Isu Waris Kesultanan Sulu Peguam Ini Sekolahkan Najib








Isu tuntutan waris Kesultanan Sulu, peguam ini sekolahkan Najib. Tiada siapa yang menafikan bahawa ada pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 dahulu. Nyawa rakyat Malaysia yang terkorban masih kita kesal sehingga hari ini.

2. Namun begitu tindakan menghentikan pembayaran RM5,300 kepada waris Sulu yang sah (melalui keputusan Mahkamah Tinggi Borneo Utara) selepas isu pencerobohan tersebut adalah tidak cermat. Kenapa tidak cermat? Sebab adakah Malaysia pernah mendakwa bahawa serangan Lahad Datu tersebut dibuat oleh waris sah Sulu? Yang kita tahu ada serangan, tetapi di bawah BN – Najib, mereka tak pernah cari sampai lubang cacing siapa dalang serangan dan terus sahaja tamatkan pembayaran RM5,300 tersebut.

3. Kenapa kita kena bayar RM5,300 setahun kepada waris Sulu? Ini adalah berdasarkan perjanjian lama tahun 1878 membabitkan Sultan Sulu (yang ketika dahulu memiliki wilayah Sabah) dengan Syarikat Borneo Utara. Ini fakta sejarah. Sebab itulah Mahkamah Tinggi Borneo Utara pada tahun 1939 buat keputusan perlu ada bayaran ‘penyerahan hak’ sebanyak RM5,300 setahun.

4. Najib Razak juga mendakwa bahawa PH sokong untuk hentikan bayaran tersebut dengan memetik MP Kota Kinabalu. Saya rasa Najib ini gila dan tak faham bahasa inggeris agaknya. Laporan akhbar jelas menunjukkan bahawa MP Kota Kinabalu tanya “samada berhenti bayar sebab nak atasi masalah pencerobohan dan adakah duit tersebut akan digunakan untuk atasi masalah imigran di Sabah”. Tiada kaitan langsung dengan setuju ataupun tidak.

5. Kenapa waris Sulu ini memulakan saman ke atas Malaysia? Jawapannya ialah sebab Malaysia di zaman Najib telah menghentikan bayaran penyerahan hak tersebut. Alasan lain yang mereka berikan ialah bahawa mereka sebagai waris tak pernah serang Malaysia dan bukan mereka yang ceroboh Lahad Datu jadi kenapa hak bayaran mereka yang ditarik?

6. Dekat sini Najib Razak dah mulakan penipuan dia untuk memfitnah Pakatan Harapan. Katanya AG Tommy “luar biasa bodoh” apabila menulis surat kepada Paul Cohen. Katanya AG Tommy tak sepatutnya mengakui untuk bayar wang tertunggak penyerahan hak tersebut.

7. Najib nak suruh Pakatan Harapan menipu macam dia ke? Bertahun-tahun Malaysia bayar wang penyerahan hak itu sampai 2013, kemudian takkan PH tiba-tiba nak claim tak kenal pula pihak waris Sulu yang menuntut tu?

8. Dalam surat yang sama, AG Tommy dah pertikaikan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf saman timbang tara yang di bawa di Madrid. Malah yang dibuat oleh AG Tommy hanyalah menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Borneo Utara dan tawarkan untuk selesaikan bayaran penyerahan hak yang tertunggak. Itu sahaja. Malah di akhir surat pun diulang bahawa surat 2019 tersebut dalam apa jua cara tidak mengakui tuntutan timbang tara waris Sulu.

9. Najib tuduh pula masalah ini berlaku sebab AG Tommy dan PH tak hadir dan lawan kes di timbang tara Madrid. Macam mana nak hadir kalau Malaysia kekalkan pendirian bahawa itu bukan tempat yang sah atau forum yang tepat untuk selesaikan masalah ini. Cara AG Tommy dan PH lawan ialah dengan menegaskan bahawa waris Sulu tiada hak pun untuk memulakan apa-apa arbitrasi.

10. Malah Malaysia kemudian telah cabar keputusan dan perlantikan penimbang tara Dr Stampa yang memberikan award kepada waris Sulu tersebut. Mahkamah Tinggi Sepanyol pun dah batalkan award tersebut. Usaha ini digerakkan oleh AG Idrus sekarang ini.

11. Malahan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan putuskan bahawa apa-apa pertikaian melibatkan perjanjian 1878 tersebut didengar di Mahkamah Malaysia dan bukannya di mana-mana tempat timbang tara.

12. Lepas itu apa yang waris Sulu buat? Mereka larikan forum ke Perancis pula. Untuk lari daripada Sepanyol sebab mereka tahu Mahkamah Sepanyol dah cakap lantikan Dr Stampa yang keluarkan penghakiman tersebut tak sah.

13. Di Perancis inilah baru berlaku isu ada arahan untuk rampas aset Petronas di Luxembourg. Petronas pun dah keluarkan kenyataan semalam bahawa mereka dah tiada aset dekat negara tersebut lagi dan akui baru terima notis sahaja.

14. Jadi nampak dengan jelas bahawa waris Sulu ini cuba cari jalan untuk hidupkan tuntutan gila dengan lari ke sana sini. PH melalui AG Tommy dah nak selesaikan dengan tawar semula bayar bayaran penyerahan hak yang tertunggak. Tiada isu sesiapa jual negara dalam hal ini.

15. Yang senang makan umpan dan nak jadikan isu ini isu politik adalah Najib Razak sahaha nampaknya. Kenapa dia beriya-iya? Mungkin sebab dia dah tahu bahawa tindakah dia berhenti bayar kepada waris Sulu tahun 2013 itu adalah punca segala masalah ini.

16. Paling teruk lagi Najib cuba butakan mata semua dengan dakwaan bahawa Sulu ini hanya memulakan saman apabila kerajaan bertukar kepada PH pula. Jawapannya saman waris Sulu ini dah mula sejak 2017 lagi, check dekat sini https://jusmundi.com/.../en-nurhima-kiram-fornan-fuad-a... –

“The Notice of Intention to Commence Arbitration

21.

Claimants served a preliminary notice of intention to commence arbitration, dated November 2, 2017, pursuant to the Deed (henceforth, the Notice of Intention to Commence Arbitration) at the Embassy of Malaysia in Madrid (Spain).”

17. Berhentilah menipu Najib.

Azri Abdullah

Peguambela Peguamcara

Mahkamah Tinggi Malaya

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/isu-waris-kesultanan-sulu-peguam-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Waris Sultan Sulu Sita Aset Petronas Di Azerbaijan 3 Persoalan Najib Perlu Jawab

Isu Waris Sultan Sulu Sita Aset Petronas Di Azerbaijan 3 Persoalan Najib Perlu Jawab

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 218 hits
Ramai yang minta saya kupas isu waris Sultan Sulu menyita aset Petronas di Azerbaijan Selalunya kes kes perundangan ini saya ambil masa untuk kupas kerana banyak perkara perlu diteliti Banyak fakta dan dokumen perlu diperhalusi Namun sebelu...
Waris Kesultanan Sulu Rampas Aset Petronas Bernilai As 2 Bilion

Waris Kesultanan Sulu Rampas Aset Petronas Bernilai As 2 Bilion

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 294 hits
Malaysiakini Waris kesultanan Sulu yang dikatakan menuntut AS 14 92 bilion daripada Malaysia merampas dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia Petronas yang diperbadankan di Luxembourg Menurut laporan Financial Times yang berpangkalan di L...
Siaplah Najib Ini Draf Laporan Polis Besar Besaran Esok Kerana Jadi Punca Tuntutan Waris Sulu

Siaplah Najib Ini Draf Laporan Polis Besar Besaran Esok Kerana Jadi Punca Tuntutan Waris Sulu

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 220 hits
Minggu lalu saya telah menunjukkan bahawa masalah yang diwarisi oleh tiga Kerajaan Persekutuan berturut turut mengenai tuntutan waris Kesultanan Sulu sebenarnya bermula di zaman pentadbiran Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ...
Rentasan 1167 Gempar Waris Kesultanan Sulu Tuntut Pampasan Daripada

Rentasan 1167 Gempar Waris Kesultanan Sulu Tuntut Pampasan Daripada

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 254 hits
1 SIAPA PULA UNDANG PN MASUK KHEMAH BESAR 2 KERAJAAN NAK JADIKAN SUHAKAM APA 3 PEREBUTAN GHANIMAH BELUM SELESAI RUPANYA 4 KONONNYA KERAJAAN PH JUAL ASET NEGARA
Aset Petronas Dirampas Kesultanan Sulu Tak Menipu Bukan Najib Bidas Bekas Pegawai Miti Bidas

Aset Petronas Dirampas Kesultanan Sulu Tak Menipu Bukan Najib Bidas Bekas Pegawai Miti Bidas

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 221 hits
Kalau tak menipu bukan Najib namanya dakwa bekas pegawai Kementerian Perdaganga Antarabangsa dan Industri kerana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan berkenaan isu Sulu Menurut bekas peg...
14 Tahun Ph Jaga Stadium Shah Alam Hancur Kata Najib Tetapi Dibidas Netizen Dengan Isu Air Di Pekan

14 Tahun Ph Jaga Stadium Shah Alam Hancur Kata Najib Tetapi Dibidas Netizen Dengan Isu Air Di Pekan

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 258 hits
The ReporterMenteri Besar Selangor Amirudin Shari sebelum ini tidak menafikan bahawa terdapat cadangan untuk merobohkan Stadium Shah Alam Namun pihaknya akan tampil memberi penjelasan secara terperinci mengenai cadangan pembangunan baharu i...
Kisah Najib Dan Sulu

Kisah Najib Dan Sulu

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 281 hits
Najib akhirnya terkantoi menipu dalam kes tuntutan waris sulu Kes saman waris sultan sulu bermula pada 2017 sehingga kes diputuskan pada 2018 Malaysia tak pernah hantar wakil dimahkamah timbang tara
Gambar Pertama Laporan Ke Atas Najib Isu Kecuaian Pentadbirannya

Gambar Pertama Laporan Ke Atas Najib Isu Kecuaian Pentadbirannya

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 136 hits
FAHMI FADZILLaporan laporan polis berhubung kecuaian Najib Razak semasa menjadi Perdana Menteri berkait isu tuntutan waris Sultan Sulu telah dibuat pagi tadi Jangan cuba mengelak Najib perlu jawab dan dipertanggungjawab
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik