Pantang Bersalin Cepat Baik Wah Bahaya Elak 8 Makanan Ini Untuk Cepat Sembuh


"Kenapalah banyak sangat pantang lepas bersalin ni? Boleh naik stress sebab serba serbi tak boleh makan"

Mesti ramai dari kita yang terfikir perkara di atas semasa menjalani tempoh berpantang.
Dah lah badan sakit tak hilang lagi, nak makan sedap sikit pun tak boleh. Kena banyak bersabar. Tapi, semua yang di larang ini mesti ada sebabnya kan?
Hari ini kita akan kongsikan antara pantang larang makan yang banyak di amalkan oleh ibu ibu di Malaysia.
Dan kebaikan yang tersirat di sebaliknya.


Pantang larang ini boleh bantu kita jimatkan banyak duit!
Pantang Bersalin Czer & Normal? Ini Makanan Yang Elok Di Elakkan Semasa Berpantang Supaya Cepat Sembuh.Di bawah ini Maznee senaraikan makanan yang kurang elok di makan supaya kita cepat sembuh.
Tak banyak pun.
Ada 8 jenis saja.
8 Jenis Makanan Yang Sering Di Larang Selepas Bersalin. Apa Sebabnya?Sumber: Storiesofworld.com

Kita mulakan dengan minuman kegemaran ramai. Ramai dari kita ambil minuman ini untuk menghilangkan rasa mengantuk.
Apakah ia?


8. KafeinIbu berpantang perlukan banyak rehat untuk cepat sembuh. Seboleh bolehnya perlu dapatkan tidur yang nyenyak & berkualiti.
Jadi pengambilan minuman berkafein akan mengganggu kualiti tidur ibu.
Kenapa?
Kafein di dalam minuman seperti kopi teh & nescafe menyebabkan jantung berdegup lebih cepat dan menyebabkan kesukaran untuk tidur.
Atau lebih teruk lagi insomnia. 
Tak boleh tidur. Kalau lelap pun tidur tidur ayam. Mudah terjaga.
Macam manalah nak cepat sembuh kan? Peluang tidur yang ada perlu di manfaatkan sebaiknya. Kajian ada di lakukan oleh saintis barat tentang pengaruh ibu yang meminum kafein & kesannya pada bayi.
Hasil kajian tersebut menunjukkan, kafein tidak menyebabkan bayi berusia 3 bulan ke bawah mengalami masalah gangguan tidur. Tetapi lebih banyak kajian perlu dilakukan lagi untuk memahami keadaan ini.


Apa yang ibu makan akan bantu anak kita menjadi pintar!
Mesti kita teringin lihat mereka berjaya
Ada kajian lain ada menunjukkan kafein yang di minum ibu akan masuk ke dalam susu ibu & akan masuk ke dalam badan bayi.
Ada bayi yang sensitif terhadap kafein menyebabkan kesan jangka panjang yang memudaratkan. Seperti yang di tunjukkan kajian ini.
The American Academy of Pediatrics di dalam sebuah artikel menyarankan ibu bapa supaya tidak memberikan anak anak di bawah usia 12 tahun supaya tidak mengambil makanan & minuman berkafein.
Apatah lagi bayi yang baru di lahirkan.
Malam hari, semasa anak menangis, kita perlu berjaga tukar lampin & menyusukan anak.
Susu ibu yang sangat berkhasiat juga akan terjejas pengeluarannya disebabkan oleh kafein. Oleh itu, ibu yang menyusu harus mengelakkan kafein.
Sekiranya anak kita terkena demam kuning, lagilah penting untuk kita kerap menyusukan anak supaya demam jaundice ini cepat kebah. 
Pengambilan kafein yang berlebihan dapat meningkatkan 
Kadar denyutan jantungMerangsang mindaMembuat tidur nyenyak lebih sukar.

Pengambilan kafein yang berlebihan juga dijangka boleh menyebabkan dehidrasi tubuh, ini kerana kafein bersifat diuretik dan menyebabkan kita kerap kencing.
Badan kita akan lebih mudah kekurangan air, bayangkan semasa berpantang kita tidak digalakkan minum banyak air untuk elakkan bentan.
Tiba tiba kerana minuman berkafein kita kekurangan air kerana kerap kencing. Belum ditambah lagi dengan ketidak selesaan kerana perlu kerap ke tandas & luka jahitan di kawasan czer.
Banyak betul gangguan tak langsung pada si ibu yang hendak berehat semasa pantang disebabkan pengambilan kafein.
7. Minuman BeralkoholSumber: Dennisheppner.com

Sebagai orang islam, kita tak seharusnya ada masalah ini kerana ia di haramkan. Tetapi, jika ada ibu yang memang kerap mengambil minuman haram ini.
Ini adalah masa yang baik untuk berhenti.
Alkohol yang di minum oleh ibu boleh masuk terus ke dalam susu ibu dan masuk ke dalam bayi. Kajian ada di lakukan oleh saintis dan menunjukkan ibu yang mengambil alkohol semasa menyusukan anak akan 
Kajian ini di lakukan oleh saintis bukan islam, di mana masyarakat mereka tidak memandang pengambilan minuman keras sebagai satu jenayah.
Tetapi kita sebagai umat islam wajib yakin & percaya, pasti ada hikmahnya di haramkan minuman keras.
Di dalam Al Quran, perintah untuk larangan minum arak turun secara berperingkat. Ayat pertama tentang larangan ini adalah dari Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 219:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ (٢١٩)
Ertinya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.
Dan ayat terakhir tentang larangan minum arak  secara mutlak pada ayat 90 dari Surah al-Maidah (سورة المائدة):
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٩٠)
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

6. Makanan Yang Tinggi Kandungan Lemak & Minyak!Sumber: Khushkhazana.com

Semasa mengandung, ibu hamil sangat di galakkan mengamalkan pemakanan sihat. Makanan manis & berlemak perlu di elakkan.
Ini kerana semua makanan di atas akan menambahkan berat badan.
Lebih teruk, risiko untuk menghidap kencing manis semasa hamil GDM akan lebih tinggi. Takut sungguh kena minum air gula kan?
Kesan jangka panjang pada diri ibu mengandung dan juga anak dalam kandungan yang mengalami kencing manis semasa hamil sangat menakutkan.
Jadi, selepas melahirkan anak, sangat penting untuk kita menjaga berat badan. Selain nampak kurus, kita akan kembali cantik menawan semula.
Memang normal untuk mengalami kenaikan berat badan ketika hamil, berat ini dapat di turunkan dengan mudah dan pantas semasa berpantang.
Dengan mengamalkan pantang larang seperti tidak mengambil makanan berminyak tinggi & kaya lemak, sangat mudah untuk berat kita turun.
Selain faedah menurunkan berat, mengamalkan pantang makanan berminyak juga bagus kerana ia menyukarkan pencernaan dan mudah menyebabkan rasa tidak selesa perut.
Sistem pencernaan ibu selepas bersalin belum pulih sepenuhnya dan makanan berminyak lebih cenderung menyebabkan masalah pencernaan. 
Oleh itu, para ibu dinasihatkan untuk menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan banyak lemak. 
Ini kita boleh lakukan semasa penyediaan makanan untuk ibu pantang, disyorkan untuk membuang bahagian kulit daging ayam (yang banyak lemak) dan buang lemak yang kelihatan pada daging.
Atau lebih mudah, pilih saja bahagian daging yang kurang lemak seperti dada dan peha.
Sedikit perubahan boleh membawa banyak kebaikan.

5. Makanan Segera / RapuIbu yang baru melahirkan dan menyusukan anak memerlukan makanan berkhasiat yang di perlukan badan.
Makanan ini akan membekalkan nutrien penting seperti kalsium, vitamin dan mineral supaya segala luka luaran dan dalaman yang dialami ibu semasa bersalin.
Makanan yang segar dan di masak menggunakan sayur sayuran mempunyai khasiat seimbang di perlukan oleh tubuh ibu.
Sebaliknya, makanan rapu yang di jual oleh restoran makanan segera bukan saja tidak berkhasiat malah memudaratkan.
Ini kerana kandungan makanan rapu ini mempunyai garam, gula yang tinggi & kandungan asid lemak omega 6 yang di kaitkan dengan radang juga tinggi.
Makanan yang telah di proses dengan suhu tinggi ini telah kehilangan banyak khasiatnya.
Makanan dalam tin diproses juga harus dielakkan kerana kandungan garam yang tinggi di dalamnya boleh menyebabkan pengumpulan air di dalam badan (edema), mulut kering dan rasa haus melampau.
Elakkan semasa berpantang kerana tidak sesuai untuk ibu lepas bersalin.

Artikel ini ada bahagian kedua. Maznee akan sambung kemudian hari supaya tidak terlalu panjang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hargasetbersalin.blogspot.com/2018/04/pantang-bersalin-elak-makanan-cepat-sembuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kini Dikuarantin Di Melaka Ismail Sabri Harap Alif Satar Cepat Sembuh

Hiburan Kini Dikuarantin Di Melaka Ismail Sabri Harap Alif Satar Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 290 hits
Seperti semua sedia maklum penyanyi Alif Satar yang kini sedang menjalani rawatan selepas disahkan positif COVID 19 tempoh hari Susulan kejadian Menteri kanan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini seakan tampil member...
Kisahnya Seperti Ainul Doakan Adik Hanifah Kuat Untuk Pembedahan Cepat Sembuh

Kisahnya Seperti Ainul Doakan Adik Hanifah Kuat Untuk Pembedahan Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 239 hits
Tatkala melihat keadaan anak yang dilahirkan tak sama seperti kanak kanak lain hati ibu mana yang tak sedih Lagi lagi diuji dengan penyakit yang belum dapat dikenal pasti lagi Tiada seorang ibu pun yang nak lihat anak sakit tapi jika dah ke...
Menteri Agama Video Call Doakan Alif Satar Cepat Sembuh Covid 19

Menteri Agama Video Call Doakan Alif Satar Cepat Sembuh Covid 19

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 329 hits
Artis versatil Alif Satar yang sedang menerima rawatan akibat positif Covid 19 berkongsi rasa teruja apabila dihubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri hari ini Menerusi Instagram penyanyi lagu Sesu...
Kes Tembak Anggota Pga Di Sempadan Abang Harap Adik Yang Cedera Parah Cepat Sembuh

Kes Tembak Anggota Pga Di Sempadan Abang Harap Adik Yang Cedera Parah Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 393 hits
BERA Abang kepada anggota Pasukan Gerakan Am Koperal Norihan 39 berharap adiknya itu cepat sembuh susulan cedera parah akibat ditembak dalam serangan di sempadan Malaysia Thailand di Padang Besar Perlis awal pagi kelmarin Shahriman A L Tari...
Maryam Durian Kimchi Buka Mulut Tentang Depression Nasib Baik Cepat Recover

Maryam Durian Kimchi Buka Mulut Tentang Depression Nasib Baik Cepat Recover

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 482 hits
Pasangan Instafamous Ryzal dan Maryam yang sering menghasilkan video video yang menghiburkan turut tidak terlepas daripada berhadapan kecaman netizen
Microwave Kurangkah Khasiat Makanan Andaian Atau Fakta Cubalah Resipi Brownie Cepat Ini

Microwave Kurangkah Khasiat Makanan Andaian Atau Fakta Cubalah Resipi Brownie Cepat Ini

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 321 hits
Microwave atau ketuhar gelombang mikro adalah perkakas elektrik yang diperlukan untuk memudahkan kerja memanaskan makanan Malahan microwave juga boleh digunakan untuk memasak beberapa sajian Namun terdapat tanggapan mengaitkan penggunaan mi...
Nak Elak Koyak Teruk Masa Bersalin Urutan Perineum Boleh Membantu Doktor Kongsi Cara Nak Buat

Nak Elak Koyak Teruk Masa Bersalin Urutan Perineum Boleh Membantu Doktor Kongsi Cara Nak Buat

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 779 hits
Bagi ibu yang baru pertama kali nak bersalin pasti banyak perkara yang masih lagi samar terutamanya proses melahirkan anak Perasaan takut risau semuanya ada tapi percayalah itu juga turut dialami oleh ibu ibu lain yang sudah pernah beranak ...
Ada Anak Kecil Elak Guna Alas Meja Makan Anak Boleh Capai Tarik Makanan Minuman Panas Akan Tumpah

Ada Anak Kecil Elak Guna Alas Meja Makan Anak Boleh Capai Tarik Makanan Minuman Panas Akan Tumpah

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 476 hits
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah Melecur mudah berlaku akibat kecuaian Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang Sebab sebab biasa melec...
Set Berpantang Terbaik Ini 11 Cara Memilih Produk Terbaik Untuk Pantang Bersalin

Set Berpantang Terbaik Ini 11 Cara Memilih Produk Terbaik Untuk Pantang Bersalin

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 435 hits
Banyaknya jenis set berpantang mana satu yang paling sesuai ya Takut dah beli tak termakan pula Ramai dari ibu yang akan bersalin pening kepala kerana banyak sangat jenama di pasaran Tak semua sesuai untuk kita Duit nak banyak pakai kan Kal...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi