Set Berpantang Terbaik Ini 11 Cara Memilih Produk Terbaik Untuk Pantang Bersalin


"Banyaknya jenis set berpantang! mana satu yang paling sesuai ya? Takut dah beli tak termakan pula"Ramai dari ibu yang akan bersalin pening kepala kerana banyak sangat jenama di pasaran. Tak semua sesuai untuk kita.
Duit nak banyak pakai kan. Kalau kerja kerajaan bolehlah duduk wad kelas kedua atau pertama di hospital kerajaan.




Tapi kalau kerja swasta, nak masuk wad kelas kedua & pertama bayarannya memang lebih mahal. Apatah lagi masuk hospital swasta. Nak beli kelengkapan bersalin yang lain lagi.
Jadi, nak uruskan duit dengan betul. Tak mahu membazir kena buat pilihan yang tepat.
Kali ini Maznee sediakan panduan memilih set berpantang terbaik untuk kegunaan kita semasa pantang bersalin. Sangat bagus untuk rujukan terutama sekali bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan anak.


Jadual.Klik pilihan link di atas untuk terus ke bahagian tersebut

Cara memilih.Cara memilih set bersalin terbaik! Citarasa kita berbeza. Set berpantang terbaik untuk Maznee mungkin tak bagus untuk anda. Sebab itu panduan ini sangat bagus untuk di gunakan.

Gunakan langkah langkah di bawah semasa kita sedang hamil untuk buat keputusan. Atau layari laman Ibusyurga untuk banyak tips untuk ibu mengandung.

Jenis.1. Jenis set berpantang idaman hati?
Ada orang suka set berpantang jenis jamu, ada pula tak suka jamu jadi nak makan set moden. Jadi tanya diri sendiri dulu.
Mahu makan jenis yang mana satu.
Andai nak makan set jenis jamu, boleh senaraikan dahulu. Contohnya, Maznee senaraikan beberapa jenis set jenis jamu di bawah.Set berpantang nona roguySet bersalin tradisiSet bersalin jelita
Kalau nak makan set berpantang moden, antara jenama yang popular di pasaran ialahSet berpantang ShakleeSet berpantang AmwayTepuk dada tanya selera sendiri. Biasanya ibu yang suka makan jamu akan berpantang dengan mak & mertua. Jadi nak berpantang pun cuba cara tradisional juga.
Bagi set moden pula, biasanya yang berpantang sendiri & bersalin anak lebihd ari sekali.Selalunya ada pengalaman pahit dengan jamu.
Kemungkinan semasa kali terakhir melahirkan anak, bayi demam kuning tinggi. Jadi doktor nasihatkan supaya jangan makan set jamu.
Panas. Nanti demam kuning tinggi & lambat baik. 
Jadi kita sebagai ibu rasa sangat tak selesa, badan rasa sakit sakit & terpaksa pergi ulang alik dari rumah ke hospital dalam keadaan badan sakit.
Azab sangat.
Sebab itu mereka nak beralih angin makan set berpantang terbaik menggunakan sains moden.
Set moden membekalkan ibu berpantang dengan khasiat yang di perlukan badan untuk sembuh luar & dalam.
Tapi Maznee perasan ada juga yang tak suka makan set moden sebab kebanyakannya dalam bentuk pil dan serbuk. Ada mak yang takut benar makan pil.
Fobia makan ubat agaknya.
Ok, selepas kita dah jelas nak makan jenis yang mana.
Baru kita pertimbangkan perkara seterusnya iaitu..
Jenama.2. Pilih jenama set berpantang untuk di makan.Selesai memilih jenis set bersalin yang mahu digunakan, sekarang ini kita nak pilih jenama. Setiap jenama set berpantang mempunyai kelebihan & kekurangan masing masing.
Maznee sendiri pernah makan set jenis jamu & set moden.
Set jamu Nona Roguy Maznee makan semasa anak pertama. Set berpantang shaklee pula Maznee makan untuk anak kedua.
Dalam kes Maznee, kedua dua anak ada demam kuning yang teruk.
Jadi semasa anak pertama, tak boleh makan terus set Nona Roguy sampai anak baik. Yang tak bagusnya, susu ibu kita pun jadi panas sampai buat anak lambat baik demam kuning.
Oleh kerana terlalu sibuk ulang alik hospital & kurang pengalaman menyusu. Susu kering cepat.
Sedangkan susu ibu sangat bagus di beri kepada anak kita yang demam kuning supaya cepat kebah. Yang bagusnya dengan Nona Roguy ni pil phytonatal tu buat kita sangat lawas.
Memang senang ke tandas.
Sebab tu anak kedua Maznee makan jenama Shaklee. Alhamdulillah masalah yang sama tak berulang. Susu ibu boleh terus beri kepada anak untuk cepat baik jaundice.
Dari segi tenaga dan kecergasan, memang terasa berbeza. Malam tak penat sangat berjaga.
Cuma set Shaklee ni agak mahal, mujur tahan lama. Satu set nak habiskan boleh sampai 3 ke 4 bulan. Dan membantu membanyakkan susu ibu dengan cukupkan nutrisi yang di perlukan badan. 
Dan Set Shaklee ni kita tak dapat bengkung atau pilis. Siapa yang pantang dengan mak & nenek ni mesti kena bebel sebab tak nak ikut cara pantang nenek moyang kita.
Jadi, timbang sendiri lah nak pakai jenama apa. Laman Academic.oup.com ada kongsikan kajian yang menarik tentang ini.
Dan pertimbangkan baik buruknya.



Review.3. Baca review & testimoni ibu lain yang pernah menggunakan set berpantang tersebut.Sekarang ni kita dah senarai pendek 2 jenama set bersalin. Macam mana nak tahu set tersebut bagus?
Senang saja.
Kita baca saja pengalaman orang lain.
Maznee nak kongsi, ada 2 jenis review yang kita boleh baca di internet. Jenis tersebut ialahReview berbayar.
Ada dari pengeluar produk & peniaga yang membayar blogger untuk menulis iklan di blog tentang set berpantang keluaran mereka

Jadi review jenis ini pada Maznee kurang menggambarkan sisi sebenar menggunakan produk ni

Kalau dah di bayar mesti akan cerita yang baik saja kan
Review tidak berbayar.
Jenis kedua ini lebih telus & mudah di percayai. Macam mana nak tahu review tersebut tak berbayar

Dalam artikel tersebut tak bertulis ia adalah advertorial. Dan ia juga biasanya akan cerita baik dan buruk produk tersebut

Maznee akan cari review jenis ini sebelum buat keputusan

Selain membaca di internet, kita juga boleh bertanya dengan kawan kawan atau adik beradik perempuan yang dah ada anak

Boleh jadi set itu sesuai untuk mereka, tak sesuai untuk kita. Apa yang penting kita dengar saja pengalaman mereka. Lepas itu kita buat keputusan sendiri

Selepas membaca review & pengalaman orang lain.

Kriteria seterusnya akan menentukan sama ada kita jadi beli atau pun tidak. Apakah ia?
Harga.4. Harga set berpantang tersebut.Dari pengalaman Maznee, jenama set berpantang berbeza mempunyai harga yang berbeza. Ada yang murah macam jenama anugerah dan Dherbs.
Nak yang mahal boleh beli set bersalin Shaklee. 
Tapi jenama Shaklee pun ada set basic / bajet. Sediakan bajet dalam RM250. Kalau set berpantang shaklee premium harga dalam RM600. Ahli dapat diskaun 20%.
Bincang dengan suami tentang bajet yang mampu kita keluarkan untuk set berpantang.
Susu ibu.5. Adakah anda mahu memberikan susu ibu kepada anak yang akan di lahirkan?
Pertimbangkan juga sama ada kita nak memberikan susu ibu kepada anak yang akan di lahirkan. Ada set bersalin yang membantu membanyakkan susu badan.
Jadi tak perlu beli suplemen berbeza untuk banyakkan susu. Ada juga set bersalin yang membantu ibu kurus & turunkan berat semasa berpantang.

Jadi tak perlu 2 3 produk kan.
Ok, letakkan dulu kunci kereta. Tak boleh beli lagi set bersalin sebelum jawab soalan di bawah.

Alahan.6. Adakah kita sesuai menggunakan set berpantang ini?Sekarang ini, kita dah tahu jenama & harga set berpantang. Cuba fikir sekejap, kita ada sejarah perubatan yang menunjukkan kita ada masalah alahan dengan bahan tertentu.
Contohnya kita ada G6PD. Jadi makanan yang berasaskan kacang akan memberikan kita mudarat,
Atau kita mungkin alah dengan beberapa jenis herba. Sebelum beli, semak dulu bahan bahan yang ada dalam produk tersebut.
Contohnya, dalam set bersalin shaklee premium, ada produk berasaskan soya. ESP Shaklee di buat dari soya, jadi kemungkinan mereka yang alah dengan kacang. Ada G6PD tak sesuai makan.
Kalau dah semak, dan tak ada masalah.
Apa lagi, dah boleh beli.Tapi, jawab soalan di bawah ni dulu.
Tempat beli.7. Tempat mana paling sesuai untuk beli?Sekarang ni, kita ada banyak pilihan untuk beli barang. Nak beli barang basah pun kita boleh beli online.
Dan paling penting, barang yang kita beli itu asli, original atau palsu?
Sekarang ini, ada banyak penipuan dalam jual beli. Tak kisahlah kalau beli di internet ataupun di kedai, risiko nak beli barang palsu tetap ada.
Cuba pastikan kita beli produk yang benar benar asli.
Contohnya, kalau Maznee nak beli set berpantang terbaik dari Shaklee, Maznee akan jadi ahli Shaklee sendiri dan beli sendiri produk tersebut di kedai Shaklee.
Atau kalau nak beli di internet, Maznee kan dah jadi ahli Shaklee, boleh order terus dari gudang Shaklee.
Kalau alamat dan nama pengirim barang barang terus dari gudang Shaklee, apa lagi nak risau kan?
Selain itu, produk palsu boleh jadi memudaratkan kita. Biasanya produk palsu di jual pada harga yang lebih murah.
Jadi, andai kata kita dah buat bandingan harga, kita dah tahu harga pasaran set bersalin tersebut. Contohlah, RM300.
Tiba tiba kita jumpa ada orang jual RM150 saja. Wah, tawaran terbaik ni.
Cuba duduk diam sekejap. Dan tanya diri anda sendiri. Betul ke murah macam ni? Entah entah brang palsu. Atau barang dah rosak. Atau mungkin juga kalau aku bayar ni barang tak sampai langsung.
Risiko yang kita tanggung sangat tinggi. Tak berbaloi kan.
Selain harga & tempat beli.
Kalau kita ada soalan tentang set berpantang, dengan siapa kita boleh tanya ya?
Dengan Siapa?8. Beli set berpantang dengan penjual yang bertanggungjawab!Bergantung kepada jenama set berpantang yang kita beli, mungkin kita tak perlu pertimbangkan kriteria ke 7.
Tapi kalau kita nak makan set berpantang jenis moden.
Contohnya set bersalin Shaklee, sangat penting untuk kita makan dengan betul. Suplemen ini perlu di makan dalam kuantiti yang betul.
Dan tidak boleh di ambil berlebihan supaya tidak mendatangkan mudarat.
Sekarang ni kita perlu cari pengedar yang dah berpengalaman luas, berpengetahuan & bertanggungjawab.
Pengedar Shaklee yang bagus akan bantu jawab soalan kita walaupun selepas kita beli. 
Asli / Palsu.9. Anda pasti set berpantang yang di beli asli?Kita dah bincang tentang kriteria no 8 ini sebelum ini. Ambil langkah berjaga jaga. Beli dari sumber yang betul.
Jangan beli berdasarkan harga semata mata.
Belum tentu barang murah itu berkualiti. Betul kan?
Ansur ansur.10. Boleh beli berasingan?Andai kata kita mempunyai bajet yang terhad, tapi masih nak pakai set berpantang yang terbaik di pasaran.
Mungkin bajet kita tidak mencukupi.
Tapi kita boleh beli dalam beberapa peringkat. Tak perlu beli sekaligus. Boleh beri beransur ansur dari bulan pertama mengandung.
Jadi bila dah dekat bersalin semua dah ada.
Expired.11. Jangka hayat set berpantang anda!Setiap produk ada hayatnya. Semak betul betul sama ada produk yang di beli belum sampai tarikh luput.
Set berpantang shaklee biasanya tahan lama. Mungkin makan sampai 3 bulan pun tak habis lagi.
Jadi pastikan kita beli barang yang baru di hasilkan. Periksa "manufacturing date" & tarikh luputnya.

Kesimpulan tentang cara memilih set bersalin terbaik.Duit ada di tangan kita, pastikan kita buat pilihan yang betul supaya tidak menyesal semasa berpantang. Insyaallah kita akan puas hati.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hargasetbersalin.blogspot.com/2018/06/set-berpantang-terbaik-cara-memilih-pantang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Set Bersalin Terbaik Di Malaysia Untuk Ibu Berpantang Ceria

10 Set Bersalin Terbaik Di Malaysia Untuk Ibu Berpantang Ceria

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 893 hits
Maznee nak ucapkan tahniah kerana sedang Semoga anak yang lahir nanti baik berbakti pada ibu bapa Menyedari tarikh bersalin dah dekat mesti dah mula cari kan Salah satu darinya adalah set bersalin untuk digunakan semasa pantang Hari ini Maz...
Set Bersalin Nona Roguy 2018 Selamat Ke Di Makan Semasa Berpantang

Set Bersalin Nona Roguy 2018 Selamat Ke Di Makan Semasa Berpantang

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 319 hits
Kenapa agaknya Mak nenek kita dulu masih langsing menawan walaupun usia mereka dah lanjut Kalau kita belek album lama keluarga mesti kita akan nampak benda ni Orang dulu anak ramai rapat rapat pulak tu Tapi badan sihat kuat Pinggang macam k...
Cara Memilih Nama Perusahaan

Cara Memilih Nama Perusahaan

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 268 hits
Memastikan adalah persiapan awal saat Anda mau membangun sebuah Perseroan Terbatas Prosedur registrasi nama perusahaan ini dapat dijalankan secara online hingga tidak akan ada nama perusahaan yang serupa satu dengan yang lain Karena itu sia...
Nak Elak Koyak Teruk Masa Bersalin Urutan Perineum Boleh Membantu Doktor Kongsi Cara Nak Buat

Nak Elak Koyak Teruk Masa Bersalin Urutan Perineum Boleh Membantu Doktor Kongsi Cara Nak Buat

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 788 hits
Bagi ibu yang baru pertama kali nak bersalin pasti banyak perkara yang masih lagi samar terutamanya proses melahirkan anak Perasaan takut risau semuanya ada tapi percayalah itu juga turut dialami oleh ibu ibu lain yang sudah pernah beranak ...
Pantang Bersalin Cepat Baik Wah Bahaya Elak 8 Makanan Ini Untuk Cepat Sembuh

Pantang Bersalin Cepat Baik Wah Bahaya Elak 8 Makanan Ini Untuk Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 458 hits
Kenapalah banyak sangat pantang lepas ni Boleh naik stress sebab serba serbi tak boleh makan Mesti ramai dari kita yang terfikir perkara di atas semasa menjalani tempoh Dah lah badan sakit tak hilang lagi nak makan sedap sikit pun tak boleh...
Cara Buat Pasif Income Terbaik Dan Selamat Di Platform Pelaburan B4u Trades Investment

Cara Buat Pasif Income Terbaik Dan Selamat Di Platform Pelaburan B4u Trades Investment

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 428 hits
Cara Buat Pasif Income Terbaik Dan Selamat Di Platform Pelaburan B4U Trades Investment B4U Trades Investment merupakan platform pelaburan global The post appeared first on
Infografis Cara Meningkatkan Daya Tahan Tubuh Yang Efektif Cegah Tertular Covid 19

Infografis Cara Meningkatkan Daya Tahan Tubuh Yang Efektif Cegah Tertular Covid 19

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 347 hits
Pada dasarnya tubuh manusia sebenarnya sudah memiliki sistem imun sendiri untuk melawan berbagai virus dan bakteri penyebab penyakit
Cara Buat Kastard Labu Yang Lembut Terasa Lemak Pada Setiap Gigitan

Cara Buat Kastard Labu Yang Lembut Terasa Lemak Pada Setiap Gigitan

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 289 hits
Kastard labu merupakan antara pencuci mulut yang cukup popular di Thailand Kastard ini begitu lembut dan terasa lemak santan dalam labu yang dikukus Jika tiada santan segar boleh diganti dengan susu cair Ini resipi perkongsian Naeamah Balqi...
Cara Kira Dsr

Cara Kira Dsr

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 370 hits
CARA NAK KIRA DSR DSR X 100 Contoh mudah Pendapatan bulanan kita RM3 500 Ansuran hutang kereta RM450 Ansuran hutang motor RM250 Ansuran hutang peribadi RM500 Ansuran hutang kad kredit RM750 Total keseluruhan RM1 950 Nota tambahan Gunakan hu...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya