Setiap Urusan Dibuat Secara Telus Wavpay Perjelas Urusniaga E Dompet Selangor


 
Wavpay terpilih sebagai rakan dalam inisiatif e-dompet dan pembayaran tanpa tunai Selangor selepas melepasi tatacara usaha wajar yang ketat, kata CEO Brahma Shakthi.PETALING JAYA: Semua keperluan, termasuk pematuhan peraturan, komposisi ekuiti, dan tadbir urus korporat telah dipenuhi bagi pelaburan kerajaan Selangor dalam Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd (Wavpay), kata CEO Brahma Shakthi dalam kenyataan.
Brahma menjelaskan syarikatnya menyahut permintaan untuk cadangan (RFP) daripada Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI) pada 15 Julai 2020, bagi suatu rancangan yang akan membawa Selangor menjadi negeri pintar terulung menjelang 2025.
Matlamat itu dicapai menerusi peralihan sistem pembayaran kerajaan negeri daripada kaedah konvensional kepada pembayaran digital melalui e-dompet.
Brahma berkata Wavpay Fintech menyertai beberapa sesi pembentangan dari Julai 2020 sehingga Jun 2021, di mana ia dinilai secara menyeluruh.
Ia juga perlu melepasi beberapa pusingan tatacara usaha wajar (due diligence) sebelum disenarai pendek untuk pembentangan terakhir pada 11 Jun 2021.
Brahma berkata pada 28 Jun 2021, Wavpay secara rasmi dimaklumkan oleh anak syarikat MBI, Selangor E-Wallet Sdn Bhd (SEW), bahawa ia terpilih sebagai rakan inisiatif e-dompet dan tanpa tunai kerajaan negeri.
Seterusnya, syarikatnya perlu melepasi proses penilaian kedua dari Ogos 2021 hingga Februari 2022, yang mana suatu tatacara usaha wajar yang ketat dijalankan oleh badan audit bertauliah.
“Proses itu melibatkan pemeriksaan dari segi teknologi, komersial, kewangan, percukaian, dan undang-undang,” katanya.
Apabila selesai proses usaha wajar itu, SEW memperolehi 49% kepentingan dalam Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd yang termasuk anak-anak syarikat.
Proses mengatur usahasama antara Wavpay dan SEW itu turut diperincikan dalam sidang Dewan Negeri Selangor pada Ogos 2022.
“Ini menandakan komitmen Wavpay pada ketelusan dan kebertanggungjawaban,” kata Brahma menjawab dakwaan salahlaku yang tular di media sosial.
Beliau berkata sebelum pelaksanaan perjanjian dengan SEW itu, modal berbayar anak syarikatnya, Wavpay Systems Sdn Bhd dan Wavpay Credit Sdn Bhd, masing-masing adalah RM9.04 juta dan RM1.1 juta.
“Jumlah ini gambaran langsung peruntukan ekuiti yang dipersetujui oleh SEW, iaitu sebanyak 49% pemilikan dalam Wavpay,” katanya.
Brahma menegaskan syarikatnya secara konsisten mematuhi semua keperluan-keperluan dalam rangka kerja kawal selia.
“Wavpay Systems dan Wavpay Credit telah pun memperoleh kelulusan dan lesen yang diperlukan untuk operasi masing-masing,” katanya.
Wavpay Systems penerbit e-money yang diluluskan oleh Bank Negara untuk mengendalikan e-dompet manakala Wavpay Credit beroperasi sebagai peminjam wang berlesen mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang.
Berkenaan persoalan tentang pembahagian ekuiti antara kerajaan Selangor dan pemegang saham majoriti, Brahma berkata dakwaan yang mempersoalkan pemegang saham korporat utamanya, CT Frank Technology (M) Sdn Bhd, adalah tidak berasas dan tidak berasaskan fakta.
Beliau menjelaskan Frank Group of Companies, yang memiliki CT Frank Technology (M) Sdn Bhd, melaporkan keuntungan kumulatif sebanyak RM75.6 juta dalam kumpulan dalam dekad sejak 2012.
“Kami mengambil maklum persoalan-persoalan yang disuarakan beberapa pihak dan ingin sekali lagi menegaskan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi pada tahap ketelusan, kebertanggungjawaban, dan urus tadbir korporat yang tertinggi,” kata Brahma.
“Dakwaan-dakwaan terhadap Wavpay Fintech Holding dan anak-anak syarikat tidak berasas sama sekali. Kami sekali lagi menegaskan dedikasi pada mengekalkan kepercayaan para pemegang taruh kami dan orang ramai,” tambahnya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/setiap-urusan-dibuat-secara-telus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Pas Persoal Lantik Wavpay Fintech Kendali Insan Selangor

Adun Pas Persoal Lantik Wavpay Fintech Kendali Insan Selangor

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 349 hits
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Pas mempersoalkan pelantikan Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd sebagai pengendai perkhidmatan program Insurans Am Selangor ADUN Semenyih Nushi Mahfodz berkata terdapat banyak pemain anak negeri dalam bidang t...
Insurance Scheme Data Breach Selangor Mb Clears The Air

Insurance Scheme Data Breach Selangor Mb Clears The Air

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 197 hits
Several Selangor residents who checked their IC numbers on the Insan programme website found that they were registered for the free insurance scheme without their knowledge However Selangor Menteri Besar Amirudin Shari clarified that the st...
Rentasan 1432 Panas Amaran Keras Sultan Selangor Buat Pemimpin Pas Pn

Rentasan 1432 Panas Amaran Keras Sultan Selangor Buat Pemimpin Pas Pn

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 154 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1432 1 1MDB ANTARA KEMELUT DAN PEMBELAAN RAKYAT 2 HENTIKAN BUDAYA CACIAN DAN KEBIADABAN 3 BERHENTILAH MENUNGGANG AGAMA 4 ISLAM DAN PERJUANGAN ISLAM TIDAK DAPAT DIPISAHKAN
Skim Insan Kerajaan Selangor Patut Jawab Dakwaan Data Peribadi Bocor

Skim Insan Kerajaan Selangor Patut Jawab Dakwaan Data Peribadi Bocor

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 186 hits
Kerajaan negeri Selangor diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan kebocoran data peribadi rakyat negeri itu yang digunakan untuk mendaftar Skim Insurans Am Selangor Peguam Asiah Abd Jalil mempersoalkan sama ada rakyat Selangor mengetahu...
Speaker Diumum Serentak Sidang Dun Selangor Bulan Depan Kata Amirudin

Speaker Diumum Serentak Sidang Dun Selangor Bulan Depan Kata Amirudin

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 288 hits
Nama speaker DUN Selangor akan diumumkan selepas sambutan Hari Malaysia serentak dengan sidang pertama kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari SHAH ALAM Nama speaker Dewan Undangan Negeri Selangor akan diumumkan serentak pada mesyuarat p...
Ternyata Sanusi Tidak Mendapat Pengampunan Sultan Selangor

Ternyata Sanusi Tidak Mendapat Pengampunan Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 170 hits
Terbaik Tuanku Sultan Selangor Tak ditujukan secara jelas kepada siapa tapi kita sendiri pun tahu siapa yang berkelakuan seperti yang Duli Tuanku sebutkan Lepas ni jangan lagi amalkan politik sempit Jangan lagi mencaci maki Apa lagi buat bo...
Isu Insuran Insan Selangor Ini Jawapan Dari Mb Selangor

Isu Insuran Insan Selangor Ini Jawapan Dari Mb Selangor

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 336 hits
Pada 4 Ogos lalu Kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Selangor memperkenalkan Skim Insan Takaful yang menyediakan pelan perlindungan kepada tiga juta rakyat negeri itu Ia melibatkan nilai perlindungan berjumlah RM30 bilion dengan kos seb...
Ini 8 Negeri Yang Bakal Hilang Dalam Peta Malaysia Selangor Terselamat

Ini 8 Negeri Yang Bakal Hilang Dalam Peta Malaysia Selangor Terselamat

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 377 hits
Lapan negeri di Malaysia antara yang dijangka bakal tenggelam dan hilang dari peta disebabkan oleh pemanasan global dan cuaca ekstrem Menurut laporan portal tempatan berdasarkan kajian terbaharu oleh Nature Communications iaitu Elevation Da...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ramadan Is Coming

Legoland Malaysia Resort Sets New Standard For Accessibility As First Certified Autism Center In Malaysia

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10

Homework