10 Set Bersalin Terbaik Di Malaysia Untuk Ibu Berpantang Ceria
Maznee nak ucapkan tahniah kerana sedang hamil. Semoga anak yang lahir nanti baik & berbakti pada ibu bapa.
Menyedari tarikh bersalin dah dekat, mesti dah mula cari kelengkapan bersalin kan?
Salah satu darinya adalah set bersalin untuk digunakan semasa pantang.
Hari ini Maznee nak kongsikan set berpantang terbaik di Malaysia.
List ini hasil dari carian ibu di Malaysia yang cari di Google.
Jadi, apa yang istimewa dengan set bersalin di atas?
Maznee akan kongsikan info tentang setiap set bersalin ini di bawah.
Semoga bermanfaat kepada ibu semua.
Set bersalin terbaik di Malaysia! Pelbagai jenama & harga. Anda mesti suka.Senarai ini akan Maznee Maznee perolehi di Google.com.
Macam mana Google buat senarai ini ya?
Jawapannya mudah, setiap kali ada ibu membuat carian di enjin carian internet terbesar di dunia. Data ini akan di rekod.
Dan jumlah carian untuk 12 bulan terakhir untuk setiap set bersalin ini di rekodkan.
Baca dulu sampai habis, lepas tu gunakan panduan ini untuk memilih set bersalin terbaik.
10 Set berpantang terbaik di pasaran Malaysia 2018!Klik jadual di bawah untuk terus membaca tentang set bersalin tersebut.
Pilih & tekan untuk terus ke bahagian tersebut.
Shaklee.1. Set bersalin shaklee.Set bersalin pertama memang tidak asing lagi. Maznee pernah makan sendiri set berpantang yang pertama ni. Semasa melahirkan anak kedua.
Dalam 1 set berpantang shaklee terdiri dari
Multivitamin Vita-Lea dengan Iron 120 bijiVitamin B-Complex 120 bjiVita-C Plus Sustained Released 120 bijiOstematrix 120 bijiEnergized Soy Protein 1 jarOmegaguard 120 bijiAlfalfa Complex 330 biji
Set ini adalah dari jenis moden & bukan berasaskan jamu / herba yang panas.
Jadi tak ada masalah untuk ibu yang pantang bersalin untuk makan walaupun anak sedang kena demam kuning (jaundice).
Itu yang paling menarik hati, ye lah kan! Duit dah keluar mahal tapi tak boleh makan semasa awal berpantang. Puncanya, sebab nanti susu ibu panas kerana jamu.
Anak yang ada demam kuning tak boleh minum susu ibu yang ada jamu sebab panas. Nanti jaundice tinggi.
Satu lagi, makan set shaklee tak ada masalah kalau bersalin dengan czer / pembedahan.
Set bersalin shaklee memang moden sebab kebanyakannya pil & tablet soft gel.
Nak baca pengalaman penuh, dan baca kebaikan serta kelemahan set ini. Boleh KLIK link di bawah.
>Baca Pengalaman Menggunakan Set Bersalin Shaklee<
Maznee dah cerita seteliti yang boleh dalam entri di atas. Selain itu, boleh juga baca blog Ibusyurga untuk info makanan terbaik di makan semasa hamil.
Senang nak bersalin kemudian hari.
Baik.
Set bersalin seterusnya pun Maznee dah makan. Semasa bersalin anak pertama.
Nona Roguy.2. Set bersalin Nona Roguy NR
Ini adalah antara set bersalin terbaik di pasaran, selain set shaklee.
Maznee beli dulu sebab masa tu, belum ada pengalaman lagi. Baca review sana sini kata set ni bagus.
Dan memang betul, puas hatilah pakai.
Set bersalin nona roguy atau dikenali sengan singkatan NR, berasaskan jamu.
Dalam set bersalin Nona Roguy ni ada 6 jenis produk. Ada :
Phythonatal - ada 90 biji.Minyak Herbanika - 100ml.Minyak Herbanika Barut - Seberat 60gAkar Herbanika - ada 10 paket.Uncang cuci Herbanika - ada 10 paket.Herbanika Lulur - Seberat 100g
Nak tahu lebih terperinci tentang set bersalin Nona Roguy? Baca di sini!
Bahagian jamu tu yang jadi masalah. Anak pertama Maznee teruk demam kuning. Jadi duduk lama dalam wad hospital.
Kita dah boleh discharge keluar wad. Anak kena tahan lagi sebab jaundice tinggi.
Sudahnya, baru nak makan set berpantang NR, tak boleh makan dulu sampai baby baik demam kuning.
Dengan badan sakit sakit, ulang alik dari rumah ke hospital jenguk baby. Sedihnya hati. Badan pulak sakit sakit.
Sebab itu masa anak nombor 2 dah nekad tak nak pakai set ni.
Ini pengalaman Maznee. Kalau bukan sebab anak demam kuning teruk, rasanya tak ada masalah nak makan set NR.
Kita tak ditakdirkan bersama, Hehe.
Kalau nak cuba set berpantang ini, ada beberapa cara boleh dapat harga paling berbaloi. Mungkin ramai lagi belum tau. Maznee ada kongsikan cara tersebut di bawah
Nak beli set bersalin Nona Roguy? Bandingkan harga dan dapat harga terbaik di sini.
Set seterusnya juga popular di Malaysia. Dalam kategori yang sama dengan set bersalin nona roguy. Jamu tradisional.
Set apakah itu?
Afiat.3. Set bersalin AfiatSalah 1 lagi daripada set berpantang tradisional berasaskan jamu. Elok berpantang pakai jamu ni berat turun dengan senang sebab panas.
Maklumlah pakai herba kan. Dalam set berpantang afiat mempunyai 10 barang.
Minyak Afiat (250 ml)Gel mandian serai wangi (125 ml)Feminine care (60 ml)Bedak Hangat AfiatPil Jamu Afiat (528 biji)Makjun Bawang Putih Akar kayu periuk afiatBarut afiat.Balm afiatTali pembentan afiat
Anugerah.4. Set bersalin AnugerahRupa rupanya jenama Anugerah ada set bersalin sendiri. Jenama anugerah ada banyak produk. Pencuci muka, minyak urut & banyak lagi. Blog nikmatterbaik ada tulis pasal ni.
Bagi set berpantang anugerah, ada 3 pilihan set bersalin jenama ini.
Harga set ini ada yang murah & ada yang mahal.
Set paling murah dari Anugerah ialah set normal & ia mengandungi 7 produk. Senarai produk tersebut ialah
1 botol Minyak Telon Anugerah - Isipadu 50 ml 1 botol Minyak Pilis Anugerah - Isipadu 30 ml 1 botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah - Isipadu 250 ml Losyen Sejuta Khasiat Anugerah - Isipadu 150 ml 1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah - Isipadu 200 ml 6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah 1 botol Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah - Isipadu 100 mlBila nak dapat anak baru, mesti nak kena banyak keluar belanja kan. Kan bagus kalau boleh dapat harga set Anugerah yang murah sikit. Memang boleh pun! Cuma kena survey harga. Di bawah ini Maznee berikan tempat terbaik untuk survey harga set pantang anugerah.
Nak dapat set bersalin anugerah yang lebih murah dan berbaloi? Survey di sini.
Sendayu tinggi.5. Set bersalin Sendayu tinggi STProduk yang terkandung dalam set berpantang sendayu tinggi adalah seperti di bawah.
Baby telonBody toneTummy toneAmme massageAmme heatKapsul amme completePati herba amme 60 daysAmmy corsetAmme complete
Dherbs.6. Set bersalin DherbsDi bawah ini adalah senarai produk yang kita dapat dengan membeli set berpantang Dherbs.
Mandian herba mak bidan (10 uncang) Pencuci wanita mak bidanBedak sejuk mak bidan Pati herba mak bidan 1Pati herba mak bidan 2Sapuan badan mak bidan d'herbs
Amway.7. Set bersalin AmwayKalau di ikutkan, jenama Amway ni terkenal dengan vitamin & suplemen macam Shaklee. Kedua duanya adalah syariakt jualan langsung dari Amerika.
Tapi set berpantangnya berasaskan cara pantang tradisional. Lengkap dengan minyak urut & herba lain.
Setiap pembelian set bersalin Amway akan mendapat
Teh Herba – 10 uncangHerba Lepas Bersalin 1 – 60pcs kapsul sayuranHerba Lepas Bersalin 2 – 80 pcs kapsul sayuranHerba Pembersih Wanita – 20 uncangHerba Mandian – 20 uncangCampuran Peramping Perut – Tapel – 20 sachetCampuran Penghangat – Param – 15 sachetCampuran Penenang – Pilis – 15 sachetMinyak urut herba – 60mlMinyak Bayi – 60 mlBengkung Eksklusif yang bernilai RM75
Spa & Ma8. Set bersalin Spa & MaSet berpantang Spa & Ma Mengandungi 11 Produk
Jamu Ratu Dara - 60 kapsulShape Up Lotion - isipadu 1 botol ialah 150 mlPilis Herba - 50 gBengkung Ratu - 1 HelaiGamat Emulsion - 245 mlHerba Mandian Spa - 5 gm x 10 UncangFeminine Cleanser - 100 mlLulur Frangipani - 250 gmExtra Virgin Coconut Oil - 130 mlTungku Herba - 200 gMinyak Seri Herba - 50 ml
Tanamera.9. Set bersalin TanameraDi dalam 1 set berpantang Tanamera mengandungi 10 produk untuk kegunaan ibu semasa pantang bersalin.
Set ini juga bukan jenis suplemen / moden tapi lebih kepada penjagaan luaran & juga penggunaan jamu.
Produk produk di dalam set ini ialah
Cold Pressed Virgin Coconut Oil 100mlFeminine Herbal Wash 14 sachets x 10gm Herbal Bath 14 sachets x 10gHerbal Massage Oil 100mlFirming Herbal Blend Paste 14 sachets x 15gAbdominal Wrap / Bengkung (1 tali)Herbal Tea 14 sachets x 2gCalming Herbal Blend Paste 4 sachets x 20gBoreh Body Scrub 4 sachets x 20gmBrown Soap 125g
Jamu Jelita.10. Set bersalin Jamu jelitaSet bersalin terakhir dalam senarai ini juga menggunakan pendekatan berpantang tradisional masyarakat melayu.
Sesuai di gunakan untuk mereka yang mahu berpantang cara old school. Set berpantang jamu jelit terdiri daripada 7 produk.
Air SelusuhBalm Hangat Berherba + KolagenJus Tradisi WanitaMinyak SelesaRendaman HerbaSabun NyamanSerbuk Nyaman
Kesimpulan.Maznee dah senaraikan 10 set bersalin terbaik di Malaysia hasil dari carian sebenar di Google. Mesti ada sebabnya kenapa ramai ibu mengandung memilih untuk menggunakan produk di atas kan?
Kepada ibu yang sedang menunggu hari untuk bersalin, Maznee doakan supaya semua urusan anda di permudahkan. Insyaallah.
Semoga list ini membantu anda membuat keputusan. Jumpa lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hargasetbersalin.blogspot.com/2018/06/10-set-bersalin-terbaik-di-malaysia.html