, seperti dipetik Sinar Harian.
Bayaran RM5,300 setahun kepada waris kesultanan Sulu berasal daripada perjanjian penyerahan wilayah Borneo Utara, yang hari ini merupakan sebahagian daripada Sabah, kepada Sultan Sulu pada 1878 kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.
Hak dan tanggungjawab di bawah perjanjian itu kemudiannya diwarisi Malaysia apabila Sabah menyertai persekutuan yang baharu dibentuk pada September 1963.
Dr Mahathir menafikan isu yang berbangkit sekarang berpunca daripada surat bekas peguam negara Tommy Thomas yang menawarkan bayaran RM48,000 untuk menyelesaikan pembayaran yang terhenti.
Sebaliknya, Dr Mahathir yang jadi perdana menteri selepas pilihan raya umum 2018 berkata Thomas menulis surat itu kerana pentadbiran Pakatan Harapan yang mengambil alih kerajaan mahu menyelesaikan isu itu dengan waris kesultanan Sulu.
Beliau menjelaskan pihaknya mahu menyelesaikan perkara itu kerana perjanjian tersebut dibatalkan oleh Najib tanpa berunding dengan waris kesultanan Sulu.
“Itu punca masalah. Najib tidak boleh buat (batalkan perjanjian) secara ex-parte dengan tidak melibatkan pihak kedua iaitu waris kesultanan Sulu itu sendiri.
“Kalau beliau tidak buat keputusan sebegini, tiada kes untuk waris berkenaan bawa ke mahkamah.
“Peguam negara sewaktu kerajaan PH (Tommy Thomas) pula terpaksa menghantar surat menyuarakan kekesalan di atas tindakan Najib dan menyatakan komitmen kerajaan untuk kembali bayar wang serahan mengikuti butiran perjanjian yang diwarisi.
“Kita hendak menyelesaikan perkara itu. Namun pada masa sama, kita hendak menekankan mahkamah antarabangsa tidak boleh menentukan kuasa jurisdiction terhadap aset negara kita.
“Dengan kata lain, kita tidak iktiraf sebarang keputusan dibuat di mahkamah Madrid, Sepanyol, Perancis, dan Luxembourg, cuma kita hendak tunaikan semula janji kepada waris kesultanan Sulu,” katanya.
Pada 12 Julai, akhbar Financial Times di London melaporkan dua aset anak syarikat Petronas di Azerbaijan disita waris kesultanan Sulu yang menuntut AS$14.92 bilion atau kira-kira RM63 billion daripada Malaysia.
Ia dibuat susulan keputusan mahkamah timbang tara di Paris yang mengarahkan Malaysia membayar pampasan itu kepada pihak yang mendakwa diri mereka waris kesultanan Sulu.
Petronas kemudian menjelaskan dua anak syarikatnya itu sudah dilupus semua asetnya di Azerbaijan.
Malaysia juga berpendirian tuntutan itu tidak sah dan tidak berlandaskan undang-undang, dan mendapat kebenaran untuk menggantung keputusan timbang tara berkenaan.
Minggu ini, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menolak usul beberapa ahli Parlimen yang mahu isu tersebut dibahas. Beliau memberi alasan perbahasan terbuka isu itu di Dewan Rakyat boleh mendedahkan strategi Malaysia menanganinya secara undang-undang.
Minggu lalu juga Jemaah Menteri setuju menubuhkan pasukan khas bagi meneliti dan menyusun tindakan lanjut berhubung isu ini untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/07/najib-punca-masalah-malaysia-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siaplah Najib Ini Draf Laporan Polis Besar Besaran Esok Kerana Jadi Punca Tuntutan Waris Sulu

Siaplah Najib Ini Draf Laporan Polis Besar Besaran Esok Kerana Jadi Punca Tuntutan Waris Sulu

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 220 hits
Minggu lalu saya telah menunjukkan bahawa masalah yang diwarisi oleh tiga Kerajaan Persekutuan berturut turut mengenai tuntutan waris Kesultanan Sulu sebenarnya bermula di zaman pentadbiran Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ...
Bagaimana Aset Malaysia Bernilai Rm8 Bilion Dirampas Oleh Waris Sultan Sulu

Bagaimana Aset Malaysia Bernilai Rm8 Bilion Dirampas Oleh Waris Sultan Sulu

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 518 hits
Dua aset anak syarikat minyak milik Malaysia Petronas di Luxembourg dilaporkan telah dirampas oleh waris kesultanan Sulu Rampasan ini dilaporkan sebahagian daripada perintah tuntutan yang dikeluarkan oleh penimbang tara Sepanyol Gonzalo Sta...
Isu Waris Sultan Sulu Sita Aset Petronas Di Azerbaijan 3 Persoalan Najib Perlu Jawab

Isu Waris Sultan Sulu Sita Aset Petronas Di Azerbaijan 3 Persoalan Najib Perlu Jawab

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 219 hits
Ramai yang minta saya kupas isu waris Sultan Sulu menyita aset Petronas di Azerbaijan Selalunya kes kes perundangan ini saya ambil masa untuk kupas kerana banyak perkara perlu diteliti Banyak fakta dan dokumen perlu diperhalusi Namun sebelu...
Kenapa Kerajaan Malaysia Tak Lawan Sultan Sulu Rampas Aset

Kenapa Kerajaan Malaysia Tak Lawan Sultan Sulu Rampas Aset

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 960 hits
Kenapa kerajaan Malaysia tak lawan sultan Sulu rampas aset Posted By on July 13 2022Tuntutan pewaris kesultanan Sulu sebanyak RM62 bilion yang dibenarkan oleh mahkamah Perancis dan menyebabkan aset Petronas di luar negara disita semalam sew...
Malaysia Boleh Jadi Bankrap Jika Waris Kesultanan Sulu Berjaya Tuntut Rm62 59 Bilion

Malaysia Boleh Jadi Bankrap Jika Waris Kesultanan Sulu Berjaya Tuntut Rm62 59 Bilion

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 230 hits
MOHD ALI HASHIMMalaysia boleh jadi bankrap jika waris Kesultanan Sulu berjaya menuntut RM62 59 bilion demikian menurut anggota Jawatankuasa Piihan Khas Hak Asasi dan Hak hak Di Bawah Perlembagaan Parlimen ke 14 Hassan Abdul Karim Beliau ber...
Isu Waris Kesultanan Sulu Peguam Ini Sekolahkan Najib

Isu Waris Kesultanan Sulu Peguam Ini Sekolahkan Najib

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 279 hits
Isu tuntutan waris Kesultanan Sulu peguam ini sekolahkan Najib Tiada siapa yang menafikan bahawa ada pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 dahulu Nyawa rakyat Malaysia yang terkorban masih kita kesal sehingga hari ini 2 Namun begitu tindakan m...
Najib Cuai Bayar Ufti Ke Sultan Sulu Wajib Disiasat

Najib Cuai Bayar Ufti Ke Sultan Sulu Wajib Disiasat

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 207 hits
Najib cuai bayar ufti ke Sultan Sulu wajib disiasatPosted By on July 20 2022Kegagalan bekas Perdana Menteri Najib Razak membayar ufti tahunan kepada waris Kesultanan Sulu RM5 300 setahun telah menyebabkan Malaysia perlu membayar tuntutan se...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord